Friday, October 9, 2015

Random Architecture: Persediaan Menjadi Pelajar Senibina (Part 2)

Saya pernah kongsi tips persediaan menjadi pelajar senibina. Tapi ternyata tak cukup. Sudah tentulah tak cukup. Kos senibina yang perlu dihabiskan dalam 6-7 tahun ni, sudah tentu lah banyak tips yang boleh dikongsi mengikut pengalaman saya. Tips pertama dulu lebih kepada bentuk fizikal, macam barang apa yang kamu kena ada.

Bila saya berkongsi sesuatu especially pasal architecture, bukan sebab saya hebat. Saya tak pernah rasa saya hebat. Tapi sebab saya pernah lalui, jadi rasa terpanggil untuk berkongsi. Sebab saya taknak adik-adik yang bakal ambil course ni menyesal di kemudian hari. Time saya dulu memang tak tahu nak rujuk siapa. Family member takde yang arkitek atau ada firm. So here we go:

A-RECORD & SAVE

1) Hard disc & pendrive.
Ini merupakan khazanah penting sepanjang jadi budak architecture. Sebabnya korang akan ada banyak drawings nak simpan. Drawings dalam bentuk 'soft copy'. Mungkin di awal pengajian senibina lebih kepada lukis tangan. Jadi bila dah siap lukisan tu, pastikan anda scan atau tangkap gambar. Save dalam pendrive mahupun external hard disc. Kalau nak ikutkan saya memang sarankan ada dua hard disc. Sebagai back up. Kalau corrupt tiba-tiba ada lah back up. Segala documentation pasal drawings sangat penting sebab hasil kerja korang tulah yang akan dijadikan portfolio bila nak masuk kerja nanti. Pendrive pula lebih ringan dan mudah dibawa kemana-mana. Jadi wajar dibawa kemana-mana. Sebab malang tak berbau. Hard disc lebih berat dan besar, barangkali lebih sensitif, jadi perlu dijaga dengan baik.

2) Camera
Sebenarnya tak perlu beriya sangat pun nak ada DSLR bagai ni. Buat berat beg je. Tapi kalau dapat camera yang berkualiti tinggi pun dah cukup bagus. Sebabnya awak akan ada pelbagai jenis study trip, memori daun pisang? Memori dalam studio ke, event ke, festival ke. Selain ambil gambar memori daun pisang, gambar yang berkualiti juga penting. Misal kata korang kena edit gambar tersebut, sudah tentu awak mahukan kualiti yang baik supaya gambar tu sharp & tak pecah. Ambil course design-based ni, apa yang paling penting ialah kualiti. Handphone sekarang memang canggih-canggih. Tapi tak pasti lah bagus ke tak kualiti gambar kalau nak edit pakai photoshop ke. Saya sendiri ada camera DSLR yang saya dah guna hampir 8 tahun dan tak pernah menyesal. Barang mahal kena jaga baik-baik kan. Saya tak rasa DSLR adalah wajib. Tapi saya rasa ia sangat membantu dari segi documentation.

*Ni model bahagian tectonic (lebih pada pendekatan nak tunjuk construction dan material yang hampir sebenar dengan material bangunan). Boleh tak malas explain sekarang kenapa model ni camni rupa dia sebab kalau nak explain macam boleh buat another entry? Yang pasti telah kubancuh concrete & buat casting, dan stuktur dinding ialah 'oyster shell gabion wall' yang mana saya telah gunakan kulit tiram sebenar minta dari pasar. Basically nak tunjuk pada awak semua apa yang saya maksudkan dengan kualiti gambar. Nampak sharp. Bukan pecah-pecah. Sebab tu saya kata saya tak menyesal ada DSLR*

Reason kenapa kualiti gambar yang sharp adalah penting supaya mudah untuk kita edit lebih-lebih lagi untuk presentation drawings. Presentation drawings masa belajar ni kena banyak main dengan mixed media. Bukan sekadar naikkan 3D dalam software lepas tu terus render dan siap. Kalau ikut pengalaman saya belajar di UK, memang banyak main mixed media. Daripada lighting in photography, perspective view yang eye level atau worm's eye view, edit pakai photoshop, modelling etc etc. Banyak benda berbeza dari UiTM yang saya belajar masa saya study di UK. Dua-dua ada la kelebihan masing-masing.

Okay sambung dari gambar model di atas, disebabkan model ni tak fully siap, saya edit supaya ia nampak lebih presentable.


Jadi berdasarkan gambar di atas saya harap anda faham kenapa saya kata camera DSLR tu tak wajib tapi sangat membantu. Tak kisah lah camera jenis apa pun asalkan bila gambar masuk skrin laptop/PC, dia sharp, gambar tak pecah yang sangat annoying bila nak buat kerja. 



B-DESIGN PROCESS

1) Butter paper
Kertas dia macam ala-ala kertas alas kek tu, macam kertas minyak tu. Jadi kenapa orang relate kebolehan melukis tu penting dalam architecture sebenarnya bukan sebab awak kena lukis lukisan yang cantik. Ramai yang tanya saya "kak Sophie, saya lukis tak cantik, boleh ke saya berjaya jadi arkitek?" dan saya pun tak larat dah nak jawab yang jadi arkitek ni bukan kena lukis lukisan yang cantik, nak hasilkan lukisan yang cantik baik jadi pelukis/artist kan? Tapi kalau dapat hasilkan lukisan yang cantik memang bonus lah. Melukis dalam architecture ni penting sebab tujuannya ialah untuk awak dapat gambarkan design awak nanti. Keluarkan semua idea yang ada dalam otak awak. Sebab guna butter paper ni ialah untuk mudah kita trace balik drawings ataupun lukis atas pelan yang dah di print out ke.Kadang kalau saya stuck, mungkin ada bahagian yang saya tak dapat bayangkan baru saya check dalam bentuk 3D modelling pakai software. Then sketch balik. Design process ni kalau awak sebagai pelajar, fleksibiliti untuk berdesign ni bergantung pada awak. Bila kerja nanti lain sikit. Kena banyak sketch, sketch dan sketch. Semua ni design process dan BUKTI bagaimana awak dapat final design awak nanti. Bila awak takde design process dan tiba-tiba pooff! Design building dah siap! Lecturer ada tendency untuk question awak pasal design process. Dan awak boleh dituduh itu bukan design awak. Biasanya saya suka potong butter paper dalam bentuk A3, then failkan sebagai design proses. Kalau drawing tu besar, lipat lah kemas-kemas. Masa saya study di UK, tutor saya yang juga seorang arkitek dan juga arkitek-arkitek lain yang saya jumpa untuk tutorial di firm mereka, sangat appreciate sketch tangan. Bila saya letak CAD drawing dengan sketch tangan atas butter paper di sebelah, rata-rata mereka akan pegang butter paper saya dulu dan tengok hasil sketches saya walaupun saya rasa buruk. Dan mereka kata "this is how architect works. I want you to skecth more. Forget about the CAD" *sambil belek-belek helaian butter paper*Masalah saya dengan lecturer mat saleh ni, bila dia tahu kita boleh sketch, terus nak minta lukisan tangan lagi. Sebab jujurnya, saya kan lepasan UiTM, dah diajar melukis masa 1st year lagi. Tulah salah satu kelebihan & kekuatan student UiTM & barangkali IPTA/IPTS lain di Malaysia. Sebab student mat saleh ni kebanyakan diorang lagi gemar tunjuk hasil dari softwares.  So kadang-kadang kita ni rasa apa yang kita buat tak best. Tapi orang lain yang pandang mungkin akan hargai. Jangan takut untuk tunjuk proses sebab nama pun proses. Tak semestinya kena siap, kan?


 *ni contoh sketches untuk project saya. Sometimes bila keluarkan idea tu bolehlah terus keluarkan idea untuk construction details ke apa kan. Saya ni pula memang minat construction. Masa study UiTM dulu tak minat sebab tak berapa faham. Lepas kerja & banyak buat detail drawings baru datang minat tu*


2) Mock up/maquettes.
Sejenis process model untuk awak faham design awak sendiri. Working model. Tak semestinya kena cantik. Ia bukanlah final model. Just untuk awak faham design awak sendiri. Awak boleh ada banyak working model ikut suka hati awak sampai lah awak dapat mencapai kepuasan design awak sendiri.
Material: Biasanya model card/model board/ kotak tisu etc. Tak perlu sangat pun nampak cantik. Janji nampak shape & space. Boleh gam/lekat pakai gam atau masking tape sebagai temporary hold. Pada saya adalah sesuatu yang agak tak patut sebagai student architecture kalau awak tak hasilkan langsung sebarang mock up.

*contoh mock up yang saya buat masa study*

*Another mock up model*

*Kadang-kadang mock up juga sangat membantu dari segi nak fikir construction strategy tu macam mana. Sambil buat mock up sambil lukis cari solution ke. Bila nak design bangunan tu saya faham student akan teruja nak buat design yang gempak & nampak bombastic. Tapi adalah lebih bombastic kalau awak dapat buktikan sekali how the construction & stucture work. Gituh.*


3) Crit/ Critique session
Tak dinafikan crit session adalah sesi yang mendebarkan bagi student architecture. Tak payah cakap lah, sampai buat Master pun setiap kali ada crit memang nervous. Dan biasanya akan tak cukup tidur 2,3 malam sebelumnya atau seminggu sebelumnya ke atau sebulan sebelumnya. Kadang-kadang orang yang bukan dari architecture background selalu tanya. "Kenapa korang selalu banyak kerja eh? Tak boleh ke siapkan lebih awal?" Ini salah satu perkara yang agak menyentapkan kadang-kadang. Sebab kita tahu, workload memang banyak. Kalau boleh selagi ada masa sebelum print  tu ada je rasa nak tambah details lah, nampak error lah. Tapi bila dah biasa, habis study & pernah kerja, ada satu benda yang saya selalu remind kalau cuba nak jadi perfectionist. "takde drawing yang perfect". So buat je ikut waktu yang kita target. Crit ni, korang nak present dalam bentuk apa tu agak terpulang pada lecturer. Ada lecturer tak kisah if korang nak present pakai butter paper. Ni biasanya 1st crit lah. Crit session ni, korang kena identify lah ni crit session ke berapa. Kalau dah nak dekat dengan final review tu sepatutnya dah ada lah proper drawing sikit.  Masa study di UK pula, agak bergantung pada unit kita. Ada tutor tak gemar present pakai butter paper sebab suka kalau kita present nampak professional. Oleh itu adalah menjadi tanggunjawab student untuk 'merisik khabar' dari tutor mana satu jenis presentation yang dia prefer. Biasanya juga tutor akan bagi guidelines drawings apa kita kena tunjuk. Jangan takut nak tanya, lebih baik kena marah sebelum crit dari kena marah masa crit seperti. "Apa ni?? present tunjuk sketches kat butter paper ajeee???" Gituh contohnya.




C- COMPUTER VS LAPTOP

Banyak soalan saya terima berkaitan perlu atau tidak komputer/laptop. Bagi saya perlu. Sekarang bukan macam zaman traditional nak buat semua kerja secara manual kan. Paling tak pun di awal pengajian tahun pertama, kalau tak guna untuk design pun, akan guna untuk subjek lain. Pada saya  laptop memang agak handy sebab boleh dibawa kemana-mana. Untuk tahun awal pengajian ni saya tak galakkan langsung pakai PC. Waktu saya dulu, dari sem 1 saya pakai laptop. Bila sem 6 ke 7 camtu tukar pakai PC. Tapi, saya percaya laptop sekarang pun dah canggih. Masa belajar di UK kebanyakan student pun pakai laptop je.rileks je buat kerja. Jadi kalau nak beli laptop masa tahun pertama tu, digalakkan beli laptop selain MacBook tapi yang ada specs yang bagus. Nak IMac? Tak payah lah nak mengada sangat kalau baru 1st year. Pakai Apple product seperti MacBook/IMac tak menjanjikan design awak gempak walaupun best guna dia. Lagipun agak mahal kan kalau awak masih student? Saya sendiri guna MacBook masa sambung study buat Master. Ada beberapa perkara juga lah yang melecehkan. Antaranya macam susah sikit nak download software & renderer. Lepastu nak cucuk hard disc pun hard disc kena set up untuk terima Mac. Mengada kan? Nasib baik dah minta orang set up sebelum fly. Lepas tu nak transfer gambar dari handphone android pun leceh. Nak kena ada apps pulak. (nampak sangat kena beli Iphone pasneh, ceh alasan nak Iphone). Mohon janganlah tanya saya apa specs yang bagus untuk laptop. Saya ni noob sikit bab-bab computer/gadget. Lama dah tak update apa RAM & processor terkini di pasaran. Peh lama gila tak pergi Low Yat.!

So itulah serba sedikit yang saya dapat share untuk tips kali ini *padahal cam dah panjang gila aku menulis kan*. So kalau awak rasa tips ni membantu awak sebagai student architecture, bolehlah share dengan kawan-kawan seperjuangan okay. Moga next time saya dapat share lagi pasal jadi student architecture nih yang lebih kepada persiapan mental pula. 



p/s: Entri ni ditulis masa masih di UK tapi tak siap tulis & save dalam draft. Ni dah seminggu berada di Malaysia & memandangkan jerebu teruk, saya kena athsma. Lama tak kena teruk camni sebenarnya. Sebab takleh nak aktif bergerak sangat tula yang mengadap laptop je. huhu. So decided nak habiskan je tulis entri ni sebab rasa entri tips architecture ni barangkali akan membantu students. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...