Friday, April 14, 2017

Trip ke Pakistan-Day 1 [Lahore]

Penerbangan kami delayed dalam setengah jam. Kami tiba lambat sedikit di Lahore. Setibanya kami di Lahore, memang kami dipandang agak pelik. Mungkin sebab pertama, pemakaian. Kami tak memakai salwar kameez. Kedua, sebab yang tiba kami berempat semua perempuan. Sebenarnya ada lagi seorang kawan yang datang dengan parents beliau tapi dia sampai awal seminggu. Kami tak dapat pergi sana awal sebab ada antara kami susah nak dapat cuti kerja.

10 March 2017- Tiba di Lahore International Airport dalam jam 10.20pm. Perjalanan dari KL ke Lahore mengambil masa lebih kurang 6 jam guna Malindo Air. Bagi aku, Malindo Air is better than Air Asia dari segi keselesaan. Sewaktu sampai, kan aku cakap kan ni trip yang planning paling takde plan. Kami tak tahu pun sampai Lahore nanti kena ambil Uber untuk pergi rumah kawan ke, & tak tahu pun kami akan tidur rumah siapa sebenarnya. Sebab kawan yang kahwin tu just cakap dia akan prepare tempat tidur. Being Malaysian yang pemalu ni mestilah malu sikit entah nak tidur rumah siapa ni weh? Rupanya tidur rumah family Waqas, suami si Saba. (btw time ni diorang dah nikah. Kami cuma mampu pergi majlis resepsi belah suami dia je). Kami tiba malam kan, jadi tak nampak sangat suasana Lahore di waktu malam. Tambahan pula renyai sikit malam tu. Aku pernah jumpa si Waqas ni beberapa kali masa di UK. Cuma ingatkan dia ni pendiam. Rupanya tak. Sangat protective. Sesuai sangat dengan Saba, weolls happy okeyy. Jadi sebelum sampai rumah Waqas, kami dibawa ke tempat makan di Old Lahore Road. Oh lupa nak cakap, masa sampai tu cuaca sejuk. Dalam 10 degree celcius. Feeling dia sama macam masa aku baru sampai Birmingham dulu pada musim Autumn. Cuma sekarang di Pakistan musim Spring la. Hilang kepam panas dari KL. Cuaca yang dirindui gittew. 

   

Gambar sekitar Old Lahore Road


Ini sejenis syurga dunia. Orang Malaysia mesti suka makan ni. Masakan diorang ni serius sedap. Makanan ruji orang Pakistan bukan macam kita k. Kita kuat makan nasi. Orang mereka kuat makan roti. Samada capati atau naan. Lauk jenis tak berkuah sangat.


Masakan pertama kami makan lepas sampai Lahore. Sedap sungguh! Tapi Saba & Waqas kata ni macam biasa je.Takde apa yang special Huhuu.. (T___T) tak special pun dah rasa nak nangis. Sophie suka feeling over, maafkanlah dia readers.

Duit rupees Pakistan macam ni la. 

11 March 2017-Disebabkan malam semalamnya kami tak sempat tengok keadaan sekeliling Lahore sebab agak gelap, jadi kami ambil kesempatan untuk menikmati sekitar kawasan Old Lahore. Sebelum tu, ibu Waqas menyediakan sarapan pagi. Favourite aku pastilah Chai. Macam teh tarik. Sebenarnya teh susu tapi dia tak tarik. Dia masak dalam periuk. Susu yang digunakan pun tak guna susu pekat manis tetapi susu segar. Best!


Dulu masa kat Birmingham, Saba selalu offer kalau aku nak chai. Me being me, of course lah tak pernah tolak. Pernah dengar? Rezeki jangan ditolak. =)


Culture diorang ni, kalau roti bakar atau apa-apa jenis roti yang masih panas, dia tak macam kita tutup pakai tudung saji. Kalau roti dia tutup pakai kain macam ni. Supaya tak hilang haba cepat sangat.


Morning walk sebelum mandi, muka nan basi. Kalau kat area sini, rumah jenis nampak macam tak siap. Finishes dia macam a bit confusing. Lain rumah lain design dia. Aku tanya Waqas & Saba kenapa rumah sini macam tak standardize design dia. Waqas kata kat sana rakyat marhaen jenis tak ikut law sangat. Jadi boleh buat rumah ikut sukahati & ikut kemampuan. Sebab tu aku ingatkan rumah tak siap. Sebenarnya semua lot ada penghuni cuma maybe nampak macam tak berpenghuni sebab takde pulak nampak orang sidai pakaian kat tingkap ke apa. Lepas tu bukannya ada halaman rumah bertaman macam rumah kat Malaysia. Terus masuk pintu aje. Macam rumah kedai pun ada.

Lepas membersihkan diri,bersiap & feeling cute *muahaha*, kami berjalan-jalan sekitar Lahore. Ni sehari sebelum kenduri sebelah Waqas. Saba demam, jadi dia tak dapat teman kami jalan-jalan. Weolls mestilah bersemangat gila dapat berjalan kan. Tak pernah sampai Pakistan kot! Masa nak berjalan tu kami naik trak. Wehh seriously ni pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sebab trak dia jenis agak open kat sisi & belakang tapi berbumbung jadi dapatlah lihat suasana jalanraya di Lahore. Ohya, Waqas kata Lahore ni ada dua bahagian, Old Lahore & New Lahore. Rumah Waqas di Old Lahore (katanya sini lebih tradisional) & projek pembinaan laluan kereta api tengah dijalankan. Oleh itu, kawasan situ agak berdebu.



Jadi, pengalaman berada atas jalan raya di Lahore ni memang one of a kind. Sebab macam terkejut campur teruja. Bayangkan eh, atas jalanraya ni lah ada kereta, ada rickshaw (ala-ala Tuktuk kat Thailand), then ada pejalan kaki, ada kereta keldai, kereta kuda, penunggang motosikal yang kebanyakannya tak pakai helmet & satu motor boleh tunggang sampai 3-4 orang. Motorcyclist siap boleh jalan atas divider. Tercengang kami. Macam banyak sangat benda atas jalanraya. Lepastu bunyi hon tu macam wajib & non stop. Kat sana bunyi hon bukan something yang rude tapi macam nak bagitahu orang "hello aku ada kat sini tau, kau alert sikit k.Tepi tepi!" Pening juga tapi orang sana kelihatan sangat biasa dengan suasana tu. Walaupun pejalan kaki pun main lalu je walaupun tengah sesak, takde pulak aku nampak ada accident (so far). Sejujurnya bila fikir balik plan asal nak sewa kereta dari airport tu memang bersyukur la tak jadi sewa sebab aku kecut perut jugak weh kalau nak drive kat situ. Memang tak boleh apply pemanduan berhemah. Jadi sebenarnya apa aku nak cakap ni, aku pernah pergi negara maju & memandu di roadways negara sangat maju seperti di Germany, Switzerland dan kadang aku tercompare dengan pemandu Malaysia yang rasa macam asyik nak maki je. Tapi bila sampai Pakistan, banyak sangat benda yang aku bersyukur di negara sendiri. Kiranya ada benda yang kena compromise la. Ada benda yang lebih baik di Malaysia, ada benda yang lebih baik di Pakistan. So bila pergi negara orang, tujuannya dah tentulah nak belajar pasal budaya mereka juga, bukan untuk pandang rendah ke apa, big No No okay. 

Pagi tu kami melawat kawasan Badshahi Mosque. Pandai diorang ni, bawa architect ladies pergi tengok peninggalan Mughal Emperor. Bangunan yang mempunyai sentuhan senibina Mughal ni memang cantik. Banyak guna marble. Sejuk je bila pegang. Waqas kata kalau solat Jumaat, penuhlah kawasan yang kami berdiri ni. So gempak. Aku rasa macam besar gila kot. Kalau zaman Mughal Emperor tu taktahu lah macam mana kehidupan zaman dulu kan. Hebat. Aku meneliti details pada bangunan masjid dengan rasa kagum. Halus ukirannya. 




Sebelum masuk kena tanggal kasut dulu. Tempat suci kan.


I am handsome.




Dinding marble. Sejuk. Budak arkitek kalau tak pegang-pegang bangunan tu tak sah. Tangan mesti gatal je nak sentuh material. Harap maklum kalau terjumpa spesis camni kat mana-mana monument bersejarah atau bangunan cantik. Sentuh bangunan takpe, asalkan tak sentuh lelaki bukan muhrim.
(^_^)V









Kami berempat berjumpa kawan lain si Aqila bersama family beliau dan kawan baik beliau, Fathin. Mereka sampai Pakistan awal seminggu dari kami.

So dari kiri: Aereena-Sophie-Shak-Aqila-Fathin-Laida.
Untuk korang faham, Aereena, Aqila & aku adalah housemate masa di Birmingham sekali dengan Saba. Laida pula adalah bestfriend aku tapi dia pun study di UK (Lincoln) & suka lepak Birmingham. Jadi Laida & Saba pun saling kenal. Shak pula bestfriend aku & Laida tapi agak femes & tak payah dikenalkan kat Saba sebab muka dia selalu keluar kat gambar kitorang post samada di FB atau insta.


Bergambar ramai-ramai dengan Aqila & family, Waqas, pakcik Waqas & kawan Saba si Omer.


Hazuri Bagh ialah kawasan landscape di tengah-tengah kawasan ni. Planning kawasan ni berbentuk plaza yakni empat segi tengah-tengah ada ruang kosong. Pahe dak? Kiranya zaman Emperor Mughal dulu kawasan ni dikawal ketat & merupakan sebahagian dari Walled City (Interior City of Old Lahore). City ni terlindung dengan adanya wall yang tinggi dan mempunyai 13 gate utama. Tapi dirobohkan oleh British ketika zaman penjajahan British. Jahat tau.

Walaupun bangunan kat sini sangat lama tapi kecantikan & keunikan bangunan ni masih kelihatan terutamanya dari segi material bangunan tersebut.





Belakangku itu adalah Lahore Fort. Nampak gah kan wall tinggi kat belakang tu. 




Candid by photographer. Nampak tak bahagia disitu.


4 ladies. 4 different personalities. Bersatu bergabung jadi pecah perut. Lucu diorang nih. Kat sana orang ingat kami jauh lagi muda. Yes! Macam student camtu. Sebab kitorang macam having fun asyik gelak & ketinggian tak setinggi orang-orang sana so nampak macam kebudak-budakan kot. Nak gi mana pun diorang jaga. Tak tahu kat Malaysia kita sikit punya independent lagi muka ketat menghadapi hari yang penuh pancharoba. Gituh!


Hai rindunya trip kita berempat
Aereena-Me-Shak-Laida = great travel buddy!
Homagad can I like plan our next trip. Jangan sesapa kawin dulu boleh tak? hahaha..

Lepas berjalan area Badhshahi Mosque, kami pergi makan tengahari. Lepas tu, cadangnya nak sambung berjalan, tapi sayang sebab trak rosak (sebab kami berat sangat ke? OMG haha..) Lepas tu, ada politician mana entah lalu so jalan tu macam kena block dan banyak kereta pusing berpatah balik. Jadi, tak dapat sambung jalan.


Standard makanan kat sana.

Sepanjang naik trak tu kan, ada la pengalaman kelakar. Kami ni kan semua perempuan. Walaupun bertudung & semua berspek hitam (kononnya unidentified), tapi terlalu obvious yang kami ni orang luar. Sebab kalau orang Pakistan kan, diorang ni kalau keluar memang pakai baju tradisional diorang. Baju salwar kameez yang labuh tu. Lelaki pun sama. Fuh, memang hensem imanku dah senipis kulit bawang.hahaha. Pakai spek duduk belakang asyik menikmati keindahan ciptahan Tuhan aje. Kejap-kejap Zayn Malik lalu dengan motor, kejap-kejap Harris Baba. Weii! Kat Malaysia pun tak rajin nak usha lelaki kot kat sana macam waaahh layannya naik trak, angin sepoi-sepoi bahasa sambil perhati gelagat & rupa orang yang macam pelakon Hindustan ni. Ohya, kat sana golongan wanita tak banyak keluar rumah., majoriti lelaki. Dan yang bagusnya budaya mereka ni, aku tak nampak pun couple duk jalan pegang tangan. Kalau ada couple pun biasanya married couple & tak over pun, takde pegang-pegang tangan & berpeluk. Sangat berbeza dengan Malaysia bukan? Budak sekolah pun pandai berpegang tangan berpeluk walaupun berpakaian sopan & bertudung. 

Insiden yang kelakar tu bukan apa. Ada satu rikshaw (ala tuktuk ni), pemandu dia asyik mengekor aje, pastu penumpang dia dua orang asyik senyum-senyum melambai. Aku bajet sebab diorang jarang nampak tourist ke apa meh? Aku lambai jela balik dan senyum je (sebenarnya tak nampak sangat muka penumpang sebab reflection tingkap depan rikshaw. Sekali rikshaw tu merapat sikit & penumpang tu baling something macam sampah masuk dalam trak. Pelik lah kami kan. Then pemandu tu buat sign language macam suruh bukak sampah tu. Eh risau jugak kan apa benda yang dia baling ni. Kutip kat kaki. Berdekah gelak kami. Bagi no tepon rupanya dengan initial "F". OMGeee so Hindustani movie. Baling no tepon masuk dalam trak pun boleh..sampai pulak tu masuk dalam trak.


Bila balik rumah Waqas kami pun cerita la kat Saba pengalaman kami naik trak tu kat Lahore & kepelikan kami melihat keldai & kuda di jalanraya. Sempat cerita pasal kejadian orang bagi number. Diorang pun gelak. Diorang kata "Ahh, cheap guys are everywhere now". Oooo, macam ni ke cheap guys di Pakistan. Okay nanti aku kena cerita pasal arranged marriage di Pakistan.



Tengahari tu kami rehat di rumah Waqas, then petang adik Waqas pakaikan henna kat tangan kami & ada menari-nari sikit dari golongan khunsa. Kat sana kan, golongan khunsa ni, dia bukan totally pondan. Diorang panggil, "the in between". Jadi khunsa ni biasanya jadi golongan penghibur. Petang tu mereka datang menari & menyanyi. Aku pun tak tahu nak explain sangat budaya diorang ni. Tapi ada juga tanya kenapa guna khunsa tapi bukan perempuan? Saba kata, Pakistan kan negara Islam. Kalau biarkan perempuan asli yang menari meliuk lentuk takut macam mengghairahkan jadi ianya kurang baik lah gitu. Oooo..okay.

Mereka pun ada rewang jugak. Jiran tetangga sedara mara jugak yang masak untuk kenduri keesokannya.


Tengah tengok "the in between" menari & menyanyi sambil ada muzik.




Anak buah Waqas. Comel gilaaa...Tengok lah bulu mata dia. Budak-budak kecik kat sana serius comel gila. Stress aku tengok macam nak gigit-gigit je pipi, rasa nak bawak balik sorang, boleh tak?

Adik perempuan Waqas pakaikan henna untuk kami.

Malam pula, disebabkan esoknya ada kenduri kahwin Saba & Waqas, kami decide nak cari baju ala-ala Pakistani walaupun dah bawak baju kurung. Saje nak fefeeling.  Jadi mak Waqas, adik & kakak Waqas teman kami pergi market yang jauhnya cuma boleh jalan kaki je. Kami mencari yang simple je sebab kalau kat Malaysia kan boleh pakai lagi. Tapi diorang sedikit pelik kenapa kami nak cari yang simple sebab kenduri kan? Jadi aku rasa mereka ni banyak unsur-unsur budaya India juga. Diorang rekemen gaun yang banyak bling-bling.. Buntang mata aku tengok. Kami semua geleng-geleng takut nak pakai, meriah sangat. Sedangkan kat Malaysia pun gi kenduri orang aku ni simple je. Takut aku nak pakai meriah sangat weh kang lawan tokey pulak kan. Jadi malam tu sempat lah kami beli baju ala Pakistan. Nak tengok? Tunggu next entri. Yang follow insta & facebook aku tu dah tahu lah ceritanya. 


Jalan-jalan sekitar market




Patutlah masa kat Birm selalu tengok Saba & kakak dia suka pakai kasut macam ni.

Oh sebenarnya kat kawasan sekitar perumahan Waqas ni, kalau korang pernah pergi Bandung (Indonesia) maybe akan paham apa aku cuba sampaikan. Rumah kat sini, macam berselirat dia..kalau jalan kaki tu aku panggil macam jalan tikus. Jalan sempit untuk pejalan kaki. Macam masuk maze. Kalau diorang ni tak guide masa pergi market tu, rasanya memang nangis dah aku tak sampai rumah Waqas.

Malam tu pula ada kawan-kawan rapat family Waqas yang perempuan, berkumpul kat bawah & menyanyi sambil pukul gendang ke tabla entah. (Actually aku taktahu nama alat muzik tu tapi korang tengok je dalam gambar k.Sukahati aku je kan.) Mereka suruh kami nyanyi tapi aku cuma tahu lagu Kuch Kuch Hota Hai aje. Ohya, bahasa yang mereka guna untuk bertutur ialah Urdu. Bunyi macam dalam cerita Hindustan tu. Tak ramai yang boleh cakap English. 

Malam tu dah pukul 12 tengah malam. Tapi waktu Malaysia dah 2am (Malaysia cepat 2 jam dari Pakistan), jadi kami memang penat & ngantuk sangat jadi minta diri naik atas untuk tidur dulu. 

p/s: Kat sana tangkap gambar dah bercampur-campur gambar dari DSLR, dari handphone. Jadi kualiti gambar lain-lain. Harap maklum. Sebenarnya walaupun entri ni macam entri bergambar tapi percayalah gambar yang ada jaaauhhh lagi banyak dari ni. Cuma kena select ikut kesesuaian la bila nak post. Entri seterusnya aku akan ceritakan pengalaman menghadiri kenduri orang Pakistan. Stay tuned. 



Friday, March 24, 2017

Trip ke Pakistan Memang Best!

Aku baru pulang dari percutian ke Pakistan.Aku ke Pakistan dari 10-15 March yang sudah. Pengalaman itu sangat menggembirakan sampai aku tak sabar nak post kat blog. Nampak tak? Travel sebelum-sebelum ni pun tak habis cerita tapi dah tak sabar nak cerita pasal travel ke Pakistan. Kenapa percutian kali ini sangat bermakna, dan berbeza dengan pengalaman travel yang lain? Sebabnya aku kesana, tujuan asal aku ialah untuk menghadiri kenduri kahwin bekas teman serumah sepanjang aku tinggal di UK dahulu. Ye, aku punya housemate ialah Pakistani. Mereka pernah ajar aku uli capati bentuk bulat tapi aku punya jadi bentuk trapezium (so sad). Trip kali ni berbeza sebab ni negara Islam pertama aku pergi melawat. Beza sangat dengan negara Malaysia. Lepas tu, kami ada connection dengan orang-orang kat Pakistan sebab ex-housemate aku kan orang sana, jadi membawa kepada perkenalan dengan ahli keluarga beliau dan rakan-rakan beliau. Yang paling baik ialah, kami rasa kedatangan kami disambut dengan sangat baik.

Sejujurnya, dalam banyak-banyak travel trip aku, ini ialah trip yang paling takde planning. Paling last minute hinggakan kami beli tiket flight waktu tengah mahal. Dalam kurang dari 2 minggu sebelum fly. Biasalah bila semua kawan-kawan kerja, nak apply cuti (lepas ke tak?) lah, nak jumpa untuk bincang lah, semuanya antara jadi ke tak ni nak pergi Pakistan? Dahla kena buat Visa. Dan Visa Pakistan kalau nak apply kena sediakan documents yang macam alaaaa..annoyingnya nak prepare. Yang buatkan lambat beli tiket bukan apa, tapi sebab baca pengalaman orang yang kena cancel tiket sebab Visa tak lepas. Terus kecut perut weolls. Takut tiket burn, dahla tengah mahal dalam RM1800 (instead of RM900 kalau beli lebih awal ok. Dah jadi double up). So kitorang pun buat Visa, dah confirm lepas (28 Februari pergi ambil passport kat embassy),then terus beli tiket flight. Haa gila kentang tak?

Masa plan trip pergi Pakistan, aku dapati kami agak serabut. Sebabnya, dulu masa trip ke Eropah, mudah sikit nak plan sebab dah ada pengalaman. We know what to expect. Ni negara macam Pakistan ni, orang ingat dah kenapa nak beli karpet jauh sangat meh? Serius tak sempat nak study sangat sebab aku rasa tak banyak blog cerita pasal pengalaman travel ke Pakistan dari orang Malaysia sendiri. Yang ada banyak cerita dari blogger mat saleh. Kami beli tiket return KL-Lahore sebab mahu menghadiri kenduri kahwin kawan tu. Jadi dalam 5 hari tu, kami target 2 hari di Lahore, 3 hari di tempat lain yang ada unsur-unsur nature, ke arah Utara Pakistan. Kami sempat menetap di Islamabad. Kiranya dalam trip yang singkat ni, kami berjaya merasai pengalaman berbeza di empat kawasan di Pakistan iaitu di Lahore, Islamabad, Ayubia & Sarghoda. Tempat-tempat ini sangat berbeza walaupun dalam negara yang sama. Amazing.

Dahla plan asal kami ingat nak sewa kereta je dalam Pakistan. Tapi bila dah sampai aje.. Haa, amekkau! rasa bersyukur sangat guna service driver a.k.a Bollywood bodyguard. Haha. Pengalaman di jalan raya Pakistan sangat berbeza. Dan susah nak guna Google Maps atau Waze.

Stay tuned uolls~



Thursday, March 9, 2017

Salah Faham Tentang Senibina dan Menjadi Arkitek

Sepanjang aku berblog ni, aku dapati ramai orang mempunyai pemikiran yang sedikit tersasar daripada realiti tentang pengajian senibina dan menjadi arkitek. Yang paling menyedihkan ialah golongan pelajar sekolah. Diorang ni ingat, arkitek ni nampak macam profession yang stylo, yang boleh buat banyak duit, yang boleh dengan bangganya bagitahu orang bila ditanya "kau kerja apa?" "Aku arkitek" sambil dalam hati rasa bangga. Tapi hanya orang yang dah melalui proses belajar senibina tu sahaja yang akan faham kepuasan habis belajar untuk bergelar seorang arkitek bertauliah tu macam mana.

Tak dinafikan, kalau orang tanya aku kerja apa, bila bagitahu profession kita sebagai arkitek, muka orang tu selalunya macam "Wow.." I got it a lot. Walaupun keluar rumah muka selebet-selebet, bila orang tahu profession aku, orang rasa wow. Mungkin sebab orang tahu course ni susah? Entahla. Mungkin orang fikir boleh buat banyak duit? Entahlah juga.

So ni salah faham yang aku selalu perasan lah sedang terjadi terutamanya di kalangan budak sekolah yang nak jadi arkitek.

1) Saya nak jadi arkitek sebab minat.

Cuba huraikan apa yang boleh dihuraikan dalam gambar di atas. Apa itu senibina berdasarkan gambar di atas? Minat kan? Cuba huraikan sikit pasal gambar di atas.


Sebenarnya apa yang kau minat dik? Apa yang kau faham pasal senibina itu sendiri. Design bangunan gempak? Korang tahu tak kat Malaysia ni banyak benda nak kena cut cost, ni realiti yang menyedihkan. Bagi aku, arkitek boleh menghasilkan banyak design yang cantik-cantik, nak curve sana curve sini semua boleh. Tapi, korang rasa korang boleh praktik kan di Malaysia?  Nak buat bangunan ni banyak sangat dia punya syarat & undang-undang. Dengan client yang kedekut taik idung masin, sudahnya design bangunan tu sendiri banyak hilang sentuhan arkitek tu. Buat bangunan pun ada bajet. Nak guna material cantik dan berkualiti, material haruslah lebih mahal sedikit. Kalau tak, memangla nampak cheapskate. Orang ramai, sebelum terjerumus masuk dalam program belajar senibina, dia biasanya nampak bangunan ni dari luar aje. Design. Itu sahaja.

Macam design Zaha Hadid ni kan. Tahu, ramai bebudak sekolah dia berangan dapat jadi arkitek design bangunan cantik-cantik, pelik-pelik bila jadi arkitek nanti. Tapi, pernah ke nampak bangunan ala begini di Malaysia? Sad truth. Tolong hadam realiti ini. 


Hakikatnya, apa yang penting bagi seorang arkitek ialah ruang. Internal space. Sebelum design, kita akan dapat design brief daripada client. Ruang apa yang ada, besar mana nak etc. Jadi sebagai arkitek, yang sangat penting sebelum nak design bangunan ialah site analysis & tahu keluasan yang ada. Space planning yang membawa kepada rupa bentuk design tu. Function follow form? or form follow function?  Banyak proses dia sebelum siap dibina. Bila korang kerja dalam bidang ni, korang kalau selalu rasa bila bangunan tu siap, nama kau yang akan dipetik bila dah siap. Wrong. Architecture firm yang akan dapat nama. Proses nak siapkan satu bangunan yang sederhana besar hingga besar, contohlah, shopping complex ke sekolah ke hospital ke, untuk bangunan tu mula dibina, proses nak mengerjakan lukisan, turun naik majlis perbandaran, masuk keluar meeting dengan pelbagai pihak, kena maki kena hentam dan lain-lain proses tu makan masa bertahun. Katalah 3 tahun proses tu dalam fasa penyiapan lukisan yang diluluskan (kadang lebih bila banyak sangat masalah atau client tak bayar ke apa, kadang kurang ikut targetted time & isu tak banyak timbul). Lepas tu, bangunan tu nak naik pun maybe dalam 3 tahun (atau lebih kalau ada banyak masalah.Masalah ni kadang tak terduga tau). Jadi kata lah satu bangunan nak siap dari A sampai Z (siap) ialah 6 tahun. Nah, kat sini lah korang kena faham realiti bila korang nak masuk kerja nanti. Bila kau mintak kerja kat firma arkitek, biasanya kau akan diletakkan dalam projek yang sedang on going. Maksudnya kalau bangunan tu belum dibina, dan masih dalam proses penyiapan lukisan (percayalah banyak fasa kau kena lalui), mungkin bangunan tu berada dalam tahun ketiga proses jadi ibarat kau kena masuk kat tengah-tengah proses penyediaan lukisan. Fasa building planning ke, tender drawings ke, construction drawings ke, kau tak tahu apa nasib kau. Jadi mungkin kau dah terlepas fasa Preliminary Design tu sendiri yakni masa awal-awal sangat konsep bangunan & reka bentuk bangunan tu dihasilkan. Mungkin masa kau masuk dah tahun keempat projek tu berjalan, jadi kau kau kena go through apa yang orang lain dah mulakan .See, kadang agak sedih bila tak tahu hujung pangkal. Kadang kena cuci tahi orang yang buat kerja sebelum tu bila banyak salah ke tipu area ke apa. Standard lah orang bila baru mula kerja, dia kerja setahun dua then tukar firm. Jadi kalau setia dengan satu firm pun, mungkin kau akan dapat lihat bangunan siap dibina yang kau dah kerja keras tu dalam 5,6 tahun tempohnya kalau kau dah involve dari awal. Mungkin juga lebih. Persoalannya, mampu kah kau kerja dalam firm yang sama selama 5,6 tahun? Dan dapat lihat maybe 1,2,3 bangunan sahaja? 1 pun belum tentu dapat tengok hasil depan mata. Orang yang ada passion dan tinggi kesabaran je tau boleh bertahan kerja kat firm yang sama sampai 5,6 tahun.


Lukisan kat atas ni ialah contoh detail drawings (amek dari Google search je ok). Biasanya dihasilkan masa tender submission supaya Quantity Surveyor dapat kira costing bangunan tersebut. Dan bayangkanlah, lukisan di atas ni ialah lukisan satu cubicle tandas aje. Daripada lukisan, kita boleh analisa banyak benda. Space volume (tinggi ruang dari lantai ke siling), material apa (dinding cat ke pakai tiles, jenis apa pula?), sanitary fittings jenis apa, kepala paip, lubang tandas, sistem perpaipan dan macam-macam lagi. Cuba bayangkan untuk satu toilet kecik untuk korang berak pun dah begitu detail, apatah lagi untuk satu bangunan. Satu bangunan bukannya satu tingkat aje. Kalau 10 tingkat? 20 tingkat? KLCC? Burj Khalifa? Wiz Khalifa? *tetiba*

Untuk menjadi seorang arkitek yang boleh praktis, ia memerlukan masa. Belajar & habiskan pengajian tu satu fasa yang dah cukup memang mencabar (aku malas nak ulang cerita betapa tough nya belajar course architecture ni, bila dah habis belajar rasa macam nak flip shawl sambil menangis je, so dramatis hokeyy). Bila bekerja pula satu fasa yang berbeza. Ramai yang "terkejut" bila masuk fasa bekerja selepas belajar. Ramai yang tak sangka apa yang dibuat masa bekerja tak pernah digambarkan pun masa sebelum study architecture tu dulu. Time ni la ramai yang rasa menyesal. Kadang kena buat details toilet berbulan-bulan. Kadang detail tangga, dan bermacam-macam detail. Kadang buat 3D aje.Tak dapat pun peluang nak ber design bangunan. Maka itu waktunya korang kena banyak muhasabah diri. Tapi one thing for sure, jangan pernah menyesal buat detail drawings. Sebab dari situ korang akan belajar banyak benda especially pasal construction. Masa tu baru rasa logik buku construction D.K Ching tu.haha. 

Aku tahu susah nak dapat source daripada arkitek sendiri pasal cara kerja arkitek macam mana. Siapa lagi arkitek yang rajin nak bercerita dalam bahasa yang mudah difahami macam cerita kat kedai kopi je? Kau ingat arkitek banyak masa nak layan korang agaknya? Nasib la hakak Sophie kadang kala sudi turun padang (blog sendiri) sembang-sembang dengan uolls sikit. Ini pun jenuh aku amek masa nak tulis bagi korang senang faham siap boleh skip berhari-hari, simpan dalam draft dulu,sempat gi bercuti baru sambung tulis. 

So berdasarkan gambar tadi, apa sepatutnya korang boleh faham? Ok first and foremost, korang kalau minat bangunan kena faham tentang bangunan, dari dalam bangunan itu sendiri sebelum menghargai design luaran. Sebab functionality of a building is VERY VERY IMPORTANT. Contoh camni la. Bila kau masuk entrance utama shopping complex, adakah logik ruang pertama yang kau nampak ialah toilet? mestilah tak kan? mestilah information counter gituh yang depan-depan, lobby ke. Lepastu sakit hati tak kalau surau letak kat paling kanan bangunan, tapi toilet letak paling kiri bangunan (kalau planning dia memanjang). Kalau kau jenis yang solat bila keluar paling tak pun kau mesti rasa kuajaq la arkitek mana design surau dengan tandas macam dari kutub utara ke kutub selatan ni? sempat kardio masa perjalanan. Memang tak salah, tapi lebih afdhal kalau dekat, bukan? Itu baru dari segi planning. Lepas tu selain submission drawings yang biasa (yang ada "kitab" kena refer), kita ada submission drawings pada Bomba. Jadi arkitek kena rujuk kitab berkenaan fire regulations di Malaysia untuk bangunan. Benda ni sangat penting untuk keselamatan jika terjadi kebakaran pada bangunan. Tadi kan aku mention "kitab", maknanya ada buku tebal pasal regulations dia yang para arkitek kena rujuk. Contohnya, travel distance. Kalau berlaku kebakaran pada bangunan, dalam satu aras bangunan ni, bila kau lari dari hujung bangunan ke pintu EXIT atau tangga nak turun, hendaklah tak lebih dari X meter (contohlah), kalau lebih kena come out with solutions. Pintu kena label fire door ke tak (sebab fire door ada speciality dia macam 2 hours fire rated ke etc), kat mana nak locate fire hydrant? kena lukis tau diameter tali paip fire hydrant tu bulatan dia besar mana boleh cover (let say supplier bagi 30 meter diameter) so arkitek akan check kat mana nak locate & kat mana yang diameter dia tak cover. Then semua benda lah kena lepas pasal fire regulations ni. 


Berdasarkan gambar di bawah, kalau untuk kolam renang, dah tentu ada building guidelines dia. Tapi secara basic, kalau korang rasa korang nak jadi arkitek, sepatutnya  minat senibina tu kena mula dari kebolehan menganalisa dari dalam bangunan. Mampu untuk faham ruang dalam bangunan dahulu sebelum meminati design luaran bangunan. Sebab, bentuk sesebuah bangunan tu akan terbentuk melalui ruang dalam bangunan. Kena faham kat mana constraints dia. Paham tak? Jadi, berdasarkan gambar sebahagian je ruang kolam renang di atas ni, apa yang seorang arkitek boleh nampak & appreciate? Tak semestinya betul lah sebab tak baca specifications pada drawings. 




Structure & Construction: 
-Steel frame construction. Metal steel column with concrete stump. 
-Brickwall with plaster & paint finishes. 
-Steel roof trusses, metal roof. 
-Swimming pool floor sunken 1.2-2 meter from ground level. 
-Effective water proofing system. 
-Swimming pool (ceramic?) tiles (300x100mm)

Environmental & Mechanical:
-double volume + stack effect?
-Natural ventilation (wall openings + roof height) + mechanical ventilation (fan)
-Natural Lighting (wall openings + roof height)+ mechanical lighting (lights)
-Electrical socket
-light/fan switch

Fire safety guidelines
-Fire hydrant & alarm location
-water pipeline system
-fire escape route & fire door location with KELUAR/EXIT signage. 

And the list goes on. Ni antara apa yang biasanya terlintas dalam otak arkitek bila dia berada dalam sesebuah ruang tu. Dia tak terus menerus kutuk design. Instead, cuba faham how the building works. Arkitek biasanya peka dengan ruang kawasan tu, construction & material. Kalau kau lepak dengan arkitek kat shopping complex, kau tak payah sembang dengan dia pun takpe. Kau perati je mata dia pandang apa.Haha. Kadang bila nampak surface material yang menarik hati, tangan dia mesti gatal je nak sentuh dinding ke apa. Kalau lepak dengan a gang of architects, aku nasihatkan kau balik cepat atau pura-pura pengsan supaya kau tak ternganga nak faham apebenda yang diorang sembangkan.Haha. 

Korang kena faham, bila nak design sesebuah bangunan, kita bukan main buat aje. Arkitek pun banyak kitab (buku tebal) dia kena rujuk. Kitab untuk bangunan tu sendiri, kitab untuk disable people (macam apa design yang kena implement dalam bangunan tu untuk orang kurang upaya? macam lift yang ada butang tulisan braile ke), kitab untuk Fire (Bomba) Regulations lagi. Sebab tu proses nak siapkan bangunan tu sangat lama. Sebab banyak kena reject atau tukar/tambah benda. 

Dan apa yang aku ceritakan dia atas ni, sangatlah tak cukup untuk cerita SEMUA cara kerja arkitek. Ni ibarat celah taik gigi jela orang kata. Hehe. Sebab mana mungkin aku mampu cerita semua. Lagi,

2. Saya nak jadi arkitek tapi saya dengar arkitek kena pandai BI.
Eh mestilah. Kan aku dah kata tadi arkitek banyak "kitab" masa dia buat kerja. Korang ingat buku-buku tu ditulis dalam bahasa Melayu meh? Tambahan pula dalam meeting (walaupun sesama Malaysian), selalu je speaking. Kalau nak tulis email, berbalas email dengan consultant ke clients ke mostly dalam English, okay baby don't cry? Lepas tu arkitek banyak sangat report & documents dia kena buat & kebanyakannya memang dalam English. Bukan broken English. Proper English okay. Blog hakak Sophie tak dikira sebab I guna bahasa pasar. 

Contoh keratan satu mukasurat "kitab" berkenaan fire regulation:


Dari kitab UBBL 



Dan korang kena biasakan baca buku-buku yang akan jadi guidance masa proses penyediaan lukisan bangunan. Akta bangunan. So ayat dia pun berunsurkan undang-undang gituh. Kalau tak faham & kena bukak kamus tu biasalah. So depends lah korang kerja nanti masuk stage mana. Tapi nak bagitahu English memang penting. Kalau tak terer English sekarang, masih belum terlambat nak belajar. Persetankan semua orang yang merendah-rendahkan orang lain yang nak belajar English. Kalau nak maju satu tapak & lebih dihormati di peringkat antarabangsa, silalah belajar English ya. Sis serius ni. Tips belajar English lain kali lah Sis kongsi ya. Entri ni pun dah macam kitab aku tengok. Haha. 

3.Saya nak belajar senibina sebab saya minat melukis.
Choi! Jangan bagi sebab sebegini please. Untuk comment sebegini, boleh refer explanation aku yang no.1 di atas. Adakah melukis tu cukup untuk menjadi arkitek? TIDAK. Otak tu yang penting. Otak kena sharp, kena smart, kena pantas mengejar deadline. Lagipun, zaman sekarang bukan macam zaman dulu yang submit drawings guna lukisan tangan. Dik, sekarang ni zaman teknologi & teknologi sentiasa diuji untuk jadikan dia semakin canggih. Sekarang kita guna computer untuk design. Banyak softwares boleh guna. Lukis tangan ni, setakat tahun pertama & kedua pengajian senibina bolehla. Aku selalu cakap kat budak-budak, kalau minat melukis jadilah pelukis, bukannya arkitek. Dia ibarat kau cakap "Saya nak jadi doctor sebab saya rasa saya segak pakai coat putih tu" Logik meh? Hakikatnya? Korang tahu kan nak jadi doctor tu tak senang? So pandai melukis tu memang satu kelebihan tapi kalau tak pandai melukis pun bukan satu kekurangan yang besar. Ingat, OTAK tu lagi penting. Lagi satu, kau akan kerja dengan komputer. Banyak guna komputer. Masa belajar pun guna komputer, masa kerja pun guna komputer. Aku ni tahap dari mata terang sampai kena pakai spek dah. So,make sure korang ada basic knowledge pasal komputer. Nak pasang komputer sendiri macam mana. Nak dismantle macam mana. Jangan nangis ya adik-adik perempuan, kalau ada lelaki yang sudi tolong Alhamdulillah. Tapi laki Melayu? ikut pengalaman aku..*cough cough*.. 

4. Kalau jadi engineer atau pelukis pelan pun boleh buat kerja arkitek.
Engineer apa yang kau maksudkan? Civil? Aku malas nak cakap la kenapa arkitek & engineer selalu tak sehaluan (sebab aku pernah experience and bila engineer tu bagi suggestion aku macam "you did not!! Seriously this engineer? you're making my building UGLY" sambil muka berkerut tahan stress). Seorang arkitek yang background dia memang architecture educated tu tak adil lah kau letakkan sama taraf dengan engineer mahupun pelukis pelan. Diorang ada skill masing-masing. Dia samada kau nak bangunan kau ada nilai estetik yang tinggi ke atau aci siap aci redah?Dia ibarat macam ni la, kau nak tempah baju kahwin yang ala designer. Kau nak pergi kat Rizalman ke tailor? Tahu tak berapa ramai tailor yang bila baju siap, fitting dia tak best? lari ke. Dari segi function, ya masih boleh digunakan, masih boleh pakai menutup badan tapi kau ghase?? Puas ke idak?

5. Nak jadi arkitek kena pandai Maths ke? 
Aku pernah ambil add maths dulu kat sekolah. Tapi aku rasa memang tak berguna pun. Maths masa bekerja ni very basic. Pakai calculator aje. Takde formula pelik-pelik nak ingat. Paling susah pun trigonometri kot sebab nak kira kecerunan & panjang kecerunan je. Selain tu cuma tambah, tolak, bahagi, darab aje. 

6. Saya nak jadi arkitek sebab saya nak buat bangunan hebat-hebat.
Ni memang lah. Takpe, aku pun dulu camni. So naive *kesat air mata*. Ok situasi dia macam ni ya. Bangunan kan, kenapa dia dibina? Sebab ada demand. Ada client. Masalahnya, kau yang hire client atau client yang hire kau sebagai arkitek? Sudah tentulah client yang akan upah arkitek, bukan? Jadi, kau akan buat bangunan ikut apa yang client nak, ikut budget client. Bukan ikut apa yang kau nak. Yes, kau boleh bagi suggestions, options. Persoalannya.. kalau client tu background dia bukan senibina, kau rasa? dia ada taste tak pasal design bangunan tu? Kalau ada bagus. Kalau takde tu yang rasa cam harom sikit. & client always?...Right. Maka ber huhuhu lah kau sebagai arkitek bila semua benda yang kau dah bayangkan dalam otak & dalam mimpi tak dapat direalisasikan. Aku teringat bos aku dulu pernah kata.."I dah 20 tahun bekerja, tapi takde pun bangunan yang I dapat design sendiri ikut taste I" Situasi dia bukannya arkitek buat bangunan cantik-cantik dulu, bangunan dah siap baru tanya "halo-halo, sape nak beli bangunan I yang I perasan cantik ni?" No.. doesn't work like selling tudung/baju/ayam penyet.


So, macam mana? rasanya clear sikit tak? Rasanya salah faham korang tu dah boleh dibetulkan tak serba sedikit? Ni aku explain sebab aku nak korang BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA. Jangan terpedaya langsung dengan drama Melayu yang tunjukkan watak arkitek contohnya watak Mia Ahmad dalam apetu? Hati perempuan ke apa ntah sebab aku tak tengok drama. Tengok iklan-iklan & sedutan pendek je pun dah geli. Aku rasa macam nak muntah. Tak pernah aku tengok arkitek perempuan selembik tu, asyik nak merajuk. Like hello? Kat ofis mana ada masa nak fikir pasal masalah cinta pun. Aku lempang gak kang. Tolong buat studies sikit pasal ke-kompleks-an kerja sebagai seorang arkitek. Nak borak-borak dalam ofis pun boleh kena marah tau kalau dapat bos garang. Tapi part arkitek cantik tu aku setuju la. Sebab ramai je arkitek lawa & tak gedik, pandai pulak tu kan... (eh cakap pasal diri sendiri ke ni? WAHAHA..  berdosa tau riak takbur weh Astaghfirullalaziim..hehehe..)

So, kesimpulannya..bukalah mata dan hati ye. Fikir logik, fikir rasional. 

p/s: Sesiapa yang dah memang arkitek tu, tolonglah tambah apa yang terkurang kat entri kali ni ya. Kalau apa yang aku explain salah pun takpe, boleh betulkan sebab saya budak baru belajar. JAUHHH lagi perjalanan aku ni. Aku pun selalu dahagakan ilmu. Kalau rasa entri ni bermanfaat especially kalau korang students, bolehlah share pada rakan-rakan. Suruh dia "wake up" sedikit. Ni bukan course untuk kau rasa bangga bila kau bagitahu orang kau arkitek. Komitmen dengan jurusan ni akan buatkan korang punya masa bersama kawan & keluarga banyak terkorban masa belajar. Masa kerja, depends pada ofis & projek yang kau handle. Sometimes masa kerja pun masa banyak terkorban. Dulu sebelum aku study architecture takde sapa explain kat aku pasal benda-benda kat atas ni. Even ada kawan pernah berpendapat "alaa, biar je diorang habis belajar & masuk kerja & rasa sendiri". Tapi takkanlah aku nak biar korang 5,6 tahun baru tahu realiti jadi arkitek ni macam mana. Korang dikira lucky la zaman sekarang makin canggih, di hujung jari aje semua info. Sekian, terima kasih sebab baca entri ala kitab ni. Ciow!











Wednesday, February 22, 2017

Bebel Malam Hari

Itu hari tahun 2016 nak masuk 2017, aku tak buat pun recap tahun 2016, aku tak cerita apa yang aku dah achieved tahun 2016, apa harapan aku untuk tahun 2017. Seperti biasa, aku bukan taknak menulis. Cuma tak berapa nak ada mood sangat. Sometimes aku berharap ada gadget yang boleh translate semua yang aku fikirkan jadi dalam bentuk penulisan, then aku transfer je ke edit post, lepas tu publish. Wallaaa..hari-hari boleh post entri baru gituh.

Sekarang baru bulan Februari, I am feeling the adrenaline rush. Setiap hari aku check planner aku, aku akan rangka hidup aku per week, per day. Aku akan check & plan 2,3 weeks ahead, aku akan tengok overall timeline untuk that particular month..then to the next month. Kadang aku rasa gementar. Gementar dengan masa depan. Entah apa yang aku kejarkan. Aku rasa masa berlalu begitu pantas. Februari terasa terlalu pendek. Dan aku sudah merangka untuk March dan aku rasa Ya Allah, penatnya jadi seorang Sofiya yang banyak fikir ni. Tolonglah bagi dia chill sikit.

Untuk tahun 2017, aku nak buat 3 benda ni.

1. Cari kerja baru, tukar kerja ke firm lain. I will always try and error sampai aku jumpa apa yang aku nak. Kadang orang kata jangan memilih. Bagi aku, aku ada hak untuk memilih apa yang aku rasa terbaik untuk masa depan aku.

2. Duduk rumah sewa. Diharapkan dapat kerja jauh sikit dari rumah family. It's time for me to detach & be independent, again. Duduk dengan family ni, bukan tak bagus. Anggap la aku ada reason sendiri.

3. Aku target nak amek exam INTERNATIONAL Swimming Teacher Award. Entah mampu entah tidak. Aku tak tahulah kenapa, kan aku pernah cakap aku ingatkan aku takkan mengajar renang dah lepas aku gi UK tu. Tapi bila balik Malaysia, benda ni datang balik. Aku start mengajar balik December 2016 and masih mengajar dengan aktifnya. Aku tak tahulah apa benda yang tengah happen dengan aku dan kerjaya swimming ni tapi kerjaya swimming ni dengan aku macam magnet. Demand sentiasa ada, sampai aku handle group ketujuh dah ni. Walaupun aku taknak, tapi ada je benda yang buatkan kelas-kelas tu datang kat aku. Walaupun aku taknak mengajar kanak-kanak dah tapi kelas kanak-kanak tetap datang pada aku. Sebab ajar kanak-kanak ni lagi penat dari dewasa tau tak. Tapi, aku percaya dengan takdir Allah. Aku rasa ada hikmahnya semua ni. Dia macam mixed feeling sebab penat kot nak uruskan dua kerjaya dalam satu masa. Tapi berada dalam air & ajar orang berenang tu satu terapi untuk aku. Mungkin Tuhan tahu apa yang aku perlu? Terapi? Entahlah. Sejak aku balik dari UK, banyak benda dah berubah. Aku yang berubah, keadaan berubah. Bahayanya seorang aku adalah aku tak reti nak express kesedihan aku, jenis bukan attention seeker bila aku sedih. I'm a good listener to people that I forgot that my heart exist too & it needs gentle care. Aku abaikan sedih aku sebab aku tak reti handle kesedihan sendiri which is so pathetic I hate myself for this (yeah, please gimme a hug, chocolate & ice cream. Sobs sobs). Then aku perasan dalam hidup aku ada dua benda yang bantu aku rawat hati aku sendiri. Kanak-kanak, dan kucing (actually aku memang animal lover pun). Dua benda ni, makhluk syurga. Aku happy bila handle dua-dua jenis makhluk ni. Aku terhibur. Aku sayang budak, aku sayang kucing-kucing aku. Budak-budak ni bagi aku suci. Tambahan pula aku berpeluang untuk lihat sendiri proses mengajar kanak-kanak autisme. (baru aku tahu ada program swimming for autisme) Sangat mencabar sebab kanak-kanak autisme tak sama dengan kanak-kanak normal, mereka tak communicate macam budak lain mahupun boleh terima arahan dengan baik. Not even eye contact. How to teach?Mencabar bukan?tapi after a while, macam rasa sayang. Hati aku tersentuh tengok kanak-kanak istimewa ni. Tersentuh tengok cikgu-cikgu sekolah istimewa tu layan anak-anak istimewa tu dengan baik. How nice this life is? Buatkan aku sedar duit bukan segalanya. So aku decide aku nak renew semua cert yang aku ada & amek international exam/course ni tahun ni, inshaAllah. Maybe sebab somehow aku menyesal tak buat exam ni sebelum aku gi UK dulu sebab programme ni under syllibus UK, dahla international. Aku patut boleh buat part time kat sana dulu. Islam makin berkembang, so, makin ramai orang Islam wanita nak belajar swim & mahu cikgu wanita yang ajar. Lagipun amek cert ni macam a really good career back up kot. Pergi negara mana-mana pun diterima. Aku pun tak yakin apa akan jadi dengan masa depan aku. Manalah tahu nak sambung PhD kat UK lagi. Aku boleh buat part time, ke dapat peluang kerja kat Dubai ke. Rasa macam nak merantau jauh lagi, almaklumlah takde komitmen. Takpe, berangan kan percuma. So, mendekati kanak-kanak tu special feeling. Sebab aku nak anak, tapi aku taknak kahwin. How? Awak nak kahwin kontrak dengan saya tak? (But I need good genetics.miahaha) Bukan taknak kahwin, cuma tak nampak bayang lagi & takde perancangan. So maybe inilah aturan Tuhan supaya walaupun aku takde anak lagi, tapi it's a good practise to handle kids. Tiring, but adorable & mengisi jiwa yang tak sedar tangisnya sendiri. Kadang budak menangis, aku kena tegas & heartless sikit, tapi lepas tu aku pun dukung la masa dia dalam air, pujuk-pujuk tepuk belakang homagad rasa motherly sangat huwaaa.

Kucing. Kucing aku pun manja semacam dengan aku, maybe sebab aku jadi bidan sambut diorang masa baru lahir. Then membesar sampai besar dah diorang macam ada connection dengan aku. Bonding gittew. Keluar pintu je terus terpa aku. Siap tahu nama diorang. Panggil je sure pandang then datang. Mavis paling manja dengan aku & lately semakin manja.Aku pun tak tahu kenapa. Ke dia boleh sense perasaan aku bila aku tak ok? Ke dia boleh sense yang aku nak tinggalkan rumah kalau aku dapat kerja jauh sikit dari rumah? Lately kalau duduk bersila depan pintu kayu rumah, dia mesti panjat peha aku & duduk lama-lama macam rindu ke nak berpisah ni, kadang menyondol minta belai or peluk. Manja sangat-sangat. Sayu rasa. Kadang aku rasa Tuhan slowly bagi apa yang aku nak walaupun aku tak verbally cakap apa yang aku nak. Aku agak suka kucing warna oren & warna all black. Mungkin sebab aku suka tiger & panther tapi aku tak dapat bela kucing besar maka dapat version kucing kecik pun jadila. Jadi selain kucing yang dah ada kat rumah, dulu ada kucing liar datang rumah. Jantan,warna oren, kitorang panggil dia Kentoi sebab ekor pendek. Dia telah mengerjakan kucing betina kat rumah sampai beranak. Anak dia cantik. Oren bulu kembang. Kiara namanya. Kalau nak cerita susur galur kucing-kucing kat rumah memang panjang ceritanya. Kentoi dah mati. Cumanya nak bagitahu lately aku selalu harap nak bela kucing warna all black pulak. dan harini ada kucing warna hitam datang rumah. All black. Jap, jangan fikir bukan-bukan, ni bukan kucing jadian ke black magic. (-__-') Hopefully.

So, apa sebenarnya yang aku bebelkan memalam buta ni? Apa point aku sebenarnya tadi? Jap, baca tajuk entri. Aku sudahkan sampai sini dahulu sebab ngantuk dah. Ok good night.

Sunday, January 1, 2017

Menjawab Email: Matlamat Hidup

Assalamualaikum kak sophie,

Saya nak tanya kak sophie, apa yang menyebabkan kak sophie determine nak jadi seorang arkitek? Saya ambil jurusan engineering dan sudah tahun ke 4, tapi tak tahu kenapa lately rasa menyesal ambil engineering sebab rasa diri tak mampu nak jadi engineer. Tapi saya fikir kalau saya tak pilih jurusan engineering ni, jurusan lain pun belum sure boleh bawa. Sekarang study week and mental memang tengah breakdown sebab makin lama makin nampak saya dah tak berminat dengan engineering berbanding kawan-kawan kos lain. Semua semangat nak belajar. Saya rasa berdosa pula bila malas belajar sebab belajar kena ikhlas. Saya pernah terbaca post kak sophie pasal semangat belajar + ikhlas Allah akan reward pada diri kita sebagai contoh kak sophie dan kawan2 yang berjaya sambung study luar negara. Saya ibarat tak ada matlamat hidup, umur da 22 tahun dan nak masuk 23 tahun tapi macam tak ada pencapaian hidup pun..hmm..Minta sangat pendapat kak sophie untuk nasihat apa faktor yang boleh menjadi semangat untuk kita buat sesuatu benda. Kalau kak sophie balas, saya nak ucap terima kasih sangat2.


Yang Benar, 

Hamba Allah (nama kena rahsiakan)


Waalaikumussalam. 

Jarang saya share email kat blog tapi sebab rasanya boleh bagi pedomen sikit kat orang lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama, jadi saya pilih untuk share. Harap maklum juga, tak semua email yang saya dapat saya balas ya. Bergantung pada soalan yang ditanya. Tapi sebab email ni lebih pada luahan hati jadi tak susah untuk saya bagi pendapat. 


Okay,sekitar tahun 2010 ialah tahun akhir saya belajar di UiTM, macam awak juga, tahun ke-4. Masa tu pun saya breakdown teruk juga. Memang sama lah rasa macam awak ni. Rasa macam nak quit architecture lah. Rasa macam 


"kos apa yang aku study ni Ya Rabbi??" 


"kenapa aku amek kos ni Ya Rabbi?" 


"Kenapa budak kos lain boleh tonton drama Nora Elena tapi aku tak boleh,Ya Rabbi?" 


Masa tu saya rasa terlalu penat. Exam nak kena buat dalam 4,5 papers tak silap, projek yang 6 kredit hour pun kena berjalan & submit. Sudahnya saya menangis sebab terlalu penat. Saya ni jenis kalau sedih tak senang nangis, kalau penat sangat tu mudah sikit nak nangis. Masa ni ada bestfriend dari sekolah, kitorang duduk satu rumah sewa, dia banyak menenangkan (sebab dia antara budak yang ada masa nak tengok Nora Elena haha) 


Apa yang membuatkan saya determine? hurm.. Susah jugak nak jawab soalan ni. Yang saya tahu, masa saya study, saya fikir saya memang taknak extend, saya nak grad dengan kawan-kawan sama-sama. Saya taknak putus asa sebab putus asa memang bukan ciri-ciri yang ada pada saya.Sebenarnya bila dah sampai 4 tahun study, otak kita penat. Bila otak penat sekaligus akan efek pada badan pun penat. Lepas tu semua benda pun jadi negatif. Time ni memang segala setan tiga sahabat 10 keturunan ke apa memang mudah mendekati kita.  Tapi apa yang saya boleh nasihatkan, anggap macam ni lah. Bila kita ni menuntut ilmu, ilmu adalah sesuatu yang besar. Menuntut ilmu juga sejenis jihad. Hanya dengan izin Allah je kita boleh dapat ilmu ni. Kita kena berfikiran jauh. Bayangkan dalam ramai-ramai yang nak study course awak, tapi awak adalah insan yang terpilih? Meaning God knows you are capable of it. Sekarang masa belajar, memang awak akan fikir diri awak sahaja. You don't know what can you give in the future. 


Course kita memang berbeza, tapi bila saya jadi arkitek, saya sedar saya ada tanggungjawab pada masyarakat. Apa yang saya dapat (ilmu) dulu, sebenarnya adalah preparation saya untuk bagi balik pada masyarakat. Sometimes what you do in your life is not about earning money tau. Ada kepuasan yang berbeza kalau kita cuba memberi dengan ikhlas. Contoh, firm saya bekerja sekarang ialah specialist dalam buat hospital. Hospital ni kira dalam architecture field adalah antara bangunan yang sangat susahlah nak buat dari segi planning dia. Secara jujurnya, ia sangat kompleks yang saya tak nampak masa depan saya nak jadi hospital specialist (but never say never I know). Tapi yang buatkan saya bertahan tu bukan apa, sebab hospital kan tempat orang sakit? Tempat para doktor & nurse nak deliver kerja diorang? Kalau saya tak gunakan otak dan skill saya sebaiknya, tak baik lah kan? Janganlah buat kerja cincai-cincai. Hospital ni untuk orang ramai, bukan hak persendirian. Pulak tu kadang saya tengok planning surau ni lain macam, (sebab yang design plan bahagian tu staf cina maybe), jadi adalah menjadi tanggungjawab saya lah nak betulkan dan notify pada senior architect atau bos yang saya nak tukar layout. Dah kalau pintu masuk surau laluan dia kena lalu depan orang solat, takkan pulak lah saya nak buat dunno kan? Seringkas-ringkas layout planning pun penting tau. Kita ambil contoh cubicle tandas ajelah. Selalunya paip belah kanan ke kiri? Kat Malaysia ni of course lah kanan sebab bila kita pegang kepala paip tangan kanan, tangan kiri kita? pepaham jela untuk buat apa. Cuba kalau ada orang salah letak paip tu belah kiri dinding? abestu camne kekdahnya nak mencuci kemaluan tangan kanan pulak nih? Di sini culture pun memainkan peranan sebab kalau negara mat saleh, paip dalam cubicle memang takde, jenis toilet kering. So kalau ada arkitek mat salleh kerja kat Malaysia maybe dia akan confuse nak letak paip tu kat mana. Apa yang saya explain ni seringkas yang boleh yang orang senang faham lah, ni tak masuk lagi skop besar kan. Takpelah asalkan korang faham point penting yang saya nak bagitahu. 


So awak yang bakal engineer ni, saya tak sure awak engineering apa sebab engineering ada banyak bidang, mechanical?electirical?civil?mechatronic?chemical?. Mostly kawan-kawan saya yang study engineer, susah saya nak dengar diorang dapat kerja ikut bidang engineering yang diorang study. I think 90% of them kot yang bidang lari masa kerja, tapi masih boleh cope. Jadi kat sini lah peluang awak sebenarnya nak tahu awak minat ke tak bidang tu. Time belajar belum tentu boleh memastikan korang punya minat tu sejati ke tak.  Minat boleh datang kemudian. Korang kena kerja dalam industry dulu. Studies ni kadang-kadang meletihkan sebab kita dipaksa untuk study banyak subjects. Pengajian di negara kita ni sangat kurang mengamalkan study dengan first hand experience kepada students. Mostly exams, assignments, projects etc. Sebab tu students cepat penat. 


Lagi satu, masa study tu, ni happen masa saya final year degree & master la. Sebab waktu-waktu tu memang crucial yang rasa macam mental block apa semua ada. Tapi sentiasa lah sematkan dalam hati, do your best, Allah will do the rest. Berusaha sehabis baik. Allah tahu korang cheating ke tak dalam berusaha. Dia akan bagi ikut apa yang korang dah usahakan. Takde jalan pintas untuk berjaya. Just imagine, what if there are no engineers in this world? OMG teknologi takde? semua mesin-mesin takde? Orang cabut rumput pakai tangan tak pakai mesin rumput tu maybe? pesakit kat ward macam mana pulak kalau takde alat-alat mesin yang kompleks tu? Siapa nak calculate load kat bangunan ni nanti bangunan runtuh pulak nak harapkan arkitek design acah nak Zaha Hadid? You see, it's your responsibility, our responsibility in future, for society, for our nation, for our children, grandchildren, great great grandchildren. Otak kita memang kecik tapi tengok apa yang otak kita mampu hasilkan? Hebat bukan? Jadi nak bazirkan kelebihan tu ke just sebab penat and rasa lost? Lagipun, Malaysia ni negara membangun, saya pilih untuk balik serve negara sendiri sebab saya nak jadi antara tenaga yang membina Malaysia (selain Malaysia ada makanan super sedap haha). Saya taknak jadi orang yang putus asa dengan negara sendiri. (Not yet at least). Macam semut, kalau dia sorang je angkat makanan & bina sarang memang takkan berjaya, tapi kalau dia ada team yang bersama-sama dengan dia nak angkat makanan besar & berat dan bina sarang, akan berjaya bukan? Put this in mind: Don't be a selfish citizen who only complaints but not serving the nation. Let say awak taknak jadi engineer tapi nak jadi lecturer dalam bidang engineering satu hari nanti. Maybe awak tak jadi engineer yang practise, tapi dengan otak awak, ilmu awak, awak akan deliver knowledge yang ada,bagi pada students yang maybe setahun 100 orang ke satu batch, pastu mungkin half of the batch akan jadi engineer yang awesome lepas grad. So setahun awak dah tolong produce at least 50 orang engineer. Kalau mengajar 10 tahun? 500 engineer awesome maybe? Nampak tak apa yang awak mampu buat sebenarnya? Sebab tu salah satu cara untuk determine ialah untuk tak fikir untuk diri sendiri sahaja, think in long term, think for the future. (sebab saya rasa pun maybe saya akan mengajar satu hari nanti.)


Saya ada satu benda nak share, sebelum saya balik Malaysia, masa beberapa bulan nak habis study Master dulu kat UK, saya sendiri pun rasa ragu-ragu lagi betul ke saya nak jadi arkitek ni? Dah nak habis belajar pun saya rasa ragu-ragu. Sebab apa? Otak rasa penat lah nak fikir benda-benda kompleks ni, rasa macam tak capable pun ada gak. So saya jumpa councelor university saya. Macam besar pulak kan masalahnya. Sebab saya tanya what if I want to try other things other than architecture? Dia kata, dia faham sebab dia pun pernah ada dalam situasi saya, macam nak buat leap year gituh. So dia kata, sebelum buat leap year, at least try lah setahun kerja jadi arkitek. Tengok dulu awak boleh ke tak bekerja dalam industri ni. Kalau memang rasa bukan bidang yang awak nak, then buat lah leap year. So saya ikut nasihat dia. Saya kerja pun bolehlah nak dekat setahun jugak. So far minat tu ada, passion tu ada cuma yang belum puas di  hati ialah saya masih mencari leader yang hebat untuk saya follow. Belum jumpa arkitek hebat yang nak memberi ilmu dengan ikhlas , jadi saya akan teruskan pencarian. 



Kepada tuan yang bagi email, believe that you can, have a stronger mind. Doa, usaha, tawakal. Dah tahu hasil nanti, kalau berjaya kamu pasti akan lupa semua lelah ni sebab ni jenis lelah yang berbaloi. Kalau tak berjaya, usaha lagi, ilmu takde sempadan atau penamat. Kalau rasa negatif, pergi jogging atau swimming. Serius. Ada kajian scientific kalau anda work out, badan anda akan hasilkan endorphin yang membuatkan anda lebih gembira & positif. Maybe sebab tu kot sejak saya mengajar swimming balik & cuba amalkan at least jogging atau work out kat gym, saya rasa hidup lebih happy. Haha. Selalu senyum dan gelak,kat ofis je serius.LOL. 


p/s: Ni dah new year kan? Tahun 2017 bukan? sediakan diary 2017 kamu sendiri. Tulis apa azam tahun ni, azam mestilah yang reasonable okay, yang achievable kamu tahu kamu mampu. Setiap hari sebelum tidur baca atau re-write azam-azam kamu. Kajian membuktikan orang yang menulis perancangan dalam diary mereka adalah sangat sedikit. Tapi yang menulis perancangan ni lah yang paling banyak berjaya. Kamu mahu berada dalam kelompok yang mana? Jangan hidup di awang-awangan lagi brader sisturr.




Nah lagu favourite saya masa tengah study dulu. Masa tengah rasa down, nak siapkan project, mata dah berair-air tapi kugagahkan juga. Sekarang hanya tersenyum, semua tu kenangan manis yang membina diri saya yang sekarang. Dan saya tak pernah menyesal dengan masa lalu saya. 

My own mindset: 
I WAS NOT BORN TO BE A QUITTER, 
I AM ALWAYS A SURVIVOR, 
AND I WILL ALWAYS FIGHT IN MY OWN BATTLEFIELD.




Signing out with love, XOXO *ceh gedik*
Sophie Al Yahya

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...