Assalamualaikum.
Saya nak berkongsi satu projek pengubahsuaian rumah di USJ, Subang Jaya. Projek ni saya uruskan sekali dengan kelulusan PBT, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Tuan rumah mahu besarkan ruang belakang yang melibatkan pembesaran ruang dapur, ruang tandas dan bilik belakang tingkat bawah dan tingkat atas. Sekadar berkongsi gambar sebelum & selepas.
Ruang belakang rumah.Awning kuning tu tuan rumah request.
Ruang dapur. Kabinet dapur lama dicabut untuk diganti baru. Tiles pada lantai dan dinding ditukar. Saya menggunakan konsep feature wall pada dinding untuk bahagian atas table top.
Tandas di bilik atas. Pada asalnya tandas di atas ni dikongsi antara dua bilik. Bilik anak lelaki dan bilik anak perempuan. Tuan rumah mahu tandas dibesarkan sedikit dan di bahagi dua supaya ada privasi di antara anak lelaki daan perempuan.
Ruang dapur yang lebih luas. Kabinet dapur lama yang telah dicabut. Diganti dengan kabinet baru berwarna putih
Keadaan sebelum pengubahsuaian.
Selepas pengubahsuaian
Di bawah ni ialah kabinet dapur selepas dipasang table top jenis Quartz.
Selepas siap dapur ni, ia menjadi ruang bersantai kegemaran tuan rumah. Memang feeling dia beza sangat di ruang dapur ini sebelum dan selepas diubahsuai. Beberapa bulan selepas siap pun saya ada pergi melawat tuan rumah. Dia berterima kasih sebab siapkan rumah & pilih material yang baik dan sesuai. Yang penting, rasa tenang nak memasak dan makan dengan keluarga.
Ohya, renovation ni siap dalam 3 bulan. Tepat macam apa yang saya target.
p/s:Bagi yang mencari designer & kontraktor untuk kerja pengubahsuaian rumah mahupun untuk membina rumah atas tanah sendiri, nasihat saya, carilah yang ada passion, telus dan takkan bawa lari duit anda. Sebab saya tahu banyak kes kontraktor lari sebelum siap kerja.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengubahsuaian rumah/pembinaan rumah, boleh hubungi melalui whatsapp/call:
www.wasap.my/601111892504
Keep on working, great job!
ReplyDeleteBoleh beritahu berapa kos dari plan, approval dari MPSJ sehingga complete renovation? Planning to renovate my house in USJ 11. Thank you.
ReplyDeleteBerapa anggaran renovate atas bawah ni sophie?
ReplyDelete