Bagaimana mahu menangis? Yaaa..kenapa lah aku post entri macam ni tiba-tiba. Aku sedang bertungkus lumus siapkan kerja ni.Rehat sebentar jadi taip entri kejap.Aduhai,dah nak submission projek.Tapi demam panas pula. Nasib baik doktor bagi ubat yang kuat. Bila telan ubat tak lama lepas tu berfeluh-feluh keluar haba. Dahla tak lalu nak makan. Bila makan rasa nak muntah. Pening kepala.
Aku rasa setiap sem bila nak submission projek dan exam ada aje dugaan menimpa. Setiap sem. Sampai aku dah jadi heartless dah dengan apa yang nak jadi. Sem lepas mama aku acident kena langar motor.Masuk wad neuro sebab kepala injured. Mama tak sedarkan diri langsung.Tapi bersyukur mama selamat.Aku tak pergi second practical sebab jaga Mama kat rumah. Sebab takde orang nak jaga rumah dengan makan minum adik. Sem ni kehilangan sahabat baik.
Kadang-kadang bila benda dah jadi.. aku sedih.Memang tersangat dan terlampau sedih. Tapi masalahnya aku tak dapat nak nangis lama-lama.Atau tak dapat menangis langsung. Walid aku kata aku memang tak kuat menangis dari kecil. Aku pelik kenapa. Bestfriend aku kata aku hati batu.Macam takde perasaan.(Padahal dalam hati aku ada je flora & faunanya) Kadang-kadang aku harap lebih baik aku nangis supaya kurang sikit rasa sedih ni. Tapi tak dapat.
Aku tengah sedih kerana beberapa perkara sebenarnya. Aku teringin nak nangis sungguh-sungguh macam bayi.Atau macam perempuan yang kuat menangis.Ish,giler betul ada kemahuan sebegini. Takpelah,nak sambung buat kerja. Nanti aku free sikit aku buatlah entri. Dah ada sebenarnya cuma kena tekan post aje tapi takpelah. Mood pause seketika. Jadi siapa tahu bagaimana mahu menangis? Sila bagitahu. Jangan suruh letak ubat eye drops macam eye moist tu sudehh..
p/s: terima kasih yang tak terhingga kepada yang komen di entri lepas. Terima kasih sebab concern.
try tengok cerita hindustan. :'p
ReplyDeletedani susah menangis kalau depan orang lain..tapi bila sorang2..menangis gila2 sampai boleh letak 2 3 besen (gila menipu.haha.tapi lebih kurang la 3 besen)
ReplyDeletemacam mana nak nangis?
huhu.susah juga permintaan ni
Salam...
ReplyDeleteSemoga sentiasa diberikan kekuatan untuk menghadapi semua dugaan yg menimpa...
Bersabarlah ye... Sesungguhnya, setiap dugaan yg menimpa itu ada hikmah yg tersirat...
Jgn terlalu bersedih ye...
Semoga semuanya akan baik-baik sahaja...
kadang2 bila sedih kita tak perlu menangis.
ReplyDeleteai sgt tak suka menangis. sebab itu buat ai lagi down.down.down.
so ai akan tengok cerita yang kelakar + bangang tahap dewa macam dan ai akan gelak puas2
GKSB senang mengalirkan air mata..
ReplyDeletekadang2 rasa tak suka plak..
tp ada yg susah nk menangis, nk menangis plak..
hehe macam2 kn?
ololo...jgn sedey2..huhhuh...nnti xcun!hik9
ReplyDeletesophie,
ReplyDeleteaku lelaki, tapi mak aku pernah pesan..
takde perkara sperti lelaki tak nangis dan perempuan kuat nangis...
Sebenarnya, kalo nak menangis,
teruskan menangis...
Jangan ditahan, jangan ditelan...
Tangisan dicipta Tuhan untuk meredakan...
akan datang sendiri. tangisan itu.
ReplyDeleteSaba k? dalam kehidupan ni pasti ada dugaan n cabaran. And benda2 camni pasti ada hikmahnya. Camne nak menangis? hiris2 lah bawang merah depan mata. Gerenti menangis!
ReplyDeletesayang, u kene ada kawan untuk luahkan ape yang u simpan.nak menangis, go on.jangan tahan.
ReplyDeletesabar yer dik..
ReplyDeletemesti ada hikmahnyer
kite samew yayangg.
ReplyDeleteair mata ni cam kejang je nak kuar, padahal hati sedey yg mattttttt.
u sabar . betul kata kila . kalau u nak nangis , nangis je (:
ReplyDeletenangis je, you'll feel better after crying :) sophie jom tuka link? I linked urs dah, mine is http://muchang.blogspot.com
ReplyDeletesabar ya sophie.. setiap yang berlaku ada hikmah, mungkin Tuhan nak uji sophie sekarang ini, supaya sophie lebih kuat lagi untuk hadapi masa depan
ReplyDeleteyup, menangis adalah salah satu cara untuk meluahkan rasa hati bagi ringankan beban yang ditanggung. cadangan ika, sophie bangun malam, solat mohon petunjuk dan kekuatan dari Allah.. insyaAllah sophie akan rasa lega.. =)
Salam dik..
ReplyDeleteMenangislah kalau itu perlu. Menangislah kalau itu mampu meredakan pedih yang telah lama terpendam.. tapi jangan paksa ia luruh kerana pedih itu akan menjadi semakin perit. Sentiasa muhasabah diri dan ingatlah..
1) Saat Allah hadirkan perpisahan, tidak DIA tinggalkan kita tanpa sekelumit kekuatan. Juga tika Allah hadiahkan kita pertemuan, telah DIA ingatkan kita segalanya pasti bernoktah.
2) Bila kita diberikan anugerah terindah sebuah pertemuan.. bersyukurlah. Dan apabila pertemuan itu bersalamkan perpisahan.. juga bersyukurlah kerana DIA pernah pinjamkan kita rasa bahagia itu yang hadir dalam pertemuan biarpun hanya sementara.
3)Saat kesedihan/kecewa mendekati diri, letakkan keyakinan di hati.. rasa itu hanya sementara yang dipinjamkan oleh Dia kepada diri kita.
4) Bersyukurlah padaNya kerana sesungguhnya walaupun rasa itu begitu menghiris, pedihnya tak tertanggung, namun rasa itu sebenarnya menjadikan diri kita seorang manusia yang masih punya perasaan. Pujuklah hati dengan kalam Allah. Pasti ketenangan akan menghampiri.. InsyaAllah...
kepada semua pengkomen entry ni: terima kasih yg tak terhingga.tak sangka entry emo macam ni ada juga yg bagi kata semangat. HUwaaaaaa!! T_T terharu2..i'm okey now.. dah sihat walafiat dan kembali ceria.wawawa!!
ReplyDelete