Thursday, September 16, 2010

One Day Out To Malacca!

 Masa:15 September 2010
Yang Giler Kentang : Sophie Al-Yahya, Joe & Yvonne, Lai,Shan.

Salam semua!! Hye! First of all, aku nak bagitahu yang aku bukannya berjalan-jalan makan angin di Melaka okey.Tujuan utama kami ke Melaka ialah untuk melawat rakan baik kami yang terlantar di Hospital Pantai kat Melaka (tak sure pula area mana.huhu..) Hurm,agak serius lah sakit dia ni.tak mahu cerita panjang.Apa-apa hal pun sangat-sangat berharap dia cepat sembuh sebab dia adalah seorang yang ceria.Jadi bila dia sakit ada rasa kekurangan sedikit.Dahla waktu-waktu raya pula kan..

Anti Racism: Sabahan, Malay, Chinese =)

Pagi itu berkumpul di rumah Joe kat Subang Jaya jugak. Breakfast bersama ibu dan adik-adiknya dan gerak ke Melaka terus. Sampai di Hospital Pantai dalam tengahari tak ingat pukul berapa tapi dalam sejam aje.Punyalah laju si Joe ni bawak kereta.


Ni lah Paan.Kalau ada sesiapa pernah baca entri aku masa pergi Genting mesti cam muka si Paan ni. Huhu..makin cengkung aje dia. Tengoklah kawan baik di belakang.Tolong urut belakang. Hihi,kami selalu buat macam ni.Tapi laki dengan laki lah,perempuan dengan perempuan laah.. (-_-') Ada sesiapa pikir bukan-bukan ke? sila sucikan otak anda.



Menunggu untuk penukaran hospital.

 
Kasih sayang  seorang adik kepada abangnya.Mereka dua beradik aje. Padahal si adik tu demam dah 3 hari dah. Tapi masih menjaga abangnya.So sweet, kan? Urut-urut kepala.hehe..

Masa nak keluar dari hospital kami lalu lah tempat parking khas untuk staf yakni para dokter kat situ. Heeeee!! Geram bin Jeles betul laaa! Kaya betul mereka nih. 


Kereta paling koman pun Honda atau Toyota Camry la.Yang lain tu tak BMW, Mercedes. Yelah,hospital swasta kan. Sekali rawat dah boleh dapat berapa dah kan duet.

Lepas tu kami follow Ambulans dari belakang. Sebenarnya aku nak ikut naik Ambulans sebab best wooo..Aku pernah naik tapi bukan sebab aku yang sakit la. Laju dia memang superb! Kalau pasang siren tu jalan merah pun dia lalu.Takda siapa berani kacau.Tu yang best,sebab lepastu aku babai-babai kat kereta belakang.Lalala..

Jadi kami pun follow laaa..Perghh! bukan main laju lagi.Siap mencelah sana mencelah sini.. Nasib baik takda orang dalam van Ambulans tu nak babai-babai kat aku balik.Kalau tak,memang karma lah kot.hihi..


Pendaftaran untuk Paan masuk ke hospital baru agak lama proses dia.Jadi kami yang melawat ni pun pergilah ke Bandaraya Melaka sekejap.Tujuan utama: nak makan cendol!!!! yesssaaa~ memang aku suka cendol lebih-lebih lagi cendol pulut! Nyum-nyum.. Kami makan kejap sebab dah pukul 5 tapi belum lunch.Lepas lunch barulah makan cendol.Ala-ala dessert gitu.

 
Nampak macam cantik.Tapi bila dekat baunyaa...Haruuuummm~


Lai dan Shan makan cendol tak hingat dunia dua-dua nih  walaupun hakikatnya pantang angkat camera mesti nak posing.(padahal aku yang paksa jangan pandang camera! chehhh!!)

Ouh cendolku.Kenapalah harini pulut tiada? Aku terpaksa makan cendol biasa bukan cendol pulut. Cendol,kau buatkan aku high tanpa perlu ambil dadah~

 Perempuan yang high sebab makan cendol. Ok siapa nak belanja aku cendol dialau-alukan.Jangan malu-malu sebab aku memang tak tahu malu.Heheheh..Macam dah buat pantun dua kerat aje..

Bersama penyanyi popular.Chewahh. Tak kenal tapi abang (ke pakcik eh?) ni sporting lah! Photographer yang suka tangkap gambar potrait tuh bolehlah serbu pakcik ni okeh.Ada nilai sentimental tinggi terhadap pakcik nih punya jiwa. Sambil main gitar sambil tiup harmonika (betul ke eh harmonika?aku tak berapa ingatlah nama dia apa)

Lepas makan cendol kami ke hospital semula untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Paan. Walaupun dia nampaknya sukar melepaskan kami pergi *perasan* tapi nak buat macam mana..Kena halau pulak sebab dah habis waktu melawat.Siap ada pengawal lagi.Menyampah.Macam penjara lah pulak.Asbestoss betol ! (ayat Majalah Ujang yang tiada kena mengena dengan perasaan sebab asbestos ialah sejenis material bumbung yang dah diharamkan kerana mempunyai bahan radioaktif.harap maklum kenapakah aku suka buat iklan tiba-tiba ni benci dohh membebel)

p/s: Khairil Nizam,sila jangan jeles.Nanti kita melawat lagi Paan sama-sama okeh?InsyaAllah..

Nota Kecil Hari Ini:
 
Baru raya kelima tapi pipi dah naik balik. Arghhh!! Asbestos! Asbestos! Nampaknya kena lebih rajin ke gym. Ouh mungkin juga nak puasa enam.Atau puasa tiga puloh? giler. Ok bye! aku dah lambat untuk tidur.
(masa aku type ni dah nak dekat pukul 4am)

7 comments:

  1. i love malacca :D
    hope kawan sophie sembuh cepat..
    senangnye pipi naik! dani susah gila nak naikkan kilo pipi tau..masalah apa ntah kat dani ni..kurus tak sihat

    ReplyDelete
  2. mane adil.dak nie asyik jalan jer.jeles tol fahmie lah.aiseh..majok la mcm nie..

    ReplyDelete
  3. waa. sophie dah mkn cendol tu. iena yg duk melaka x mkn lg. eii. nak kena rsa ni.

    ReplyDelete
  4. dani: a ah.harap2 pun mcm tu.hoh,kurus x sihat pun bahaya tu.

    fahmi: alalala..jnla majok fahmi,meh dtg sini meh.

    hamzah ian: boleh. =)

    ieyna: ya Allah,kalau sophie duk melaka hari2 gi makan cendol kat situ.haha..

    ReplyDelete
  5. salam...moga kawan sophie cepat sembuh ya..amin...

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...