Saturday, October 5, 2024

Bilik Kanak-Kanak Lelaki di Bandar Serenia, Sepang


"I nak elak anak I dari selalu bergaduh waktu tidur."

Itulah brief pertama saya dapat dari klien. Berkerut kejap dahi. Apa maksud dia ya agaknya. Rupanya, menurut Si Ibu, Si Adik (sekitar umur 4 tahun), tidak mahu tidur di bilik sendiri, tetapi suka tidur di bilik Si Abang.

Kalau duduk baik-baik tak apa, tapi menurut ibu mereka, Si Adik sangat suka mengacau Si Abang (sekitar umur 11 tahun). Kadang-kadang rambut ditarik masa nak tidur, kadang bergusti, bising dan macam-macam lagi.

Kemuncak Si Ibu kasihan pada kedua-dua anak beliau apabila Si Abang mengunci Si Adik luar pintu bilik. Tanda protes tidak mahu Si Adik tidur sekali dalam bilik Si Abang.

Maka begitulah keadaan yang membuatkan Si Ibu buat keputuan untuk menjadikan bilik Si Adik menarik supaya dia berani tidur di bilik sendiri dan rasa menarik untuk duduk di bilik sendiri tanpa mengganggu Si Abang.


Sewaktu perbincangan

Klien telah berikan beberapa contoh inspirasi bilik tidur yang dia berkenan. Ada kalanya, sesuatu design tu kita tak boleh ambil bulat-bulat ya dari internet sebab luas bilik yang berbeza, kedudukan pintu dan tingkap berbeza malah terkadang kurang praktikal. Bukan sahaja dari segi susun atur di mana mahu letak meja belajar, almari tidur, ruang kabinet buku, malah dari segi material juga perlu dipilih yang bersesuaian dengan design. 

Jadi disitulah sebenarnya kenapa seorang ID diperlukan, untuk memahami masalah klien dan datangkan solusi untuk klien tanpa memperkecil segala 'concern' dari pihak klien. "Every space matters"

Kerja dimulakan dengan mengecat bahagian dinding yang terlibat sahaja. Code yang digunakan ialah :

Nippon (Walden White) dan Nippon (Pebble Walk)


Sebabkan dah terlalu lama tak guna stiker dinding (bukan wallpaper), jadi ada satu cabaran nak dapatkan stiker terbaik untuk dinding. Sebab design ni custom bukan design wallpaper sedia ada yang boleh dibeli dengan supplier. Percubaan pertama gagal sebab stiker tu agak nipis walaupun supplier kata tu sticker dinding. Sudahnya jadi ronyok. Sakit mata tengok. Hampa. Kali kedua print biarlah dapat yang kualiti lebih baik. Tebal dan mudah sedikit untuk aplikasi di permukaan dinding.


Stiker bangunan macam di bandar Amsterdam

Nak ingatkan pada semua, stiker dinding macam ni walaupun mungkin nampak mudah untuk dipasang, tetapi hakikatnya memerlukan installer yang biasa dengan kerja begini. Installer yang saya gunakan khidmat dia ni memang dah biasa pasang tint film tingkap kaca dan stiker kereta.



Seterusnya masuk bab pemasangan kerja kayu. Dalam masa yang sama ada melibatkan kerja pendawaian elektrik untuk pemasangan lampu LED di 'Feature Wall' berbentuk bumbung rumah ni.


Special request dari klien yang mahukan lubang pada papan atas untuk masukkan baju kotor ke dalam laundry bag di bawah. Kabinet berpintu supaya nampak kemas. 


Nah, saya kongsi gambar-gambar hasil kerja yang sudah pun siap. 











 
Nak tunjuk hasil sama dengan design. 



Sekadar berkongsi, ini merupakan antara pilihan asal yang dibuat untuk bilik tersebut. Namun akhirnya klien memilih pilihan yang terakhir. 

Antara progress untuk perbincangan. Setiap ruang diambil kira dan saiz setiap ruang dan bahagian diambil kira. 

Ha macam mana? Nampak ruang macam kecil kan tapi tak sedikit juga isu yang perlu diambil kira.



Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultasi, design ruang sehingga siap, boleh hubungi saya di:


WWW.WASAP.MY/601111892504


No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...