Paan Zailani,seorang sahabat baik aku yang genius.Daripada seorang pelajar enineering yang bakal ke Jepun,beliau tolak lalu tukar course ke Architecture.Di situ kami mengenali santara satu sama lain. Architecture bukan di hati beliau lalu beliau tukar lagi course kepada CAT Profesional (Accountancy). Dari situ Paan mula membina nama kerana berjaya menduduki tempat pertama dalam Malaysia dalam Ujian CAT,dan tempat keempat dalam ranking dunia.Sunguh,beliau sangat bijak. Walaupun dia sudah tukar course,hubungan kami masih baik hingga di saat dia pergi.
Walaupun dia sudah tiada, ingin saja aku katakan..
Paan,
aku takkan lupa saat kita kenal antara satu sama lain. Aku takut nak tegur budak terlebih pandai macam kau. Tapi entah kenapa kita boleh ngam.Banyak dah memori kita bersama. Kau memang sengal. Suka buat muka. Aku selalu cakap kau Patrick. Sebab hakikatnya kau memang sangat macam Patrick dalam cerita Spongebob.
Aku takkan lupa..
Ingat tak,Waktu pergi Melaka dan kita ramai-ramai tengok wayang cerita seram Phobia, kita menjerit sampai sakit tekak walaupun hakikatnya kau dah pernah tengok cerita tu sebelum tengok dengan kami.
Ingat tak, masa Archifest kita main games cari kawan yang kena kidnap.Kita lari-lari satu fakulti mencari Shark yang kena kidnap.Kita penat termengah-mengah tapi rasa happy sangat sebab rasa seronok walaupun di setiap check point kita kena kotorkan muka dengan paint.
Ingat tak, masa Archifest juga kita masuk rumah hantu bertiga dengan Lai. Kita menjerit seolah-olah ada hantu betul padahal orang semata-mata. Kita menjerit dan terlari-lari sampai semua props jatuh dan semua hantu marah dengan kita sampai diorang terpaksa buka lampu dan betulkan props yang tunggang langgang tu. Bila keluar kita gelak sama-sama. Dan orang yang beratur dekat luar ingat rumah hantu tu betul-betul menakutkan sebab dengar kita terjerit-jerit kat dalam dan bunyi macam nak roboh dah pintu tu kita usaha bukak.Padahal selak tu di atas macam pintu biasa.
Ingat tak, kau takut nak bawak kereta manual.Masa kau datang bawa kuih kat rumah sewa aku,kau takut nak pusing balik kereta ayah kau.Sudahnya aku yang kena pusing sebab aku memang bawa kereta manual. Aku memang tergelak besar dengan kau waktu tu. Tapi aku appreciate kuih yang kau bawa. Sebab kau memang sangat pandai buat kuih talam macam mak kau. Sampaikan aku tak percaya kau yang buat.Sedap sangat.
Ingat tak, kita bash Nizam masa birthday dia.Kita bash pakai belon air aje.Kita bash Shan jugak,tapi dengan telur. Kau memang semangat bila ada birthday sesiapa yang kau rapat.
*sewaktu birthday bash Shan.Lepas kena pecah telur kat kepala kita mandikan dia*
Terlalu banyak perkara yang aku takkan lupa. Walaupun kau sendiri banyak problem,kau jarang nak bagitahu orang tapi orang yang selalu cari kau bila ada masalah. Kau kata ada orang tak puas hati dengan kau sebab markah kau tinggi masa masuk CAT ni. Padahal aku tahu kau sekadar selak-selak notes pun dah boleh jawab exam dengan cemerlang. Kami semua tahu kau memang bijak sampaikan bila kami nak exam,kau yang baca notes kami dan explain semula walaupun kau dah lama tinggalkan Arhitecture.Kau selalu jadi organizer, orang yang berusaha keras nak kumpulkan kawan-kawan kita. Bila aku gaduh dengan Nizam aku minta pandangan kau. Kau tak pernah jadi batu api.Sentiasa minta aku cuba setelkan elok-elok.Kau yang sangat berusaha suatu masa dulu yang buatkan aku dan Nizam rapat kembali. Orang yang tak berapa kenal kau,mungkin tak tahu keistimewaan kau. Tapi bagi yang betul-betul mengenali diri kau.Kau adalah seorang yang sangat unik dan lembut hati. Kau cakap kau anggap aku macam adik. T_T
*sewaktu melahap puas-puas di Seoul Garden*
Tengah pagi tu waktu aku tidur,aku asyik terjaga. Aku pelik sebab aku jenis yang tidur mati.Selama aku masuk belajar UiTM ni,selagi takde orang kejut aku jangan harap aku nak bangun sendiri tengah-tengah pagi.Aku demam tapi kalau aku demam lagilah aku tidur dengan lena. Malam tu aku menggigil,sejuk sangat-sangat. Banyak kali aku terjaga dan feeling aku sangat pelik waktu itu.Rasa macam serba tak kena,gelisah.Aku pun tak tahu kenapa. Siang tu, lepas Asar aku godek-godek pc.Tengok gambar masa Paan di hospital.Aku tengok Paan ceria.Tapi dalam hati aku terdetik,mungkinkah itu pertemuan kita yang terakhir? Nauzubillah, teruk betul apa yang aku pikir.Aku terus tutup gambar. Tak lama lepas tu Shan call aku. Aku rasa tak sedap hati dah. "it's about Paan..he just passed away.." suara Shan dalam kesedihan betul-betul buatkan aku terkedu.Aku rasa macam tak percaya. Baru dua hari sebelum dia pergi aku sempat melawat dia.
Aku capai hp dan SMS Mama dan Walid yang keluar. Cakap Paan dah takde. Malam tu kami ke rumah tok Paan di Melaka. Aku berjumpa umi dan Balqees adik Paan. Aku peluk umi yang menyambut di muka pintu. Waktu tu air mata yang masih belum berlinang jatuh selaju-lajunya.Mungkin kerana aku juga perempuan.Maka aku memahami hati ibunya yang hanya mempunyai dua orang anak.Dan sekarang tinggal seorang. Aku masuk ke rumah,sekujur tubuh terbaring dihadapanku. Aku betul-betul tak dapat tahan kesedihan ini.Sungguh,perkara ini memang benar-benar terjadi.Aku peluk Balqees,aku menangis semahunya. Sedih untuk dia juga kerana kehilangan satu-satunya saudara yang dia ada. Dan malam itu aku bacakan Yasin sambil berlinang air mata,betul-betul sebelah jenazah.
Umi kata Paan sangat gembira waktu kami datang.Dia tak pernah sehappy tu bila ada yang datang melawat.Nak bercakap pun tak mahu. Tapi bila kami datang dia nampak sangat ceria. Macam orang sihat.Siap boleh berborak. Waktu tu Umi dah rasa, Paan nampak lain macam.Mungkin dia dah tak lama.
Sebelum pulang ketika Balqees membuka kain yang menutup wajah arwah, Balqees sempat kata pada aku "Abang suka kakak.Dia memang suka kakak.Abang suka kawan dengan kakak.Abang happy kakak dengan Nizam bersama." Aku speechless. Terdiam. Sedih. Terlalu sedih.
*tak sangka Genting ialah destinasi terakhir kita bersuka ria bersama-sama*
Untuk pengetahuan, arwah mengalami infection virus di jantung beliau. Kebetulan waktu dia sakit ni dan berjumpa dokter,barulah beliau tahu bahawa dia dilahirkan dengan dua injap (heart valve) sahaja walhal seorang manusia biasa dilahirkan dengan empat injap. Namun dia survive sebab dia bukan seorang athlete. Virus di antara dua injap beliau membesar hingga 1.4 cm dan membawa kepada kegagalan fungsi buah pinggang. Keluarga beliau telah mengikuti kedua-dua kaedah perubatan.Moden dan traditional. Mengikut ustaz di Darul Syifa', Paan terkena santau.(Nauzubillah..) Tapi bukan orang yang hantar.Mungkin terdapat dalam makanan di gerai-gerai atau benda lain. Aku tidak pasti kebenarannya tetapi doktor yang sudah berkhidmat selama 50 tahun dalam bidangnya sendiri mengatakan platlet darah Paan adalah sangat rare,hanya dua kes begitu selama dia menjadi doktor.Dan virus itu tidak dapat dinamakan kerana tidak tahu dari mana puncanya. Hingga macam tu sekali.
Nota Hari Ini:
Aku bersyukur sangat sekurang-kurangnya Paan pergi di hari Jumaat,hari yang baik dimana mengikut hadith Rasulullah, orang yang mati di siang hari Jumaat atau malam Jumaat,akan terlepas dari fitnah kubur (terlepas siksa kubur) dan mayatnya tidak busuk dan reput sehinggalah dibangkitkan di hari Kiamat. Aku sedar hari yang sama juga yakni 17 September,blogger Toh Tuan Tanah dan M.Rajoli meninggal. Aku percaya mereka meninggal di hari yang baik kerana kesengsaraan yang telah lama mereka alami sewaktu hidup. Tak lupa juga arwah ibu kawan aku yang meninggal di bulan mulia,Ramadhan baru-baru ini kerana kanser buah dada yang dihidapi bertahun-tahun lamanya. dan arwah Pakcik aku yang meninggal pada umur 30-an 3 tahun lepas masa bulan Ramadhan juga kerana penyakit jantung yang dihidapi sejak kecil.Jadi selepas kematian Paan ni aku selalu memohon supaya aku dimatikan pada hari yang baik juga.huhu.. 17 September juga merupakan hari lahir abang ketiga aku,bermakna setiap kali birthday abang aku,aku akan teringat pemergian arwah.
Kepada sesiapa yang baca entri ni,berhati-hati lah dengan apa yang anda makan. Lebih-lebih lagi makanan luar.
Aku sedikit kecewa .Walaupun Paan bukan jenis yang bercerita, aku percaya dia sudah lama tahu dia ada penyakit,dari aku sem 5 dia dah tahu.Aku sangat tahu yang dia tahu. =( Walaupun Paan hutang nak belanja aku dua kali Secret Recipe tapi selalu tak jadi, tapi takpe,aku halalkan. Aku halalkan semuanya. Aku harap dia pun halalkan semua makan minum aku.
Kepada anda yang membaca entri ni secara sengaja atau kebetulan, aku nak nasihatkan,hargailah sahabat anda. Kita takkan tahu bila dia akan pergi atau bila kita yang akan pergi.Memang family adalah priority,tapi sahabat adalah mereka yang memahami kita sewaktu susah atau senang,yang melihat kita dari sudut dan perspektif yang berbeza daripada ahli keluarga kita sendiri. Jika ada perselisihan,leraikanlah segala kekusutan,buanglah segala egois. Kerana kebencian itu bukan sesuatu yang indah untuk dijadikan memori. Do take my words okey friends. Sekian, terima kasih sebab sudi baca luahan hati ini.Dan kalau boleh sedekahkanlah al-Fatihah untuk arwah.
p/s: selama ni cerita macam ni macam dalam novel & drama.Tak sangka betul-betul terjadi dalam hidup aku. Terima kasih pada yang memberi kata-kata semangat pada aku di entri yang lepas.
p/s/s: kalau rasa nak share kisah ni silakan. Mohon maaf juga jika merasakan kurang senang dengan entri dan gambar arwah. Aku hanya ingin meluahkan. Ajal dia memang telah ditetapkan.Ambillah perkara yang baik dari kisah ini.Yang buruk tu jauh-jauhkan lah yer..
sedeynyeee...
ReplyDeletesemoga arwah ditempatkan di kalangan org beriman..amin..
sedey..:(
ReplyDeletetabah ye sophie,.
semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yg beriman..alfatihah..
... tak terkata membacanya
ReplyDeleteInnalillah...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..Amin..
ReplyDeletesedeih baca, bet0l tu, hargailah sahabat2 yang ada T_T
sayang, come. give me a hug ;(
ReplyDeleteeeee bencinya, bila nak stop ngs ni
Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman~ Takziah.
ReplyDeleteInnalillah hi wainna ilaihiraajiun. semoga ruh allahyarham di tempatkan bersama sama dengan orang yang soleh.
ReplyDeleteAllah lebih sayangkan allahyarham. tiap2 yang hidup pasti akan pergi bertemu-Nya, cuma cepat atau lambat sahaja.
namun penyakit nya itu, dari perspektif moden memang boleh disifatkan luar biasa kerana doktor sendiri tidak tahu apa nama virus itu.
tetapi pada pandangan Darul Syifa' yang allahyarham terkena santau juga tidak dapat di tolak kerana perkara sebegitu memang wujud dan pengamalnya memang ada.
moga-moga kita dijauhkan daripada kejahatan dunia yang berpunca daripada jin dan manusia, InsyaAllah.
jgn bersedih lagi, kuat kn diri. yg pergi tetap pergi, tp kita yg masih hidup tetap kena menempuh hari2 depan yang sedang menanti.
sedihnye bace entry nie..
ReplyDeletemoga roh nya ditempatkn bsama org2 beriman..amin..
Semuga roh nya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Al-Fatihah.
ReplyDeleteal-fatihah..
ReplyDeleten amiera ade ckp mlm yg kite kat umah nadia..xtau plak itu besfren ko..
Allah lebih sygkn dia kan..
so harap ko tabah n troskan hidop sambil tak lupe doa..
Memang byk kenangan u dengan arwah. Semuga roh nya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Al-Fatihah.
ReplyDeletedh takdir x dpat jumpa. 3 kali merancang pn sentiasa ada halangan. tak sangka akhirnya dpt jumpa, itu la kali yang terakhir..
ReplyDeletepaan mmg sahabat yg baik. Dalam kumpulan, arwah pegikat hubungan persahabatan kami. bila jauh, didekatkan. bila renggang, dirapatkan. hubungan persahabatan kami akan mekar kembali bila arwah di sisi..ingat lagi, aku, joe, n shan mula renggang dan buat hal sendiri bila arwah pulang bercuti selepas keluar architecture. Dan bila arwah kembali untuk ACCA, kami menjadi rapat semula. kekosongan ditinggalkan arwah mmg x dapat diganti.
selamat tinggal selama-lamanya.
jauh di mata, dekat di hati.
al-fatihah utknya..
ReplyDeleteSesungguhnya hidup ini hanya detik-detik ..
Sophie, sabar banyak yea..
ReplyDeleteKita sama-sama doakan yang terbaik untuk arwah..
seriously sophie, aku bergenang masa baca entri ni...
ReplyDeleteal-fatihah untuk arwah..
juga utk TTT dan Uncle M.Rajoli.
bile hal sebegini berlaku, kita sbg manusia terasa sangt kerdil..
semoga sophie, rakan-rakan dan keluarga arwah tabah..
mari kita doakan rohnya dirahmati Tuhan Yang Maha Besar..
Amin...
Speechless...
ReplyDeleteSemoga roh arwah dicucuri rahmat...
And you Sophie, bersabar lah dengan dugaan Tuhan...
Setiap yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya...
Whatever happen, life must go on...
Take care ya...
hye..sekadar ingin b'kongsi..
ReplyDeletearwah mmg seorg kwn yg baik ati, concern pd rakan2, penyayang..n sophie, he told me loads about u! mmg die ske sophie..i know u pn frm him..ktorg da kwn snce kecik, about age 10 lg.we lost cntct agk lme n diela kwn yg i slalu nk cr..around last yr bru ktorg jmpe..ya Allah....rse skjp sgt dpt jmpe..we bumped each otha dlm bus, borak2 smpi ke mlk, non-stop! mssed him sgt..he remembered all our chilhood memories! b4 mninggal, ade die ckp nk jmpe..tp knp slalu je ade halangan! till now, e2 mende yg i plg menyesal dlm idup-xjmpe die!
semoga arwah dicucuri rahmat..
khadijah rashid?
DeleteAl-fatihah utk arwah...tabahkan hati ya Sophie..jangan bersedih dan banyak2 berdoa utk arwah...
ReplyDeleteal fatihah buat arwah...
ReplyDeleteBTW nice blog laa,,,
dan tahniah sbb tersenarai TOP 20 CONTEST BAJU RAYA Itik Kejam
terima kasih kepada yang sedekahkan al-fatihah tu.
ReplyDeleteterima kasih kepada yang bagi semangat pada Sophie.
terima kasih kepada semua yang membaca tak kira di mana sahaja anda berada.
terima kasih yang tak terhingga..
ohya,to Anonymous. I wonder who are you.but anyway thank you so much. Really appreciate you dropped by.
ReplyDeletetq for the info about him...baru tau smalam tp taktau knape n sejak ble die sakit...arwah bertuah coz he had a good frenz like u...al-fatihah..
ReplyDeletetrime kaseh utk entry ni...
ReplyDeletedulu time arwah skolah menengah, saye bkwn ngn die, tp x lame sbb die dh kuar dr asrama, waktu 2 die skolah VI saye La Salle, tp duduk kt asrama yg same, kiteorg dulu penah jd kwn rapat smpailah form 3 lps die dh kuar 2 jrg sgt jumpe n contact die...sampailah jumpe die time abes skolah n die jemput g umah die kt melaka, time 2 die baru je pindah melaka n balqees waktu 2 skolah kt mrsm jasin lg...
saye pun tau gak die akan blaja kt jepun 2, tp ade jumpe die time nk register blaja kt uitm... waktu 2 die daftar utk program kt fspu... time last saye jumpe die kt koperasi menara SAAS, rasenye time 2 die dh tukar amek accounting... sempat bertegur sapa mcm 2, x penah lg jumpe n duduk borak lame2... ade skali time part 2 degree penah lepak mkn nasi lemak kt pkns... itu jela last yg kiteorg lepak same2... tp time kt asrama dulu slalu wt kije same2, g blaja same, n bilik pun same... die mmg dr dulu genius... UPSR 5A, PMR 8A n SPM 9A1B...
semoga arwah selalu berada di samping org yg beriman n aman bersemadi di sana...
*membayangkan betapa saye byk kehilangan org yg saya sayangi n rapat* perlu REDHA n kuat utk sume ni... Amin...
smoga arwah ditempatkan di kalangan org beriman, amin...
ReplyDeletesgt2 sedey bc entry..
ReplyDeleteera phm ape yg awk rs..
sbb bile kite ade kwn yg rpt, bile die hilang, kite msti akan rs kesunyian yg teramat sgt,,,
alfatihah...:(
Serious ini sangat menyayat hati.
ReplyDeletemintak izin, share post ini kat blog saya k :)
salam perkenalan,
ReplyDeletesaya adalah rakan lama paan. mengenali arwah semasa tingkatan satu dimana kami adalah rakan satu asrama yayasan selangor. putus hubungan ketika tingkatan tiga (2002) dan kembali berjumpa tahun ini (2010). kini terputus selamanya.
arwah merupakan seorang yang sangat baik. bijak, itu memang tidak dinafikan. ketika kali terakhir bertemu arwah, arwah tidak menunjukkan bahawa dia ada sebarang sakit. sangat ceria.
kini, arwah telah kembali ke pangkuan ilahi. semoga roh arwah sentiasa dirahmati dan dicucuri rahmat ilahi.
p/s: nukilan sophie sangat menyentuh jiwa dan perasaan saya. paan, selamatlah engkau disana. amin
salam perkenalan,
ReplyDeletesaya adalah rakan lama paan. mengenali arwah semasa tingkatan satu dimana kami adalah rakan satu asrama yayasan selangor. putus hubungan ketika tingkatan tiga (2002) dan kembali berjumpa tahun ini (2010). kini terputus selamanya.
arwah merupakan seorang yang sangat baik. bijak, itu memang tidak dinafikan. ketika kali terakhir bertemu arwah, arwah tidak menunjukkan bahawa dia ada sebarang sakit. sangat ceria.
kini, arwah telah kembali ke pangkuan ilahi. semoga roh arwah sentiasa dirahmati dan dicucuri rahmat ilahi.
p/s: nukilan sophie sangat menyentuh jiwa dan perasaan saya. paan, selamatlah engkau disana. amin
Al-Fatihan ku sedekahkan kepada beliau..moga rohnya aman disana..ameen..walaupun tidak mengenali, tetapi tetap dari sepasang insan.Adam dan Hawa..
ReplyDeletesophie...:(
ReplyDeletei've juz read dis..
i didnt know him as a person..
just taw arwah kwn sophie n nizam..n my FB friend..
melalui nizam bie taw arwah sorng yg baik sgt2..
i didnt know why, i cried when i saw his FB page, n read dis entry..
kalaulah ade pluang jumpe die ms convo ain hari tu..erm..kalau lah..huu
al-Fatihah...;(
hurmm,,,i'm crying read dis entry,,,,sem0ge r0hnye dicucuri rahmat,,,,(:
ReplyDeletesy bru je follow blog akak...entry ni sedeyh btol...hmpr brlng air mata sy pdhl sy ni ktgori pyh nak nangis...May Allah bless his soul...n btol ckp akak...kte mmg kne hrgai kwn yg kte ade...
ReplyDeletesy bru je follow blog akak...entry ni sedeyh btol...hmpr brlng air mata sy pdhl sy ni ktgori pyh nak nangis...May Allah bless his soul...n btol ckp akak...kte mmg kne hrgai kwn yg kte ade...
ReplyDeleteoh myy, reli made me sad.
ReplyDeleteMoga Paan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
salam,
ReplyDeleteksah anda srupe ngn sy waktu sy belajar di teknik k.selangor.
skrg sy di politeknik..
sy ada kwn rpat.namun,trdapat slah fham antara kami watkan sy merajuk dengannye.
sy xsngka blan puasa 2008 adalah hari terakhir sy berjumpenye.
dalam blan minggu pertama raya,sy dapat pemergiaan dye akibat kemalangan.
menyesal xsudah sbb xdapat bebaik dngnye.
saya sentiasa doakan kesejahteraan dye disne.
sy harap kte dapat menghargai kawan2 yg kte ade skrg..
wassalam..
sedih sngat.. arini genap 3 bln arwah tinggalkan kt smua... akak ni cousin farhan.. stiap kali cuti sekolah rumah ktorg arr yg dia dtg.. klau time kcik2 dulu.. sbulan cuti.. sbulan arr dia dok umah ktorg.. missssssss him so much.. insyaAllah 25hb dec ni ktorg akan turun ke Melaka utk kenduri arwah ..
ReplyDeleteInalilahwainalillahhirojioun...
ReplyDeleteAl-Fatihah..
....
....
....
Amin....
Serius aku sbagai insan yang bergelar JANTAN..
Amat2 sedih mbaca entri Awk.. Mungkin agak terlambat utk sya tahu.. Tp sya tsentuh dgn cerita awk.. Sedih... Air mata ni turut menetes.. X tahu kenapa tp bulu tengkuk smua naik..
Sedih... Sya jg pnya pngalaman yg hmpir serupa sprti awk.. Cuma bezanya dia Ayah kepada kawan baik sya.
Dengan doa ikhlas,
"Semoga roh arwah dicucuri rahmat.. Semoga dipermudahkn segala2nya bt arwah.. Semoga ditmptkn dia di kalangan org yg beriman.."
Amin..
Awk x nak org yg baca sdih tp ini mmg sedih..
I like this so much..
Barakah-Allah..
sis..takziah walaupown lewat,, sad :(
ReplyDeletetabah auw...
hidup dan mati semua ketentuan Nya..
al-fatihah ;)
sedihnya kawan rapat pergi , sumpah sedih :(
ReplyDeletesemoga die ditempatkan kalangan orang2 beriman...sesungguhNya Allah telah menempatkan mereka yang beriman pada tempat yang paling terbaik...salam perkenalan...dr new blogger....http://zubir5588.blogspot.com
ReplyDeleteAllah lebih menyayangi dia..semoga tabah dan sabar hadapi dugaan..yang hidup pasti akan pergi..al fatihah buat arwah..
ReplyDeletebru je terbaca entry nie
ReplyDeletesedih sgt
terbyg mcm mne kalo salah seorg kwn pergi, susah na bygkan
tiap kalo baca entry nie,sy akn nangis..tkowt pown ade..hargai la org di sekeliling kite..=(
ReplyDeleteal-fatihah.
ReplyDeletethis entry buat saya rasa lebih appreciate my beloved ones. thank you.:)
this entry made me, follow ur blog.
ReplyDeletesedih sangat
im crying... automatically,..
ReplyDeletealways al-fatihah
al fatihah..
ReplyDeletesemoga roh arwah di tmpt kn di kalangan org2 yg beriman..amiin.
thanks for sharing this sophie..
sy nk share jgk skit mngenai arwah ayh kwn sy..arwah mninggal thn lpas. case lbh kurg mcm arwah paan. bdasarkan perubatan tradisional, dorg ckp arwah ayh kwn sy tsilap mkn msa die pegi sarawak.
arwah telah mkn udang yg mengandungi benda halus. kebenarannya hanya Allah yg tahu.
pape pn mmg kena berhati2 mse mkn kt luar..