Wednesday, November 18, 2020

Rumah Banglo 6 bilik Atas Tanah Sendiri di Semenyih


Hai. Hari ini saya akan berkongsi tentang projek rumah banglo yang telah siap di Semenyih. Rumah sebuah ini didirikan di atas tanah sendiri. Tanah jenis tanah lot individu. Alhamdulillah rumah ini berjaya disiapkan walaupun ada tempoh yang terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana PKP tempoh hari.

 

Untuk pengetahuan, rumah ini mempunyai 6 bilik tidur dan setiap bilik mempunyai satu bilik air. Keluasan rumah ini ialah sekitar 2700 kaki persegi. Klien rumah ini mahukan ruang tidur yang tidak mudah di akses oleh tetamu. Mereka mahukan ruang yang terpisah antara tetamu dan  penghuni. Ruang no.(1) iaitu di entrance, belah kanan sebelum pintu masuk ialah ruang meletakkan rak kasut, samada jenis loose furniture mahupun boleh juga kalau mahu built in.  Ruang (2) ialah ruang tamu untuk tetamu yang datang. Ruang ini turut dilengkapi dengan ruang surau (3) dan tandas (4). Dan tentunya qiblat tidak menghadap tandas ya. Ruang (5) ialah ruang stor. (7) ialah ruang dapur basah dan (8) ialah ruang dapur dimana tuan rumah bercadang untuk mempunyai table island di tengah-tengah dapur. 

Apa yang saya suka tentang ruang rumah ni ialah ruang (14) iaitu ruang keluarga. Waktu berbincang dengan owner, ada beberapa benda yang kena fikir dengan mendalam tentang apa yang tuan rumah dan keluarga mahukan dan perlukan. Kekangan disini ialah pada asalnya pelan ni terasa macam hostel bila disusun 6 bilik sederet, yang memisahkan hanya koridor. Jadi lepas fikir lama, lebih elok la ada pemisah tapi yang menghubungkan ahli keluarga yakni ruang keluarga ni. Lebih pada ruang untuk tengok TV. Ruang (9 ) ialah ruang makan. Ruang (10) ialah bilik tidur utama, (11) ialah walk in closet. Ruang (13) ialah ruang kerja untuk si bapa termasuk ruang meletakkan skrin CCTV. Rumah ni dibawah pengawasan CCTV ya.

 

 

Klien mahukan 'Islamic concept'. Pada asalnya, kami tidak menggalakkan buat 'arch' kerana rekabentuk ada arch ni lebih sesuai dengan flat roof, seperti di kebanyakan negara Arab. Tetapi, rumah di Malaysia pula kurang sesuai jika mahu buat flat roof. Sudah tentu panas. Runding punya runding, macam inilah hasilnya.


 


 

 

 

 










Kalau nak cerita la proses buat rumah ni, sentimental sangat ooo. Sebab, projek ni terpaksa diberhentikan sekejap semasa PKP. Rumah kongsi pekerja juga ada disini. Jadi mereka ada untuk sekurang-kurangnya jaga rumah ni. Lepas siap, bergenang air mata masa hari terakhir pekerja ada di site. Entahlah, musim covid ni, untuk business person, adalah waktu yang sukar. Tapi kalau kita boleh lalui waktu-waktu sukar macam ni, inshaAllah kita boleh lalui macam-macam lagi jenis waktu yang sukar, kan? Alhamdulillah sangat-sangat, projek dapat diteruskan sampai siap. 

 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengubahsuaian rumah atau rumah di atas tanah sendiri, boleh hubungi :

www.wasap.my/601111892504



No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...