Friday, December 31, 2010

Thanks Kawan Sebab Curi Ayat Aku.

Hye. Hye.
tajuk macam tak puas hati aje kan.
Haha.taklah, sebenarnya rasa terharu sebab seorang kawan yang baik dengan aku
telah post ayat aku kat entri INI dalam facebook.
Biasanya aku akan menulis dari hati. Jadi bila ada yang bagi penghargaan,
rasa macam betul-betul terharu. T_T

Thanks Shan dan rakan-rakan lain. =)


p/s: Shan, nasiblah kalau ada yang add you kat Facebook haa..

Thursday, December 30, 2010

Monolog Dalaman Pelajar Architecture Macam Aku

Sebagai seorang lepasan pelajar senibina (architecture), sekali sekala ada perasaan nak berbicara soal architecture.


Aku tak tahu sama ada kamu tahu atau tak tahu.
Architecture pada aku..
Tough.
Memerlukan ketahanan mental dan fizikal.
Memerlukan stock nescafe atau kopi yang banyak.
Studio life.
Tidur, makan, hidup di studio.
Boleh tidur di mana-mana.Serious di mana-mana.
Aku pernah tertidur sewaktu memandu.
Yaaaa..sangat bahaya, termasuk lane sebelah yang arah bertentangan dan kena hon. Kalau aku tak terjaga sebab hon, memang terbabas dah aku.
Pernah tertidur di atas jalan sebelah sungai waktu camping Kesatria.
Boleh tidur di meja belajar berbantalkan lengan sampai pagi.
Boleh tidur nyenyak di atas lantai tanpa beralaskan tilam dan bantal.


Belajar Architecture pada aku..
Seperti menjadi doktor bangunan.
Bukan hanya bentuk yang kau perlu tahu.
Tapi structurenya ibarat tulang.
Servicesnya (air, electrical,etc) ibarat saluran darah,nadi.
Foundationnya ibarat kalau takde roboh lah bangunan. Sebab tu foundation kena korek dalam-dalam.


Architecture pada aku.
Bukan hanya design.
Ada orang pernah tanya aku "eh, korang belajar archi ada projek je kan?tak payahlah study untuk paper eh"
haptuihh! kau ingat takde subjek lain ke? DESIGN DESIGN DESIGN..
Construction, structure, architectural science, law.etc. kami kena belajar jugak.
Ada paper jugak.


Architecture pada aku.
Mungkin subjeknya tak sesusah belajar medic.
Tapi beban kerja..Susah aku nak huraikan.
Cukuplah kalau aku kata kalau di rumah sewa aku,
housemate course lain lepas balik kuliah boleh duduk rumah, sambung tengok tv.masak-masak, sembang-sembang gosip segala.
Tapi aku, balik, siapkan diri, ke studio. design. pikir design, lukis-lukis, masuk dalam software. Entah, kadang-kadang tidur pun tak sempat. Itu baru subjek Design, belum lagi pikir subjek lain yang ada assignment jugak.
Bila tutorial dengan lecturer, tak lulus konsep, hampa.
Bila hampa.tidur berbantalkan lengan konon-konon layan blues lagi best.


Architecture pada aku..
Aku anggap diri aku kuat semangat kot.
Sebab selama 8 sem aku belajar,
dah 5,6 orang dismiss @ quit.
Dan semuanya lelaki. LELAKI.
Original batch aku ada dalam 30 orang SAHAJA.
Perempuan 10 orang. Tapi dalam 10 orang ni, tak silap aku 6 orang yang habis belajar on time.
Jadi aku sebagai perempuan rasa dah cukup bersyukur sebab aku tabah (yelah kot)
untuk hadapi semuanya.
Aku terlalu bersyukur aku lulus semua subjek selama aku belajar.
Takpe tak dapat dekan pun. Yang penting aku dapat grad on time.


Architecture pada aku.
Telah mengajar aku erti setiakawan.
Telah mengajar aku erti pengorbanan.
Telah mengajar aku erti penat yang betul-betul penat.
Telah mengajarku menjadi seorang survivor.
Telah menjadikan aku seorang yang berdikari
Telah menjadikan aku bukan seperti gadis tipikal.
Mungkin menjadikan aku tak kuat merungut.Tak banyak songeh mungkin.
Sebab macam yang aku pernah katakan, kalau apa-apa jadi dalam hidup aku, aku layannn aje.




Architecture pada aku.
Sebenarnya ada waktunya aku hampir give up. putus asa. Hampir menyerah.
Tapi aku muhasabah diri.
Aku meletakkan kembali diri aku beberapa tahun lalu ketika aku ke temuduga sebanyak dua kali untuk masuk course ni.
Sebab aku betul-betul mahu. Aku masuk lambat satu sem berbanding kawan sebaya.
Tapi takpe. Allah Maha Besar.
Lepas SPM aku terus dapat degree, takde diploma, takde foundation, takde matrik.
Fresh from oven (SPM).


Architecture pada aku,
Ada yang pernah nasihatkan aku.
"If you can live with architecture, you are really strong" (lecturer yang cakap)
"Architects are smart people" (yekehh? mungkin bukan aku kot)
"Architects were given the talent to create spaces which can make people feel the different emotions in each atmospheres" (macam, ye toilet sempit so rasa ada privasi nak berak wutsoever. Galleri-luas, tinggi,lapang so rasa tenang aje nak tengok pameran.Something like that-SPACE )


belajar architecture pada aku,
Yes, junior akan selalunya mengeluh, penat, tak larat, rasa nak give up segala.
Aku tahu sebab aku pernah laluinya.
Tapi percayalah cakap aku.
Semua itu yang akan menjadikan kau seorang survivor dalam hidup kau.
Kau takkan mudah cakap tidak pada cabaran.
Kau takkan dengan mudah diperlekehkan.
Walau pada luaran kau mungkin seorang yang lemah lembut,
tapi hakikatnya kau tabah. Lebih tabah dari yang kau kenali diri kau.
Setitis air mata tak mungkin mengalir.
Tapi sebenarnya aku dah sebesen gak la.

So kesimpulannya,
Kalau orang tanya architecture tu senang tak?
Aku akan honestly senyum dan cakap "try lah kalau nak tahu.."
Ok aku pentipu. Aku akan honestly cakap "tak"
Kalau kau rasa kau seorang perempuan yang pentingkan penjagaan diri yang rapi 24 jam,
Membelek muka setiap kali nampak cermin.atau setiap 10 minit nak belek muka.
berserta beauty sleep cukup 8 jam setiap hari,
dan sentiasa mengharapkan orang lain untuk kerja-kerja berat,
Then architecture bukanlah untuk kau.




Nota kecil hari Ini :


Ok, aku tujukan entri ni khas buat yang mungkin junior aku, mungkin yang ada cita-cita nak jadi arkitek, yang nak belajar course ni ke. Yelah, aku jarang sikit nak cerita pasal Architecture. So siapa yang ada cita-cita sama macam aku ni, bersedia ajelah dan layan ajelah. Pandai-pandai lah pilih kawan sewaktu belajar. Kawan bukan untuk kau rasa bangga berkawan sebab dia cantik ke apa. Tapi kawan yang sama-sama bersama kau di waktu susah dan senang. Kawan untuk sama-sama rasa penat dan apabila dapat tidur akan mengalirkan air liur basi dan berdengkur. Hahahaaahahahahaahahahahahahah.. Sumpah buruk perangai.

p/s: teringat bila dah habis projek, akibat dah biasa hidup busy, jadi tak tahu nak buat apa. Aku dan geng aku baring di rumah sewa dekat dengan dinding. Kaki akan dinaikkan 90 darjah ke atas kat dinding. Tangan dua-dua di belakang kepala. Sambil termenung tak tahu nak buat apa. Then tergelak. Entah apa yang kelakar tapi bagi kami kelakar sebab macam mati akal tak tahu nak buat apa.

p/s/s: aku tahu ni entri panjang. Aku tak tujukan pada yang tak berminat nak baca.  =B

Tuesday, December 28, 2010

Satu Hari Nanti


Satu hari nanti..apabila aku sudah berjaya, aku takkan melupakan mereka yang pernah bersama aku ketika aku di bawah. Itu janji aku. Terima kasih kerana memapah dan berjalan bersamaku. =)

Suatu hari nanti..
Just wait and see    =8)    --->kita bagi hidung kembang kempis sikit eh tanda semangat.

p/s: jap eh, ni gambar lama. sekarang ni lengan aku macam lengan Awie Search Wings. Sila panggil I kakak sasa  =B

Rasa Macam..

Rasa macam..
Nak kerja, tapi belum cari betul-betul.

Tapi rasa macam..taknak kerja lagi.
Rasa macam, nak rehat duduk rumah dulu.

Tapi rasa macam, hari-hari pun pergi ngajar orang kat kolam,
bila masa nak betul-betul rehat?

Jadi aku rasa macam. Tak tahu nak rasa apa.
Sebab ramai jugak kawan yang dah dapat kerja. Ah jeles.
tapi kerja aku sekarang pun dapat gaji.Hurm..

Kadang-kadang rasa macam boleh ke aku ni jadi arkitek ni?
Tapi aku rasa macam boleh. Yer, aku yakin aku boleh.

Tapi nak kerja ni aku sekadar jadi Assistant Architect or Technical Assistant aje.
mestilah aku nak kerja. Then kena tambah 2 tahun belajar habiskan Part 2 baru layak digelar arkitek.

Tapi sekali lagi aku rasa macam..bila? bila aku nak kerja? bila aku nak sambung belajar?
Sebab tulaa..sekarang, macam-macam yang aku rasa.

Oh sebenarnya sekarang aku rasa macam nak mandi sebab panas. Bila panas aku rasa macam Hot. You know hot? Ok mulalah tu nak merapu. Serius aku nak mandi dan terus tidur. Harap-harap malam ini tak diganggu lagi...oleh lagu games merapu kanak-kanak yang adik aku main pukul 2.30 pagi kat laptop dia.Shitteh. Umur kau dah 20 tahun weyh adik! Malam ni sila bagi aku tidur dengan aman sebab esok aku nak jogging dan bunuh lemak-lemak tepu ini. Huuuuuuuu~


Nota Kecil Hari Ini:
Secara serious bin sangat serious, aku nak diet or work out sekarang. Sebab dah tak larat nak tanggung lemak-lemak musim cuti nih. Tak dinafikan disebabkan aku selalu berenang (sekarang dah kurangkan) makanya daging aku jadi pejal dan bahu aku jadi bidang. Mungkin aku lebih tuff (tough) dari kamu ya lelaki. haha. Cewah~  Aku nak kurangkan berenang sebab aku tahu nanti aku jadi muscular macam dugong. Dugong kan tuff kan. Sebab kalau aku start aku akan habiskan 30 laps tanpa henti. So aku taknakkk T_T  aku nak jadi gadi ayu sejati.Aww~ so aku kena slow-slow jaga pemakanan dan work out gi joging or gym. Aku nak korang cabar aku so that aku boleh buat. CEPATLAH CABAR WEH!! AKU SERIUS NIH!. So bila aku dah post ni aku kena lah buat betul-betul kalau tak memalukan diri sendiri.hihi.. Ok bye. Nak menikmati coklet terakhir   T_T 

Monday, December 27, 2010

10 Pelakon Lelaki Melayu Yang Aku Kagumi Lakonannya

Entri ni aku tak maksudkan pelakon lelaki Melayu yang hensem ke apa. (dari segi luaran) . Tapi aku kagumi lakonan mereka nih. Semua pelakon pandai berlakon (ehh yeke?) Tapi ada pelakon-pelakon tertentu yang lakonan mereka memang mantopz bomb kebabooom bagi aku. Nak tahu siapa? Mari usha di bawah nih!

1) Rosyam Nor

Siapa yang tak setuju dengan aku nih memang nak kena belasah ni.Hmpphhh! Dari zaman aku kecil sampai sekarang. Kalau ada drama-drama Melayu yang si Rosyam Nor ni berlakon aku mesti rasa mcam " ehh, ni macam kena tengok ni.." Kalau nama drama aku honestly tak ingat. Tapi siapa tengok yang drama Rosyam ni jadi tukang angkut sampah yang ada anak dua orang dan jaga mak dia, yang isteri dia meninggal tu? huhu..Banyak lagi lah cerita sedih. Jadi bekas banduan la, jadi kekasih-kekasih lah. Beliau ni juga pandai melakonkan watak jahat. Wowww.I likee.. Bukan semua pelakon boleh melakonkan watak jahat kan.


2) Zamarul Hisyam

(pilih gambar ni sebab nmpak suweet)

Ramai kawan aku setuju yang Zamarul Hisyam ni tak masuk dalam kategori kacak. Tapi ada something pada wajah dia yang menarik. Macam sweet gitu.hehuehehue..  Zamarul ni pun sama. Part-part nak berlakon watak jahat ni memang menjadik lah! Aku suke kalau dia berlakon. Bab berlakon jadi anak derhaka memang best. Siapa ingat yang dia jadik anak derhaka mati dalam keadaan menakutkan tu? Dulu-dulu kan, aku tengok telemovie Kem 505 tu.Dulu macam crite favourite aku. Haha.. tak boleh blah kan.

3) Fauzi Nawawi

Ohh mann! Fauzi Nawawi ni macam paling sesuai lah berlakon watak jahat. Sampai aku rasa dia dah tak sesuai dah berlakon jadi watak baik. Hahahaha. Jahat giler aku. Serious! Memang menjadik sangat dia berlakon cerita jahat. Adui, siapa ingat eh tajuk cerita ape entah dia berlakon jadi lelaki yang sangat jahat, main perempuan, derhaka dengan parents sampai dia kena Aids ke apa then muka dia bertukar jadi babi sekejap. Haa. Tajuk dia 'Sebelum Akhirat'. Sampai aku rasa nak nangis-nangis je dia tolak dan halau parents dia keluar dari rumah. Keji betul. Kalau lakonan pelakon tu berjaya buatkan aku rasa dia sangat annoying, bermaksud dia berjaya lah kan lakonkan watak tu? Gempak..


4) Fezrol Khan
Si vampire. Perasan tak bentuk muka dia sesuai jadi vampire? aku pun tak perasan sampailah seorang kawan aku ni bagitahu " eh muka dia sesuai berlakon jadi vampire lah" aku macam "ehhh..yeke? kalau macam tu boleh lah jadi Edward Cullen Malaysia" (lah sangatttt kan..) Tapi apa-apa hal pun, aku sangat suka watak dia dalam drama Ezora tu. T_T macam dah jatuh cinta dengan watak tuu.. Uuuhuuuuuuu.. Tapi kenapa adik dia lakonan Dynaz mesti annoying? ahh.. see! tengok. Kan dah kata kalau lakonan pelakon tu memberi tamparan hebat *piangg!!* mesti bermaksud pelakon tu pandai berlakon kan.


5) Sam Shaheizy

Hahahaha.. kejap, letak gambar ni terus nak tergelak teringat Movie Adnan Sempit. Siapa belum tengok tu perilah cari DVD ke apa. Serious aku rasa lawak. Tengok movie ni sambil pakai ear phone memang orang ingat aku tak betul sebab gelak sorang-sorang. Gelak over pulak tuh. (-_-') Gelak sopan-sopan tahan lagi. Lakonan Sam ni selalunya genre lawak la. Memang menjadi kalau dia berlakon lawak. Kalau dia berlakon watak annoying macam dalam Syurga Cinta tu pun menjadik jugak. Aku percaya ramai perempuan yang minat Sam ni sebab dia handsome.

6) Aaron Aziz 
(apesal gambar Aaron Aziz ni aku nak letak dua? Nampak sangat pilih kasih doh. Kesian pelakon lain. Chewah! Ada diorang kesah? Boo~ kat diri sendiri.)

Siapa tak suka Aaron Aziz? Alhamdulillah. Bagi aku sorang aje suka kat dia ok. Harharhar. Abang sasa ni pun favourite aku. Kalau dia berlakon. Aku rasa macam "huuu..cairnyaaa.." walaupun dia tengah berlakon watak jahat. Watak ala-ala suweet-suweet yang dia berlakon ialah dalam cerita Emel Emelda. Time tu tengok mesti senyum sorang-sorang sebab syok sendiri. Eee.. Gedik! Lepas tu jeles dengan Sharifah Amani sebab dapat peluk abang sasa. Masa mula-mula tahu dia sebenarnya dah ada bini aku macam kecewa sikit (eh banyaklaaa jugak) Perghhh! Mcam lah dia nak kat aku kalau dia single pun . Hahaha Loser~  T_T

7) Ngasrizal Ngasri
Ok nama glemer beliau ialah Bell. (macam takde kena mengena langsung kan dengan nama betul dia?) Memang dari kecil lagi dia dah berlakon. Dan lakonan dia tak pernah menghampakan aku. Aku paling kagum dengan dia sebab dia pandai berlakon jadi orang kurang upaya (cacat) . Huisyh! Bukan senang tu. Tapi dia ni nampak macam awet muda lah. Macam dari dulu sampai sekarang nampak sama aje. Apa petua entah.


8) Fizz Fairuz

Aku rasa dia ni agak baru lah jugak kan dalam arena lakonan tanah air. cehh ayatt! Aku mula minat dia sejak tengok drama Kekasihku Seru. Oh. drama seram Melayu favourite aku. Aku ni bukanlah orang seni. Tapi somehow aku perasan lah, Fizz Fairuz ni berjaya memvariasikan watak lakonan dia.  Maksud aku, dia punya watak ada pelbagai. Daripada watak jahat, annoying, watak baik, superb baik macam dalam drama Nur Kasih. Aku rasa dia boleh jadi lebih berjaya daripada sekarang.

9) Que Haidar

Aku sepatutnya letak Que Haidar kat no.2 tapi aku boleh pulak tertinggal dan masukkan dia di no.9.Sorry abang Queque. Aku sangat minat dengan lakonan Que Haidar ni. Seriously sangat terer berlakon. Aku tak boleh lupa lakonan dia dalam filem Rock dengan Zombie Kampung Pisang weh. Memang gelak besar lah aku. Lakonan dia memang entahlaa tak tahu nak describe macam mana, tapi aku memang suka gilerr. Dari watak kelakar, baik, jahat macam dalam Lagenda Budak Setan. Serba boleh lah pendek kata si Que Haidar ni. Lagi pendek kata, kalau apa-apa cerita dia berlakon, aku mesti nak tengok.

10) Bront Palarae
Mula-mula dulu aku ingatkan apesal lah nama dia sebegini pelik. Then barulah aku tahu nama sebenar beliau ialah Nasrul Suhaimin. heheh. Nama betul pun dah sodap. Apola ekau ni jang. Mesti buruk kan aku cakap nogori. Apa-apa lah. Tapi aku tetap suka abang Bront Palarae yang kachak nih. hikhik. (kenapa gaya cakap mesti nak gedik entah). Banyak juga dia berlakon. Antaranya dalam drama Cindarella, movie Castello, Setem. Antara drama yang lama dah yang dia berlakon aku tak ingat tajuk dia apa tapi yang Ary Malik berlakon kehilangan suami tuh. Suami dia si Bront Palarae lah berlakon. Ohya, lagi satu, Abang Bront nih pandai cakap bahasa Thailand. Sebenarnya aku rasa nama dia lagi sedap kalau bubuh Bronze Palarae kot. Gangsa sikit kan.


Okey tu lah dia senarai 10 pelakon lelaki Melayu yang aku kagumi. Aku kagum dari segi lakonan jela. Dari social life diorang, aku tak kisah pun. Nak berbini bergirdfriend sexay mana pun, nak amek dadah ke arak ke. Aku takde hak nak kata apa-apa cuma aku nak bagitahu yang aku memang kagum lah dengan lakonan mereka. Semua mereka ni aku pernah tengok mereka berlakon pelbagai watak, watak baik,sederhana baik, jahat, super jahat. Ha tu jelah nak cakap. Aku harap mereka ni berlakon banyak-banyak lagi filem dan drama tempatan. Jangan bagi peluang kat pelakon lain dah.Wahaha. keji.Ok bye. 
 

p/s: eh jap.tahniah Malaysia menang 3-0. Tapi kalau aku dapat siapa yang main laser kat pemain Indonesia tu memang aku laser lah mata dia sampai buta! MEMALUKAN BETUL...

Saturday, December 25, 2010

Kalau Tak Tahu Nak Hadiahkan Apa Untuk Kawan =)

Hye semua! Aku rasa happy harini sebab kawan aku happy aku hadiahkan mereka sesuatu yang comel. Sebenarnya birthday bestfriend aku dari sekolah ni dah lama lepas tapi asyik tak berpeluang aje nak jumpa. Bila aku nak beli hadiah pulak, aku rasa macam tak tahu nak beli apa sebab aku nak sesuatu yang berbeza dari yang dijual di kedai-kedai cenderamata. lagi satu, memandangkana ku agak sibuk, jadi aku nak cari benda yang senang jumpa dan beli. Maka aku pun terfikirlah untuk blogwalking dan cari craft yang dijual online.

Wallaaaaaaweiiii.. aku terjumpa satu blogshop yang menawarkan banyak hand made craft yang sangat cantik, comel dan kemas. Memang aku betul-betul tempah lah! Dan jeng.jeng..jenggg..Inilah hasilnya!!!!! Cepat buka mulut cakap WOW~ ~ ~

 *ni pencil case. Pandangan hadapan. Boleh tempah ikut nama kawan*

 *pandangan belakang*

 *bungkusan yang diterima disimpan kemas*

 *zoom sikit. Tuan blogshop ni macam tawu-tawu aje kawan aku ni suka perasan ala-ala Princess. Siap ada crown lagi..*

 *Muka happy kan? *

 *Princess sangat.muahahahahaaa..*

*double happiness*

Haaaa..cantik-cantik kan pencil case ni? aku pun berpuas hati sebab hasil dia kemas. Jom tengok apa lagi ada kat blogshop ni. Mesti korang terpeun punyalahhhh! Kat kedai pun takde taw!

*ada pencil box, hp case*
*boleh tempah keychain macam-macam..*


*penanda buku pun boleh tempah*

Okey, kebanyakan product yang Cik Ain buat ni kita boleh tempah untuk letak nama kita sendiri (aku rasa laa.ceh sukahati betul cakap macam ni.) Dan aku rasa sangat mudah berurusan dengan Cik Ain ni.

Kalau korang pun rasa WOW!! dan rasa nak usha dulu kemudian tempah, nak meleleh air liur tengok dulu ke meh lah usha blogshop ni. Tak rugi punya cuci mata.Rasa nak gigit-gigit aje semua sebab geram. Yang perempuan mesti suka. Yang lelaki tak payah pening-pening pikir nak bagi apa kat awek. Tempah barang comel-comel macam ni pun dah boleh buat perempuan cair melainkan awek kau memang marterialistik dan nak kau bagi kondo atau kereta dulu baru nak cair. Klik link kat bawah ni untuk usha.


Friday, December 24, 2010

Ada Bunyi Di Bumbung. Orang kah? Atau..

Aku tak pastilah ni perasaan aku aje ke apa. Tapi dah beberapa kali lah jugak aku dengar kat ceiling rumah aku ni kat tingkat atas. Obviously kat bumbung. Hurm.. risau juga. Kadang-kadang macam bunyi orang duk paku-paku. Kadang-kadang bunyi terjatuh barang. Paling ketara bunyi orang berjalan. Nasib baik lah ruang bukaan ceiling rumah aku ni mak aku dah pasang grill. Takut seh kalau ada orang betul-betul duduk kat bumbung rumah aku ni.

Bukan aku aje yang dengar. Mak aku pun pernah dengar. Disebabkan aku belajar construction lah jugak kan. Mengikut keadaan rumah aku teres dua tingkat yang bersambung ni, dari segi keadaan bumbung ni, nampak gayanya bersambung lurus satu row. Lagi satu kalau korang nak tahu tiles bumbung tu kalau nak masuk bumbung bukak aje satu persatu. takde gam ke apa, sebab dia sangkut aje kat rangka bumbung tu.(sebenarnya nak lukis kasi korang senang paham, tapi aku dah ngantuk.hehe..) Bahaya sebenarnya.Sebab tu orang Indonesia paling senang disyaki, sebab siapa lagi yang hebat bina rumah kalau bukan mereka kan.

Mak aku lagi best. Dia takut orang letak CCTV kat bahagian toilet je. Slumber aku cakap." alaaaa,mama dah tua.Tak payah risau. Ofie ni anak dara, lagiiilah risau taw." Dan untuk pengetahuan,orang rumah sebelah ni bujang (dan macam kacak). Huuuuuu.. Tapi I tetap tak rela!

Kalau ada pape yang mencurigakan aku ingat nak panggil Polis lah suruh check. T_T


p/s : sebenarnya nak cerita seram tapi dah lewat ni,kang aku pula yang takleh tidur. uhuks. Lain kali aku buka cerita seram rumah aku..hihihihihiiiiiiiii..(gelak macam tuuuuuttt~  eh tak boleh sebut nanti dia ingat kita seru. errrr,khurafat ke aku ni?ok bye.)

Thursday, December 23, 2010

Mungkin Aku Dah Jadi Pencuri Hari Ini

Hye semua. Rasa macam dah lama tak menulis betul-betul.
Kadang-kadang aku tak pasti aku harus menulis tentang apa yang orang nak baca dalam blog ni,
atau menulis tentang apa yang aku rasa. Bila fikir balik tujuan aku menulis blog, yer.
Aku pasti, aku akan menulis tentang apa yang aku rasa, apa yang aku alami dan apa yang aku fikirkan.
Kalau orang nak baca Alhamdulillah,
kalau orang taknak baca, SadaqallahulAzim.

Harini aku betul-betul sibuk. Drive kehulu kehilir.Tak perlulah aku cerita banyak yang penting aku dah ambil kereta aku yang kena langgar di bengkel. Selain kelas renang, aku pergi kemas barang, ambil barang-barang aku di rumah sewa. Aku kan dah tak jadi student sekarang. Nyehehe..

Berbalik kepada cerita, tadi aku ke Pasaraya Bintang (ala-ala Giant tuuuu..) Aku nak cari kotak terpakai sebab nak angkut barang di rumah sewa.
Pekerja situ suruh tanya security yang jaga di tempat pemunggahan barang (loading bay)
Seorang pak guard bermuka ketat sedang duduk dan tandatangan kertas simpanan barang agaknya.


Aku :"bang, ada tak kotak terpakai yang dah tak guna?"

Abang tu: Kotak? nak buat apa? (sambil buat muka ketat)


Aku: saya nak letak barang bang.Nak angkut buku. banyak kalau nak angkat satu-satu.

Abang: Takde, semua kotak basah. 


Aku : (sambil pandang sekeliling) Ok.

Memang aku nampak ada kotak yang basah. Tapi bukan semua. Memandangkan pak guard tu buat muka ketat kat aku, aku buat muka ketat kat dia balik. Siap angkat kening Ziana Zain aku bagi.Huh!

Oooo...Dia ingat aku bodoh ke apa? Pasaraya sikit punya besar kau nak kata takde kotak yeee?? Dulu aku mintak kat Mydin pekerja dia siap bagi satu troli penuh lagi kotak. Nampak sangat kau pemalas ya Pak Guard.

Aku tak kira! Aku nak jugak kotak! Aku tengah rushing. Aku cari kat area air mineral. Usha-usha, sikit punya senang dapat kotak. Banyak pulak tu. Siap berlipat dah. Kotak terpakai Minyak Seri Aji lagi tu. Aku usha atas, bawah, kanan, kiri, 360 degrees. Yess! Takde CCTV. Aku ambil 3. Takut juga nak melepasi kaunter. Ingat nak buat-buat beli barang terus. Tapi pikirkan tengah takde duit, ahh lantak kau lah labuu.. Aku jalan je straight buat muka confident. Aku pikir kalau ada orang panggil or tahan aku nak buat-buat tak dengar aje.

Hehh! Akhirnya aku keluar Pasaraya Bintang dengan penuh bangga sebab tak kena tahan. Hehehe.. Nak buat salah kena buat muka confident sikit. Lalala..

Aku bukan jenis mencuri. Masalahnya memang aku sangat perlukan kotak terpakai. Selalunya kalau mintak di mana-mana pasaraya memang dapat. Tapi kali ni aku terpaksa buat macam ni. Adik-adik janganlah buat perangai macam ni yer.. Kotak terpakai tahan lagi, esok lusa aku nak amek Milo ke cokelet ke haru ehhh..

Wednesday, December 22, 2010

Feedback Untuk BPM

Hye semua. Kali ni quick post sebelum aku tidur. Memandangkan BPM ni dah banyak berjasa pada aku so aku harus membalas budi BPM. Entri ni menceritakan sikitlah feedback yang aku dapat bila join BPM ni.

First, mestilah traffic.
Bila tengok pageviews hari-hari, semakin bertambah pula pageviews. Traffic source pun banyak dari blog BPM.

Kedua, followers dan shouters yang bertambah.
Shouters tu yang shout di shoutbx aku ler.hehe. Followers memang semakin bertambah walaupun aku tak blogwalking sangat sebab tak online beberapa hari ni. Terkejut jugak & sangat bersyukur pada sesiapa yang sudi follow blog ni.

Ketiga, dapat kenal blogger lain yang join BPM
Haaa, banyak sebenarnya blog menarik yang lain yang rupanya aku tak tahu. Jadi si samping melawat blog mereka, aku juga follow sebab tertarik dengan style masing-masing. Lepas ni boleh lebih mengenali antara satu sama lain kot.

Keempat, menarik blogger terkenal terjah blog aku.
Haaaaaaaa, part ni masyuk gak kan. Nak tahu siapa yang aku maksudkan? Sila usha gambar di bawah yang telah aku print screen.
*Irine Nadia Marcello datang melawat blog aku laaaaa..Hehehehuhuuuuuu.. =)  =)  =)  *

Saturday, December 18, 2010

Teka-teki Budak Darjah 1 yang Aku Tak Dapat Jawab.

Teka teki ni daripada adik kawan aku yang baru darjah 1.

Soalan: Why Nine (9) is afraid of Seven (7)?

Huh?? peliknya teka teki ni. kenapa number nak takut dengan number? Macam-macam aku dah jawab. Ermm..sebab number 7 tajam? so 9 takut benda tajam? Erm..sebab..sebab.. Macam-macam lah aku bagi jawapan.Semua salah siap kena gelakkan lagi. Sampai dah give up. tahu tak apa jawapannya?

Because 7,8,9.

Baca macam ni : Seven, Eight (ate), Nine

Jadi : Seven ate Nine.

Kesimpulan :That is why Nine is afraid of Seven. Because Seven ate Nine

Aku :  (urghhhhhh!!! *%*#@*)

Sebab tula aku tak suka teka teki. Sebab jawapan dia selalu annoying walaupun macam logik. Aku selalu tak dapat jawab teka teki. Arhhh..loser betul rasa bila terkena dengan budak sekolah rendah. Cisssss!

Friday, December 17, 2010

Tak Sangka Blog Sophie Al-Yahya Terpilih Ke Peringkat Kedua BPM.

Hye semua. Aku baru dok melayan feeling sorang-sorang ni tiba-tiba ternampak di Dashboard pengumuman bagi senarai blog yang terpilih ke peringkat kedua. Aku usha satu persatu nama blog sampailah kat blog yang paling aku kenal. Sophie Al-Yahya. Oh ye, bunyi blog ni macam familiar aje.  Ehh Whattt?? Aku secara jujurnya sama sekali tak menyangka blog aku ni boleh naik ke peringkat kedua.

Kenapa?
Sebab aku sekadar post di blog dan FB aje mintak sesiapa yang sudi tolong votekan. Aku sibuk sedikit jadi tak dapat nak blogwalking dan berkempen sana sini. Sampailah aku hampir putus asa dengan BPM ni. Tapi T_T  ... aku terharu sangat-sangat.

Siapa? Siapa tu? Siapa yang dah undi aku tu sangat-sangat aku berterima kasih.Yang minta aku undi tu pun aku dah tolong undikan bila ada kesempatan.

Dari entah berapa ratus blog yang tersenarai, blog aku dapat masuk dalam antara 50 blog yang tersenarai di peringkat kedua. Unbelievable sangat bagi aku. Sebab aku sedarlaaa aku bukan siapa-siapa dalam dunia blog ni. Cuma blogger hingusan aje.uhuksss..

Sesiapa nak usha blog BPM dan  blogger lain yang terpilih boleh KLIK SINI

p/s: Sebenarnya aku tak tahu undian untuk senarai baru ni akan dibuka bila. Aku tak dapat online sampai hari Selasa ni. Jadi kalau korang tak keberatan follow la Blog BPM ni untuk update bila undian akan dibuka. Lepas tu jangan lah lupa vote blog aku lagi. Ngeee...Bagi betis nak paha drumstick pulak.

Runsing, Penat dan Sabar Harus Bergerak Seiring.

Kalau ikut hati mati. Pernah dengar tak? Tapi kalau ajal aku belum sampai aku tak boleh mati, kan?

Kita ada agama. Aku beragama Islam, walau macam mana besar pun dugaan, walau macam mana pun hati aku tengah runsing, walau aku penat tahap apa sekalipun, aku sedar, aku kena kembali ke Qada' dan Qadar. Aku tak boleh ambil pisau cucuk jantung aku sendiri, toreh nadi di tangan sendiri. Aku masih nak masuk syurga.

Berbicara soal runsing, bila ada masalah. Kita kena identify masalah tu berpunca dari kita sendiri atau memang dugaan yang diturunkan pada kita. Aku bersyukur aku dilahirkan cukup sifat, aku ada family, ada kawan, ada rumah, makan pakai semua cukup. Tapi mungkin ujian yang diturunkan pada aku adalah dari segi yang berbeza.

Aku teringat,
Pernah putus cinta dulu. Time exam. Pedih. Sangat pedih. Jawab exam nangis-nangis. Tapi tak tahu kenapa sem tu aku boleh dapat dekan dan jadi pelajar terbaik batch aku. Kalau aku tahu macm ni, tiap-tiap sem pun aku nak putus cinta.hahahahahahaha...

Aku teringat,
Sehari sebelum nak ambil first paper untuk exam sem lepas, mama aku dilanggar motor lalu tak sedarkan diri. Kepala mama aku berdarah. Dari dalam kereta aku menangis masa memandu.Sampai di hospital  menangis aku lihatkan keadaan mama aku. Aku takut mama aku tinggalkan aku. Bayangkanlah aku ambil exam tapi hati terkenang mama aku yang masih belum sedar.

Aku teringat,
Macam biasa bila waktu sem,course aku ni memang busy sangat aku malas nak kecoh. Yang pasti selalu jugak tak tidur malam atau tak tidur 3 hari 3 malam. Bila critique session, waktu tu aku dah all out. Tapi respon dari lecturer sangat menyedihkan. Lagi menyedihkan bila nak pulang cermin kereta aku pecah gara-gara pemotong rumput yang buat kerja sampai terpelanting batu kat cermin kereta. 

kalau nak cerita tentang aku teringat, memang banyak. Aku malas nak kenang-kenang.

Tapi ni cerita sekarang.
Sekarang ni, hampir setiap hari aku ada kelas renang. Kalau tak pun aku duty, jaga kolam waktu sesi wanita.
Kadang-kadang aku ada 2 kelas renang sehari, takpun 3 kelas renang sehari. Dalam masa yang sama seorang rakan baik sangat memerlukan bantuan penginapan dan pengangkutan untuk uruskan hal keputusan exam yang lalu. Dia datang dari jauh. Memang aku kena bantu dia sebab ni berkaitan masa depan dia. Dalam masa yang sama juga pakwe aku turut datang dari jauh. Ada hal. Jadi aku rasa kami perlu berjumpa sebab dah berapa minggu tak jumpa. Tapi kalau aku jumpa pakwe aku, aku tak tahu kawan baik aku ni harus ke mana. Dalam masa yang sama juga, kereta aku rosak kena langgar kawan aku sendiri secara tak sengaja dan belum keluar bengkel. Aku hanya pakai kereta keluarga sekarang.

Macam ni keadaannya,
Tengahari aku ada kelas renang, sebelum tu hantar kawan baik aku ke fakulti. Tapi tak dapat setel juga hal tu sebab pensyarah ada meeting dan bengkel. Sementara nak tunggu kelas aku bermula, aku ajak pakwe aku makan. So kami bertiga makan. kami bertiga adalah kawan sekelas juga. So no problem. Then lepas hantar si dia balik rumah, aku ke kelas renang bersama kawan aku. Dah tamat aku hantar kawan aku ke stesen KTM untuk dia stay sekejap di rumah kawan lagi seorang. Manakala aku keluar balik dengan pakwe aku sebab nak pergi tengok wayang. Semua ni terjadi masa aku dalam keadaan tak sihat. Demam, selsema, batuk, nak lelah. Lengkap. Wayang sejuk nak mampos. Tengok cerita Tron. Aku tak paham. Aku tak dapat fokus. Tapi sebab aku fikirkan pakwe aku datang dari jauh, aku taknak hampakan dia sebab nanti susah nak jumpa dah. Lagipun weekend sampai selasa aku gi Langkawi. Sebelum aku balik rumah, aku singgah rumah kawan aku untuk ambil kawan baik aku yang naik KTM tadi. Aku sampai rumah dah nak dekat pukul 12 malam.

Lepas buat apa yang patut aku tidur. Ada la dalam nak dekat pukul 1. Aku kena bangun dan gerak awal sebab ada kelas renang pukul 8.30 pagi. 8.30 pagi dalam keadaan aku tak sihat, kena berendam dalam pool yang sejuk macam kolam ais cair. Memang aku ni cari masalah betul. Dan rutin aku macam berulang kembali antara sahabat, jumpa lecturer, jumpa pakwe. Dan tak dilupakan mama dan walid aku yang hampir tiap hari bising bila nak pergi ambil kereta. Masalahnya setiap kali aku nak ambil ada aje perkara yang aku harus kerjakan. Nak ambil kena cari insurans policy pula tu sebab kereta lama. So policy tu ada pada agent. Kelas renang banyak+kereta rosak+adik,mak, abang, nak pakai kereta jugak+kereta lagi satu road tax mati.Aku betul-betul tak dapat puaskan hati semua pihak. Sebab tu kalau kena marah aku diam aje. Nak bertekak sebab benda kecik? aku mengalah aje. Sebab aku dah penat. Hidup yang aku pilih ni sangat memenatkan diri sendiri. Mungkin hidup aku akan jadi lebih senang kalau aku ni heartless, pentingkan diri sendiri, tak sayang semua orang, berkira, dependent macam anak manja tak tahu nak buat apa-apa. Macam  WHATEVER AND SOEVER LAH~  kan?

Bila aku busy dan aku rasa dah tak larat nak buka kelas baru dah, time tu pula la ramai yang nak join kelas renang. Hurmmm... bila runsing lagi penat ni rezeki nak datang pulak. Aduhai..


Nota Kecil Hari Ini:
Kawan-kawan selalu anggap aku ni motivator. Selalu motivate orang, berfikiran positif dan matang. Beberapa kali aku ingatkan mereka yang ada masalah " Kalau kita dilanda dugaan, musibah, percayalah ada sesuatu yang baik Allah nak bagi sebab tu kita diuji dulu. Jadi sabarlah." Sebenarnya sebab aku sendiri tengah pujuk hati aku. Sebab aku sendiri pun ada masalah yang datang serentak. Kalau aku tak motivate diri aku sendiri, kalau aku tak kembali pada Qada' dan Qadar, barangkali aku dah bunuh diri. Kadang-kadang ada kawan kata aku ni hati batu. Tapi hakikatnya hati aku rapuh umpama debu. Cuma aku perlu bangun sendiri dan aku perlu cari hala tuju aku. 

p/s: Aku nak cuba apply kerja kat Dubai.
p/s/s: Thanks kalau korang sanggup baca entri panjang ni sampai habis.
p/s/s/s: Aku nak packing. Esok akan ke Langkawi. I HATE PACKING.

Wednesday, December 15, 2010

Harini Cikgu Kejam Sebab Tak Sihat

Harini aku tak berapa sihat.
Aku batuk-batuk, selsema, dan macam nak kena asthma pun ada. Yup, aku memang ada asthma.
Tapi, disebabkan aku dah cancel kelas swim budak-budak selama 2 hari sebab balik kampung, aku tak dapat nak post pone lagi kelas. Lagipun weekend ni aku akan ke Langkawi. Aahh! Jadual memang agak busy walaupun dah habis belajar. Kerja tak cari lagi. Wallaweiii..

Harini aku kurang ada mood nak mengajar. Biasalah, tak sihat kan. Pool pula giler sejuk! Indoor pulak.Dan hujan. T_T Budak-budak ni pula banyak ragam. Ada yang bila disuruh berenang pakai kicking board dia taknak. Padahal sebelum ni boleh aje buat. Bila aku dah pegang pun masih menangis.

Itu ok lagi. Biasa lah budak-budak. Tapi..Ada dua orang adik beradik ni takut sangat dengan air. Basic thing bila nak belajar berenang haruslah tahu bagaimana nak buat breathing.Breath in with your mouth.Bubble out with your nose in the water.Mudah kan bila fikir balik? Tapi jangan rasa pelik kalau aku kata ada orang yang memang tak boleh buat benda ni. Termasuklah adik beradik tadi yang dah hari ketiga pun masih taknak buat.

Dari haritu bila aku bawa ke tengah kolam (jauh dari dinding simen untuk mereka gapai), mereka akan menjerit melolong nangis "taknak teacher!! saya janji saya buat bubble kat tepi" Ok fine. Aku bawa ketepi.

Tapi bila dah hari ketiga ni. Plus aku tengah tak berapa nak sihat ni.
Ohh man, I am totally pissed of. Aku bawak budak tu ke tengah. Lantak dia lah nak pegang aku ke apa, aku benamkan kepala dan badan aku dalam air, bagi dia pun terbenam jugak. Itu aje satu-satunya cara nak bagi mereka buat.

Kalau tak asyik berjanji dengan aku aje nak buat kat tepi kolam tapi tak buat-buat jugak. And aku cakap "nak buat bubble ke taknak? kalau taknak buat sekarang kita buat sama-sama"
"taknak teacher. Saya nak buat sorang-sorang. Taknak buat sama-sama. Ok, ok.Saya buat sekarang" Sambil nangis-nangis. Menjerit satu kolam boleh dengar.Adoiii!

Heh heh heh! Menjadik jugak taktik kejam aku.Ngeh3..Sebelum balik ibu adik beradik tadi yang join sama dalam kolam pun ucap terima kasih kat aku. See! Mak nye pun dah bagi green light nak gertak sikit. Awatlaa tak habaq awai-awai..

p/s: aku harap esok diorang datang melainkan serik dah buat bubble.

Tentang Asep dan Nana

Assalamualaikum.

Seperti yang aku pernah janjikan dalam diri aku, aku harus buat satu post khas untuk Asep dan Nana. Siapa mereka ni? Mereka ialah sahabat baik aku di studio. Kenapa baik dengan aku? Sebab mereka duduk belakang aku aje kat studio nun. Mereka ni pasangan tunang. Aku baru kenal setahun aje tapi memang dah ngam habis lah. Aku rasa mereka ni macam abang dengan akak aku. Sebab tua 2 tahun dari aku dan banyak pengalaman hidup dah berbanding aku.



Aku tergerak hati untuk buat post ni khas untuk kamu betul-betul faham erti cinta. Cewahhhh!!! (malu nyahhh!!).
Kalau kamu nak tahu, untuk sampai tahap mereka kahwin bukan senang beb. Aku pun tak pasti aku sendiri mampu bertahan ke tak kalau buat macam mereka. Aku juga tak pasti kalau kamu juga mampu bertahan.

Selepas mereka declare masa sem 3, mereka dah berjanji untuk buktikan pada mak dan ayah mereka yang mereka mampu cari duit sendiri. Mereka tak ambil PTPTN. Korang pun tahu kat betapa PTPTN tu macam penting untuk student especially yang kurang berkemampuan kan. Sejak mereka declare as couple, mereka refuse untuk pakai duit mak ayah dah. Cuma ayah Asep belikan printer saiz A3 untuk Asep. Dari situlah mereka buat bisnes printing yang membuatkan Asep mampu untuk beli lagi satu printer tak berapa lama lepas tu.

Waktu tu bukan Asep sorang aje yang bertungkus lumus buat printing. Ingat senang ke bisnes printing? Aku duduk belakang diorang pun aku rasa ketensionannya kadang-kadang. Kadang-kadang ink habis, kertas jam, printer buat hal, kadang-kadang ramai sangat customer sampai tak tidur malam especially bila budak-budak fashion atau art and design datang sebab esoknya submission. Nana pun sama, tolong Asep. Nana buat bisnes printing kat hostel. Dan memandangkan mereka dulu belajar kat branch UiTM di Perak dan studio akan tutup jam 11, Nana dan Asep akan hari-hari mengangkut printer dari studio ke hostel, dari hostel ke studio yang entah berapa tingkat kan.

Selain tu, Asep juga ada buat kerja sampingan macam buruh binaan (yang orang Indonesia buat tu), jadi mekanik, jadi pak guard. Serba boleh lah kiranya. Semuanya semata-mata nak kumpul duit dengan tujuan satu--> Nak kahwin dengan Nana. Kadang-kadang bila mereka dah kesempitan wang tu, makan magie ajelah hari-hari. Yuran belajar, expenses, bayar kereta, duit makan minum, sewa ke apa, semua duit hasil kerja keras mereka bersama.

Sepanjang aku ada dengan mereka nih, aku selalu terhibur dengan keletah dua-dua orang ni. Si Asep tuh kelakar, banyak cakap, kuat menyanyi, kadang-kadang joget atas kerusi. Dan dia suka usik Nana. Nana pulak garang. Asep tu dah berapa kali kena belasah dengan Nana. haha. Kejap-kejap aku dengar bunyi "kelepekk!!!" Haaa tahu dah, ada lah tu si Asep tu kacau Nana. Nana pulak macam kakak-kakak la dikalangan kami. Aku selalu tanya pendapat dia kalau ada masalah ke apa. Memang dia akan bagi pendapat yang bernas lah.

Sebab tu masa mereka nikah, aku yang mengalir air mata. Aku ni bab-bab touching bila happy ending memang number satu.huahua.

Hurmm..tanpa mengomel dengan lebih panjang sebab aku tahu ni pun dah panjang, Haaa silalah usha sedikit gambar dari album perkahwinan tersebut.

*ni sewatu di kedai pengantin. Asep nak tukar baju dan Nana tengah mekap."
 Sila klik 'Baca sampai habis" untuk usha gambar

Tuesday, December 14, 2010

Blog Irine Nadia Marcello Kena Hacked?

Hye readers. Aku baru singgah-singgah blog orang lain. Blog Irine antara yang aku rajin singgah. Sambil-sambil membaca tu mata aku terlihat pada status FB dan twitter beliau.

Irine Nadia Marcello Dot Blogspot Assalamualaikum semua followers blog Irine. Irine mintak maaf sebab irine tak dapat nak update sebarang entry buat masa skg ni. Sebab, yg macam korang baca status dekat Twitter irine, semua account2 irine kena HACKED! Fb,blog,twitter, nuffnang kene hack. Jangan korang terasa pelik bila bukak2 blog irine, tiada sebara...ng update entry sambungan..Hope korang faham dengan situation irine sekarang. TQ

Dan daripada pembacaan aku, difahamkan bahawa hacker tersebut juga telah cashout semua duit Nuffnang Irine. Alamak..kesiannya Irine. Jahat giler hacker tuh! Bedebah betul aniaya orang.. Kepada semua bloggers lebih-lebih lagi yang famous tu, berhati-hatilah ok. Eeee..bencinya orang bedebah macam ni. Ok semua! Hati-hati ok!!! seriously kena hati-hati. Macam aku ni takpe, duit nuffnang aku macam berapa sen je kot. So kalau si bedebah nak cash out tu macam dialu-alukan sangat la..huahua.. Good Night semua.

Monday, December 13, 2010

Kawan-kawan, Boleh Tak Nak Mintak Tolong? Senang Aje... =B

Assalamualaikum..
apa khabar semua?

Aku sebenarnya terkejut sikit lah sebab kena berkempen (aku tak pernah berkempen ni..) untuk meraih undi bagi blog pilihan Malaysia. Jadi dengan membuang rasa malunya nak minta kalau kamu semua tak keberatan tolong undi blog saya yang saya sedar tak seberapa ni.huhu.Untuk menyenangkan kerja kamu, saya terus link kan apa yang patut.

 Sila cari di Blog baru Pilihan-7, Number 274

KLIK SINI UNTUK UNDI 274



Undi hari-hari k. ;p  sampai jam 7 pagi 17 disember 2010 (jumaat)..

takut nyeeeeerrr.. semua hebat-hebat ni.adesss..! Wa berserah aje..Bye-bye..

Wedding Nana-Will Be Updated.

Salam semua. Hye, aku tak sangka aku balik awal dari kampung. Sebab Isnin ayah aku kerja. Aku dahlah dah cancel class aku hari Isnin.. =(   Hurm.. Thanks kepada semua yang singgah. =)  Aku tak dapat terjah balik sekarang sebab aku ada perkara yang nak disetelkan. Perkara yang kalau jadi, aku akan berkongsi dengan anda semua. (^_^) Macam teruja tapi ishhh! Orang kata kalau benda belum jadi tak boleh kecoh kan?



Ok, sekadar quick post. Gambar majlis perkahwinan salah seorang kawan baik aku di studio.Pasangan tunang yang duduk belakang aku dalam studio. Ibarat kakak bagi aku. Biasa lah I kan takde kakak, takde tempat bermanja T_T   Nah, gambar pengantin. Gojess giler. T_T


*jarang jumpa pengantin yang nak tema berwarna hitam putih. Tapi this time, aku sukeeee!! & first time seumur hidup, aku mengalirkan air mata masa perkahwinan orang..*WTH.. Aku menangis masa akad nikah. weyyy!! kenapa pulak aku yang nak nangis ni? bukan aku yang menikah nie. Aku cuma terharu giler aje.. Lepas apa yang mereka tempuhi bersama-sama, isk3..akhirnya baru dapat bersama.Bukan senang tau.Nanti aku ada masa sikit aku update kisah mereka dan aku.Cewahh, aku bukan orang ketiga taw dalam hubungan diorang nih.*

Aaaaaaa...penat plus ngantuk. Tunggu entri seterusnya. & tunggu aku terjah balik korang yang singgah. Wa sayang lu all (giler perosak bahasa)

Friday, December 10, 2010

Kenapa Aku Penat Minggu Ni? vs Result Exam Dah Keluar!

Assalamualaikum.. (tak jawab dosa..mat rempit selalu cakap macam ni kan.benci oh! )

 *serius weyyy pagi sangat. Ngantuk kot. (-_-) Tidur lewat sebab nak berblogging tahu tak???*

Tanpa membuang masa memberikan mukadimah yang panjang lebar, aku nak cerita serba sikit lah aktiviti aku lately ni yang membuatkan aku tiada masa nak update blog dan terjah kembali mereka yang blogwalking dan komen pada entri sebelumnya. Huh! Penat gak type ayat panjang camni. Okey, aku dah pernah bagitahu yang cuti bulan 12 ni aku akan sibuk di kolam renang. Kan cuti sekolah kan. Ada program Sports Camp dari Isnin sampai Jumaat (esok). Macam aktiviti cuti sekolah untuk budak-budak. Aku dijemput (ceh padahal diupah) untuk menjadi salah seorang Coach program tersebut. Ada 39 orang budak yang berumur antara 6 tahun hingga 14 tahun semuanya. Rasa macam sikit eh budak? Jangan dilihat pada nombor yaaa..

Budak-budak= aktif + degil + BUAS. Wey serius penat wey program ni dari 8am-4pm. Rehat 12-2pm. Kenapa aku cakap penat? Ok, mengajar kanak-kanak yang sangat aktif memang penat.Lebih penat daripada biasa. Dengan kaki mereka yang tak cecah lantai kolam, kena pegang & sentiasa pantau. Dengan keberanian melampau diorang yang main lompat dalam kolam walaupun tak pandai berenang. Adehhh.. Mungkin ni the first and the last kot aku handle Sports Camp ni.

Di sini aku mahu share videos waktu aktiviti. Tapi masa mengajar swim tu takde orang nak rakam video. Jadi bila keluar kolam bolehlah rakam video sikit. Photographer pun takde. Abehtu asyik aku je jadi photographer. Bila aku yang kena handle program, takde orang pun nak amek gambar. Cis sunggoh!! First video, senamrobik di di waktu pagi. Lagu chicken dance. Best!!! Suke! Suke! Teingat orientasi sem 1 dulu.

Ok layanzzz...!


Selalunya buat senamrobik di luar. Tapi sebab hujan renyai-renyai jadi buat kat dalam jela. Aku tak banyak ambil gambar so aku share dengan meletakkan video ajela k.Video dan gambar pakai hp aje. Itupun kalau korang sudi la nak tengok.huahua.. Bajet macam artis.podah~

Ok, ni pula waktu rehat. Memang lama waktu rehat.2 jam. Lepas makan, budak-budak ni memang hari-hari tak sabar nak masuk kolam. Memang! Memang! Memang.. Urghhh~ DIORANG SUKA BUAT MUKA KESIAN TAW BILA TAK DAPAT MASUK KOLAM.Lepastu nk main-main kicking board bagi hint lah tu "cikgu boleh tak nak masuk kolam sekarang..?"


Aku pun kesian gak kat budak-budak nih sebab melangut aje duduk tepi kolam. Jadi aku pun bawa ke kolam di luar. Yang memang kolam kanak-kanak tu. T_T tolonglaa weyyy.. Kalau korang tengok video kat bawah ni pun serius boleh faham kenapa penat nak jaga budak-budak nih. Wuwuwu..kenapa korang berpurak-purak sopan bila tak dapat masuk kolam. Tapi dah dapat masuk kolam aje masing-masing tunjuk belang zebra.uhuks.


Nasib baik aku dapat group budak perempuan yang dah besar sikit. Umur 10-14 tahun. Okla, takla susah sangat nak jaga. Fast learner pulak tu. Coach yang lagi 3 orang semua dapat budak-budak kecik.huhu.Aku kesian tengok kawan aku yang sorang nih. Sampai tertidur-tidur time rehat. Adui Nasa, nasib hang laaa.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. *tiba-tiba* sebenarnya nak cakap aku bertuah lah time program tue.huahuahua..



Esok, Jumaat hari last tapi aku minta orang lain ganti tempat aku sebab aku harus gerak ke Perak sebab nak kahwin. Eh, kawan kahwin.huahua.. Yes!!! First time tu naik train pegi jauh sikit.wawawa.. Teruja! Teruja! Naik business class tuuuu.. (alasan.sebenarnya sebab tiket ekonomi dah habis. CISSS!!!) Tapi aku harap aku sempat jumpa budak group aku yang 11 orang tuh sebab aku dah siap bungkus goodie bags nak bagi diorang =)  besttt.. kami main games. Macam lumba lari dalam air, cari harta karun dalam air..Lumba kayuh naik pelampung lawan dengan Coach Naz. Macam-macam lah. Habis pecah gelak tak tahan tengok kelakar sangat diorang berlumba. Siap ada yang cheating lagi kasi percik-percik air. Memang kenangan yang tak dapat dilupakan lah!

*yes! think positive! Life is wonderful. Ustaz kata orang yang stress ialah orang yang tidak penyabar. So tepuk dada tanya hati. Kamu orang yang stress ke tak?  *

Nota Kecil Hari Ini:
Result exam UiTM dah keluar. Kalau sesiapa yang ada pernah baca blog aku entri masa aku stress sebab research paper dan subjek lain.Hehe.. Aku nak bagitahu, Aku bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah..Nak rebah aje rasa bila check aku lulus semua subjek. Walaupun tak la with flying colours sangat tapi aku tetap bersyukur. Sebab aku tahu course yang aku pilih ni bukan mudah. Dan lecturers dan seniors selalu pesan, bila grad nanti, yang betul-betul grad on time kadang-kadang tak sampai half of the class pun. Kalau nak tahu course aku di sini satu batch satu class aje. Bukan satu batch ada 2,3,4 class macam tu. Make sure lepas semua subjek every sem.Jadi aku rasa sangat berbesar hati. Sebab aku dapat grad on time dan tak pernah fail apa-apa paper selama 8 sem aku belajar. T_T   Ni semua berkat doa mak aku jugak, ayah aku jugak. Dan mungkin diri sendiri yang setiap kali sebelum masuk exam hall aku buat solat sunat hajat. Cuak ke bebeh kot!
Thanks kepada kawan-kawan seperjuangan yang sentiasa membantu aku dalam pelajaran. Thanks to encik ehem-ehem pakwe kesayangan I yang selalu jadi tulang belakang bila dalam kesusahan. I really appreciate all of you. Saaaaaayang korang~

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku beryukur atas segala kenikmatan yang kau berikan. Aku sudah hampir cukup semua. Hampir sempurna kurasakan hidup ini. Apa lagi yang mampu aku pinta dariMu Ya Allah melainkan keberkatan dari setiap perkara yang kulakukan. Terima kasih kerana Engkau Tuhan yang Maha Mendengar suara hati dari doa hambamu yang kerdil ini."


*wuwuwuw..takleh tengok grade aku.Tengok aku lulus sudah.huahua..*

Ohya, akan ke Perak dari Jumaat hingga Ahad. Then ke Kedah. Isnin sampai rumah. Tak dapat terjah korang T_T  Bye-bye kawan-kawan. Wa miss sama lu.

Wednesday, December 8, 2010

"The Most Beautiful Flower Contest using Digital Camera"

Salam. Hola~ semoga anda semua sihat. Harini terbaca kat blog abang Ben Ashaari pasal contest ni. Rasa macam dah lama tak join contest. Tapi aku ni kalau dah mula join tu mula lah nak join banyak-banyak contest. Jap lagi korang tengok la blog ni. Mesti banyak entri contest. Entah nak kata tamak ke haloba aku pun tak tahu. Yang pasti contest ni mudah aje.



Camner nak join??

1. Follow blog ni Tak payah la, suke hati kome nk follow ke tak.. =___="

2. Buat entry "The Most Beautiful Flower Contest using Digital Camera"

3. Letakkan banner gambar contest ni.. dan linkkan blog ini

4. Tag? Tiada had maksimum utk tag rakan anda, ikut suka anda..

5. Masokkan gambar "bunga" anda..

6. Gambar "bunga" itu boleh diedit hanya "COLOUR" sahaja, sila tunjukkan "SEBELUM" dan "SELEPAS" diedit ya.. Jangan lupa letakkan watermark or url blog anda kat gambar tu kalau boleh.. Kang kene curi kang.. O.o

7. Sekurang² nya satu gambar dah memadai ya ^__^

8. Sejujurnya, beritahu jenis camera digital apa anda gunakan time anda tangkap gambar bungar tersebut..

9. Hadiahnya adalah rahsiaa.. Maybe topi? barang berharga? Henpon? Topup? Rahsia....

10. Dah siap? Hantar link anda pada komen ini ^___^

11. Tarikh tutup? Minggu depan.. insyaAllah ^_^

atau nak details yang lebih terperinci, sila ke BLOG SYATOZA
Ok, gambar yang aku pertaruhkan ialah gambar lama ini, sewaktu masih pakai camera digital:
  *ni gambar sebelum*



  *ni  gambar selepas edit*


Gambar ini diambil menggunakan camera digital jenama Olympus Stylus 710  

 
Saya mahu tag semua orang yang berminat dengan contest ni. Tak stress kan? Kalau sesiapa yanga ada gambar bunga tuh join aje contest nie.. =B  =B  =B

Tuesday, December 7, 2010

Dating Bersama Kasyfi di Zoo Ikan

Hahahaha.. tajuk macam bakal kena lempang dengan seseorang aje. Eh tapi..tapi tapi... Kasyfi ni anak murid aku aku berumur 9 tahun. Sebagaimana yang dijanjikan pada anak-anak murid . Lepas kelas aku nak bawak mereka ke Akuarium (ala-ala Aquaria tapi free) kat tepi Wet World Shah Alam tu.. Tapi apakan daya, hari itu Kasyfi sorang aje yang datang kelas. Yang lagi 5 orang tu satu famili. Tak dapat datang sebab ada hal. Tapi sebab dah janji dengan Kasyfi & dah bagitau ibu dia suruh datang lambat sikit, aku pun bawa ajelah Kasyfi sorang aje pergi Akuarium. Kebetulan Zahra Masoumah Si Perenang Selat Malaysia yang selalu gakla keluar majalah dan surat khabar tu pun cakap nak join.So kami pergi bertiga aje.

Tempat tu luas, dan rasa nyaman. Tenang rasa tengok ikan-pelbagai jenis ikan.

Ikan yang first sekali aku wajib tengok kalau datang sini ialah ikan terbesar yang ada kat sini. Aku tak pasti nama dia apa tapi tak silap aku ikan Arapaima gigas (sejenis ikan Amazon). Memang besar. Mungkin lebih 2 meter panjang badan.


*besar kan ikan kat atas ni? Kasyfi tengok pun macam tak percaya. Dia ingat ikan ni evil, makan orang.huahua..*
Boleh klik "baca sampai habis" untuk habiskan tengok gambar di akuarium ini.


Siapa Baru Buat Blog Tahun 2010, Jom Join BPM sama-sama!

Salam Maal Hijrah semua. Macam mana? Ada yang menyambut Awal Muharam tak? Kat sini ada lah juga buat sambutan di Masjid.

Okey, hari ini aku mahu post entri berkenaan Blog Baru (2010) Pilihan. Kalau ada yang masih belum tahu, kategori ini diwujudkan sebagai satu platform kepada blog baru  supaya dikenali oleh ramai orang.



Bagaimana nak sertai? untuk kategori ini anda perlu membuat satu entri yang ringkas tetapi menarik. dalam entri tersebut anda perlu:
  • letakkan link blog BPM in..
  • nyatakan bila tarikh entri pertama blog anda. (sertakan link sekali)

Okey, tarikh entri pertama aku ialah pada 9 Jun 2010. Entri bertajuk "My Sangat Surprise Party". 
Entri ni berkisarkan tentang surprise party sempena hari lahir ke 22, 2 Jun yang lalu. Serius sangat surprise dan sememangnya hari yang tak dapat dilupakan.


Okey, walaupun admin tak cakap kena bagitahu kenapa anda berblog tapi aku tetap mahu bercerita serba sedikit kenapa aku berblog. Asalnya aku mulakan dengan notes di Facebook. Aku gemar menulis di ruangan tersebut dan post di Facebook. Kemudian ramai kawan komen dan bagi suggestion untuk aku berblog. Macam lebih sesuai la kalau nak bercerita apa pun.Antara yang bagi sokongan penuh ialah arwah Paan Zailani.


            Jadi bila aku dah mula berblog, aku rasa puas. Sebab aku boleh taip dan bercerita apa sahaja yang terlintas dan sertakan gambar yang aku ingin kongsikan. Dan kawan-kawan pun rupanya mengaku selalu baca blog aku untuk update cerita dan keadaan aku. Tak dilupakan juga pensyarah dan adik-adik kawan aku.huhu..  T_T  Dulu pembaca aku tak ramai. Follower dan orang yang komen pun sikit. 1,2,3..10 dan sekarang Alhamdulillah follower dah mencecah  409.Yang komen pun semakin ramai.Syukur~  Semuanya perlukan kesabaran, dan jangan sombong. Sebab kita bukan siapa-siapa tanpa pembaca setia.

            Oleh itu aku mahu mengajak semua rakan-rakan bloggers, semua pembaca yang terlintas di blog ini, marilah kita terjah anugerah yang julung-julung diadakan ni. Tak menang,takut nak masuk sebab tak glemer takpe, itu belakang kira.Kita pun baru buat blog kan.  Tapi insyaAllah traffic anda akan naik. Sebab mesti orang nak usha satu persatu contestant kan. Tak percaya cuba tengok top post aku. Dua daripadanya ialah daripada contest. =)  Apa lagi?? Mana tahu bila blog anda diusha ada yang berkenan dan follow terus blog anda pula kan.


TARIKH TUTUP: hari rabu (8 disember) jam 3 petang

GO! GO! GO! KAWAN-KAWAN!!!! 
tinggal 1 hari aje lagi Peah oiii!!!

Sunday, December 5, 2010

Untuk Hari Ini, Dua Blogger Telah Membuat Entri Tentang Blog Aku.

Hye, salam semua. Jap..kejap.. Hihihihi.. boleh tak nak gelak malu-malu dulu bila nak taip entry ni.

Okeh! Seperti hari-hari biasa, aku akan sign in blog dan approve comments dari readers di waktu pagi sebelum keluar rumah. Then ke stats untuk melihat traffic. Ada jamm ke tak. Ni satu-satunya traffic yang tak memenyampahkan.Ye tak? Seperti biasa juga aku gemar melihat traffic source. Aku terkenzut beruk sikit sebab pageviews semalam mencecah seribu lebih. Tak pernah-pernah. Yelaaa.. aku sedar siapa aku ini... T_T  dengan tak rajin blogwalking nyer.Thanks to Ezan, designer header Fatin Liyana yang famous tuh. Sebab Ezan melinkan blog aku kat blog dia. So siapa-siapa nak header comel macam kat blog Cik Fatin Liyana tu boleh lah mintak jasa baik Ezan ni ok.



Eh, ni baru mukadimah rupanya. Then tengok traffic source lagi macam banyak sikit dari biasa. Datangnya dari adik BEKAS MANGSA PMR. Aku rasa macam tak familiar blog ni jadi aku pun terjah la. 
*huhu seriously terharu  T_T  terima kasih adik mangsa PMR. klik gambar kalau ada rasa nak baca entry tersebut*

Rupanya dia buat post tentang blog aku menceritakan tentang post Perginya Seorang Paan Zailani Dari Hidupku. Banyak feedback yang aku dapat tentang post ni. Feedback kata entri ni sedih.huhu. Nak buat macam mana. Memang realiti berlaku. & aku masih rindukan sahabat baik aku tu.

Okey blogger kedua yang buat entri tentang blog aku pula ialah adik Amalia Izzati dengan tajuk post Kembar Scha Al-Yahya wujud? hahah. Memang naughty yer kamu. Bikin gempak aje. But anyway thanks dik. I really appreciate it =)


THANKS SANGAT-SANGAT! Thanks kepada kamu berdua sebab merasakan blog ini best. T_T walaupun sampai sekarang kurang pasti celah mana yang bestnya. Thanks kepada semua followers yang rajin baca entri, komen, shout. I really appreciate all of you. I appreciate every single pageview that you made.


Nota Kecil Hari Ini:

Untuk entah ke berapa kali orang mengaku suka baca blog ini kerana gaya penulisan aku. (terkembang sikit hidung. Bontot dah memang kembang dah.huahuahua..)Hurmmmmmm...seriously berfikir dengan sangat panjang. Tapi aku stop berfikir dah. Sebab pada aku, kalau ada orang baca, then aku akan terus menulis lah. Tak payah fikir panjang.hikhik.. Yang penting aku lebih suka post sesuatu yang tak bersifat terlalu peribadi. Dan suka post tentang apa yang aku fikir atau tips berkaitan architecture ke. Apa-apa ajelah yang ada dalam otak nih. Janji tak berat sangat otak nak pikir. Ok, mintak diri dulu. Ohh, tadi aku bawak anak murid aku ke akuarium besar tepi Wet World.Nanti aku update. =) =) =)  bye-bye mata-mata yang membaca.

Saturday, December 4, 2010

Antara Kerja dan Keinginan, Kadang-kadang Susah Untuk Buat Orang Faham.



Aku penat dan malas nak explain jadi aku diam. Seperti yang aku katakan dalam entri sebelum ni jadual aku agak pack. Hampir tiap hari aku ada class. Aku dah susun atur jadual aku baik punyaaa.. Tapi aku tahu family aku nak balik kampung kat Perak dan ke Sungai Petani melawat makcik aku. Banyak kali aku tanya tarikh betul nak pergi bila. Tapi Mama dengan Walid aku tak bagi kata putus. Sampai lah harini bila mama aku bagitahu nak pergi balik kampung 13 hb. Minggu tu jadual aku padat. Aku bagitahu aku rasa tak dapat pergi. Aku bukan taknak pergi tapi aku dah deal dengan parents budak dan aku dah susun jadual aku baik-baik. So kalau aku nak cancel entah bila la pula aku dapat ganti. Aku dah target semua kelas harus habis sebelum Januari. Oh sedikit runsing.

 Macam biasa, kena marah dengan Mama. Dia rasa aku utamakan perkara yang tak penting. T_T  Bukan itu masalahnya. Masalahnya kalau hal ni aku tanggung sorang takpe, tapi ni berkaitan dengan tanggungjawab. Trust orang kat aku.Gundah gulana la. Nak taknak kena ubah jugak jadual. Arghh!  benci giler bila kena cancel atau tunda. Jadi bila kena marah aku tak tahu macam mana nak explain kat mak aku. Aku diam jelah lagi baik. =,(

Haaaaa..harini aku terasa enjoy kelas aku. Ada dua kelas kanak-kanak. Dua kali ganda penat bila mengajar kanak-kanak.Tapi..Ah,comelnye diorang nih. Boleh tak sambil ajar sambil doa dalam hati.. " Ya Allah..bagilah anak aku nanti comel macam ni.." hahaha.. Aku garang ke? Tak kot. Tapi masa mengajar sedikit tegas walaupun nak tergelak sebab ada yang menangis-nangis bila aku bawa perlahan-lahan bergerak ke tengah kolam.

Kadang-kadang kena gertak sikit: "Ok, lagi 30 minit awak kena make sure dah boleh kick dan bergerak. Sebab Cikgu nak bawak awak pergi tempat dalam dan swim merentas kolam dalam tu.." Waktu tu barulah diorang buat betul-betul. Kalau tak manja aje. "Cikgu,nak ni..cikgu,tak boleh la..cikgu,susah.."

Lagi comel bila masing-masing dah penat lepas tu baring dan terlentangkan badan tepi kolam dengan kaki terkangkang, tangan mendepa. Haisyh..tanda penat habis lah tu dengan terungap-cungapnya. Hahaha..serius comel giler perangai.

p/s: Salah satu kelas budak-budak tu anak mat salleh. Mix la dengan melayu. Nak taknak kena speaking la kan. Boleh tahan nak terbelit gak la lidah ni nak bercakap. Tapi layan ajela sebab sebelum ni ada ajar budak international jugak. Apa-apahal yang jadi dalam hidup aku ni. Kalau susah..aku selalu cakap dalam hati.."Layan jela labuuu.." Macam cerita labu labi tu.huahua..

*tak tahu apa motif entri ni tapi sekadar bercerita dan berkongsi. Pengalaman manusia lain-lain kan.. Peace!!!*
*rupa bentuk jadual aku. Aku memang tak suka masukkan dalam hp sebab tak feel la.Tak boleh nampak keseluruhan. Macam kecik sangat skrin tuh. Tak puas. Sebab tu diari planner 2010 aku tuh dah penuh bercontiang-contiang dah takde ruang nak tulis dah eventhough belum habis tahun 2010 lagi.huahuahua..traditional sikit.*

p/s/s: lupa nak cakap.terasa sangat sweet bila budak-budak tu cakap " thank you teacher~" bila habis class. Dan anak-anak mat salleh tu pula panggil aku "coach" whoaaaa.. Macam training ape aje. Seriously semua mereka sangat sweet.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...