Thursday, November 23, 2023

Pengubahsuaian Rumah Jenis Kondominium di Kuala Lumpur

Kondo sekitar 900sqft ini dimiliki oleh seorang tuan rumah yang mahu sewakan rumah ini kepada penyewa. Untuk meningkatkan value pada rumah beliau bagi meningkatkan bayaran bulanan penyewa kepada pemilik rumah, ini ialah satu pelaburan yang bijak. 

Konsep yang pemilik ini mahukan ialah seperti English concept. Kabinet nyatuh design jenis shaker telah dipilih. Pintu kabinet yang digunakan ialah jenis nyatuh dan dicat dengan dua jenis warna cat iaitu putih & biru. Untuk kemasan kayu bagi kabinet dapur, jika mahu dicat, saya sangat sarankan ambil kemasan cat jenis 'matte' , bukan jenis 'glossy'. 

Sebahagian jubin dinding juga telah dipecahkan dan diganti dengan jubin jenis 'subway'.  



 



Ruang 'yard' rumah. Kebiasaan rumah kondominium di Malaysia menjadikan tempat yard ni untuk ruang basuh baju. Paip untuk mesin basuh disediakan dan lubang air keluar turut disediakan. Cuma untuk kes rumah ini, paip untuk basuh baju telah dialihkan untuk kesesuaian layout ruang ini.


Memandangkan pintu asal ke yard ambil ruang jika dibuka, maka pintu tersebut ditukar kepada jenis 'barn door'.

Salah satu dinding dijadikan 'Feature Wall'. Klien hanya mahukan 'feature wall' yang simple. 
Lebar potongan kayu ini sekitar 75mm dan jarak antara satu batang dan batang sebelahnya ialah 2 kaki, ikut jalur jubin lantai. 


Sedikit tips untuk rumah macam ni, bila nak mop lantai bagi yang ada feature wall sebegini, perlu berhati-hati kerana tiada skirting antara jubin lantai dan dinding. Jika kayu yang digunakan jenis solid, kayu tu tak mudah kembang. Tetapi jika kayu jenis MDF, ada potensi untuk kembang selepas beberapa waktu. Jadi pastikan mop tu jangan terlalu basah ya. 






Pasang grill pintu sekali.



Rasa lama tak post kan muka sendiri kat blog sendiri.


Rasain loh perbezaan 13 tahun dahulu masa first entry post di blog ni. 
*Nangis belakang tu tulis tua padahal masatu baru 22 tahun apakah??*


 sekiranya anda memerlukan khidmat konsultansi sehingga siap, boleh hubungi saya di : 

WWW.WASAP.MY/601111892504

Thursday, November 2, 2023

Makeover Dapur Rumah Jenis Pangsapuri , Sungai Buloh

Kadang-kadang, ada orang yang takut nak approach 'Interior Designer' atau arkitek sebagai jalan penyelesaian bagi masalah rumah yang diduduki. Ada yang beranggapan, kalau hubungi mereka yang pakar, tentu mahal. Bagi saya, adalah perlu untuk 'get in touch' dengan orang yang memang "ahli" dalam bidang tersebut.

Jika rumah rosak, panggil lah kontraktor untuk baiki. Jika tiada idea bagi rumah yang baru terima kunci, carilah Interior Designer, jika ingin membina rumah atas tanah sendiri, carilah arkitek. Tapi kalau Interior Designer & arkitek juga adalah seorang kontraktor, itu adalah lebih baik. 

Apabila saya melakukan 'site visit', adalah sangat penting untuk saya memahami 'Client's Brief". Seorang klien akan menceritakan permasalahan yang dihadapi bagi ruang-ruang tertentu dirumahnya seperti susun atur kedudukan sinki, peti ais dan soket pada dapur yang dirasakan janggal tetapi tidak tahu apa cara yang terbaik untuk susun atur yang baru. Kebiasannnya mereka ini tahu ada masalah dan boleh menjelaskan isu-isu yang mereka hadapi tetapi mereka tidak tahu apa solusi yang terbaik untuk ruang rumah mereka. Nah, disini lah fungsi konsultansi dari yang pakar. 



Dapur rumah ini tidaklah besar. Bermakna ia ada cabaran tertentu untuk disusun. Seorang designer perlu ambil tahu apa keperluan dan 'expectation' klien dalam ruang yang akan diubahsuai itu.  

(Ruang dapur sebelum)
Lebar 6 kaki. Panjang 14 kaki.


Ini adalah antara perkara yang diambil kira ketika dalam proses design proposal.

-Rumah ini lebih kepada menjadi rumah transit kepada anak-anak owner. Kemudian bakal dijadikan rumah pencen kepada owner. Jadi material yang digunakan haruslah berkualiti dan tahan lama. 

-Kabinet bawah mahu lebih tinggi dari tinggi kebiasaan. Ada pertambahan sekitar 2 inci. Ini kerana, anak klien yang tinggal di rumah tersebut ada menjalani rawatan sakit berkaitan tulang belakang. Jadi tak boleh terlalu rendah atau membongkok jika hendak masak.

-Sinki yang disarankan & diperlukan ialah jenis 'single bowl'. Jika menggunakan sinki 'double bowl', dah tentu akan memakan ruang table top.

-Peti ais yang digunakan tidak besar, maka boleh manfaatkan ruang 'tall unit' dengan lebih efisien. Klien perlu ruang untuk perletakan microwave dan oven. Tetapi pada saya, saya tidak mahu dua item ini diletakkan di atas table top (supaya tidak menghadkan penggunaan ruang penyediaan makanan memandangkan dapur ini tidak besar. Jadi kedua-dua item diletakkan di tall unit di atas ruang peti ais. 

-Rak jenis terbuka juga diletakkan di ruang kabinet atas untuk perletakan rempah berdekatan dapur masak. 

-Berdasarkan pada gambar sebelum di atas, kelihatan peti ais dan soket banyak ada di dinding sebelah kiri. Namun jika kabinet dapur diletakkan pada dinding ini, kabinet tersebut akan menjadi pendek berbanding dinding kanan kerana kedudukan pintu yang sedia ada ke ruang mesin basuh. 

-Selain itu, kabinet dapur klien yang kelihatan pada gambar di atas juga kurang sesuai berada di situ kerana menghalang laluan ke pintu ruang mesin basuh di sebelah kiri. Tambahan pula, paip air disitu bukanlah paip asal dapur tersebut tetapi telah dipindahkan oleh kontraktor terdahulu. Paip asal berada di dinding sebelah kanan. 

-Selain itu, design dapur jenis linear lebih sesuai berbanding L-Shape kerana saiz dan keadaan yang terhad. 

-Pemasangan siling plaster juga diambil kira bagi mendapatkan efek 'clean look'. Paip yang ada di siling asal mahu disorokkan. Plaster ceiling dipasang bermula di bawah aras beam. 





-Oleh kerana kedudukan paip asal lebih sesuai & ruang dinding kanan lebih efisien untuk digunakan bagi memaksima panjang kabinet dapur, maka kami decide untuk semua soket elektrik dipindahkan ke dinding kanan dan paip air kami gunakan yang ada di lokasi lama.

Tiles di dinding yang sedia ada tak perlu ditukar semua. Cukup untuk tukar pada ruang 'backsplash' sahaja iaitu sekitar 2 kaki tinggi dari level atas table top. 

Dapur yang diberikan nafas segar dengan menggunakan material dari warna yang cerah dan mempunyai 'pattern' yang lebih natural sepeti corak ira kayu pada tiles lantai dan pintu kabinet dapur. Penggunaan warna putih pada aksesori lampu dan kipas juga memberi efek tampak bersih dan mewah untuk ruang yang sederhana ini. 

Sedikit tips tentang pemilihan lampu & kipas, jika kipas mahu diletakkan di siling, kita perlu ambil kira saiz radius kipas angin tersebut supaya pintu kabinet tidak terkena kipas apabila pintu tersebut dibuka. Untuk ruang rumah klien ini, kipas moden yang kecil & dipasang di dinding sangat membantu. Lampu jenis track light juga digunakan untuk ruang yang memanjang seperti ini. Lampu jenis tergantung kami elakkan kerana tidak mahu ada masalah bergoyang kerana kedudukan kipas dinding yang mungkin anginnya dihalakan terkena lampu gantung. 


Meja adalah dari jenis quartz. Tiles di dinding ialah tiles bersaiz 1 kaki x 2 kaki. Terdapat juga tiles jenis sebutir-sebutir untuk corak jenis fish scale namun kita harus berpandukan kepada 'guideline' dan bajet. Tiles kecil-kecil dan pemasangannya adalah lebih mahal berbanding pemasangan tiles biasa.

Alhamdulillah klien tersenyum tengok perubahan dapur beliau sekarang. 


Ruang mesin basuh, sebelum. 
Ini ruang dari pintu yang terletak dihujung dapur. 

Untuk ruang mesin basuh ini, beberapa perkara telah ditambah baik. Antaranya:

-Plaster ceiling. Boleh tutup paip di atas.
 
-Selain itu, ruang bukaan tingkap ini telah ditutup menggunakan besi oleh kontraktor terdahulu. Tetapi menjadi masalah apabila cahaya sangat kurang masuk ke dapur melalui ruang ini. Jadi, ruang ini ditambah pulih dengan menggantikan kepingan besi tersebut dengan tingkap kaca dan grill baharu. 

-Dinding juga telah dicat baru berwarna putih.

-Lantai juga telah ditukar dan dipasang tiles yang sama dengan tiles baru di dapur. 

-Exhaust fan ditukar baru. Memandangkan ruang 'yard' ini bersambung dengan ruang dapur dan di kabinet dapur tiada exhaust fan yang membawa udara masakan ke luar rumah, maka exhaust fan sesuai diletakkan disini. Di dapur ada 'hood' tetapi tiada connecting hose ke ruang luar rumah.


Mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dalam proses ubahsuai rumah dan "Refurbishment", sekiranya anda memerlukan khidmat konsultansi sehingga siap, boleh hubungi saya di : 


www.wasap.my/601111892504



Pengubahsuaian Dalaman Rumah Jenis Teres di Rawang (Fluted Wall)

Untuk rumah ini, pengubahsuaian dalaman rumah yang terlibat ialah di kawasan ruang tamu dan beberapa item lain seperti pemasangan lampu dan kipas di seluruh rumah. 

Untuk ruang ini, kami telah memasang siling plaster, pendawaian elektrik untuk aircond dan pemasangan kabinet untuk TV, kabinet kasut dan kabinet buku.

Sekitar 2,3 tahun ini agak terkenal ya penggunaan fluted panel wall. Untuk pengetahuan, fluted panel banyak yang dibuat daripada Wood Plastic Composite (WPC). Kelebihannya ialah, ia tahan air dan tahan dari serangan anai-anai. 

Konsep yang dimahukan klien diinspirasi daripada konsep Muji dan moden.

 







Selain menggunakan fluted wall dari WPC, kami juga menggunakan kayu dari kayu solid nyatuh untuk sebahagian daripada kabinet buku tersebut. 



Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah dan konsultansi hiasan dalaman boleh hubungi saya di : 

www.wasap.my/601111892504

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...