Tuesday, March 30, 2021

Pengalaman Belajar Di Birmingham, United Kingdom

Hai semua. Kalau sebelum ni, saya ada berkongsi tentang entri perjalanan saya memohon belajar di luar negara dengan menggunakan khidmat Tedvisory (dulu dikenali sebagai GEN Education)  kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang pengalaman belajar di luar negara iaitu di Birmingham City University yang terletak di bandar kedua terbesar di dalam United Kingdom, iaitu di Birmingham. 

Throwback hari saya graduate disana =)


 Sebagai permulaan, saya tiba di sana 10 September 2012. Sudah tentu, bila kita ke luar negara, kita akan mengalami kejutan budaya. Jadi antara kejutan budaya yang saya alami dari segi pengajian :-

Bahasa Inggeris yang melibatkan ‘British accent’

Acapkali kita menonton filem berbahasa Inggeris, ada juga filem yang diterbitkan dari negara Britain seperti Harry Potter. Kalau dengar British accent dalam mana-mana movie dari UK ni, tak lah rasa susah sangat nak faham. Pada saya, lebih kepada ‘mild’. Macam bunyi orang London bercakap. Tapi, untuk Birmingham, rata-rata mereka menggunakan Brummies accent, yang mana bagi saya susah sikit saya nak adapt. Saya masih ingat ketika awal-awal sampai di Birmingham International Airport. Waktu tu nak ambil teksi ke rumah sewa. Sepatah perkataan pun saya susah nak faham apa yang pemandu teksi tu cakap, walaupun lah di Malaysia, kita guna juga kan Bahasa Inggeris. Masa belajar di UiTM pun medium bahasa dalam Bahasa Inggeris termasuk untuk presentation. Tapi tula,  terpinga-pinga saya dibuatnya. *ketawa teringat kembali nostalgia lama*. Sewaktu kelas bermula juga saya berasa amat takut. Sebabnya, saya tak faham langsung apa yang lecturer dan pelajar lain bincangkan. Saya ada rasa takut, ada rasa rendah diri. Bila fikir balik, kadang saya pun tak tahu macam mana saya boleh lalui semua tu tapi sebab masa tu fikir kita ni bawah tajaan, tak boleh patah balik, kena habiskan belajar. Saya hadap juga.

Zaman muda ye ranggi berseluar merah. =)


Kos sara hidup dan lokasi

Untuk pengetahuan, Birmingham ialah bandar kedua terbesar di England selepas London, namun kos sara hidup di Birmingham lebih murah, sekitar 25% kurang berbanding London.

Selain itu, kedudukan Birmingham sangat strategik kerana boleh dikatakan terletak pada kedudukan yang tengah-tengah dalam England. Jadi sangat mudah nak kemana-mana bandar lain. Boleh buat perjalanan balik hari sahaja pun tak apa ke bandar lain seperti Manchester, Sheffield, Cambridge. Pengangkutan awam pun sangat efisyen dan tepat pada masa. So far, tak pernah lagi saya sesat nak kemana-mana selagi boleh akses ke pengangkutan awam mereka.

 

Tanda merah tu kedudukan Birmingham dalam England.


Kepelbagaian Bangsa

Birmingham ialah satu bandar yang multiracial, sangat diverse. Selepas saya banyak kali ke bandar dan perasan tentang kepelbagaian bangsa di sana, saya  ada buat studies sikit pasal sejarah di Birmingham barulah saya faham kenapa keadaannya begitu. Untuk pengetahuan, ketika zaman selepas perang dunia kedua, Birmingham membangun menjadi tempat perindustrian. Ramai pekerja dari negara luar diserap untuk bekerja dan akhirnya mereka menetap, berkahwin, beranak-pinak di bandar ini dan menjadi warganegara Britain. Kini, Birmingham menempatkan lebih 65,000 pelajar dan menjadi salah satu bandar di England yang moden, diverse dan berkembang dengan pesat. Penduduk di bandar ini juga mencecah lebih dari sejuta penduduk dengan 40% daripada populasi itu terdiri daripada mereka yang berumur 25 tahun dan kebawah.

 


Salah satu benda yang nak kena biasakan waktu tu ialah duit syiling mereka. Serius mula-mula pening kepala. 

 


Kat sana tak boleh lah berharap ada surau di mana-mana macam di Malaysia. Jadi selalunya kalau ke bandar ke, saya tumpang solat di stor restoran Arab. Kalau kita cakap nak solat, mereka selalunya bagi. Tak pernah lah ada kes mereka tak bagi tumpang solat. Tapi tiada masalah ketika di fakulti sebabnya, di fakulti saya belajar masa di Birmingham, ada Musola untuk menunaikan solat dan ruang solat itu memisahkan lelaki dan wanita.

Okay, kepelbagaian bangsa hanyalah permulaan dari banyak perkara yang membuatkan saya mengalami ‘culture shock’. Ini adalah situasi normal, lama-kelamaan kita akan biasa. Jadi sekarang saya nak kongsi pula pengalaman saya menjadi pelajar postgraduate di Birmingham City University. 


Untuk pengetahuan kalian, setiap fakulti mempunyai kordinator atau admin untuk membantu urusan yang berkaitan dengan fakulti masing-masing. Ini termasuklah jabatan kemasukan pelajar antarabangsa yang akan memproses permohonan dari pelajar selain dari United Kingdom, International Student Society atau Student Union yang ditubuhkan untuk menyambut kedatangan pelajar antarabangsa, menganjurkan acara untuk pelajar, dan menyediakan khidmat nasihat dan sokongan kepada pelajar antarabangsa.


Saya terima banyak sangat soalan berkaitan “Adakah khidmat dari Tedvisory ni perlu kita bayar?”. Iya, secara logiknya, macam tak boleh hadam kalau kata tak perlu bayar. Tapi itulah hakikatnya. Selama saya menggunakan khidmat mereka, memang saya tak buat apa-apa pembayaran. Tapi syaratnya, kalian haruslah menggunakan khidmat mereka dari awal sebelum nak memohon tu. Secara personal, sangat jimatkan masa saya (memandangkan ketika itu saya bekerja), dan tidak memeningkan kepala sebab apa-apa hal pun, saya akan dihubungi terlebih dahulu.

 

Studies Approach

Sejujurnya saya rasa bersyukur. Sebab Birmingham City University (BCU) , seperti yang pernah disarankan oleh Joanne (dari Tedvisory)  menepati kemahuan saya dari segi pembelajaran. Iya, sudah tentu sistem pembelajaran di BCU berbeza dengan ketika saya belajar di UiTM kan. Sebab itulah saya memilih untuk belajar di luar negara. Saya nak merasai sendiri perbezaan itu. Antara perbezaan yang saya boleh nilai ialah :

1) Menjadi seorang International Student. 

Dah tentu saya tak merasai menjadi pelajar antarabangsa di Malaysia kerana saya adalah orang lokal, bukan? Tapi di BCU, international students dijaga oleh pengendali atau admin. Bermaksud, ada wakil yang menjaga pelajar-pelajar international. Terutamanya dari segi pendaftaran. Kalau kita ada apa-apa masalah dari segi pembelajaran pun mereka sangat membantu la. So far dari segi nak mendapatkan advice atau pertolongan, sangat mudah nak berurusan dengan pihak fakulti.

 

Akak yang menjaga international student di fakulti architecture. Dia baik sangat.

 

Birmingham City University ialah salah satu universiti di UK yang Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) iktiraf Part 1 & Part 2 yang penting untuk menjadi seorang arkitek berdaftar di Malaysia.


2. Studio 

Okay, kalau ada yang dari studio-based course macam senibina, town planning ke, kita dah biasa kan ada studio waktu belajar. Studio ni bukanlah studio rakaman. Tetapi studio tempat kita buat kerja. Di UiTM, setiap student boleh chop workstation sendiri. Satu student satu workstation. Lepas tu terpulang nak hias macam mana, nak susun letak apa kat situ. Kadang-kadang siap bawah meja pun dijadikan ruang untuk tidur sebab kita buat kerja. Kadang kita buat kerja sampai lewat malam hingga pagi. Kadang-kadang sampai tidur bawah meja kan? Jadual subjek masa belajar di UiTM agak padat. Setiap hari akan ada kelas kadang sampai petang. Jadi hanya malam je yang kita dapat buat assignment & projek melibatkan design, bukan? Berbeza pula dengan di BCU. Di sana, kita ada studio. Tapi, bukan untuk dijadikan tempat perseorangan. Studio tu kongsi dengan batch lain seperti junior. Sebagai contoh, jika kelas batch saya guna hari Selasa untuk kelas, hari Rabu ada batch lain pula yang akan guna. Jadi biasanya studio di BCU ni, kita just datang bawa buku nota dan laptop sahaja. Kalau perlu bawa model pun boleh bawa. Tak boleh tinggal-tinggal barang. Bagi saya, jadual juga tidak begitu padat. Dalam seminggu, dalam 2-3 hari sahaja yang ada kelas. Selebihnya digunakan untuk meyiapkan projek. Sebab itu, saya tengok para pelajar ni ada masa yang digunakan dengan lebih efisien. Cara belajar di BCU ni, membuatkan kita lebih berdikari, berdisiplin dan kena ada integrity tinggi. Semua benda kena buat sendiri dan takde istilah spoon-feed. Selain itu, pemarkahan juga sangat strict. Takde markah kesian. Jadi itu membuatkan kita nak usaha bersungguh-sungguh. 




Ini lah suasana dalam studio. Lebih kepada untuk berbincang, untuk tutorial perseorangan dengan lecturer pula, siapa yang tunggu giliran tu, sambil tu boleh buat kerja guna laptop. Masa kelas design, takde siapa yang buat kerja main-main. Kalau anda nak tahu, walaupun mereka ni locals, tapi yuran mereka pun sangat mahal tau. Sekitar GBP9,000 untuk the whole course. Mungkin ini salah satu sebab kenapa saya tengok mereka ni buat kerja komited. Jarang jumpa yang malas. 

 


Ni masa site visit. Tapi masa final year, site studies kami adalah di Rotterdam, Netherlands.


3. Pensyarah yang berpengalaman.

Sepanjang saya belajar di BCU, jujurnya lah, saya tak pernah dapat pensyarah yang betul-betul muda sekitar 20-an atau 30-an. Rata-rata berumur 40-an ke atas. Apa yang menarik bagi saya, kesemua lecturer yang pernah mengajar saya semasa di BCU, mereka pernah ada pengalaman di dalam industri. Bukan itu sahaja, kebanyakan mereka juga mempunyai firma arkitek sendiri. Ada yang terletak di London, jadi mereka akan datang ke BCU jika ada kelas. Dapat gain knowledge dari pensyarah yang ada pengalaman dalam industri ni memang satu kelebihan. Ada rasa nak belajar dengan serius, jangan main-main. Nanti malu la kita ni duta kecil Malaysia kan. 

4.  Fasiliti

Okay ni salah satu perkara yang paling saya suka di bangunan fakulti Birmingham School of Architecture and Design  Saya paling suka bengkel di sana. Ini adalah salah satu perkara yang saya dapati, sangat berbeza peluang yang saya dapat berbanding jika belajar di Malaysia. Bengkel ini dipenuhi dengan mesin-mesin. Ada mesin potong kayu, ketam kayu, mesin moulding, alat-alatan seperti drill dan macam-macam lah lagi. Kiranya bengkel yang lengkap dengan peralatan untuk menghasilkan kerja pelajar melibatkan projek. Iyalah, ini kan fakulti art & design juga. Konsepnya, kena booking dulu ya kalau nak chop meja untuk buat kerja-kerja pertukangan. Untuk mesin yang lebih ‘heavy duty’, ada pekerja yang mengendali. Mereka sangat berpengalaman dan sangatlah membantu. Kita pelajar ni dianggap macam adik-adik yang perlu dibantu. Haha. Antara memori yang saya masih ingat ialah ketika berada di bengkel untuk siapkan kerja. Pengendali mesin di sana sangatlah peramah dan mereka boleh ingat muka-muka yang rajin buat kerja di bengkel. Ni antara memori indah dalam hidup saya yang takkan saya lupakan.

Tengok ye bongkah ni. Ni ialah mould.




Lepas masukkan plastik ni dalam mesin, dipanaskan, mencair, ia akan terbentuk macam ni. Haa, mestilah sis teruja. 






5.    Konsep semester

Kalau di UiTM dulu, kita lebih terbiasa dengan konsep semester kan. Kiranya, dalam setahun ada dua semester. Tapi berbeza dengan di UK. Pembelajaran bermula sekitar bulan September. Ikut term. Winter term, Autumn, Summer. Untuk pelajar Postgraduate adalah sekitar 12 bulan iaitu dari September hingga September tahun berikutnya . adalah dikira sebagai pembelajaran 1 tahun. Setiap term ada cuti sekejap. Kecuali cuti summer (hujung Mei hingga hujung Ogos). Kalau belajar Master di Malaysia walaupun tempohnya selama 2 tahun, tapi dalam 2 tahun tu dibahagi kepada 4 semester, tapi di UK, ikut tahunan. Bermaksud ada 2 tahun. Pelajar Master in Architecture disana dikenali sebagai 5th year atau 6th year student .1st year hingga 4th year adalah pelajar undergraduate, degree architecture sewaktu di BCU. 


6.   Industry exposure 

Salah satu sesi yang saya suka ketika belajar, kita dibenarkan pilih dalam mana-mana firma arkitek yang tersenarai, untuk pergi tutorial di firma arkitek tersebut. Maksudnya, kita bukan sahaja diberi peluang tutorial dengan pensyarah kita, tetapi juga dibenarkan tutorial dengan arkitek yang sedang praktis di firma sebenar. Haa, walaupun kecut perut lah juga tetapi peluang macam tu mana nak dapat kan.

 

Salah satu perkara yang buatkan BCU ni relevan untuk kita ialah sebab akreditasi mereka. Untuk pelajar senibina macam saya, di UiTM dulu, course kami ada akreditasi dari RIBA (Royal Institute of British Architects). Selain course architecture, course yang jadi tarikan pelajar Malaysia di BCU ialah course yang melibatkan akreditasi seperti :



  • ACCA (Association of Chartered Certified Accountants)
  • BPS (British Psychological Society)
  • CIPD (Chartered Institute of Personnel and Development)
  • HCPC (Health and Care Professions Council)
  • CIMA (Chartered Institute of Management Accountants)
  • CIM (Chartered Institute of Marketing)

 

Pengalaman yang saya ceritakan di atas ni adalah sangat berharga untuk saya. Suka dan duka masa belajar semuanya membentuk jati diri saya. Dari segi pencarian kerja selepas tamat belajar, rata-rata saya tengok kawan-kawan yang belajar luar negara, kami dapat peluang pekerjaan kurang dari 4 bulan selepas memohon kerja. Ramai yang mula kerja lebih awal dari saya. Saya cuti rehat dahulu selama beberapa bulan dan apabila saya dah bersedia untuk memohon kerja, saya bersyukur sangat-sangat sebab saya diterima bekerja selepas menghabiskan sekitar 2 minggu sahaja untuk mencari dan memohon kerja sebelum diterima kerja. Dalam tempoh tu saya hantar resume pada firma-firma arkitek sekitar KL dan Selangor, saya dipanggil beberapa interview dan diterima bekerja di Subang Jaya. Dekat dengan rumah masa tu. So saya sangat bersyukur lah. Jadi, buat masa ni, itu sahaja lah yang boleh saya kongsi. Mungkin kalau ada rasa kerajinan di hati dan mood, boleh saya tulis lagi ya. Moga penulisan ni bermanfaat. 








Bagi yang beragama Islam, saya yakin ini antara satu perkara yang kita sangat titik beratkan. Tapi jangan risau. Jika anda di Birmingham, lagi tak perlu risau. Percayalah cakap saya. =)



Sebarang pertanyaan jika anda memerlukan bimbingan untuk belajar di luar negara, boleh bertanya pada agent yang saya pernah guna ni, dah 10 tahun sejak saya gunakan khidmat beliau. Sampai sekarang beliau masih di dalam bidang ini jadi dah tentu beliau semakin professional mengendalikan permohonan untuk belajar luar negara : 

Joanne :

www.wasap.my/60123201763


Boleh gunakan nama saya (Sophie Al-Yahya) sebagai referal supaya agent tahu tujuan anda mungkin sama seperti saya hampir 10 tahun yang lalu.


Pengalaman Dengan Tedvisory

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan antara post rating saya yang tertinggi ialah berkenaan cara sambung belajar overseas, jadi saya akan menulis kesinambungan tentang proses saya sambung belajar di luar negara. Secara jujurnya, walaupun saya telah menyatakan bahawa saya menggunakan servis Tedvisory (dahulu dikenali sebagai GEN Education), tetapi masih ada yang bertanya jika agent ini scam? Ada juga yang masih bertanya jika perlu membuat pembayaran kepada pihak mereka walaupun saya telah menyatakan yang tidak perlu membuat pembayaran. 

 

Bagaimana saya mengetahui tentang agent education ini? Saya tahu melalui kawan yang pernah menggunakan agent ini. Jadi, dengan penuh keberanian, saya pergi ke pejabat mereka di SS15, Subang Jaya ketika itu. Saya mengenali Joanne di situ. Waktu saya berjumpa Joanne, percayalah yang saya datang dengan pelbagai persoalan. Zero knowledge tentang universiti mana saya berminat, negara mana dan bandar mana saya berminat. Hanya terpinga-pinga dengan satu niat, nak sambung belajar. Tapi layak ke? Boleh ke? Soalan normal yang kita akan tanya bila first time nak belajar overseas. Masa tu, umur saya 24 tahun. Saya sedang bekerja sebagai Assistant Architect di firma arkitek, dah ada degree jadi mahu sambung belajar Master in Architecture.

Ini pengalaman saya sepanjang saya berurusan dengan Joanne. 

 

Accreditation

Disebabkan mungkin saya agak terpinga-pinga like I had no idea at all how to start this, Joanne banyak guide saya. Bermula dengan negara mana yang saya paling cenderung nak pergi. Untuk architecture, negara yang tersenarai yang ada LAM accreditation ialah Australia, New Zealand dan United Kingdom. Saya memang target UK. Dulu, tak fikir panjang kenapa mesti UK. Saya cuma rasa, ada perasaan nak sambung legasi ayah yang belajar di UK dan lagi satu, sebab UK ni jauh. Bila tengok peta pula, banyak negara berdekatan yang boleh pergi. (Kalau sejenis kaki travel memang akan tengok peta dulu.) Kononnya bila jauh, saya nak belajar berdikari.  Bagi saya, apabila menggunakan khidmat agent, kita akan melalui satu proses sesi soal jawab sampai agent yang bertugas yakin kearah mana kecenderungan kita. Maksud saya, lepas tahu kecenderungan saya ke arah negara UK, Joanne bimbing saya dengan bertanya beberapa soalan susulan. 

 


Pendekatan pembelajaran (studies approach)

Joanne ada bertanya saya apa saya punya expectation dalam pembelajaran senibina peringkat Master. Pada saya, agent yang bertugas ni, mereka ambil tahu dengan sistem pembelajaran universiti-universiti yang pelbagai di luar negara. Bermaksud mereka ni, bukan calang-calang lah info yang mereka ada. Rugi kalau tak guna khidmat mereka. Setiap universiti, approach mereka dalam pembelajaran adalah berbeza. Jadi, kena hati-hati sikit lah dalam pemilihan. Walaupun dah hampir lebih kurang 10 tahun berlalu, saya masih ingat apa yang saya cakap pada Joanne. Saya mahu belajar di universiti yang approach studies mereka lebih kepada teknikal dan praktikal. Bermaksud, bila saya balik Malaysia semula, apa yang saya belajar tu membolehkan saya mudah diterima kerja di Malaysia. Ini kerana, ada beberapa universiti yang saya tahu, approach mereka lebih kepada, sesuatu yang symbolic, puitis. Contohnya macam terjemah melodi lagu atau karya Shakespeare dan design satu bangunan berdasarkan karya tersebut. Something yang saya selaku orang yang logical ni susah nak brain kalau pembelajaran macam tu. Saya lebih kepada praktical. Contoh. “kawasan A ialah bandar mati kerana kawasan A adalah peninggalan perang dunia kedua. Bagaimana nak bina kembali Bandar A menjadi bandar yang hidup?”

 




Kawasan (Area)

Selain studies approach, saya difahamkan mengenai perbezaan-perbezaan di sesuatu tempat. Macam saya, disebabkan pernah meminta nasihat dari kawan yang pernah belajar di UK, saya memilih untuk belajar di bandar berbanding luar bandar atau outskirt. Ini kerana, kalau di bandar, selain kemudahannya bagus, banyak sikit entertainment seperti wayang, bowling yang ada. Mana tahu otak kita tepu kan. Dahlah nanti akan jauh dari keluarga. Kesihatan mental amatlah penting ya sepanjang belajar di luar negara kerana kita banyak bergantung pada diri sendiri untuk survival. Untuk pengetahuan, universiti yang saya pilih, iaitu Birmingham City University terletak di Birmingham. Birmingham merupakan bandar kedua terbesar di UK selepas London. Jangan tak tahu ya, Birmingham terletak di tengah-tengah UK. Ini dari segi nak berjalan-jalan pula, memang seronok juga sebab nak pergi mana-mana bandar, perjalanan tak jauh sangat. Boleh buat trip balik hari. Selain kedudukannya yang strategik, cost of living di Birmingham juga lebih rendah berbanding duduk di London. Rendah sekitar 25%. Kos yang paling terasa ada bezanya ialah dari segi tempat tinggal. Sebagai contoh, rumah yang saya tinggal dulu di Birmingham, sewa satu rumah ialah sekitar GBP550 sebulan, ada 3 bilik. Jadi bahagi la dengan housemates kan. Tapi lain dengan di London. Kos untuk seorang tinggal walaupun berkongsi rumah, mungkin mencecah GBP400-500 sebulan. Pada saya, banyak saya boleh jimat sewaktu tinggal di Birmingham. Sebab ada kawan yang belajar di Lincoln pula, cost of living juga sangat tinggi seperti di London. Jadi saya sejujurnya tak pernah menyesal memilih bandar Birmingham.

 


Untuk pengetahuan, macam ni lah rumah saya di Birmingham. Rumah ni ada 3 bilik di atas dan 1 bilik di bawah. Bilik di bawah tu kebiasaannya orang jadikan ruang tamu. Tandas ada satu sahaja di bawah.


Inilah bilik saya di Birmingham. Ok lah, ada katil Queen size. 

 


Ini ruang dapur. Kecil saja kan? Pintu di belakang saya tu pintu tandas. Kalau nak ikutkan, keadaan rumah ni bukanlah yang terbaik. Tapi sebab dapat sewa dengan harga yang murah berbanding rumah lain, jadi bersyukur sahaja lah kan. Lagipun saya difahamkan, rumah sewa ni dah turun temurun orang Malaysia menyewa disini. 



Gambar di dalam bangunan Bullring, shopping mall 



Di Birmingham sangat mudah mencari makanan halal. Selain makanan panas, di Asda (pasaraya seakan Tesco,Giant disana) ada juga bahagian makanan sejuk beku Halal. Jadi, dari segi makanan memang langsung tak risau. Jika ada makanan berbungkus, memang di sana tiada tanda halal. Tapi kita boleh baca pada ingredients dan tanda ‘vegetarian’. 

 


Ini pula hidangan seakan Nandos di sana. Memang sangat sedap. Satu hidangan ni, satu set dengan air minuman tin, sekitar GBP5 sahaja. Waktu balik dari uni atau jika ke bandar, saya suka makan di restoran Arab begini. Tak terlalu mahal. 


 

Apa yang saya nyatakan disini sedikit sebanyak saya nak beri gambaran bagaimana saya deal dengan pihak agent. Boleh dikatakan, agent akan guide dari awal permohonan hingga ke booking penerbangan. Mereka bantu dari checklist dan susunan dokumen, apa yang tak lengkap ke. Cuma kita ni sebagai bakal pelajar, harus ada rasa tanggungjawab untuk menyediakan dokumen atau perkara-perkara yang merupakan syarat yang diletakkan oleh pihak pengajian. Contohnya seperti IELTS, financial afidavit dari pihak penaja (biasiswa). Hanya kita sahaja yang dapat membantu diri sendiri, okay? Menggunakan agent hanyalah sebagai pembimbing. 

Jadi bagi sesiapa yang dalam proses nak belajar ke luar negara, mohon janganlah tanya saya soalan samada Tedvisory ni scam atau tidak, saya dah tak larat nak jawab. =)

 

Sebarang pertanyaan boleh bertanya pada : 

Joanne :

www.wasap.my/60123201763


Boleh gunakan nama saya (Sophie Al-Yahya) sebagai referal supaya agent tahu tujuan anda mungkin sama seperti saya hampir 10 tahun yang lalu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...