Friday, December 4, 2015

Pengalaman Pertama di Spa Wanita/Muslimah Malaysia-Highly Recommended!

Sebenarnya kan, masa aku belajar itu hari di UK, bila rasa penat sangat, aku selalu nekad, balik Malaysia aku nak pergi berurut ataupun pergi spa. Kadang-kadang bila lenguh sangat duduk, aku terpaksa guna minyak angin yang dibawa dari Malaysia pastu urut belakang sendiri. Pastu sendawa, keluar angin. Sedih dan susah kan sebab tangan tak sampai. Bukanlah kat Birmingham tu takde pusat spa. Tapi, omputih ni, aku bukan apa, sedangkan pergi swimming pool pun kat changing room diorang boleh bogel je macam takde apa-apa, inikan pula tempat macam spa. Aku pula yang kena tutup mata atau berpaling laju-laju sebab tak tergamak nak tengok makcik-makcik yang dah sagging duk naked. Kalau cam Jessica Alba ke aku rasa nak ternganga dan terinspirasi lah jugak kan. Buatnya campur pulak laki perempuan kat spa tu tak ke haru? Leceh tau. Lagipun I ni wanita bertudung so kena lah berusaha menjaga aurat gituh.

So kadang-kadang kalau aku nak take five bila penat buat kerja masa study dulu, aku rest lah sambil layan Facebook. Then aku perasan kawan sekerja lama (waktu kerja di architecture firm) yang aku dengan skemanya suka panggil dia Encik Ali ni isteri dia baru buka spa. Seperti lembu dicucuk hidung aku pun godek-godek lah page Akma Spa. Nama akak ni Akma. Terus aku rasa macam, hisyh tak boleh jadi ni. Aku kena merisik khabar ni kat Encik Ali. So masa aku masih di Birm aku bertanya-tanya lah pasal spa Kak Akma ni. Kak Akma ni pun aku pernah jumpa few times masa di Malaysia. 

Masa aku mula-mula usha Facebook Akma Spa ni dia baru buka satu spa. Tak lama lepas tu dah buka 2nd spa. Eh! Ni mesti bagus treatment dia ni sampai boleh buka 2nd branch. So aku pun decided nak pergi Akma Spa lepas pulang dari UK. Tak fikir panjang dah sebab orang yang kita kenal kan, lebih trusted & review dari customer lain pun rata-rata berpuas hati.  Lepas aku rasa jerebu dah takde, rasa macam dah rileks sikit, hilang jet lag, unpack barang-barang semua so aku pun set appointment nak pergi Akma Spa yang terletak di Melawati. 


Spa Akma ni berkonsepkan modern dari segi hiasan dalaman dan konsep dia aku memang suka! Sebab berkonsepkan SATU WANITA/MUSLIMAH SATU BILIK . Customer tak perlu berkongsi bilik dengan customer lain untuk menjaga aurat dan privacy. Selain tu, boleh buat couple treatment jugak macam ibu dan anak perempuan boleh buat treatment satu bilik. Bestfriend ke. Orang perempuan kan suka girlish-girlish bonding time cenggini.. 

Secara jujurnya aku ni memang tak pernah pergi buat rawatan spa dalam Malaysia. First time pergi pun masa di Bandung. 2nd time pergi berurut kat Hatyai, Thailand. Kalau pergi spa di Malaysia pun pernah sekali tu sebab nak buat bekam. So memang bertahun lah aku tak jejakkan kaki ke spa. Nervous gak la sebenarnya. Haha. 

Bersama Kak Akma owner spa yang sangat cantik & manis bersama pasangannya yang sama cantik sama padan, Encik Adzhali (nak puji hensem takut pulak sebab laki orang.hahaha. tu wife dia kat sebelah bila-bila boleh cucuk mata aku on stand by dah ok jari dia!). Ali ni dulu kat tempat kerja aku dia arkitek. Aku ni assistant architect. So banyak gak lah ilmu aku dapat dari dia yang aku guna masa di UK, yang sampai sekarang pun aku masih ingat. Rasa terhutang budi. Bab-bab menuntut ilmu ni insyaAllah sifu-sifu akan selalu diingati & didoakan. =)
 
So ni bahagian kaunter utama dia. Masa mula-mula masuk di tingkat bawah tu ada kaunter kecik je. Aku diminta oleh pekerja dia Yana untuk naik ke atas guna lif. Bila keluar lif je wallaaaaa! Besarnya! dua lot kedai yang disambung. Disebabkan aku pergi hari Rabu lepas which is weekdays, so memang tak ramai orang lah. So aku ambil peluang nak pusing-pusing tengok spa ni. Jom aku tunjuk korang area dalam spa ni macam mana rupa dia. Best woo..

Setiap walkway dia memang best. Hiasan dalaman yang simple & tak sarat, lampu romantik sangatzz I loike! Dia macam feeling yang tak serabut lah bila masuk. Kalau tengah stress tu macam boleh lupa jap masalah korang sebab suasana yang tenang dalam nih. Tambahan pula, memang sejuk sentiasa sebab ada aircond.  

 Cantik area ni! I like!

Ni ruangan menunggu yang feeling dia macam dalam rumah. Ada sofa, boleh tengok TV, dapat minuman. Kalau ada sesiapa temankan korang, nak tidur pun boleh juga ni ada sofa. ;p

Siap ada kitchenette lagi weh. Rasa exclusive betul. Boleh tak nak sewa bilik duduk sini? Hahah. K..


Kalau ada anak kecil pun tak perlu risau sebab ada bilik mainan. So anak-anak boleh luangkan masa disini sewaktu ibu-ibu menerima rawatan.

Dah pehal perempuan ni pulak yang over cari barang mainan? Masa kite kecik kite tak banyak mainan camni pun.. That's why that's why.

Sambil menunggu giliran juga boleh usha-usha barang di satu section butik ni. 

Ha tengoklah toilet dia. Kemas & cantik. Dah macam hotel pun ada. Ni toilet untuk rawatan mandi susu ke, rawatan untuk bakal pengantin nak naikkan seri camtu. 

Kat sini ada beberapa jenis bilik rawatan. Awak akan dibawa ke bilik yang bergantung pada rawatan yang awak nak lah. Macam facial ada bilik sendiri, sauna bilik lain, massage bilik lain, dan macam-macam lagi. 

Kat sini pun boleh buat pedicure manicure okay!


So, pengalaman aku terima rawatan spa- Sebelum memulakan rawatan, aku diminta tukar baju. Erm, erm. erm.. Kiranya, ada robe kain nipis yang dia bagi. Tak boleh pakai baju sendiri. Kena tanggal apa yang patut. Pastu tak bolehlah kan aku post gambar tengah buat rawatan. Defeit the purpose of me sharing about woman (muslimah spa) haha. 

So first rawatan yang aku buat ialah sauna. Seriously, ni first time buat sauna. Aku dah nervous sebab Malaysia dahla panas (bajet omputeh lak), pastu nak sauna lagi? Hmm.. good luck Sofiya. Tapi aku memang rasa aku perlu buat sauna sebab nak buang toksin dalam badan. Al maklumlah, masa study dulu bantai je campur minum coffee pastu red bull, makan pun tak berapa nak jaga sebab busy sangat. Sauna memang banyak kelebihan. Tapi dah tentulah kelebihan yang paling best untuk kebanyakan wanita ialah sauna boleh membakar kalori. Nyah kau kalori nasi lemak pagi tadi! Kalau rajin buat sauna boleh kurus gamaknya. 
Feeling spa sangat deco dia. 


Pengalaman masa sauna ni, Yana ada bagi aku air, boleh bawa masuk dalam peti (ke kotak?) sauna ni. Ada pintu sukahati sebab boleh keluarkan kepala sukahati. ada tetingkap kecil. Yana kata kalau aku tak tahan panas panggil je dia lepas buka tingkap tu. Rawatan sauna 40 minit. Panas? Haih berpeluh-peluh aku weh. Marathon pun tak sepeluh ni. (Bila masa kau pernah join marathon ni ntah Sophie). Kalau kau termenung je dalam tu memang rasa lama. Tapi sebab ada magazine dalam tu kira okaylah. Magazine pun sampai panas dah. Asyik kena kalih laju sikit. 

Lepas habis sauna, Yana datang. Dia cakap "Wah banyaknya keluar peluh.." Ha maybe aku rasa sebab ni first time kan so memang lenjun lah. Haha. Tapi feeling dia best lepas keluar. Yana kata, lepas sauna akan rasa letih sangat. Tapi esoknya akan rasa fresh.

Okay lepas keluar sauna, aku dibawa ke bilik massage pula. Tahu tak betapa excitednya aku nak ber massage?? Sebab dari masa kat UK lagi dah terbayang-bayang bestnyaa kalau pergi berurut bila balik Malaysia nanti! 

 Bila masuk bilik massage, hmmm.. bestnya! Lighting memang suram buatkan mood cam rileks je. Lepastu ada lilin pulak. Aduhai, sengih jela macam kerang busuk. Dah romantik pulak suasana camni malu lah ittew!. Tapi fefeeling princess sangat nak dapat rawatan.  Rawatan massage ialah sejam. Sejam massage rate dia RM89. Yang guide & merawat aku dari awal ialah Yana, jadi dia jugalah yang urut aku. Aku suka dia ni sebab dia ramah,lembut, suka senyum & cantik. Rajin pulak tu berborak. Dia urut memang best gila! Memang ni jujur. Aku sampai terlelap weh! Mula-mula tu memang lah aku memanjang je tahan gelak sebab geli kot. Urutan dia dari kaki, belakang badan, tangan dan satu badan lah kiranya. Pastu kalau sakit boleh bagitahu. Kalau nak lagi kuat pun boleh request. Eh yang laki jangan fikir bukan-bukan pulak eh. 

So masa massage tu mata ditutup dengan pek mata berherba, so relaxing dengan bunyi alunan muzik yang bunyi macam alam flora & fauna ada bunyi kicauan burung. Haih, memangla tenang selaku pencinta alam. Memang sejam tu rasa sekejap je berlalu. Highly recommended kalau nak buat massage relaxing. Yana kata dia memang buat massage relaxing, bukan massage yang nak betulkan urat, rahim jatuh semua tu. Patutlah terbuai-buai aku rasa. 

Bilik facial.

Lepas massage 1 badan (Aromatheraphy full body massage) , aku buat facial pula. Bilik facial berbeza dengan bilik massage tapi disebabkan aku ambil treatment massage, adalah lebih afdhal buat facial di bilik sama je kata Yana, so that takdelah aku kena berjalan pergi bilik lain. Boleh sambung dimanjakan seperti Princess. Aku buat 24 karat Gold facial & resdung sekali. Sebab dah lama tak buang resdung. So dia asapkan dulu pakai lilin resdung tu. Lepas tu baru buat facial. Bagi yang tak pernah buat facial, facial ni process dia biasanya cuci muka (cleansing), scrub, steam untuk buka liang pori, buang blackheads/whiteheads pakai besi halus tu sebab liang pori dah buka. (Serius ni proses aku paling malas sekali sebab sedikit sakit.haha. tapi hasilnya memang umph!), then pakai mask. Sambil-sambil buat rawatan tu borak dengan Yana, dia banyakla kongsi tips kecantikan. Yana kata kadang dia pun suka beli mask kat situ sebab memang best. Bila lepas pakai masker je kulit rasa fresh & berseri katanya. Masker Gold 24 karat yang mempunyai kolagen. Masker tu sejuk & nyaman. Bila tanggal, kulit rasa lembut sangat. Rasa macam tak zzabarr nak tengok cermin. Mirror mirror on the wall.. sudah. 
Tapi memang bila tengok cermin rasa macam waahhh.. Glowing nya rasa macam tak nak cuci muka setahun boleh?

Feeling: Rasa macam lagi comel dari Kak Ton!

 Lepas buat rawatan tu bolehlah menjelaskan bayaran di kaunter dia. Kat belakang tu ada la beberapa produk kecantikan termasuklah produk kecantikan brand Akma Spa sendiri. 

Ni antara produk Akma Spa sendiri. Aku ada yang belah kiri ni Boreh Malaya (lulur badan dari bahan natural). Aku memang banyak go natural sekarang ni sebab tu nak try tu). Pastu ada satu serum acne Akma Spa. Disebabkan I ini jujur orangnya makanya bagilah aku guna dulu pastu baru boleh bagi komen & review yang ikhlas. Iya dak?

 Ni lah tiga orang worker yang ada masa aku pergi tu. Siap ada uniform yang cantik lagi tau. Diorang semua murah dengan senyuman. Yana yang paling kanan, rambut berikat. Aku borak dengan dia, katanya dah lama kerja dengan spa. Memang passion dia. Patutlah buat kerja cam ikhlas je. Kan ada kan kadang-kadang kita boleh rasa orang tu buat kerja ikhlas ke tak.  But sorry guys, she's married.  ;p

So bak kata Yana, lepas sauna tu akan rasa penat. Memang balik tu aku rasa penat sangat. Aku tidur awal. Tapi sebelum tu memang badan rasa sedap sangat! Esoknya memang rasa fresh. Memang highly recommended lah. Kalau kawan-kawan yang kenal aku dengan baik mesti tahu kalau aku dah recommend sesuatu tu tandanya memang memuaskan hatilah. Honesty is my policy ;p

Buat suami-suami di luar sana tu, sekali sekala manjakan lah isteri awak. Penat tau nak jaga awak tu dengan anak-anak. Ni investment awak juga untuk isteri kelihatan cantik, tak gituh? Ni tahu komplen je menambah stress isteri.. Isteri senang hati, kan suami juga dapat habuannya. (^_^) Ehh.. errr. Like I said, INVESTMENT? *get it pleaseee..*

Kalau akulah, aku lagi suka dihadiahkan rawatan macam ni daripada terima barang mahal-mahal. Perempuan memang sometimes suka nak fefeeling princess.So what?


So, bagi wanita di luar sana yang tercari-cari spa wanita bercirikan muslimah bolehlah cuba dapatkan rawatan di Akma Spa. 
Ada promo bulan December ni okay! Rugi ni tak grab. Ni hah aku copy dari FB Akma Spa pakej-pakej hot yang tangah ada sekarang. Kalau nak kena cepat sebab kena buat appointment plus worker Akma Spa kata Jumaat & weekend selalu full house. Jangan lupa share pada kawan-kawan & family member terutamanya yang dah nak kahwin tu, ada promo pakej pesona pengantin okay! Aku rasa aku yang belum nak kahwin ni pun rasa nak ambil pakej ni boleh? nak gak berseri-seri. hahaha..



Yang bestnya, ibu mengandung juga perlu dimanjakan. Cewah. So, pakej untuk ibu mengandung pun ada tau, tidak diabaikan. Pujuk husband k.. ;p


Disebabkan aku rasa puas hati dengan rawatan so aku agak yakin yang aku akan pergi lagi especially massage tu.   T__T  tak boleh get over lagi . Nak buat membership card terus! Kalau nak tanya harga rawatan, rawatan dia memang banyak. Boleh LIKE page Akma Spa di Facebook. Di page Akma Spa banyak lah info boleh dapat. Macam pakej-pakej hot, pasal produk dia sendiri ke. & aku selalu je baca kalau dia update apa-apa & keluar kat Timeline aku. 








Jenis rawatan: facial, body scrub, face massage, body massage, pedicure, manicure, sauna, ear candling, milk bath, herbs bath, slimming programme, cellulite remover, fat breaker, face & body lifting, body shaping, rawatan spa aura pengantin.


Ni details Akma Beauty Spa:
Shah Alam
No,79-1, Jalan Nautika A U20/A, Pusat Komersil TSB,
Seksyen U20, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Hp: +60136757569
Tel: +60361480136

Kuala Lumpur
No.315C & 316C, Lorong Selangor, 
Pusat Bandar Melawati, 51300 Kuala Lumpur.
Tel: +60341476433

Instagram: akma_spa

Email: akmabeautyspa@gmail.com



p/s: Gambar-gambar di atas ialah gambar di branch Melawati ya. Di Shah Alam mungkin lain interior dia. Sebab tak pernah pergi.

7 comments:

  1. teringin jugak nak g spa. nanti zaman dah kerja baru boleh pergi kut. zaman belajar ni bajet tak cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham. Masa saya belajar pun mana pergi spa. =)

      Delete
  2. Bestnya.. teringin nak try sauna tapi macam jauh sangat huhu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, takpelah. Mungkin boleh cari tempat yang dekat sikit?

      Delete
  3. Bagus tu gi spa.....lancarkan perjalanan darah...saya dah bertahun2 gi spa....sampai ada sijil mengurut....cadang nak buka spa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously? Hebatnya. All the best buka spa!

      Delete
  4. Just nk tanya la.. ada x utk pakej suami isteri? 😊

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...