Friday, January 11, 2019

KLCC Pushcart Project


Sekadar berkongsi. Salah satu projek mini. Client ialah kawan saya sendiri. Dia buka perniagaan pushcart ni di KLCC.  Kalau awak semua perasan, kat KLCC di level Ground, ada beberapa pushcart disusun di tengah-tengah wing KLCC. Kawan saya owner Avantbox, menjual bekas simpan barang make up dibuat dari Acrylic. Memang lawa.

Rupanya, nak sewa bulanan pushcart ni bukan murah la.

Cabaran untuk projek kecil ni. Walaupun sangat kecil, tapi bagi kenangan yang sangat jelas di ingatan. Tak nak cerita banyak lah cuma salah satu cabaran kalau nak buat kerja di KLCC ni, kena mula dalam jam 10pm ke atas. Waktu yang semua kedai dah tutup. KLCC tutup kecuali untuk orang yang nak tengok wayang.

Probably the first & the last project in KLCC. Haha. 

Tapi saya bersyukur la berpeluang buat projek ni dari design, pemilihan material hingga construct. 

Nah, silakan menjamu mata.
















Kalau nak beli barang dari Avantbox ni, boleh follow Instagram Avantbox. Dan boleh juga ke link website mereka:

https://www.avantboxonline.com/








Wednesday, January 2, 2019

Bilik Comel My Little Pony

Okay, harini aku nak cerita pasal satu projek yang cute (like me haha). Sejarah sikit macam mana boleh buat projek ni. Sebenarnya masa buat projek Samsia Optometry di Saujana Rawang, ada seorang agent Coway ni, akak ni datang sebab aku nak guna Coway. Dia sanggup kejar aku sampai ke site. Masa kat site, tengah debu-debu tu dia explain pasal Coway. 

Tak lama lepas tu, akak tu bagitau yang kawan dia nak ubahsuai sikit bilik anak perempuannya. Tema nak My Little Pony macam tu. Terkebil-kebil mata sis. Cutenya. Camne nak buat ni? Kena kembali ke jiwa kanak-kanak ni.

Jadi masa pergi ke rumah akak tu di Cheras, bilik tu kecil, meruncing je. Saiz bilik ada dalam 
13kaki x 7 kaki macam tu aja. Akak ni request, sebab mainan anak dia sangat banyak, jadi dia perlukan banyak storage. Dan ada antara strorage tu dia nak pasang lock untuk kemungkinan nak letak barang berharga di kemudian hari. Akak tu taknak design serabut-serabut, sebab bilik sangat kecil. 



 So aku work closely dengan designer Faw from Lighthouse Studio. Aku bagitahu macam mana yang aku nak, apa yang aku nak dia ubah etc. Dia sangat faham apa yang aku nak. Aku rasa okay, lepas tunjuk kat client pun dia okay, makanya kami proceed untuk bina pula.Jadi bila nak masuk bab "membina" ni biasanya aku yang akan uruskan dari segi pemilihan material, warna, pemilihan tuikang kayu.


 Korang ingat tak dulu-dulu kat kedai perabot, ada almari yang ada stiker kartun-kartun tu? Cuma, aku taknak stiker yang macam tu. Kalau dia tercabut, terkopek-kopek surface pintu. Jadi kena tanya supplier stiker, apa material stiker yang sesuai nak lekat kat surface melamine. Kiranya kalau dah taknak stiker ni di kemudian hari, boleh cabut je, stiker ni agak tebal.Permukaan stiker ni jenis matte (bukan glossy) jadi sesuai la bergandingan dengan permukaan melamine ni.


 Minta team mate pasangkan di kilang carpenter sebelum install built in furniture ni di rumah client.

 Tetiba nak rasa alolo cutenya My Little Pony.. Kenapa zaman aku kecik dulu macam tak familiar je kartun ni? Dan kenapa untungnyaaa adik ni boleh dapat bilik comel-comel.

Masa pemasangan. Jadi boleh tengok sebenarnya bila buka pintu almari, ada rail sangkut baju dan juga laci. Kata ibunya, dia banyak baju. Kalah sis. (-_-')

Sebelah almari ialah ruang meja belajar. Disebabkan bilik ni untuk kanak-kanak umur 5 tahun, jadi mejanya haruslah direndahkan sikit bersesuaian dengan ketinggian budak. Ergonomic gais.. Basic in architecture kan? =)

Ada ruang simpan barang yang berkunci. Kalau taknak berkunci pun boleh. 







Kadang-kadang kan, bila kita ikhlas buat kerja, kita tak tahu adakah hasilnya akan disukai oleh client atau tak. Tapi kan, projek ni walaupun skop kerja kecil, client bila balik kerja tu dia tengok dah siap, terus peluk aku. Katanya dia suka! Ya Allah, rasa lega dan happy bila apa yang kita cuba deliver tu orang suka walaupun first time buat projek macam ni. Tak lama lepas tu kami surprise kan anaknya yang akan duduk di bilik ini. Anaknya baru balik dari sekolah. Bukan main senyum sampai ke telinga siap cakap thank you kat sis. Sweet sangat.


Untuk sebarang pertanyaan jika berminat nak buat built in furniture, nak buat rumah atas tanah sendiri ke, renovation ke, boleh lah contact sis di number:

0189191332
*boleh tekan link untuk terus ke whatsapp*







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...