Wednesday, December 7, 2022

Rumah Dua Tingkat di Sungai Buah, Dengkil

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ini kali pertama kami handle projek rumah banglo dua tingkat. Apa-apa perkara yang pertama kali kita buat, mestilah ada rasa kerisauan dalam teruja. Lokasi terletak di Sungai Buah, Dengkil. Sangat mencabar ya untuk kembangkan bisnes sewaktu PKP yang on off beberapa kali tahun lalu. Namun kata kunci untuk mencapai kejayaan tu haruslah ada SABAR.

Sekadar info, pemilik rumah ini pada asalnya perlukan rumah kerana owner rumah yang disewa beliau mahu jualkan rumah tersebut. Dalam masa yang sama juga, anak-anak semakin bertambah jadi beliau rasa perlu untuk memiliki rumah yang lebih besar untuk didiami.

Rumah yang dibina ini mempunyai ruang-ruang seperti berikut :

-5 Bilik tidur (3 di atas, 1 bilik tidur tetamu di bawah & 1 bilik di bawah yang dijadikan mini library)

-3 bilik air (2 di atas, 1 di bawah berdekatan bilik tidur tetamu)

-Ruang tamu

-Ruang makan

-Dapur

-Laundry room (di tingkat atas kerana pemilik rumah prefer sidai baju di beranda tingkat atas)










2




















Rumah ini besarnya 1860 kaki persegi. Berjaya disiapkan dalam tempoh 6 bulan. 

Monday, October 17, 2022

Pengubahsuaian Dalaman Rumah di Danau Kota, Setapak

Hai. Salam sejahtera. Harini saya nak berkongsi tentang proses pengubahsuaian rumah jenis kondominium di Setapak, Kuala Lumpur.




Antara skop kerja yang kami jalankan untuk rumah ini : 

1) Kerja mengecat 1 rumah

2) Memasang lantai jenis SPC di ruang tamu, ruang makan dan koridor.

3) Memasang lantai jenis vinyl di ketiga-tiga ruang bilik.

4) Wainscoating pada 6 buah pintu 

5) Ruang tamu : 
-Pemasangan TV console
-Strip divider
-Pelmet langsir

6) Ruang dapur :
-Mengganti tiles lama dengan baru termasuk tiles jenis "backsplash"
-Membuang kabinet dapur lama dan ganti kepada kabinet baru (melamine dan table top jenis quartz)
-Merendahkan outlet pengeluaran air di dinding supaya air tidak backflow dari sinki.

7) Pengubahsuaian 2 buah tandas 
-Mengganti tiles lama dengan baru.
-Menukar fittings seperti WC, bidet, sinki, shower
-Pemasangan kabinet cermin IKEA
-Cat siling pleaster
 
8) Pemasangan invisible grill di 2 buah bilik.
  
Saya kongsikan gambar-gambar projek pengubahsuaian rumah ini:

Ruang tamu yang ditelah dipasang lantai jenis SPC dan pemasangan kabinet TV. Sebenarnya, pemilik rumah ni mahu jadikan ni rumah pencen beliau. Dia duduk seorang. Konsep yang beliau mahukan tu ada sentuhan klasik. Sentuhan mood rumah ini terasa “cosy” ya dengan pemilihan warna cahaya lampu yang “warm”. 

Pemasangan wainscoating di pintu-pintu bilik. Untuk dinding kami menggunakan cat jenama Jotun. Untuk satu ruang dinding ni cat warna Emerald digunakan.

Di ruang makan unit rumah ini, kabinet dapur lama dicabut untuk menjadikan ruang ini lebih luas.


Bagi ruang dapur yang sempit, kami sarankan penggunaan warna kabinet yang cerah supaya ruang dapur terasa lebih nyaman dan tidak serabut. Mozek yang digunakan sebagai backsplash adalah jenis susunan “subway”. Nampaknya corak ini menjadi pilihan ramai beberapa tahun kebelakangan ini. 

Lantai jenis vinyl ini sangat sesuai sebagai kemasan bagi mereka yang meningkat umur atau yang berusia. Apabila dipijak, rasanya tidak sesejuk seperti memijak di lantai mozek. Biasalah, terkadang apabila memijak lantai yang sejuk, boleh tangkap uratlah orang kata! Tambahan pula, simen untuk “grouting” (garisan ruang antara mozek) yang digunakan berwarna gelap dan mozeknya jenis design lama. Jika anda gunakan kemasan vinyl atau SPC, garisan “grouting” ini hampir tidak kelihatan. Ini boleh menjadikan keseluruhan ruang apabila diatur perabot yang sesuai, ruang akan kelihatan kemas dan moden.
Dinding bilik ketiga yang dicat dengan warna pastel. 


Bilik tidur utama

Bilik tidur utama

Bilik tidur utama.

Ruang tamu



Bilik ke-3

Bilik ke-2

Bilik ke-2

Dapur

Ruang tamu : Sebelum




Ruang tamu yang dipasang TV console dari kayu jenis melamine. Warnanya dipadankan dengan dinding yang berwarna Emerald. Klien kami juga meminta untuk dipasangkan papan pemisah (divider) di ruang tamu ini.





Tandas 1





Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :

📞 https://www.wasap.my/+601111892504


Tuesday, June 21, 2022

Pengubahsuaian Rumah Jenis Townhouse di Amansiara, Selayang

Skop kerja merangkumi :

Mengecat

 - Cat dinding bahagian dalam 1 rumah, mengecat semula semua pintu kayu dalam rumah, mengecat pintu dan tingkap grill. 

Kipas siling

 - Mencabut kipas siling lama & memasang kipas siling yang baru. 

Langsir 

- Mencabut langsir lama berserta batang rail langsir dan menukar dengan batang rail langsir baru bagi setiap tingkap dan pintu sliding. 

Kerja pendawaian elektrik 

- melibatkan penambahan soket elektrik dan penambahan pemasangan air cond pada bilik. 

Ruang Tamu 

- Pemasangan kabinet TV jenis built in. 

Tandas (2 buah) 

- Memecahkan semua mozek lama dan menggantikan dengan mozek baru, mengecat baru siling plaster, penukaran semua fitting dan gantikan yang baru (sinki, WC, shower, tap air, floor trap), dan pemasangan aksessories. 

-Penukaran pintu tandas lama kepada pintu jenis aluminium bifold. 

Bilik Master 

- Pemasangan kabinet almari dan kabinet barangan serbaguna.

Dapur

-Pendawaian elektrik : Penambahan soket elektrik dan pemasangan lampu jenis ‘track light’

-Memecahkan mozek lama pada paras ‘backsplash’ dan menggantikan dengan mozek baru. 

-Hack dinding bagi merendahkan paip keluar air laluan dari sinki

-Kerja kayu : Pemasangan kabinet dapur baru berserta meja ‘island’

-Pemasangan bidai/roller blind


Ruang Tamu & Kabinet TV 
Untuk info pembaca, material yang digunakan bagi kabinet TV ini ialah dari jenis melamine. Untuk rak dalam kabinet pula pada bahagian menegak, klien mahukan ruang tersebut dijadikan ruang meletakkan CD lagu. Klien merupakan peminat musik dan mempunyai koleksi CD/DVD yang banyak. Jadi sebab itu saiz rak itu dibuat kustom untuk memenuhi kehendak klien. Untuk ruang meja dibawah pula (melintang), ruang itu diletakkan modem internet dan juga kedudukan sedia ada socket pada dinding. 

Apa yang saya suka tentang kabinet TV jenis built ni, kita dapat kurangkan rasa serabut tengok dawai elektrik berselirat sebab dawai-dawai tersebut boleh disorokkan dalam/belakang panel kayu di dinding. 



Tandas
Bagi ruang tandas yang bersaiz tidak terlalu besar, sekitar 4’ x 7’ bagi rumah ini, untuk kelapangan mata memandang untuk jangkamasa panjang, kami selalu menyarankan klien untuk menggunakan mozek berwarna cerah dengan corak yang tidak terlalu serabut. Untuk info tambahan buat pembaca, antara perkara yang sangat kena berhati-hati dalam pengubahsuaian rumah yang telah lama didiami ialah:

-‘Plumbing work’ pada rumah tersebut dan keadaan dinding. Banyak rumah jenis bertingkat ni yang kami jumpa, dinding jenis keras seperti material dinding IBS. Jadi untuk kurangkan risiko gegaran yang memungkinkan keretakan atau pecah mozek rumah jiran, kita guna sahaja paip yang sedia ada. Bererti tidak dibenam didalam dinding. 

-Offset pada jamban jenis duduk. Offset yang dimaksudkan ialah jarak dari permukaan dinding dengan tengah lubang pada mangkuk jamban. Jika kita ke kedai barangan tandas, sudah pasti banyak design yang kita berkenan kan? Tapi,tak semua design tu functional pada tandas kita. Tambahan lagi, lubang jamban pada lantai sudah sedia ada jadi bila mahu tukar jamban, haruslah guna WC yang ngam. Contoh seperti dalam gambar di bawah, jarak offset WC di bawah ialah 12’’ (yakni ngam 1 kaki), kalau pilih jamban yang mempunyai offset lebih panjang, nanti akan ada “gap” antara belakang cistern WC dan dinding. Kalau beli yang offset lebih pendek pula nanti kena guna extender. Jadi sebaiknya cari yang betul-betul ngam-ngam ya. 




Paip yang sedia ada di luar dinding kami kemaskan dan cat warna putih pada permukaannya. 

Dapur
Kabinet dapur yang digunakan ialah dari material jenis melamine. Manakala table top yang digunakan ialah jenis Quartz. Untuk range kabinet dapur, material jenis melamine ialah antara yang termurah di pasaran berbanding material pintu yang lain seperti acrylic, 3G, 4G , aluminium. Jadi kebiasaannya sebab itu kami perlu tahu berapa budget klien untuk pengubahsuaian rumah mereka supaya kami boleh sarankan design dan material apa yang sesuai dengan bajet mereka. Sekiranya klien tinggal di rumah bertingkat seperti apartment dan kondominium, material jenis melamine sudah cukup memuaskan. Tapi jika rumah jenis landed dan ada kerisauan sekiranya banjir, material jenis aluminium sangat disarankan. Cuma kena sediakan bajet yang hampir dua kali ganda dengan material jenis melamine  =)


Cleaning Service
Kerja-kerja pengubahsuaian rumah terutamanya yang melibatkan kerja “hacking” sudah tentu akan membuatkan rumah berhabuk. Jadi sangat disarankan untuk menggunakan “after-reno cleaning service” dari syarikat pembersihan. Ada beberapa pekerja cleaning yang akan membersihkan rumah dengan lebih terperinci seperti mengelap setiap permukaan rumah (dinding, tingkap,perabot,pintu), sapu & mop lantai. 






Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah, boleh hubungi :

📞 https://www.wasap.my/+601111892504





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...