Thursday, September 9, 2010

AKU MALUU!!!!!



Hye!! Aku ternampak entri ni di blog Kata Kila. Aku join untuk menyokong contest Kila memandangkan aku memang dah follow dia sebelum nampak contest ni lagi.Tambahan pula aku ni pulak memang suka buat perkara-perkara yang memalukan diri sendiri.Jadi apa salahnya join kan.. (Cakap jelah kau nak menang RM50 Sophie..hahahaha..) Ok diam dan baca dengan tekun.

Chop!!  Kila tak kata pulak kena buat satu cerita aja makanya aku kumpul aje pengalaman-pengalaman aku dan muatkan dalam 1 entri. Banyak lagi sebenarnya cerita memalukan tapi takpelah,mana boleh jatuhkan saham lebih-lebih.


 Pengalaman pertama
Ni pengalaman sewatu sekolah menengah dulu, waktu sukan sekolah.Sukan sekolah aku biasanya diadakan di Majlis Perbandaran.Jadi selalunya VIP adalah orang-orang besar lah macam Yang di-pertua,Datuk-datuk,Tan Sri. Waktu tu aku tak join sukan.Aku jadi pengiring VIP. Waktu orang perbarisan tu biasa lah kan bila lalu depan VIP mereka akan angkat tangan tabik hormat ala-ala askar tuh. Waktu yang sama jugalah aku kena hidang air untuk VIP. Entah kenapa aku gemuruh sangat masa hidang air tuh air botol mineral tu tumbang dan air yang aku nak tuang pun tertumpah siap gelas pun terbaring.Yerr,depan VIP dan VVIP tulaa..nasib baik air  tu tak terkena baju mereka. (Arghhhhhhhhh) dalam hati. Mana aku nak sorokkan muka ni. Aku terpandang budak-budak perbarisan.Ternyata mereka nampak apa yang berlaku dan tersengih-sengih tak dapat tahan gelak.Benci ohhh korang. Cuba bayangkan mereka tabik hormat kat VIP sambil sengih-sengih macam kerang busuk. (annyoying kan?huh!) Aku diam je dengan harapan dapat sorokkan muka dalam kain sesiapa sebab AKU MALUUU!!!

Pengalaman kedua.
Seperti biasa di bulan Ramadhan aku dan kawan-kawan mesti nak ke bazaar Ramadhan kan. Biasanya aku lah yang akan drive. Jadi aku pun memandu dan macam biasa mana-mana bazaar di Shah Alam tentunya sesak giler bin giler. Aku ternampak ada satu ruang kosong belah kiri jalan.Aku terus menyusup masuk cepat-cepat sebab taknak bagi kereta lain park kat situ. Sekali kawan aku menjerit "AaaaaaaaaAAA!!!". Rupanya ada bangkai anjing yang besar (seriously besar macam anjing polis) dan dah kembung betul-betul depan kereta aku. Alamak,dahla takde parking lagi ni. Mula-mula malas nak tukar parking.Macho aje bila nak keluar dari kereta dengan yakinnya  kata "takpelahh,tutup tingkap.Gerenti tak bau punya" (dalam nada berlagak).Huh sekali keluar kereta.Aiyoyooo..mau pengsan shiot baunya. Terus tahan nafas bagi isyarat tangan kat kawan-kawan suruh masuk balik. Patutla takde orang nak parking situ.
Ok takpe aku kata.."Kita cari port yang wangi sikit." Aku pun jenuh lah mencari dan akhirnya hanya satu parking aje yang aku jumpa berdekatan rumah flat. Tahu aku dapat  parking sebelah apa?huhuuu.. Tong sampah besi yang lori sampah akan kutip sampah kat situ plus berhadapan dengan rumah sampah untuk flat tuh. (-_-") Kawan-kawan aku gelakkan aku sungguh-sungguh dan kata "wangi sikit lah sangaaattt!!". Nak lari dari mulut buaya terlepas masuk ke kandang harimau pulak.(tak sure lah peribahasa ni betul ke tak)tapi memang AKU MALUUU!!

Pengalaman ketiga.
Aku ni blur sikit kadang-kadang.Takla kadang-kadang.Selalu lah jugak (-_-").  Haritu aku ke kedai Watson dengan adik aku. Biasalah perempuan. Aku pun beli lah barang. Lepas bayar aku pun nak chow lah. Sekali terdengar abang kaunter tu panggil-panggil buat bunyi tikus yang ala-ala mat rempit ngorat buat bunyi tu. Aku malas lah nak layan. Gatal betul abang tu.Menyampah! .Taknak lah aku tergedik-gedik.Aku pun terus menonong masuk kereta sambil tunggu adik aku. Bila adik aku sampai dia buat muka pelik.
"weh kak,apesal kau blah je tak amek barang kau?" 
Aku macam "Erkkkkkkkk???" (apakah?aku tertinggal barang yang aku beli tadi rupanya,patutlah abang tu panggil.Buat bunyi tikus sebab tak tahu nama aku apa lah kot)

Aku hidupkan enjin dan terus pecut. Sebab AKU MALUUU  dengan abang kaunter tuh . Malu laaa dah memerasankan diri sendiri. Agak-agak la Sophie!!

Pengalaman keempat.

Sebagai seorang pelajar arhitecture sem akhir,memang biasa lah kalau buat kerja kat studio dan tak balik rumah.Makanya mandi aje di tandas fakulti. Memandangkan aku sangat busy,jadi selalu tak sempat tidur malam ataupun tidur sejam dua aje. Jadi pagi tu aku ke tandas.Ada la sorang perempuan jugak tengah betul-betulkan tudung kat sebelah.Yelahh,pukul 8 pagi gitu nak ke kelas mestilah nak comey-comey kan. Dalam kemengantukan yang agak dahsyat seperti  itu aku memang pernah tergosok gigi pakai pencuci muka. Okey itu biasa. Tapi apa akan jadi kalau terbalik pula halnya? Haaaa!!... Waktu tu aku tak sedar. Ubat gigi Safi Kayu Sugi tu pun dah nampak macam pencuci muka. Aku dengan semangatnya picit kat jari dan cuci muka aku.Tonyoh-tonyoh sambil pejam mata konon nak feel. Sekali ~fiuuuuuu.. apesal sejuk sangat ni? Extra mint ke apa? Adeh! pedihh. Aku terjerit kecil sambil mata nak buka pun sepet-sepet."Mamaaa!!" kenapa entah mama yang aku panggil. Perempuan kat sebelah aku tanya "Eh,are u ok?? ehh u sedar tak ni?"
Aku pun sebab nak cover malu cakap la.. "eh takpe2,i memang saje pakai ubat gigi ni kat muka sebab nak kurangkan jerawat (bak petua kila nak kurangkan jerawat tuh)" huuuu...aku bagitahu begitu sebab AKU MALUUU.. (-_-) sudahnya lepas perempuan tu keluar aku terus meraung-raung panggil "mamaaa!" walaupun aku pasti mak aku mesti tak dengar. Huuuuuuuuuuu..

Okey,ni lah kisah yang memalukan dari aku. Tapi ni kisah benar. Sebab tu aku tak malu nak join contest ni.hehe.. Kawan-kawan,jom join contest ni dan sokong contest Kila.

Kali ni aku mahu tag  :

6 comments:

  1. oh mak aih (-_-")
    serious malu bab cuci muka tu.arghhh..

    i updated letak link uou okay dear.thanks joining~

    ReplyDelete
  2. wah..
    banyak pnglmn ni..
    gud luck yek..
    hehe

    ReplyDelete
  3. kila: ok.tengkiu.

    lionteen : banyak pengalaman? banyakkk..kalau awk kenal bestfriend kite mesti awk tahu perangai comot kite..

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. kelakar seyh.. lari dari bangkai anjing, masuk dalam tong sampah.. bau sama tahap je. hahaha =P

    gud luck!

    ReplyDelete
  5. arghh!
    cuci muka pakai ubat gigi?
    gilak pedihhh~~
    hahaha

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...