Monday, December 14, 2015

Tamak Dunia

Dulu sebelum aku sambung belajar di UK, aku bekerja sebagai Assistant Architect di salah sebuah architecture firm di tanah air. Selain tu, aku tak dapat let go kehidupan aku bersama kolam renang. Sukar untuk aku lepaskan kehidupan sebagai lifeguard sebab disitu aku bertemu ramai kawan dari bidang selain architecture, yang aku rapat sampai sekarang. Kehidupan dengan kolam renang tu membawa aku menjadi seorang swimming instructor. Bukan sahaja di UiTM Shah Alam tetapi ada juga demand untuk mengajar di tempat lain. Aku akui, aku busy waktu tu. Weekdays kerja di firm. Weekend Sabtu & Ahad aku busy dengan kehidupan kolam renang. Kadangkala pergi jumpa kawan. Sebab weekends jelah masanya aku nak jumpa kawan-kawan dah weekdays semua bekerja kan. 

Sampai lah mak aku kata "Asyik keluar je.. Bukan nak duduk rumah tolong Mama buat kerja ke." Waktu tu, aku rasa mak aku sebagai suri rumah tak memahami aku yang berkerjaya yang nak masa "Me-time" ketika hujung minggu. 

Aku seolah-olah kuat bekerja. Tapi tak pula menjadikan aku kaya. Sekadar cukup-cukup jelah, tak pula miskin sampai kena pinjam duit orang.

Bila aku sambung belajar di UK, kebanyakan masanya aku sendiri. Mungkin juga waktu mendewasakan aku, mematangkan aku lagi. Aku akan selalu call parents aku seminggu sekali. Bila aku borak dengan mak aku, aku rasa banyak benda boleh diborakkan. Aku enjoy dengar cerita-cerita mak aku. 

Sampai satu saat, aku macam tersedar. Sebenarnya dulu mak aku marah aku busy tu bukan apa. Dia nak spend time dengan aku, dengan anak-anak. Dahla weekdays anak-anak takde kat rumah. Balik pun kadang-kadang lewat, tak sempat dinner kat rumah. Then weekends pun aku still nak keluar? Pentingkan diri betul aku ni. 

Orang perempuan ni, dia kalau membebel tu bukannya apa, dia mahu didengari. To be listened to what she feels. Permpuan tu Tuhan jadikan penuh emosi. Perempuan tu tinggi darjatnya. Tambahan pula dia seorang Ibu. Bila Skype pula masa di UK, makin lama..aku perasan mak aku dah makin tua. Jelas riak wajah dia yang makin tak larat. Aku sayu. 

Jadi aku nekad, aku balik Malaysia nanti aku akan spend time dengan mak aku, tolong apa yang patut. Kerja rumah tu memang banyak. Hidden chores especially bagi golongan lelaki yang ingat duduk rumah ni boleh hayun kaki je anda silap. SILAP BESAR. So bila aku balik Malaysia ni, aku memang jarang sangat keluar. Aku tak suka melepak. (Actually dari dulu pun takdelah kuat melepak). Jadi weekdays aku memang duduk rumah, buat kerja freelance & kerja rumah. Kadang-kadang memasak. Aku tak pernah ada orang gaji. Memang penat, kepenatan ni sebenarnya aku pernah rasa masa parents aku pergi haji dulu & aku yang kena ambil alih uruskan hal rumah. Jadi bila sekarang ni buat kerja rumah tu rasa penat, dia seolah-olah menginsafkan aku tentang pengorbanan mak aku selama ni. Disebabkan aku berada di luar negara beberapa tahun, jadi aku ambil peluang ni nak tebus balik waktu-waktu yang aku tak dapat luangkan bersama mak aku. Aku layan je mak aku. Dia nak pergi mana-mana aku jadi driver dia. Pergi Ikea ke, pergi hospital ambil ubat ke.  Dia nak cerita apa aku layan je. Dia nak cerita ikan kat kolam dia mati, pokok-pokok bunga dia tanam dah berbunga, pokok rambutan,mangga & nangka dah berbuah tapi kena curi musang, tupai & kadang manusia, etc etc..aku layan je. & aku takkan bosan melayan sebab itu je satu-satunya mak yang aku ada yang korbankan seluruh hidup dia menjadi seorang isteri yang setia dan ibu yang membesarkan 6 orang anak yang semuanya berbeza pe'el kami takde satu pun sama. Walau aku dapat memberi masa & wang pada mak aku, aku rasa takkan pernah cukup dengan pengorbanan mak aku. 

Orang tua pula kan, kadang-kadang bab gadget memang kureng. Dah tunjuk banyak kali pun masih lupa. Guna handphone & laptop. Mak aku dulu masa baru-baru guna hp kalau SMS semua CAPITAL LETTER CAMNI. Sekarang dah pandai whatsapp. Sekarang mentang-mentang dah pandai copy paste & forward, hari-hari lah dia forward pasal agama ke nasihat ke. Computer pun mak aku tak reti guna. Di waktu umur dah 60 tahun ni, aku teman lah dia pergi beli laptop sebab dia nak belajar.  Kalau orang tak penyabar memang mudah marah.  Sebab ajar kat orang tua ni jauh lagi susah dari ajar budak tadika. Tapi aku cuba untuk tak marah atau tinggikan suara,instead tunjuk jelah banyak kali pun. Macam dalam iklan Petronas "ni burung apa?" yang tanya banyak kali tu. Tapi aku sedih juga. Kalau siang semua orang pergi kerja so tinggal lah mak aku sorang-sorang kat rumah. Sebab tu aku rasa berat hati je nak kerja di firm cepat-cepat. 

Kadang-kadang aku babysit anak buah aku dua orang. Sorang 7 tahun sorang lagi nak masuk 2 tahun. Yang 2 tahun tu, memang kena melayan jela sebab taknak dia nangis. Ada sekali tu masa dia datang aku tengah lipat kain baju. Disebabkan kena layan si baby 2 tahun ni bermain, habis kerja lipat kain berbakul tu tergendala. Nak biar dia main sorang-sorang dia nangis pulak sebab tak dapat attention kan. Dan aku pun T__T wuwuwu.. camni rupanya jadi mak. Patutlah suri rumah yang ada anak kecil ni bertambah penat & kalau rumah bersepah tak sempat kemas tu aku memang faham & takkan complaint sebab aku totally faham. 

Masa aku kat UK aku masih selalu terima email tanya pasal kelas renang. Aku memang dah tak buat lepas fly. Bila balik ni pun aku tak buat juga. Sebab aku nak spend masa kat rumah dengan orang-orang tersayang. Apa gunanya duit banyak tapi family sendiri kau abaikan. Cari duit ni, bukannya bila kau dah dapat duit kau bagi/hulur je duit kat parents kau or belanja family member kau apa-apa barang mahal-mahal camtu. Tapi luangkan masa yang BERKUALITI tu yang penting. You provide something they emotionally lack through a medium which is a focused conversation. And sometimes, there is some sort of emptiness in everyone that needs to be filled. Dengar cerita diorang, masalah diorang. Kalau macam aku pun, yang menjadikan aku mengingati orang ialah memori manis bersama orang tu, bukan barang/duit yang orang tu bagi. Sebab barang/duit tu akan mudah dilupa. Feelings yang orang tu tinggalkan pada kita yang akan membuatkan kita rasa look forward nak spend time dengan orang tu lagi. So aku rasa maybe masa aku busy kerja dulu & tak menjadikan aku kaya tu entah-entah sebab tak berkat. Tapi ni duduk rumah ni dah nak 3 bulan Alhamdulillah tak pernah pulak mintak duit mak ayah kalau nak keluar dengan member ke apa. Siap murah rezeki lagi kadang-kadang keluar kawan yang belanja. Haha. 


p/s: Bila dah duduk rumah ni, harini aku macam tak berapa sihat. Semalam kena hujan. Balik lewat, penat. Tak mandi terus tidur. Then harini cancel keluar dengan kawan. Isnin kan Selangor cuti sebab menang bola. Then bila aku cakap aku tak jadi keluar, mak aku cakap "ha eloklah tu duduk rumah, kakak ni hari-hari keluar". Aku macam huh?? bulatkan mata dan sedikit terngaga. Aku keluar Sabtu tu petang sebab teman Kak Ipar pergi KL. Ahad (semalam) pula aku pergi hadiri kenduri kahwin kawan lifeguard UiTM dulu, quite a BFF la. Balik lewat sikit sebelum midnight sebab lepas kenduri gi lepak dengan member lifeguard kat Alamanda. 2 hari je kot yang aku keluar. Isnin sampai Jumaat aku ada kat rumah? See what I mean? Memang mak aku ni kalau boleh dia nak anak dia ni duduk kat rumah hari-hari ada kat rumah. Baru keluar satu hari setengah dia dah rasa macam aku asyik keluar. Hurmmm..     (-___-') 


4 comments:

  1. Betul la, Sophie.. kadang rasa macam patut spend time, kadang rasa macam nak me time... Bash pernah juga rasa masa fulltime kerja dulu. Balik lambat, serumah tapi jarang dapat spend time.

    ReplyDelete
  2. Sekarang alhamdulillah walaupun kena kerja lebih keras sebab company sendiri, tapi banyak masa dengan family :)

    ReplyDelete
  3. hi sophie. betul tu. ajar orang berumur ni lagi susah dari budak kecik. my mom 60+ and dia memang tak pandai gadget. banyak kali dah ajar tapi still lupa. anak I umur 2 tahun sekejap je dah tahu kat mana nak carik game, kat mana nak restart. macam you cakap, cuba untuk tak tinggikan suara.

    I pernah baca somewhere. macam funny quote la untuk anak anak.

    "dont raise your voice to your parents when they ask you how to use handphone. Remember they are the one who thought you how to use toilet"

    cenggitu lah bunyiknya , I pun dah lupa . hiks>,<

    btw salam kenal sophie :)

    ReplyDelete
  4. Haha.. Mak kita mcm sebaya ye sophie.. Akak pun selalu jd driver mak pergi jln2..dia ajak borak, ajar guna gadget ni layan jela.. Appreciate every moments with your loves one.. Tak rugi punya.. Insya Allah

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...