Tuesday, December 29, 2015

Hala Tuju Nak Jadi Arkitek Lepas PT3 dan SPM- Jangan Tanya Lagi Please!

Sebenarnya aku dah pernah tulis dah pasal syarat kelayakan SPM untuk apply course senibina ni. Soal hala tuju ni aku dah pernah share dalam entri lama aku F.A.Q Senibina @ Architecture. But still, aku masih tak faham kenapa aku masih terima BANYAK sangat email/comment berupa soalan yang related degan syarat kelayakan ni. (Walaupun juga aku dah bagi warning sila baca semua entri pasal study & architecture sebelum nak tanya pasal architecture) Baru-baru ni pula aku dihujani dengan pelajar Tingkatan 3 yang risau subjek apa dia nak ambil untuk Tingkatan 4 nanti untuk membolehkan dia jadi arkitek nanti. Okay, fine. Bagus lah kalau plan dari awal. Tapi yang tak bagusnya soalan macam ni boleh buat aku rasa nak mengamuk tahu tak. Rasa cam nak cucuk je lobang hidung kau ni dik! Banyak sangat soalan remeh temeh, bila tanya dah baca semua entri aku pasal architecture tak dijawabnya dah. Habistu apa lagi yang kau tak faham ni? Bagi betis nak perut boroi betul. Aku masih teringat lepas SPM, nak tahu syarat kelayakan nak apply course senibina ni, aku usaha cari website IPTA yang tawarkan course ni. Usaha cari apa subjek-subjek yang aku kena skor, berapa lama course etc etc. Itu adalah common sense aku waktu berumur 17 tahun. That was like in 2005 (10 years ago!) Bukan saja dari aku lepasan SPM, malah dah masuk UiTM, kerja, pergi education fair, cari uni overseas, cari agent nak sambung belajar, camne nak buat IELTS, cari scholarship & cara apply semua tu, aku usaha cari sendiri. Mak ayah aku memang tak perlu masuk campur bab planning hidup aku kecuali satu soalan aku pada ayah masa umur aku 17 tahun. "Walid, what is architecture in BM?" sebab borang UPU dalam BM. "Oh, it's senibina" tu je keyword untuk aku explore. . Bila aku stuck, aku cari contact no pejabat yang berkaitan. Pejabat UiTM ke, pejabat MARA ke. Aku terus shoot je pejabat. Bukan tanya-tanya orang sekeliling yang aku tahu tak dapat bagi jawapan yang concrete. Then I got asked a lot "Hakak Sophie, camne hakak boleh survive architecture part 1 & 2 then sampai oversea?" I often tell people to redah je but I forgot to tell that ATTITUDE pun is really important tahu tak. Jadi bila budak-budak sekarang tanya aku pasal syarat kelayakan, pasal itu pasal ini yang kadang tak relevan yang patutnya takyah tanya aku, tapi tanyalah pada pihak yang sebetulnya, aku rasa macam Urghh. Macam mana nak jadi arkitek (atau any other profesionals ni)? Worse condition tahu apa? Mak bapak budak yang tanya aku soalan macam ni. Lagi aku terkejut beruk macam Weyy?? Umur kau dah 17 tahun pun mak ayah yang nak uruskan untuk kau?? Please lah uncle aunty sekalian. Naik lemak berkati-kati lah budak tu nak uruskan hidup pun tak reti.

Bila lama aku simpan geram tu, aku cuba masukkan dalam otak aku ni as if pujuk hati sendiri. "Sophie, kau tak boleh harapkan semua orang ada pemikiran macam kau. Setiap orang ada kelebihan & kekurangan kan?"  T___T

So okayh lepas mukadimmah panjang nak membebel . *tarik nafas panjang dan dalam & cuba ikhlaskan hati, Sophie!*.

Jika awak pelajar sekolah menengah PT3 nak masuk form 4 nanti, soalan awak sebenarnya sama maksud dengan syarat kelayakan lepasan SPM untuk kursus senibina. Contoh soalan saya dapat
"Kak, kalau saya nak jadi arkitek nanti, saya kena ambil subjek apa form 4 nanti? Saya tahun ni PT3"

bukankah soalan ni sama jawapannya bagi soalan "Kak, apa syarat kelayakan nak masuk belajar bidang senibina bagi pelajar lepasan SPM?"

Jadi dalam entri lama saya F.A.Q Senibina @ Architecture, focus pada soalan 1 & 3, sebenarnya saya dah jawab soalan ni tapi biar saya repeat supaya awak lebih faham sequence dia.

1. Identify mana satu IPTA/IPTS yang menawarkan kursus senibina/architecture yang awak idam-idamkan sangat tu, yang ada recognition dari Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). How? Boleh pergi website LAM atau direct link ni: http://www.lam.gov.my/index.php/accreditation/list-of-recognised-programmes.html (nampak tak saya dah mudahkan kerja kamu?) dalam link ni juga, sebelah tab Malaysia ada juga senarai universiti lain di luar negara (Australia, New Zealand, UK) yang mana program dia turut diiktiraf oleh LAM. Dari sini awak boleh tengok IPTA/IPTS mana yang ada Part 1 atau Part 2 atau kedua-duanya sekali dan adakah program yang ditawarkan itu ialah diploma? degree? Master? Sebab Part 2 ni ada institusi yang tawarkan degree, ada yang part 2 dia adalah Master.

*klik pada gambar untuk besarkan. Atau boleh terus direct pergi link*



Melalui website LAM ni juga, banyak persoalan awak boleh terjawab seperti apa itu Part 1, Part 2 & Part 3? Kalau masuk IPTA/IPTS yang takde accreditation nanti macam mana (contoh: Politeknik), apa akan jad, macam mana nak dapatkan pengikirafan tu kalau IPTA/IPTA tu takde pengiktirafan? Website ni juga ada senarai architecture firm yang sangat membantu kalau awak nak buat practical ke, nak kerja cari pengalaman sambil belajar puna ada firm yang provide. Cuma kena pandai cari lah. So kalau nak jadi arkitek nanti, biasakan diri dengan LAM dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM). LAM lebih sesuai untuk students. 

2. Lepas dah tahu IPTA/IPTS mana yang tawarkan program senibina tu, awak carilah website uni/kolej tersebut. Google jela, bukan tanya kak Sophie. Dah jumpa then awak carilah apa syarat kelayakan (subjek) untuk lepasan SPM bagi course tersebut. Sebab lain uni mungkin lain syarat kelayakannya. Jadi wajar ke saya nak tahu semua IPTA/IPTS punya syarat kelayakan? Lagi satu website yang helpful ialah website UPU. 

Okay dah. Walaupun panjang lebar aku membebel/explain dalam entri ni, sebenarnya dah, tu dua jelah yang korang kena buat. Check IPTA/IPTS mana yang ada course architecture lepas tu cari je website dia.  Nak tanya ni susah ke tak sebenarnya step dia? Tak kan? Aku pernah explain dua step ni kat sorang budak ni (yang beriya convinced pada aku dengan semangatnya dia MINAT SANGAT-SANGAT NAK JADI ARKITEK sebab nak design bangunan yang unik di Malaysia, katanya lah) plus aku cakap kalau tak sure apa-apa atau ada masalah pasal intake boleh try call terus pejabat. Terus "uhuks uhuks akaq..(yer jangan terkejut budak zaman sekarang eja akak pun jadi akaq *aku baca siap terbunyi qalqalah lagi*) ..saya tak retila nak uruskan benda macam ni, contact pejabat bagai". Aku macam... T_______T  kau design bangunan unik kau pakai Lego jelah dik *dalam hati*


Kecewa tak aku? Mestilah aku kecewa weyy. Survival skill on the surface pun kau tak pass dik camne nak harungi liku-liku kehidupan yang penuh onak duri dan sembilu kasih lagi nih? Baru suruh call pejabat berkaitan dah goyang. Macam mana ni nak kena hadap maki client, bos, nak kerja dengan consultants, bagi arahan, pegang tanggungjawab etc ni? ingat buat bangunan ni syok sendiri je ke design je semata-mata lepas tu goyang kaki je dah siap? Susah jugak lah nak explain realiti architecture dalam bidang pekerjaan melalui secebis apa yang aku lalui dulu masa bekerja kepada budak-budak sekolah yang dalam otak dia nak jadi arkitek sebab nak design bangunan cantik-cantik je dan sebab minat melukis. Please, ingat juga kalau nak jadi arkitek sebab minat melukis je, mungkin awak lagi sesuai jadi artist/pelukis. Somehow aku taknak jatuhkan semangat/cita-cita orang. Sebab aku pun banyak lagi aku nak belajar nih. Belajar ni kan never ending process. 

p/s: So mulai saat ini, saya tidak akan menjawab SOALAN BERKAITAN SYARAT KELAYAKAN LAGI,  termasuklah syarat kelayakan universiti luar negara kerana basically, proses dia lebih kurang aje.  Masuk dalam email je terus saya delete masuk trash. Tak kisah lah pangkat makcik ke pakcik ke, saya dah sampai tahap tak boleh terima lagi dah. Ini tanggungjawab student sendiri, bukan tanggungjawab mak ayah students. Kalau saya spoon feed lagi, di masa hadapan jauh lagi besar lagi cabarannya , takkan sentiasa nak harap orang spoon feed kot? 5 tahun dah saya berblog, 5 tahun dah jawab soalan sama & explain kat orang termasuk ibu bapa students. So please have some mercy on me okay. 


28 comments:

  1. Bestnya sophie boleh luahkan segala yg terbuku di hati selama ni. Akak rasa mcm nk ctrl-C (just tukar architecture to ID) masuk blog akak je... Huhu.. Respect part sent email to trash tu.. Sbb geram sgt dgn *spoonfeed* ni kan.. Semoga terus sabar menghadapi liku2 sembilu hidup ok. 😆

    ReplyDelete
  2. sorry..baru ter baca..hehe. sy dah cek kolej swasta punya. sy research pasal seni bina je. tp sy kurang mahir bab IT ni..susah betol nk cari coz seni bina. lagi satu..sy kesian kat kakak ni.. sy nk tanye pendapat je.. apply asyik tak dapat je. betol ke cara yg paling mudah kite juz call pejabat dy je?

    ReplyDelete
  3. Iyo dik. Kne blaja celik IT sbb mmng kemahiran asas mende tu. Zaman da berubah dunia en da maju. Better belajar IT dari skang dri meranggak kemudian hari.

    ReplyDelete
  4. nak tanya .. kalau kite nak amik arkitek tapi tak ambil RC tapi amik IT,BOLEH KE ?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak sophie.. saya dahh form4(2017).. saya ambikk sains tulen means, bio fizik kimia addmath.. saya minatt sgtt architecture ni.. tpi skolahh saya tkde subject lukisan kejuruteraan.. bolehh ke sambung belajar ambikk kos architecture ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je awak. Sains tulen bagus. Luas dan awak boleh nk ambik architecture

      Delete
  6. Slalunya nk jadi arkitek or engineer kena brapa A's utk spm ?

    ReplyDelete
  7. Thank you so much! Keep going kak sophie! Wish u all the best :)

    ReplyDelete
  8. Saya tak ambil addmath so boleh tak saya jadi arkitek?

    ReplyDelete
  9. Akak, dlm kos arkitek ni kene blaja add math jugak ke 😱

    ReplyDelete
  10. Okayh so maybe question sye lain dri org lain. So,i am 14 years old this year. Means i will be taking pt3 next year. But suddenly my dad nak pindah london due to some reasons. Dia ckp kitaorg akan pindah sini blk bila i reach 20/22..somewhere orund that age..so my question is..kalau nak jdi arkitek niyh mmng kne ade sijil spm malaysia je ke? Dia x accept a level luar negara ke? Means i kne amik spm kt malaysia ke? Sbb i am planning to belajar kat sana smpi u. So blk malaysia tros kerja..tapi tu la..boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sambung mana2 pun boleh. Pastikan kos awak study di oversea tu accrediated by LAM. Kalau tak accreditated, rasanya LAM akan ada test. Im not sure

      Delete
    2. Nak kerja Malaysia kena ada SPM. For professional position la.

      Delete
  11. Kak sophie,

    Sorry klau soalan ni macam kak sophie pernah dengar ke apa ke. Yang saya sangat tertekan sekarang adalah dalam membuat pilihan.. Yes...kak sophie dah bagitau subjek apa yang perlu kita ambik.. Dan saya sendiri dah tengok dan dah rujuk mana penasihat.. Tpi still tak sure dengan apa yg bakal saya putuskan..physic/chemist/addmath/math/bm/english ..this subjek semua saya dh ambik.. Yg jadi tertekan adalah subjek biology.. Wajibker ambik bio dalam laluan arkitek.. Saya keliru dengan subjek p.a. i can't take both just one of them i could select.. So it making me headache.. In architecture,wajib ke kita ambik bio.. Maaf klau benda buat kak sophie marah and nk mengamuk bagai.. But this i need to confirm.. Ini akan menjawab tekanan yg saya hadapi. Adakah subjek yang bakal saya ambik pada form5 membantu dalam laluan arkitek?? Prinsip akaun or biology is related to architecture??please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. subjek bio dan akaun tak relate pun. tapi boleh lah drop bio tu kalau tak minat.

      Delete
  12. Assalammualikum akak nak Tanya saya baru lepasan SPM diterima ke UiTM Seri Iskandar dlm sarjana muda senibina. Soalan saya Buku untuk subjek senibina ni selalunya beli dekat kedai Buku mana Dan adakah lecturer Akan provide Buku mana nak kena beli. Sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada buku khusus utk architecture. Lecturer akan provide note. Kalau tak cukup, kenalah cari info di mana2. Internet dihujung jari dik. Boleh juga tanya senior2 di U nanti.

      Delete
  13. kak klau sya ni yg ambil kos perniagaan ada peluang kh kak ?

    ReplyDelete
  14. Klau sya ambil perniagaan shja ?

    ReplyDelete

  15. assalamualaikum kak sophie.. saya dahh form4(2020).. saya ambikk Reka cipta,add math dan sain rumah tangga saya minatt sgtt architecture ni.. tpi saya tk ambik subject fizik.. bolehh ke sabung belajar ambikk kos architecture ni..

    ReplyDelete
  16. hai.adik2 bole folowchannel sis ade penerangan tentang bidg bidg senibina dll...arkitek..tgok utube k..https://youtu.be/hakPLm3C3Kc .....click link tu

    ReplyDelete
  17. Suka dengar perkataan 'survivor skill' its give me more confident to continue to diploma. my sister pernah cakap juga,"You are an architect student, no one will succeed unless you try" sbb dia bagitau Saya sebelum study ni (mental, fizikal, disiplin, tanggungjawab dll) x boleh pikir "ouh kacang ja ni" adik² yg akan membaca ni, ya Saya ni mmg Baru peringkat sijil tapi arkitek ni kena set mind set tu betul² Dan serios. Peringkat sijil Saya dah Rasa mcm nk tecabot nyawa 2-3 Hari tido 1-2 jam sahaja kalau kena projek kaw² mybe brapa puluh minit ja kau tido untuk siapkan kerja² tu.bnda ni bkn nk downkan korng smua yg teringin nk studies arkitek,tpi kena tahu level kerja arkitek ni x mcm kerja lain boleh tido Lena cukup 8 jam no impossible la,mybe Ada la but xakan selalu, jadi seriouslah dalam memilih, engkorang ingt design building boleh succeed mcmtu ja ka? Kau kena tngok engineer jugak dia stuju ka tidak kalau engineer Pon main² silap² bagunan tu Jadi sejarah pulak runtuh sbb x Ada kaji selidik structure Mana yg mampu tanggung beban mcm ni mcm tu hah, Masa Saya praktikal, Saya suka tnya arkitek pekerjaan dia mcm mna, so dia jawblah "arkitek yang kau bayangkan selama ni bukankah reality" terkesima Saya 😂😂, kemudian dia kata lah mcm Saya katakan tadi tu arkitek dngn engineer kalau x gaduh x sah, so Saya skrng ni Rasa betul apa yg Saya ckpkan sbb bnda ni Saya Hanya hujahkan balik pengalamn arkitek² yg dh 10-20 tahun pengalaman, tpi Saya hujah bkn saja nk smpaikan tpi Saya hujah sbb Saya dh paham arkitek ni kerja mcm mna. Last eh ni last lecture Saya yg Saya kenal dua org daripada kolej tersebut sorang tu dia dh Ada kelulusan part2 "Masa presentation drawing Saya punya design Dan tone warna+landscape 1 kelas kata lawa, smpai dkt dia 😅 "ni! Kenapa Jadi mcm ni!" Bnda x expect Saya xleh kata apa ok cukup. Lpstu sorng lagi lecturer tu Saya panggil dia ummi sbb dia suka layan Anak murid dia mcm anak² dia, Saya x maksudkan lecturer lain layan Saya x baik, baik smua tpi yg ummi ni special skit. Dia kata dia dh join kerja arkitek berbelasan tahun x silap Saya lah, dia kata kalau nk kahwin Cari yg Kos mcm Kita jugak ataupun yg engineer (kau paham² lah dik oi) lpstu dia kata dia berhenti sbb stress, pening (x semua org mcmtu ya kawan² sbbtu Saya kata Kita kena fikir betul²)lpstu dia bekerja la Jadi pengajar murid yg hensem mcm Saya ni sekian smua. Saya doakan kak Sophie always succeed in your step, Kita semua masih dalam "learning process" assalamualaikum

    ReplyDelete
  18. Thanks sangat mudah kerja saya utk tahu hala tuju

    ReplyDelete
  19. Boleh ke nk jdi arkitek klu dapat masuk kelas sains tulen🤧🤧

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...