Thursday, January 27, 2011

Latihan Lifeguard UiTM

Hye.
Ni cerita sabtu lepas yang aku baru nak cerita kat blog sekarang. Huhu. Mungkin faktor busy atau femalas nak edit gambar letak watermark segala maka sebab itulah aku lambat update. (alasan semata-mata)

Okey aku pernah bagitahu kan aku akan ke Langkawi hujung minggu ni. So sebab tu aku kena siapkan stamina. Sebab nanti ke Langkawi bukanlah untuk bercuti semata-mata tetapi untuk buat latihan di laut terbuka.

So yeah, berkat latihan gigih aku (kononnya) aku rasa aku dah dapat balik kot stamina yang dah lama aku tinggalkan. Sebelum latihan simulasi lifeguard hari sabtu tu, aku dah buat latihan sendiri lah kiranya supaya tak pancit. Kang pancit kang malulah aku selaku orang lama kan. Ecewahhh.. Kalau tak poyo memang tak sah.

Hurm. Nak cerita panjang macam nanti jadi panjang sangat so aku buat dalam point form lah k apa latihan yang dah dibuat. Tak semua lah aku cerita sebab aku pun tak berapa ingat dah.hahaha..

~ Mula-mula sekali warm up 300m non stop kena berenang.

~ Front crawl (berenang kepala keluar) 100m

~ Berenang pecut 23m, selamatkan mangsa menggunakan chin tow atau arm cross dan patah balik.
*kat atas ni selamatkan mangsa pakai teknik arm cross.*

*ni masa tengah selamatkan mangsa. kena tarik mangsa ketepi.*

~ Berenang memakai baju dan seluar biasa di luar (berat kot) dan selamatkan mangsa. Ni kena pakai baju biasa kat luar sebab nak samakan dengan situasi kelemasan sebenar.

~ Mata ditutup dengan kain yang diikat, berenang ke tengah (dengan mata tak nampak), selamatkan mangsa, dan bawa ketepi (susah giler yang nih. Tiba-tiba rasa macam berada di laut bila mata ditutup.huhu.)

~ Buat bulatan di tengah, water treading (teknik apungan dalam air) tahan terapung selama 15 minit. (paling best walaupun penat sebab kat tempat dalam.hihi.) Tapi bos kata,"you touch the floor, YOU FAIL! You touch the wall, YOU FAIL! bajet dalam movie Guardian.

~ belajar CPR

Ermm..macam-macam lagilaaahhhh!!


*dua-dua sebelah aku tuh swimmer. apo nak dikato..*

* walaupun nampak macam kami riang mengangkat tangan di atas, padahal kedalaman adalah 2meter, maka kaki memang takkan sampai. Oleh itu, inilah yang dinamakan water treading. Tipu giler ketua kami. Mula-mula kata tahan sampai 10 minit je. Tapi pastu kena tambah jadi 15 minit. hukhuk. tapi takpelaaa.. Enjoy jugak buat benda nih..*

*ni belajar pasal pool maintenance. Haaa.. nak tahu air kolam berapa kali ditukar? adelaaa..kalau bagitahu nanti korang tak sanggup mandi kolam dah kang..lalalalalala..*
*kononnya semua dah lemas sebab tak sempat diselamatkan. heh heh. ada macam dugong tersadai tak? *

* ok teknik di atas dinamakan Chin tow. anda berenang menarik mangsa. Tetapi sebelah tangan anda diletakkan pada dagu mangsa. Bukan pada leher. kalau kat leher gerenti kiok dah sebelum sampai tebing. Teknik ni applicable pada mangsa yang sudah lemau @ tak sedar dah. Kalau dia struggle dan tak tenangkan diri, susah nak bawa begini. kena pakai cara lain. Paham ke? huhu.*

* ok ni bukan saja-saja nak baring macam ni. Kalau anda berada dalam situasi kecemasan, lepas bagi CPR, anda haruslah meletakkan mangsa pada Recovery Position, yakni badan mangsa dipusingkan sebelah kanan. Jangan belah kiri tau. Tak tahu nak explain macam mana.hehe.. Tapi macam supaya jantung yang kat belah kiri tu dapat pump oksigen la. (ish kalu salah term kang malu lak..) so pandai-pandai lah korang research.*

Okey, sebenarnya banyak lagi latihan kami. Bayangkan lah dari pagi pukul 9 sampai pukul 5 petang. Break tengahari untuk lunch dan solat Zohor. Penat memang penat lah. Asyik kena berenang laju-laju.hukhuk. Yela, kalau ada orang lemas betul-betul mana buleh berenang slow-slow kan. Ingat renang berirama ke apa.

So kesimpulannya, walaupun penat, tapi puas hati la. Sebab walaupun kami lifeguard, kami tak pernah lagi la handle kes lemas (mati). Macam ni latihan supaya kami tahu apa yang perlu dibuat pada situasi-situasi kecemasan. Latihan ala-ala movie Guardian lakonan Ashton Kutcher.

Semoga latihan ni bagi persiapan pada kami untuk ke Langkawi dan menjalani latihan di laut terbuka di Langkawi bersama unit JPAM. (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) Huhu..aku dah bayangkan latihan ala-ala askar aje.. T_T  takpe, mesti boleh. GO GO GO!!!!

19 comments:

  1. nice one kak! dapat pengalaman banyak kan? hope get a chance to explore this kind of activity.. =)

    ReplyDelete
  2. wah teruja nya baca,,sempoi kot...muvie guardian tu memeng terbaik la, boleh inspire orang kot nak swimming hehehe

    ReplyDelete
  3. bestnye sophie pandai swimming & ada latihan macam2

    nis tak pandai berenang

    all the best sophie

    (:

    ReplyDelete
  4. bestnye pandai berenang..saye nak terapungkan badan pun tak mampu..apatah lagi nak berenang..T_T

    ReplyDelete
  5. wah!giler penat..ni baru tgk...lom buat!tp siyes, cm best jerk

    ReplyDelete
  6. wow!hebatnya Sophie..good info.especially pasal teknik Chin Tow tu..huhu...

    ReplyDelete
  7. bile la nieza nk free nye nih... nk blaja berenang... huhu...

    ReplyDelete
  8. nak ikottt sophie gi langkawi gak...sure best giler..GD LUCK taw sophie..u go girl

    ReplyDelete
  9. hehehe... tempat aku bermandi-manda masa zaman student dulu...

    ReplyDelete
  10. bru dapat tgk kolam tu even kolej sebelah je..
    hahah

    x de mase nk g..

    ReplyDelete
  11. waa..anda HEBAT!~ jeles oh belajar banyak mende..hmm

    ReplyDelete
  12. sronok tgk sophie berenang renang nih... kulit x kecot ker lame lame dalam air..?? :P

    ReplyDelete
  13. as salam..
    huhu..saya juga menyukai aktiviti apungan.kalau kat pantai2, sambil terapung kat permukaan, sambil baca buku2 ;)
    kalau berombak kuat sikit je, saya kalah ;)

    tapi kalau nak dibandingkan dengan sophie, memang saya lagi teruk la.kalau saya selamatkan orang, rasanya beliau mati tercekik

    masa latihan persiapan perbaharui lesen,ada la juga latihan macam ni.tapi guna patung.haha..leher patung berbekas. adoi..

    kalau sophie ada masa terluang sudi-sudi la kiranya menuyambangkan teknik2 yang sophie da belajar, ke dalam posting entri. biar saya copy paste ;D
    x_x"

    ReplyDelete
  14. liyanaziz: a ah.banyak. haha.thanks.

    erin azizan: agak la. ni semua gara2 Guardian la kami kena buat latihan mcm nie.

    anisa hang tuah: thanks nis.

    cik sha: huhu..yg tu kena lah belajar taw.

    mrs jamal: uiksss.. sampai ke situ mrs jamal ni..ish3..

    izyan lavender: seronok? penat woaaa..tp yelah, seronok jgk. =)

    eiffel: hahah agak best la.& yup, mmg penat.

    airaniez: oh yeke? baguslah kalau leh bg info kat org lain..

    nieza: eh blaja jgn x blaja..kena cari masa free ni..

    dLA: heheh..thanks.. =)

    Jo: hehe..yekee..?

    ReplyDelete
  15. KRL kaprileader: ekelehhh ape ni bro? dah dekat dtg jela..hehehehe..

    kay yea: heheh..takla hebat sgt.. thanks..

    amalia izzati: heheh..best2.

    yan_nim: eh tak kecot lahh.. =) ok je..

    ...: wsalam.. heheh..insyaAllah..

    ReplyDelete
  16. Emry sampai 1.5m pun dah gelabah inikan 2m..harapan lah..huk3

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...