Thursday, October 15, 2020

Pengubahsuaian Halaman Rumah di Tanjung Karang

Hai, harini ini saya nak berkongsi tentang pengubahsuaian rumah yang terletak di Tanjung Karang, Selangor. 

Pada asalnya klien ada pekerja Indonesia yang dia mahu lantik. Tapi sebab biasalah, walaupun kerja-kerja yang nampak ringkas pun perlu juga ada dokumen hitam putih kan. Jadi lepas lawatan tapak dan beberapa kali datang ke pejabat kami, klien pun bersetuju gunakan servis kami dari Alpha S Studio.
 
Skop kerja bagi rumah ini melibatkan :
-Tinggikan pagar batu
-Pagar batu design baru
-Gantikan pagar besi lama dengan pagar baru
-Ratakan tanah dan pasang mozek
-Tukar awning lama kepada awning baru di pintu masuk rumah.
-Pemasangan 'gutter' bumbung (kerana terdapat takungan air pada tanah berpunca dari limpahan air hujan dari bumbung)
-Penambahan 'slab' dan lantai simen pada tepi rumah
 
 

Gambar sebelum & selepas dari luar rumah
 

Gambar sebelum & selepas dari dalam halaman rumah.
  
 
 
 
Gambar sebelum & selepas dari dalam halaman rumah
 

 
Gambar pagar dari hadapan rumah
 



Gambar pagar sebelum
Gambar pagar selepas siap







 w

Gambar dalam halaman rumah sebelum pengubahsuaian.

Gambar dalam halaman rumah sebelum pengubahsuaian.Dinding pagar sedia ada agak rendah sekitar 4 kaki sahaja ketinggiannya, jadi klien mahu dinding tersebut lebih tinggi, dinaikkan hingga 5 kaki tinggi.







   

P/S-Berminat nak buat pengubahsuaian rumah? Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- 

Three Zero Plus Two

Umur 30 tahun tu 2 tahun lepas. Tapi, apa yang ada dalam gambar ni ternyata benerrr..

Aku sedang mengalami sindrom ni

Simple.

Umur 20-an rajin nak pakai make up, siap mascara, foundation. Sekarang ni, hanya rutin skincare, cream muka, sun screen, bedak compact dengan lip balm aje pergi kerja hari-hari. Tudung pun sama. Dulu rajin lilit shawl. Sekarang hanya bertudung bawal. 

 

OMG. Aku harap aku normal.

Tuesday, August 11, 2020

Rumah Mampu Milik Di Atas Tanah Sendiri bawah RM120,000

 Rumah yang pernah kami siapkan ni bersaiz sekitar 850 kaki persegi


Ruang yang terlibat termasuk:
3 Bilik tidur
2 Bilik Air
Dapur
Ruang Tamu
Ruang Makan

Lantai mozek.
 













 

P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :- 

 

Saturday, June 20, 2020

Ya, Saya Dah Bernikah

7 Mac 2020,

Aku selamat bernikah sebelum PKP. Alhamdulillah. Nikah dan kenduri pada hari yang sama.

Just share 1 pic ni jelah. Boleh? Haha..Masa on the way nak pergi masjid. 
Macam, entah apa rasa ni. 




The only decent selfie I got from my own handphone. Selebihnya di camera orang lain. Sis masih digest masa tu "serius meh aku dah kahwin?"




p/s: Mode sedang membiasakan diri menjadi seorang isteri, dalam masa yang sama menguruskan syarikat. Haaa. #siscoba #doakansis

Wednesday, May 27, 2020

Rumah Comel Untuk Homestay?

Assalamualaikum.

Harini saya nak kongsi satu projek rumah mini yang terletak di Beranang. Rumah ni dibina sebagai persinggahan sementara saja untuk tuan rumah. Luas tanah kepunyaan tuan rumah agak besar. Sekitar setengah ekar, dengan kawasan tanah yang besar dijadikan kebun.

Rumah ni sangat comel saiznya. Ruang yang ada ialah ruang tamu, dapur dan tandas sahaja.





Entrance

Pandangan hadapan rumah comel.

Ruang tamu


Dapur yang disediakan table top konkrit. Di atas tingkap tu nanti boleh dipasang kabinet dinding. 




Tandas.

Rumah comel ini dibina hanya dalam masa 3 minggu. Sesuai juga jika mahu jadikan homestay.


P/S- Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :-


Friday, May 22, 2020

Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri di Klang


Assalamualaikum,

Hari ini saya nak menceritakan serba sedikit tentang rumah yang berjaya disiapkan dalam bulan Januari 2020. 

Rumah ini keluasannya sekitar 2500 kaki persegi (tidak termasuk luas porch), mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air. Serba sedikit tentang permintaan klien, klien mahukan ruang tamu yang dipisahkan dengan bilik tidur dan ruang keluarga. Bermaksud jika ada tetamu yang datang, tetamu tidak akan nampak pintu-pintu bilik tidur. Lebih personal. 




Ada klien, yang mahukan ruang yang "open concept". Ada juga yang mahukan ruang yang lebih "Islamic". Islamic disini bukanlah bermaksud kita kena buat design rumah yang nampak macam di negara Arab tu, tapi dari segi susunan ruang yang ada privacy. Ruang ini memisahkan antara ruang tamu dan juga ruang untuk keluarga. Saya cuba membawa kalian menyusuri ruang dalam ruang di dalam pelan ni ye. Dari no.2 iaitu entrance masuk, kita ada ruang tamu (no.3). Disini ialah ruang yang klien mahu letak TV untuk tetamu. Ruang 4 adalah ruang untuk keluarga. Juga klien mahu memasang TV di ruang ini khas untuk keluarga dan juga ruang makan di tepi sliding door. Secara personal saya minat ruang di luar sliding door. Ini kerana, ruang ini bersambung dengan ruang porch. Jadi, ia menjadi tempat berkumpul untuk ahli keluarga mahupun boleh dijadikan ruang untuk buat kenduri. Ruang 5 ialah Master Bedroom. Ada stor kecil di dalamnya seperti apa yang telah diminta oleh klien. Ruang 6,7,8,9 ialah bilik tidur anak-anak. Ruang 13 ialah ruang dapur dan mempunyai ruang khas (no.14) untuk ruang laundry (meletakkan mesin basuh dan rak dinding untuk letak barangan cucian seperti sabun mencuci pakaian, mop,penyapu. 



Seterusnya saya ingin berkongsi gambar hasil rumah yang telah pun siap ini.

























Selepas siap, tuan rumah telah menjemput saya dan team ke majlis kesyukuran dan aqiqah cucunya.

 
Perasaan bila rumah yang dibina siap tu sangatlah rasa gembira. Bagi saya, ada rasa kepuasan bila ruang yang kita hasilkan tu dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Kalau ikut pengalaman saya la, bila buat kerja-kerja pembinaan ni, kalau dapat tuan rumah yang baik, senang berurusan, bertimbang rasa, selalunya projek tu Alhamdulillah berjalan lancar. Jadi tuan rumah yang berhubungan dengan kami ni memang one of the best clients yang kami pernah dapat dan masih mengekalkan hubungan baik hingga ke hari ini.


 Kenangan masa visit site. The same area. Living hall.


Berminat nak buat rumah di atas tanah sendiri ? Mahu servis buat pelan ikut kemahuan sendiri? Boleh hubungi kami di  :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...