Tuesday, June 21, 2022

Pengubahsuaian Dalaman Rumah Jenis Townhouse di Amansiara, Selayang



Skop kerja merangkumi :

Mengecat

 - Cat dinding bahagian dalam 1 rumah, mengecat semula semua pintu kayu dalam rumah, mengecat pintu dan tingkap grill. 

Kipas siling

 - Mencabut kipas siling lama & memasang kipas siling yang baru. 

Langsir 

- Mencabut langsir lama berserta batang rail langsir dan menukar dengan batang rail langsir baru bagi setiap tingkap dan pintu sliding. 

Kerja pendawaian elektrik 

- melibatkan penambahan soket elektrik dan penambahan pemasangan air cond pada bilik. 

Ruang Tamu 

- Pemasangan kabinet TV jenis built in. 

Tandas (2 buah) 

- Memecahkan semua mozek lama dan menggantikan dengan mozek baru, mengecat baru siling plaster, penukaran semua fitting dan gantikan yang baru (sinki, WC, shower, tap air, floor trap), dan pemasangan aksessories. 

-Penukaran pintu tandas lama kepada pintu jenis aluminium bifold. 

Bilik Master 

- Pemasangan kabinet almari dan kabinet barangan serbaguna.

Dapur

-Pendawaian elektrik : Penambahan soket elektrik dan pemasangan lampu jenis ‘track light’

-Memecahkan mozek lama pada paras ‘backsplash’ dan menggantikan dengan mozek baru. 

-Hack dinding bagi merendahkan paip keluar air laluan dari sinki

-Kerja kayu : Pemasangan kabinet dapur baru berserta meja ‘island’

-Pemasangan bidai/roller blind



Ruang Tamu & Kabinet TV 
Untuk info pembaca, material yang digunakan bagi kabinet TV ini ialah dari jenis melamine. Untuk rak dalam kabinet pula pada bahagian menegak, klien mahukan ruang tersebut dijadikan ruang meletakkan CD lagu. Klien merupakan peminat musik dan mempunyai koleksi CD/DVD yang banyak. Jadi sebab itu saiz rak itu dibuat kustom untuk memenuhi kehendak klien. Untuk ruang meja dibawah pula (melintang), ruang itu diletakkan modem internet dan juga kedudukan sedia ada socket pada dinding.


Apa yang saya suka tentang kabinet TV jenis built ni, kita dapat kurangkan rasa serabut tengok dawai elektrik berselirat sebab dawai-dawai tersebut boleh disorokkan dalam/belakang panel kayu di dinding.
 




Tandas
Bagi ruang tandas yang bersaiz tidak terlalu besar, sekitar 4’ x 7’ bagi rumah ini, untuk kelapangan mata memandang untuk jangkamasa panjang, kami selalu menyarankan klien untuk menggunakan mozek berwarna cerah dengan corak yang tidak terlalu serabut. Untuk info tambahan buat pembaca, antara perkara yang sangat kena berhati-hati dalam pengubahsuaian rumah yang telah lama didiami ialah:

-‘Plumbing work’ pada rumah tersebut dan keadaan dinding. Banyak rumah jenis bertingkat ni yang kami jumpa, dinding jenis keras seperti material dinding IBS. Jadi untuk kurangkan risiko gegaran yang memungkinkan keretakan atau pecah mozek rumah jiran, kita guna sahaja paip yang sedia ada. Bererti tidak dibenam didalam dinding. 

-Offset pada jamban jenis duduk. Offset yang dimaksudkan ialah jarak dari permukaan dinding dengan tengah lubang pada mangkuk jamban. Jika kita ke kedai barangan tandas, sudah pasti banyak design yang kita berkenan kan? Tapi,tak semua design tu functional pada tandas kita. Tambahan lagi, lubang jamban pada lantai sudah sedia ada jadi bila mahu tukar jamban, haruslah guna WC yang ngam. Contoh seperti dalam gambar di bawah, jarak offset WC di bawah ialah 12’’ (yakni ngam 1 kaki), kalau pilih jamban yang mempunyai offset lebih panjang, nanti akan ada “gap” antara belakang cistern WC dan dinding. Kalau beli yang offset lebih pendek pula nanti kena guna extender. Jadi sebaiknya cari yang betul-betul ngam-ngam ya. 

Sebelum

Selepas

Paip yang sedia ada di luar dinding kami kemaskan dan cat warna putih pada permukaannya. 

Sebelum

Selepas


Dapur
Kabinet dapur yang digunakan ialah dari material jenis melamine. Manakala table top yang digunakan ialah jenis Quartz. Untuk range kabinet dapur, material jenis melamine ialah antara yang termurah di pasaran berbanding material pintu yang lain seperti acrylic, 3G, 4G , aluminium. Jadi kebiasaannya sebab itu kami perlu tahu berapa budget klien untuk pengubahsuaian rumah mereka supaya kami boleh sarankan design dan material apa yang sesuai dengan bajet mereka. Sekiranya klien tinggal di rumah bertingkat seperti apartment dan kondominium, material jenis melamine sudah cukup memuaskan. Tapi jika rumah jenis landed dan ada kerisauan sekiranya banjir, material jenis aluminium sangat disarankan. Cuma kena sediakan bajet yang hampir dua kali ganda dengan material jenis melamine  =)


Dapur sebelum


Selepas

Selepas







Cleaning Service
Kerja-kerja pengubahsuaian rumah terutamanya yang melibatkan kerja “hacking” sudah tentu akan membuatkan rumah berhabuk. Jadi sangat disarankan untuk menggunakan “after-reno cleaning service” dari syarikat pembersihan. Ada beberapa pekerja cleaning yang akan membersihkan rumah dengan lebih terperinci seperti mengelap setiap permukaan rumah (dinding, tingkap,perabot,pintu), sapu & mop lantai. 






Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :

📞 https://www.wasap.my/+601111892504






No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...