About Me

Sedikit janggal nak tulis 'about me' section selepas 10 tahun berbelog. Apa yang kalian mahu tahu pasal saya?

Isi blog
Banyak menceritakan tentang hidup saya. Lebih aktif menulis sewaktu zaman belajar dulu. Jadi apa yang kalian akan jumpa dalam blog ni banyak tentang lifestyle. Kehidupan sewaktu zaman belajar dulu, penulisan yang sedikit naif dan jujur serta syok sendiri bercerita. Jadi posting banyak pasal kehidupan sebagai pelajar senibina (architecture) dalam masa yang sama aktif dalam aktiviti di kolam renang sebagai penyelamat (lifeguard) di kolam renang, swimming instructor, latihan di pulau-pulau, tentang travel. Kemudian, saya sambung belajar di UK dan grad. Oh gosh! Zaman muda saya best sebenarnya. Thanks to my blog for those memories. T__T 

Latar belakang pendidikan.
-MRSM Kuantan
-S.M.K USJ13, Subang Jaya
-Bsc.Architecture UiTM Shah Alam. (Part 1)
-M.Arch, Birmingham City University, (Part 2) United Kingdom.

Sekarang Sophie buat apa?
Sedang menguruskan perniagaan sendiri (Construction), lebih kepada design & build. Bertapak di Kuala Lumpur. Saya minat kerja dengan small scale buildings. Jadi saya minat kerja-kerja melibatkan rumah seperti bina rumah atas tanah sendiri & hiasan dalaman, make over rumah, renovation. Saya pernah bekerja dengan architecture firm tetapi memilih untuk keluar, explore bidang yang saya ceburi sekarang sebab saya rasa lebih enjoy.

p/s: untuk pembaca setia, terima kasih sebab sudi baca cerita saya dari dulu sampai sekarang. Untuk pembaca baru, hello & selamat berkenalan.

No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...