So aku godek balik lah transkip aku dulu. Tengok balik subjek apa yang aku belajar dulu. Entah aku pun dah lupa nama subjek. Seperti kacang lupakan kulit sungguh perangai camnih.
Disebabkan aku mengaku aku malas nak taip satu-satu maka aku print screen je. Korang jangan banyak cekadak pulak nak komen kualiti gambar okeh.
Hendaklah diingatkan, batch selepas aku ada mengalamami pertukaran silibus sedikit seperti kena tambah third language, etc sebab waktu tu, UiTM telah naik taraf dari diploma senibina kepada Sarjana Muda Sains Senibina (B.Sc Architecture, fyi).
Gambar dibaca camni: [subject code/credit hour/subject]
Semester 1:
Note: Waktu ni wajib masuk Kesatria kecuali orang yang dah pergi PLKN
(harap maaf komander memang agak poyo pagi-pagi terjerit-jerit buat bingit telinga sambil buat muka ala bengis. Annoyed gak lah kadang-kadang tapi aku layankan je demi nak pass. No hard feelings okay komander ;p time camping korang tetap best sebenarnya. *bodek*)
Subjek Architectural Communication ni lah subjek pengenalan kepada lukisan. Dulu masa ni belajar melukis. Hand sketch. Belum masuk technical. Dulu pernah lecturer bawa taman tasik untuk lukis nature, then ada ke rumah kedai lama untuk lukis bangunan.
Semester 2:
Note: Waktu ni dah kena ambil kokurikulum. Sebab tu ada swimming. Korang bolehlah join sukan atau persatuan lain. Jangan tanya kenapa kena amek Chemistry. Sem ni belajar technical drawings.
Semester 3:
Note: Waktu sem ni, barulah betul-betul masuk subjek design.
Semester 4:
Note: Structures lebih kepada subjek yang macam student civil engineering belajar tu tapi basic jelah. Kalau nak deep sangat baik kau study civil je kan.. heheh.. Ni satu-satunya subjek kira-kira & agak macam study hukum fizik juga lah. Land surveying pulak memang masa tu kadang-kadang kena pergi fakulti land survey sebab nak guna alat-alatan nak ukur tanah.
Semester 5:
Semester 6:
Semester 7:
Semester 8:
Note: Ada dua kali industrial training yakni masa sem 7 & 8 iaitu waktu cuti sem sebelum masuk sem tersebut. Memang waktu sangat singkat. Honestly part ni aku kurang setuju sebab aku rasa practical patut buat the whole sem aje. Kalau ada post mortem tentang practical ni, aku sangat berharap industrial training tak dipisah dua malah dipanjangkan tempoh supaya student betul-betul dapat banyak input yang berkualiti. Tapi aku tak pasti juga kalau silibus baru ni industrial training dah digabungkan. Sebab silibus sebelum aku pula memang practical ni tak dipisahkan.
Sebagai persediaan pula:
1) Saya faham jika anda teruja mahupun cuak nak masuk belajar ni tapi seriously, wat lek wat peace je k. Student archi kena cool *chewaaahh!!* padahal aku yang selalu cuak.
2) Dulu kami dapat senarai barang apa yang perlu dibeli dari art shop fakulti (bukan dari lecturer) Keburukannya, bukan semua barang tu digunakan pun selama 8 sem. Cara terbaik, beli barang basic je macam pensil Faber Castell yang berbeza gred tu, pemadam, alat tulis standard biasa. Selebihnya, sepanjang tempoh pembelajaran kamu, kamu akan tahu apa yang perlu dibeli. Jangan membazir. Boleh tanya lecturer apa yang kamu perlukan nanti.
3) Selama 4 tahun belajar, walaupun takde sangat kelas belajar softwares, kamu belajar lah sendiri-sendiri. Tengok youtube pun boleh. Paling basic kamu boleh belajar ialah AutoCad, Sketch Up, dan Adobe Photoshop. Nanti dah maju sikit bolehlah godek-godek softwares lain ok. Belajar architecture sekarang, ibarat belajar graphic architecture. Zaman dulu je pakai lukis-lukis. Sekarang semua computerized.
4) Kalau ada architectural festival (ArchiFest), silalah join dengan bersemangat! Sebab ni adalah tradisi budak archi FSPU, UiTM. Honestly, kalau kamu berfikiran positif, kamu dapat rasa aktiviti bersama ni fun sebenarnya. Kalau kamu berikiran negatif, kamu akan menganggap ArchiFest ni membebankan. Bagi aku, boleh merapatkan hubungan sesama kawan 1 studio, sesama junior & senior. Tengok sekarang aku dah study kat UK mana ade archiFest bagai ni? Studio pun takde. Sedih tahu tak takde semangat studio ni!
5) Ni additional jelah memikirkan apa yang aku akan buat kalau boleh ulang balik masa. Kalau kamu ada peluang untuk buat kerja part time amek upah buat drafting kecil-kecilan seperti renovation rumah mahupun 3D, rebutlah peluang itu walaupun study memang dah busy. Sebab dengan cara itu kamu dapat membiasakan diri kamu dengan industri atau "realiti". Banyak yang kamu boleh belajar sebenarnya. Tapi ni untuk yang mampu dari segi masa jelah.
6) Berbaiklah sesama studio mates anda sebab anda akan bersama mereka selama 4 tahun. Kalau anda ada ukhwah yang kuat, sampai habis belajar pun kamu akan unite dengan ahli studio kamu. Kalau tak, ada kerugian sikit lah disitu.
p/s: Seriously pada adik-adik di luar sana, saya ni bukanlah bright student sangat pun mahupun terer ke apa. Bila dapat kata-kata macam "kak Sophie, akak sumber inspirasi saya untuk berjaya!" "Kak Sophie, saya nak jadi macam akak nanti!" Aku rasa macam heee entahla, macam malu pun ada. I'm not that superior you see..
(-_-') You guys can be much better than me, okay. Cuma kalau ada entri pasal architecture ni mostly sebab ramai yang bertanya jadi aku cuma berkongsi apa yang dah aku lalui semoga boleh jadi pembuka jalan pada pada sesetengah orang. Sebab to be honest, dulu aku takde guidance langsung pasal architecture ni, background family, kawan-kawan pun takde yang study archi. Yang aku tahu, study architecture ni memang kena kuat semangat, & jangan give up.Kalau ada time rasa nak nangis tu perkara biasa la. Kalau dah decide nak study course ni, that's it. You start your journey & never look back. The end.
Jap, student life memang sangat best =) Banyak memori untuk dikenang. So make yours a wonderful one to remember ok. Ikhlas. =)
thanks akak :)
ReplyDeletedh nampak dah sikit jalan tu .
hri tu baca tips temuduga akak dan LULUS . nnt kena belanja akak ni haha :D
btw, 1/9 ni daftar UiTM :)
Can u email me or reply me the ques thy ask?and biasanya berapa A spm boleh masuk
DeleteKalau ada yang nak sambung study Law di UiTM, bolehlah tanya saya plak. Terus ke blog saya di www.faizalnizam.com :)
ReplyDeletep/s: takpe kan buat marketing sikit kat sini cik sophie?
Uwahh . Thank you so much kak sophie !! Disebabkan blog kak sophie saya lulus temuduga and be apart of uitm student.Love you -xoxo-
ReplyDeleteCan u email me or reply some of the ques the ask pleasee
DeleteAkak nk tanya ni . Akak. Study kat UK buat part II ke dah master ? :o
ReplyDeleteksatria tu wajib masuk masa sem 1 je ke ? hmm , badan uniform lain takde ke ?
ReplyDeleteUtk silibus baru sume jadi ade 9 subjek:-
ReplyDelete1. Design Appreciation (more to arts)
2. Design Drawing and Communication (more to technical)
3. Basic Science (physics)
4. Economics and Architecture
5. Language Enrichment (English)
6. Third Language
7. Islam and Asian Civilization
8. Elective Subject (boleh pilih sama ada nak masuk Photography atau Digital Communication)
9. National Kesatria
Boleh share lagi pasal silibus baru senibina uitm??
Deletelots of thanks ^.^
ReplyDeletethank for the spirit akak. sekarang sy pun bakal amik archi jugak. thanks for the info!
ReplyDeletememang copy budak pandai, teruskan usaha dik, nanti kalau anak akak nk masuk U mmg blog ni boleh jadikan panduan
ReplyDeleteDpt kah masok sarjana seni bina terus tnpa diploma ?
ReplyDeletesalam kak, apa beza Sarjana Muda SAINS Senibina dgn Sarjana Muda Senibina?? please answer me~
ReplyDeleteawesome tips. thanks kak..
ReplyDeleteaina anuar.. uitm je yg ade sistem mcm tu.. hehe.. dr spm terus ke degree.. mcm um ngn uia..kne asasi dlu.. utm diploma dlu..
ReplyDeletesarjana muda sains seni bina-degree.
sarjana muda seni bina-ala2 master laa.. skrang dh xde sarjana muda seni bina..die dh tukar kpade master of architecture..silibus sarjana muda seni bina dh xdigunakn..
assalamualaikum , kak . seronok baca blog kakak . sarjana muda sains senibina tu trus lompat ke pegi ijazah ? tak pyh ambik diploma ke ? abih , kalau kakak dah abih kulia nh , kakak boleh trus ambik master ? -ehehe , soalan yg sama . tak paham lagi sistem nh .
ReplyDeleteSalam, kak sophie, nak tya... program ni under UPU, pinjaman MARA, atau PTPTN atau lain2? mohon kecerahan... terima kasih...
ReplyDeletesalam, kak sophie, program ini dibawah UPU adakah menerima tajaan KPM, MARA atau PTPTN, atau lain2? mohon kecerahan... terima kasih. :)
ReplyDeletesaya tengah nak isi upu... ade la nak tanye sikit beberapa soalan... nk no whatsapp leh x sng sikit...
ReplyDeletesalam, akak nak tanya kalau nak ambik architecture ni memang kena pandai melukis or kena ada basic melukis ke? and interview nanti ada test melukis ke?
ReplyDeleteAlhamdulillah akak saya pon dh dpt ...terima kasih atas pertolongan akak tu...tapi saya sdg confuse nk ambil apa~~~kena buat solat istikharah..apa2 pon terima kasih kat kak sophie! =)
ReplyDeletesalam, kalau tak dapat archi ni dkt uitm, kena tunggu next year ye?
ReplyDeleteslm...
ReplyDeleteskrg part 1 dianggap degree ke?
klu dh ada diploma nk ambik kos ni bleh?
ReplyDeletediploma nak masuk pun boleh. selalunya kalau dari poli akan masuk semester 4. waktu tu, yg dah ada diploma ni advantage yg sgt2 jauh lebih tinggi.
Deleteuishh..best lahh architecture nii..lot of thanks
ReplyDeletesalam kak sophie , nak ambil sarjana muda ni kena ada diploma dulu ke ? mohon reply em em saya nak isi borang upu tapi pening dah ni haihh
ReplyDeleteemail : aqilah.nazri@gmail.com
tq :)
tak ada diploma. utk senibina uitm ni mmg terus lompat ke degree. 4 tahun pengajian. tapi tu baru part 1. tak habis lagi. kena tambah 2 tahun lagi utk master part 2. so total 6 tahun.
DeleteTumpang Tanya, kalau saya amik diploma seni bina di politeknik adakah saya sudah dapat part 1 Dan bagaimana Pula kalau saya ingin sambung ke degree ?
DeleteSaya nak ambik form 6 jurusan kemanusiaan..cita2 saya nak jadi arkitek..so subjek at form 6 apa yg sesuai untk saya lebih ke bidang archi ni..
ReplyDeleteSaya nak ambik form 6 jurusan kemanusiaan..cita2 saya nak jadi arkitek..so subjek at form 6 apa yg sesuai untk saya lebih ke bidang archi ni..
ReplyDeleteSaya nak ambik form 6 jurusan kemanusiaan..cita2 saya nak jadi arkitek..so subjek at form 6 apa yg sesuai untk saya lebih ke bidang archi ni..
ReplyDeleteSaya akan masuk form 6 bulan 5 ni.. cita2 saya nak jadi arkitek..saya ambil jurusan kemanusiaan..so subjek apa yg sesuai utk saya ambil bidang archi ni..
ReplyDeletesains boleh, kemanusiaan pun boleh. make sure score gila2 nak fight dgn student matriks. lepas stpm, anda akan masuk semester 2. uitm ada 3 kampus utk menjalani program senibina. Uitm shah alam, uitm seri iskandar dan uitm sarawak
DeleteI think its abit silly quest but I dun care la. Archi ni memang kena pandai lukis ka?
ReplyDeleteFuhhh leleh... Ak ade dip. Architecture... Nk ambil degree tp cuakkk kot... Nightmare
ReplyDeleteAslm kak , sy skrg dlm bidang art and design utk diploma.....dak2 AD....boleh ke saya nak sabung degree dlm bidang seni bina atau seni bina dalaman......btw , skrg saya ada dpt tawaran politeknik diploma seji bina. ....mana lagi bagus , stay uitm dlm bidang Art and design atau acept diploma seni bina poli and quit uitm ? Minta pendapat....sy Teringin sgt nak buat dlm bidang seni bina atau seni bina dalaman ini
ReplyDeleteAssalammualaikum hey. Sorry but nak tanya, skrng ni awak dah smbng ke degree senibina tu? Bcs saya pun diploma art n design and nk amik degree senibina. So nak tahu pendapat awak thank you
Deleteassalam kak,saya student mechanical engineering uitm part 2..but,tbh i dont like what im learning rn cause i dont wanna become an engineer pun,i wanna be an architect tapi masa isi upu tu tak fikir panjang,so pendek cerita boleh ke kalau berhenti this course and masuk degree architecture terus?or architecture ada diploma?
ReplyDeletemaaf bertanya idk who else to turn to
X buang msa ka??
Deletethanks akak :D
ReplyDeleteSalam sis. If saya masa sklh dlu saya ambik bidang acc tak ambik bio,fizik,chemis then tngk kelayakan. Layak mohon sarjana muda sains senibina .boleh jdi ke? Chemistry tu wajib eh?
ReplyDeletesalam..sy lepasan spm.sy lyk mmhon bidang ini.perlukah muet untuk ambik bidg ni??tq=)
ReplyDeletehai akak sophie..saya cuma nak tanya kalau tak pandai melukis mmg x patut ke kita mohon kursus senibina ni?saya takde basic melukis tapi saya minat kat course ni..jadi patut ke saya memohon?
ReplyDeleteassalammualaikum kak sophie.saya dapat 7A1B SPM.waktu apply upu,saya buat pilihan 1 saya ijazah sarjana muda kepujian sains seni bina sebab saya minat melukis dan minat bab architecture ni.But,sekarang bila saya check keputusan sama ada saya dapat atau tak temuduga,dia ckp permohonan saya tak berjaya.saya rasa sangat down.saya dah berharap sangat.saya tertanya tanya kenapa permohonan saya tak berjaya.apa silap saya.kak sophie,saya masih ada peluang ke?mohon pendapat semua ya..
ReplyDeletecer cube bwat ryuan
DeleteMasa spm amik seni x
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah paham la jugak apa yang akan saya lalui selama 4 tahun nanti. 3/9 ni pendaftaran, hopefully semua berjalan dengan lancar. Thanks for the infos kak :) really really helping
ReplyDeleteAkak. Setahu saya bukan semua uitm ada course ni kan ? Boleh tk akak senaraikan uitm mana yg offer sarjana muda sains seni bina ni?
ReplyDeletehii kak.. course ni boleh untuk lepasan spm ke?
ReplyDeleteBoleh! Saya ex spm 2018, alhamdulillah saya dapat course ni, Dan tarikh masuk saya 25/8/2019
DeleteKakak amik scholatship apa?
ReplyDeleteMasa di UiTM saya tak ambil scholarship
Deletehi kak !
ReplyDeleteSaya budak spm promax hehe , saya dari kecik minat archi ingat kalau ada rezeki , nak amik course ni lepas spm ni , lepas tengok blog akak , saya lagi minat nak amik course ni hehe , tq kak !
Salam kak, ramai tak yg dapat first class ijazah senibina ni?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Tak ramai.
ReplyDelete