Thursday, December 26, 2019

Sabah Trip. Day 3-Semporna Menyempurnakan Harimu!

Sabah Day 3-Pulau Mabul & Kapalai.


Masa nak pergi trip pulau ni kan, aku macam sure tak sure nak pakai pakej mana, siapa aku harus contact nak tanya pasal pakej. Yela, aku honestly prefer guna pakej yang di rekemen kenalan atau keluarga. Risau lah jugak kalau kena tipu ke apa, lagipun aku tak biasa pergi belah-belah Semporna ni. Kan banyak rumours pasal orang kena culik la apa la. Aku teringat aku ada abang sedara yang kahwin dengan orang Sabah. Aku pun contact la Kak sedara aku tu tanya pasal contact person untuk sewa bot ni. 

So basically, rate untuk tidur 2 hari 1 malam di pulau di Semporna ni dalam RM400+ per pax, trip termasuk sewa bot , makan & sewa snorkeling gear. Kalau 3 hari 2 malam pulak dalam RM700. So kak sedara aku kata biasanya dia ambil day trip untuk snorkeling saja. Boleh sewa satu bot, kalau taknak campur dengan orang lain, dalam RM650. Kalau korang nak datang beramai-ramai, ok la, bot ni boleh muat 12 orang. So RM650 bahagi 12. Murah sangat bah. Tapi sebab aku prefer personal space (acah VIP), taknak campur dengan orang awam/tourist lain so kami ambil charter boat ni. Bertiga kami dalam 1 boat. Bukan apa, kalau campur orang lain, kita tak tahu perangai orang lain/tourist macam mana. Lagi-lagi kalau dapat naik sekali dengan tourist dari China mainland. Taknak pening kepala dengan kerenah orang. Plus lagi senang ikut masa kita sendiri aje. Tak tidur kat pulau pun jadi kos tu dapat dikurangkan.


Selama ni, aku cuma mampu tengok dalam internet je si Pulau Mabul ni. Rasa macam, asyik terkebil-kebil je mata ni. Cuma, belum ada reason untuk pergi sini. Tapi kali ni, aku berpeluang untuk tengok keindahan Semporna. Orang (boat man) yang bawa kami ni namanya Usop. Selain Usop, ada brader-brader lain seramai lagi 3 orang dan seorang gadis. Kiranya ada 5 orang bersama kami yang kendalikan trip ni. Sedangkan kami 3 orang aje. Sorang lagi lelaki jadi driver boat. Yang lagi 2 tu jaga kami masa snorkeling.
Kat jeti pun dah jernih airnya.

Perjalanan dari jeti Semporna ke Pulau Mabul mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai. Kami dibawa ke perkampungan Pulau Mabul. Oh barulah aku tahu, kat Pulau Mabul ni ada perkampungan Bajau. Banyak rumah atas laut weh. Kat sini ada juga madrasah, surau, sekolah, kubur pun ada. Kalau sesiapa rasa stress duduk KL tu boleh la datang sini jadi volunteer mengajar kat sekolah ni. Boat man bagitahu, selalunya tourist jadi tenaga pengajar secara volunteer disini. 

Kami tukar baju disini untuk snorkeling.  
Cantik betul pulau disini. Last aku pergi pulau dalam 5 tahun yang lalu, sedangkan aku ni gila pulau. Jadi, aku sangat appreciate masa yang aku spend kat sini. 

Untuk mereka yang nak guna boat man yang aku guna ni, nah aku promote for free contact number :

+60135577046 (Usop)

Inilah Usop.

Seterusnya, ini adalah entri bergambar. Sila, sila.. jemput tengok keindahan pulau disini.





Macam ni la perkampungan Bajau.


Masa naik boat kan, memang akan selalu ada sampan-sampan yang datang dengan bawa makanan laut fresh. Ni apa yang aku cadangkan la.. Kalau korang yang nak datang sini nak masak sendiri, pilihlah hotel/penginapan/homestay yang ada kelengkapan memasak. Kalau nak masak lah. Kalau tidak, boleh upah orang kat perkampungan ni untuk masak. Tapi dia charge lagi mahal dari harga makanan mentah itself. So kitorang tak beli la. Murah memang murah la. Stress gilakkk sebab geram je rasa nak buat BBQ. Tapi sebab kitorang tak tidur situ kan dan nak balik Tawau malam tu.

Banyak ni RM25 je. Murah betul. Geram je tengok dia punya segar tu siap masih bergerak eh ketam ni. Next time kalau aku pergi lagi aku akan pastikan aku beli ketam ni! Huh!

Jalan-jalan di Mabul Resort. Ok jugak resort sini. Tapi kami singgah jela/



Cantik dia MashaAllah. Macam wallpaper. Dahla kami bertuah sangat-sangat. Cuaca baik, tak hujan. Tengok langit pun biru, cerah, mabeless!


Kasi can la sis nak bahagia jap walaupun semakin hitam. haha.




Diorang kata ni gigi ikan jerung. Aku try pegang. Serius tajam weh.
(-____-')



Sekitar dalam resort


Can you see my skin was burning. 

Budak archi dia wajib amek gambar bangunan tak kisah lah bangunan apa pun.

I loikeee...

Ketenangan..

Hah! Macam tak logik dia punya cantik. Serius aku rasa kalau dalam gambar ni macam terhad pemandangan. Bila kat keadaan sebenar, Allahu.. Tak terkata.. 
Takyah je weh pergi jauh-jauh sampai oversea. Kat sini pun dah cukup kalau nak jimat.

Cantik kan?

The clear wotahh...

Nah layan lah lagi gambar-gambar yang banyak ni.














Thank you filter.





Kat sini aku belajar makan mee goreng dalam plastik. Yeah a bit pelik. Tapi, aku cuba juga makan dalam ni. 


Life is good.
Sebenarnya, bulu mata geli-geli sebab tahan rintangan angin. Hah


Malam, kami makan seafood. Adik Sara belanja. Sedaaapppp!









Sunday, November 10, 2019

Sabah Trip. Day 2- Bandar Tawau & Ladang Segaria

Sabah Day 2-Tawau City & Ladang Segaria

Rasa agak kelakar sebab Sara selalu risau kalau aku tak selesa. Takut tak selesa dengan makanan Sabah, tak selesa makan kat gerai , tak selesa serba serbi. Sebab aku budak bandar kot. Haha. Dia tak tahu meh, campak lah aku kat mana-mana, seketul Sofiya boleh survive. Asalkan tempat tu tak kotor. Sis ni jenis tak kuat komplen atau merungut. Terima je seadanya gituh. Suasana di Tawau totally berbeza dengan suasana aku dibesarkan. Tapi kita travel untuk embrace culture, bukan untuk banding-bandingkan. Bila embrace, kita akan lebih bersyukur dengan hidup ni. 


*tangga wajib bergambar everyday for OOTD* (konon..)

Maybe sebab aku dibesarkan di Subang Jaya & sekarang menetap di Kuala Lumpur, makanya aku kadang-kadang senak mata tengok hutan konkrit dan kesesakan. Kadang-kadang hati aku meronta nak tukar view. Aku siap berangan kalau aku mampu, nak beli tanah jauh sikit dari bandar & bina rumah atas tanah sendiri. (cakap je dulu, biasanya yang aku cakap kat blog aku dah berjaya buat. Haha) .Aku dah lama dah sebenarnya teringin nak ada kenalan yang dari Sabah & Sarawak yang boleh bawa aku jalan-jalan masuk kampung & pekan, mendalami budaya diorang. Aku ada beberapa kenalan orang Sabah. Semua baik-baik. Entah kenapa tapi aku rasa senang dengan orang sana. Kalau keluar ke pekan pun orang sana aku rasa macam ada budi bahasa yang baik.



Bawah rumah ni ada kolong. Sara kata tempat ni selalu naik air kalau banjir. Jadi untuk yang belum tahu, salah satu advantage rumah kayu tradisional yang dibina atas tiang tinggi ialah untuk tak ditenggelami air. Ayah Sara tunjuk paras air paling tinggi pernah naik, eh ada dalam 7 kaki tinggi jugak. Tinggi pintu. Memang la boleh lemas.


*sis excited kalau dapat berjalan (walaupun tenaga tak macam awal dua puluhan dulu. Haha)*


Kami ke bandar naik Van ala-ala bas pengangkutan awam la disini. Sekali naik RM2. Jadi bila van ni bergerak, aku boleh menghayati perkampungan ni. Kat perkampungan ni, Kampung Pasir Putih, Tawau, hampir semua rumah guna kayu & tinggi. Ada kolong di bawah rumah. Boleh letak kereta. Rumah kebanyakannya besar-besar. Tanah pun luas. Puas betul kan kalau dapat rumah besar-besar. Rumah kayu pun material mahal woi. Kayu belian lagi.


 
Mendessert is my favourite.


Orang Tawau pun belum tentu lagi dah bergambar disini, betul tak?




Ewah! Senangnya uolls eja Tawau dalam Jawi yer.


Untuk yang masih belum tahu, Tawau punya kedudukan ni dekat saja dengan laut.


Sekejap aje dapat berjalan tengah bandar sebab aku dibawa ke Segaria pula. Ladang kelapa sawit di Segaria, Semporna. Kat sini lah area Sara dilahirkan dan dibesarkan. Excited betul dia bercerita nostalgia lama. Macam aku cakap, suasana sini sangat berbeza dengan tempat aku dibesarkan. Aku lahir-lahir, duduk di rumah batu,rumah teres, rapat-rapat. Kat sini, mata senang sikit tengok sebab rumah sini jarak-jarak, tak nampak padat. Takde rumah kondo ke flat ke. Jadi pemandangan atas tanah tu nampak lapang. Tengok kejiranan sini kebanyakan orang hiaskan rumah dengan pokok-pokok. Sara kata, kat sini ada pertandingan hias rumah. Oh patutlah. Perkampungan dalam ladang ni bersih aje. Oh, by the way, ladang kelapa sawit ni dimiliki oleh Baustead. Jadi, yang boleh duduk sini adalah peladang-peladang saja. Nak masuk ladang ni pun bukan sembarangan orang boleh masuk. Aku lucky lah boleh dapat peluang masuk ladang. Selalunya kalau kat Semenanjung kan boleh tengok tepi highway aje, jalan masuk ladang pun tak tahu kat mana.



Excuse me, I'm enjoying myself here. 


Laju je sis amek gambar, sebab dah Maghrib. Kan tak elok merayau Maghrib-maghrib. Waktu solat masuk lagi awal berbanding di Semenanjung. Tengok masa kat gambar ni. Pukul 6.04pm dah gelap gini. Aku bangun Subuh pun pukul 5 pagi gais. Pastu tak tahu nak buat apa dah aku sambung la tidur. Kalau rumah sendiri bolehla buat apa yang patut.






Tahu tak, ni lah hidangan feveret aku kat sana. Tapi orang semenanjung jangan gelak eh dengan nama dia. Ni sambal sanggar peppek. Macam, pisang muda yang kena ketuk/lenyek. Pastu goreng dengan tepung apa ntah (aku tau makan je), garing weh, then cicah sambal ni. Wehh serius layan. Kalau korang sejenis yang suka kerepek pisang, korang akan suka sanggar ni.


Kampung dalam ladang ni, ada waktu-waktu tertentu sumber elektrik akan dimatikan. Kiranya, kalau malam, pukul 12-4 pagi takde elektrik. Kau tidur lah dalam keadaan panas. Elektrik akan disambung semula pukul 4am-6am pula. Aku pun cuba lah biasakan diri. Beriya aku target tidur sebelum pukul 12 malam supaya aku tidur sebelum elektrik takde. Pukul 10pm sis tidur. Sara kata confirm aku akan terjaga sebab panas. Aku cuba sedapkan diri sendiri mengatakan yang aku ni kalau tidur memang lena. Tak terjaga kot. Gue silap dong! Memang panas sampai terjaga-jaga. Every hour aku terjaga. Cuba pujuk hati membayangkan winter di London walaupun tak logik. Tapi sebabkan sis bukan jenis kuat merungut. Sis bersyukur sangat-sangat ada orang sudi tumpangkan rumah & merealisasikan impian merasa suasana kampung sebegini. *mata berair-air over, genggam tangan.*



Pagi esoknya kami mahu gerak buat day trip snorkeling di Pulau Mabul dan Kapalai. Sempat singgah sekolah rendah Sara. Sekolah Kebangsaan Ladang Segaria. Sibuk nak ambil gambar. Dah tentu la excited. Sekolah ni diperbuat dari kayu. Elevated floor pula tu. Mana nak jumpa kalau kat bandar. Sis kan seketul orang yang excited.



Oh, Sara kata, dalam ladang ni, siapa yang naik motor diwajibkan pakai topi kuning ni. Kalau tak pakai, akan kena denda oleh management. Jadi, aku memang tak nampak orang naik motor tanpa topi kuning ni. Jalan di dalam ladang juga jalan tanah merah.





Nah share gambar masa dalam kereta. Pemandangan sekitar ladang.
Walaupun Sara kata ni pemandangan yang biasa bagi dia tapi aku macam.
Wehh..!! Ini bukan biasa-biasa weh untuk orang yang sukakan nature.









 Tukar kereta di persimpangan. Sini lah Semporna. Parents Sara hantar sampai simpang mana entah. Kami berdua tunggu adik Sara sampai dari Tawau. Sambil menunggu sempat ambil gambar di kawasan ni.
Pemandangan ladang dan langit yang cerah dan biru sangatlah memberi ketenangan, tambahan pula maybe ada extra oxigen kot rasa udara segar aje. Dahla kat sini tak jem macam KL. Patutla tak stress datang sini. Haha.


Enjoying ourselves!



Next entry : Day trip snorkeling di Pulau Mabul & Kapalai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...