Friday, December 18, 2015

Tanggungjawab Sosial vs Sophie Tulis Buku?


Kalau ada yang ikut blog ni (walaupun kadang bersawang lama), mesti sedar kadang-kadang aku tulis entry pasal study architecture. Lepas tu nanti akan diikuti dengan komen soalan-soalan yang kadang-kadang aku tak mampu nak jawab. Tapi sis cuba! =')  Aku bukanlah seorang penulis yang mahu dikenali sangat sebenarnya. Haha. Entah, aku sayang lifestyle aku yang ada privacy. Cuma kadang-kadang aku rasa dah mencapai tahap maksima dah tahap kesabaran aku ni dengan readers yang bagi aku kurang matang la. Macam budak-budak sekolah ke. Contoh lah eh. Aku tahu aku ada instagram. Aku post gambar macam orang normal jela kan enjoying my life. Then tetibe setepek pulak orang comment soalan pasal camne nak sambung study overseas lah, pasal study architecture etc yang takde kena mengena langsung dengan gambar. Bukan sekali dua tapi banyak kali. Kadang aku delete je. Sampai satu tahap aku kena bagi warning macam ni kat info aku:

"if you have anything to ask about architecture or studying abroad, please do not 'ambush' my IG. DM or email me instead. Pls respect my space.tq" 

Lepas tu baru aman sikit aku rasa takde orang dah berani tanya kat comment dah. Bukan apa, kadang bila jumpa kengkawan pun diorang perli-perli aku. "Amboi Sophie, kau ni dah macam kaunter pertanyaan je..sampai ke instagram orang cari". 

Kalau nak diikutkan dah 5 tahun aku berbelog. Satu pemerhatian & kesimpulan yang aku dapat buat ialah, budak-budak zaman gadget ni sangat merisaukan aku dari segi critical thinking diorang. Bukan itu sahaja, merisaukan juga dari segi adab, dan juga cara bertanya soalan serta menaip. Aku ni observer. Jadi dalam 5 tahun ni, makin naik tahun, email & soalan-soalan yang aku terima daripada budak-budak ni makin lama makin entahlah. menyedihkan? Macam semua benda bila kau dah biasa dapat dihujung jari kau nak semua benda tu mudah je. Semua benda nak bersuap je. Nantilah aku buat entry khas jenis-jenis email & soalan yang aku terima saban tahun. Hanya kesabaran jadi kekuatan. Kalau tak boleh mengamuk nak makan orang dah.haha. Aku okay je kalau readers nak communicate dengan aku tapi dia tengok mood lah aku nak reply ke tak. Aku ni pun ada hati dan perasaan tahu tak. Sebab tu aku take out jugak chatbox kat blog aku ni. Penat eh dah macam kaunter pertanyaan je. Mungkin aku patut charge untuk setiap soalan yang awak nak Kak Sophie jawab, sila bayar RM5(including GST) nescaya aku pasti kaya-raya dah 5 tahun asyik jawab soalan. Ehh ungkit. Macam tak ikhlas pulak. 

So okay, itu satu kes yang boleh dibuat entri terus sebab bila nak bergosip tu kena bagi ruang khas. Haha. So yeah, selama ni aku selalu terima comment ke email ke apa-apa kalau yang budak-budak muda, dia suka cakap aku ni idol/sumber inspirasi diorang. Dan aku macam   V(-___-)V  Muka toya, Double peace. Sis redha?

Okaylah. Honestly aku rasa maybe sebab takde sangat orang dari architecture background/arkitek yang rajin menulis especially pasal architecture. Jadi aku ni dijadikan antara sasaran untuk diorang jadikan idol, which sebenarnya ramai sangat-sangat lagi arkitek yang hebat-hebat, kacak, comel,cantik. Orang kata beauty with brain tu banyak je dikalangan arkitek. Cuma arkitek ni low profile biasanya. Sebab tu agak susah kot nak cari. So bila orang nak jadikan aku idol atau nak ikut jejak langkah aku tu sampai study overseas tu aku macam. Hmmm.. okay, dulu masa aku buat undergrad pun aku selalu rasa Wow kat abang kakak yang sambung study part 2 kat overseas. So it makes sense. Cuma aku rasa gerun. Sebab aku tahu aku ni banyak lagi nak belajar, like serius banyak. Building construction industry memang no kidding weh aku tahu realiti itu.  Aku tak pernah rasa aku hebat sebab aku tahu macam mana aku struggle dulu. I was a survivor & will always be a survivor, no doubt.  Sebab aku tahu ramai lagi orang lain yang lagi layak digelar hebat so kalau pasal rendah diri, of course aku pun ada rasa rendah diri itu. T__T so please awak yang masih belajar, be MUCH MUCH BETTER THAN ME.. ambil yang positive je dari saya. Saya ni banyak gila flaws okay. 

Cumanya, aku akan cuba continue menulis sebab baru-baru ni kawan aku menerapkan istilah "tanggungjawab sosial". So yes, apa-apa yang aku share dalam blog aku ni sebenarnya aku share sebab ini ialah tanggungjawab sosial aku pada kamu yang dahagakan sedikit pencerahan. (hm, terasa hebat pulak ayat aku nih!). Supaya satu hari nanti, kamu akan jadi hebat, jauh lagi hebat daripada aku yang takde apa sangat nih.  Aku tahu, ada je entri-entri aku yang diciplak especially pasal study & architecture. Yang di-copy paste bulat-bulat lepas tu buat macam kononnya blogger tu yang tulis sendiri (tukar ayat or kata ganti nama diri aje). But you see, sebab tulah aku punya penulisan ni tak skema macam dalam surat khabar atau majalah. Sebab ini ialah style aku. Yang orang baca boleh tahu ni aku yang tulis. Aku campur je BM & BI dalam satu ayat tapi yang penting jangan guna short form. Memang kalau cara aku bercakap pun memang camni. This is me. Aku suka penulisan yang santai sebab kalau aku baca orang tulis style skema pun aku rasa kurang feel. Monotonus sangat. So bila orang cilok entri aku, aku takdelah pulak kecewa malah rasa berbesar hati sebab itu membuktikan yang entri aku tu membantu. 

So dari tadi aku membebel ni aku nak cakap apa sebenarnya? I terforgot. 

Oh..Aku pernah buat survey/poll pasal entri macam mana yang readers suka baca kat blog aku. Tak silap aku paling banyak ialah Architecture. Lepas tu pasal lifestyle & tak kisah apa-apa saja. Almost sama rata. Tapi aku masih ada hajat untuk buat blog baru sebab macam ke arah aku yang dewasa & professional sikit. Yela, blog ni kan dari zaman aku cam remaja sikit so I need a change. Cuma nak cakap tadi aku ambil masa lah check balik entri pasal study & architecture kot-kot ada comment yang perlu dijawab. Tapi ada satu komen yang dah lama aku dapat ni yang aku masih ingat sampai sekarang.  




1st, sejak bila pulak aku dah famous.

2nd, aku kagum betul dengan semangat dia yang photostat entri aku tuh. T__T terharu. Bila dapat penghargaan camni lah aku rasa yakin sikit nak menulis. Kalau tak kang aku rasa cam aku syiok sendiri aje. Tapi aku tahu, aku banyak silent readers. Ngaku jelaa korang..acah-acah tak baca pula ;p
FYI, readers aku paling ramai after Malaysia ialah dari USA. Taknak ajak aku ke travel US? ceh tetiba.

3rd, idea dia memang brilliant. Cuma satu benda la yang korang kena faham aku yang menulis ni. Kalau aku nak menulis pasal architecture, aku perlukan mood yang best & tak stress. Sebab tu masa aku busy belajar aku jarang update blog sebab keadaan yang agak tense.  Ada je aku bajet-bajet buat draft apa yang sesuai nak ditulis kan kalau aku nak produce buku sendiri. Aku juga ada niat nak tulis novel (yang pasti bukan novel cinta bertajuk Arkitek Itu Suami Aku.Lulzzz). Tapi takpelah. Taknak cakap lebih-lebih. But anyway bagus jugak aku cakap sikit sebab bila aku baca balik entri aku yang lama-lama kan, banyak juga sebenarnya benda yang aku cakap aku nak buat tu aku dah achieve pun. =) So rasa macam bagus jugak lah aku post dalam blog. Ibarat diari sedikit. Tapi diari untuk tontonan umum lah. Kalau diari sendiri korang kena sediakan tisu pulak.


p/s: korang sedar tak kat side bar kanan blog aku ni korang boleh subscribe blog aku? So kalau aku post entri baru entri tu akan masuk kat email korang. Incase kalau taknak terlepas apa-apa aku merepak lah. Dan tak payah risau pun lah kalau nak stalk. ;p  Aku takkan tahu siapa yang subsribe pun. Cuma ni sekadar initiative jela especially kat kawan-kawan aku yang complaint aku lama tak update. Sebab kalau aku update pun aku malas gak lah nak share kat FB aku sendiri. Entah kenapa. Pelik-pelik je aku ni. 


11 comments:

  1. Keep it coming girl. Well, yang bukan background architecture pun boleh ambik panduan. It's not entirely about how you learn architecture I guess. More on how you juggle life and studies instead. That would be an inspirational kind of reading. I never missed anything and always look for more. All the best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey thank you. that is so kind of you. Will have to think about it & consider your suggestion.

      Delete
  2. silent reader since 2012. Keep writing sophie!

    ReplyDelete
  3. Bagus sangat cadangan suruh buat buku tu.
    AKu yakin mesti banyak membantu budak2 archi yg lain.
    Try laa bukak proposal dkat mana2 publisher.
    Aku rasa sbb buku pengalaman budak archi dkat luar sana kurang (close to none) jadi mesti laku punya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm, aku tak sure lah pasal nak cari publisher ni. Tengok lah dulu macam mana. Yang penting aku buat contents dulu. Takut tak mampu je.

      Delete
  4. sophie! betul la selalu rasa macam ada tanggungjawab sosial untuk menulis. Kadang malas tapi rasa macam melalui tulisan la dapat share knowledge.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly! sebab semua orang pemikiran berbeza & kadang-kadang kita dapat gain something daripada pemikiran orang lain.

      Delete
  5. Silent reader jugak since 2010 before nak masuk diploma in architecture. Now dah habis part 1. Hihi keep on writing sophie! Awak inspire banyak student archi kat luar sana tu termasuk saya :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah I will try my best. Thank you so much for supporting. =)

      Delete
  6. hi kak sophie.. baru jumpa your blog, sedihkan..huhu..anyway your blog best, sgt santai..keep on writing..people would love to read it.. since jumpa your blog rasa macam nak bukak hari2..haha..penguat semangat gittew..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...