Sebenarnya saya pun tak tahu lah U lain punya temuduga macam mana. UiTM je yang saya tahu sebab pergi interview dua kali. Hehe. Oleh itu, secara ringkasnya interview di UiTM ada dua bahagian.
A) Ujian melukis
B) Temuduga lisan (ni lepas ujian melukis. Nanti kena tunjuk hasil lukisan kamu)
Untuk ujian melukis,
-Anda akan dikumpulkan di mana-mana tempat lah yang boleh dikumpulkan *Ya Allah bahasa aku!!*
Lepas tu kat depan ada meja dimana ada bongkah-bongkah berbentuk bola, piramid, silinder, kotak, etc diletakkan di atas meja dengan susunan yang sukahati diorang jelah nak susun macam mana.(ok tak sure kalau sekarang diorang letak apa atas meja)
-Tak pasti ada disediakan alat melukis tak. Lagi best kalau bawak pensel dari beberapa jenis gred. Yang cair, sederhana, pekat. Pemadam bawa. Pembaris JANGAN PAKAI! Free hand je ok. Epik! =)
*ni jenis pensil yang saya pakai dari sem 1 sampai sekarang tapi ni set baru la. Yang dari sem 1 dulu saya sayang, simpan sampai sem 8 kot.dah sampai kontot dah pensel tu*
Tips ketika melukis.
1) Lukis dulu keseluruhan bentuk. Jangan siapkan satu bentuk dulu pastu buat bentuk yang seterusnya. Maksudnya, kena ada rangka keseluruhan lukisan supaya anda boleh bajet kertas lukisan tu muat tak nak masuk lukisan anda. Kalau kamu siapkan satu bentuk dulu, lepas tu last sekali tinggal silinder yang tinggi kan, sekali tak muat kertas lukisan, takkan lah nak pendekkan silinder tu? Dah tak proportionate lah nanti.
2) Jangan lukis macam stail kartun. Lukis biar realistik. Lukis macam kartun tu..ermm..korang tengok jelah majalah Ujang ke Gempak tu macam mana.huhu.
3) Ujian melukis ni, sebenarnya untuk melihat kebolehan anda melukis mengikut proportion. Maksudnya, imbangan tinggi rendah. Erm..susahnya nak explain. T__T macam mana nak explain ni? Tengok jelah gambar.
Nanti pelbagai jenis bongkah berbentuk diletakkan atas meja. Saya guna je apa yang ada nak buat contoh.
Ok, mula-mula lukis dulu rangka lukisan. Macam, outline bongkah-bongkah tersebut. Ni pakai pensel cair je. Nak buat outline aje pun. Time ni lah korang rangka betul-betul. Kalau rasa macam pelik je, padam lah sikit. Macam dalam gambar ni sebenarnya saya perasan kesalahan saya: Silinder tak cukup tinggi. Sebenarnya lebih bagus kalau adik-adik biarkan je construction line yang awak buat tu. Garisan-garisan kasar tu tak payah padam takpe. Barulah seni.
Lepas tu boleh refine sikit pakai pensel kepekatan medium.
Kemudian bolehlah guna teknik 'hatching' atau 'rendering'. Ni macam saje jelah untuk dapatkan efek 3D. kalau bongkah tu melengkung kamu hatching lah kasi nampak sikit lengkungan tu. Takla kaku sangat drawings kamu nanti.
Hatching tu boleh pakai pensel yang pekat sikit.
Bolehlah tambah shadow casting. Saya tak pandai sangat nak bayangkan shadow ni. Jadi buat jelah konon ada bayang.
Tempoh saya lukis: 30 minit dan tak padam. Sebab dah ngantuk & penat so nak siap cepat.Huhu.(maaf, sebab tu tak dapat nak hasilkan drawing yang hebat. Asalkan korang faham)
Tempoh sebenar masa ujian melukis: saya tak ingat.Rasa macam sejam hingga dua jam camtu kot.huhu.
B) Temuduga lisan.
Oh lupa nak bagitahu. Interview UiTM kena speaking English okey. Soalan lazim yang selalu ditanya.
1) Tell me/us about yourself
-Ok waktu ni lah korang boleh pumpangpumpang pasal korang. Tak payah cerita hobi korang memasak dan memancing. Kadang-kadang bila interview ni macam kena "up" diri sendiri la. Cuba kreatif sikit cerita pasal korang tu. Kalau semua orang duk cerita camni: Nama saya Abu, umur saya 18 tahun, ayah saya businessman..saya tinggal di Kedah.adehh..menguap la interviewer macam ni.
2) Why do you choose architecture?
Tolonglah jangan jawab "sebab saya nak design rumah saya sendiri" T__T sebenarnya tak payah belajar architecture pun kamu boleh design rumah sendiri. Upah je arkitek ikut design yang kamu nak.Siap! Cuba bagi jawapan yang lebih memberangsangkan dan futuristik sikit. Macam, apa pendapat kamu pasal senibina di Malaysia ke, apa yang kamu harap dapat ubah dan perbaiki pada senibina di Malaysia ni. Boleh juga kaitkan dengan isu-isu semasa tentang masalah material & relate dengan cuaca di Malaysia. Jawapan kalau boleh biar lah matang sikit. Boleh relate isu semasa (berkaitan bangunan) dengan kenapa awak pilih architecture.
3) Who is your favourite architect?
Biasanya bebudak ni suka jawab arkitek seperti Hijjas Kasturi (Menara Telekom), Caesar Pelli (sebab design Petronas Towers),Kisho Kurokawa (design KLIA). Yelah, mungkin sebab tiada pendedahan sangat dengan architecture luar negara dan bangunan-bangunan gempak zaman dulu-dulu so research kat Google jela nama bangunan kat Malaysia yang korang rasa cantik berserta nama arkitek sekali kan. (mestilaaa aku tahu, sebab dulu pun aku macam ni.Huahuahua..)dan Kalau boleh bagi nama-nama orang lama pun bagus juga.
Lebih afdhal kalau adik-adik fokus pada seorang dua arkitek tapi dapat huraikan dengan baik tentang arkitek tersebut. Macam, sedikit sebanyak pasal latar belakang arkitek tu. Dia punya architecture style, bangunan arkitek tersebut yang kamu kagumi.
Antara nama-nama besar dalam architecture dunia: Antoni Gaudi (paling saya minat ni sebenarnya sebab tu teringin gila nak pergi Spain), Santiago Calatrava (minat jugak sebab dia study architecture, civil engineering & seorang sculptor), Frank Lloyd Wright, Renzo Piano,Frank Gehry. *sebenarnya dah banyak sangat saya spoon feed kamu ni*
4) What is your favourite building?
Boleh juga relate dengan arkitek mana yang kamu minat. & ceritakanlah juga kenapa awak minat senibina pada bangunan tu.
Ok soalan kat atas ni soalan lazim la biasanya tapi tak tahulah soalan apa lagi yang akan ditanya. Korang bersedia jelah. Tapi, bagi saya lah, interview senibina ni bukan nak tengok awak dapat jawab soalan tu betul atau salah. Sah-sah lecturer tahu kamu dok Googling je kerja kan sebab nak prepare pergi interview. Tapi interview ni untuk tengok kamu mampu berkomunikasi dengan baik & yakin tak. Kalau jawab salah tapi muka confident pun apa salahnya.haha. Jawab jangan banyak stop sebab pikir macam "saya suka Antoni Gaudi sebab aaaaaaa..bangunan dia cantik-cantik..aaaaaaa.. Eh saya lupa nama bangunan dia apa.Aaaaaa.." Bila bercakap haruslah pandang pada muka interviewer tu jangan tertunduk-tunduk malu lebih-lebih lagi kalau interviewer tu hensem. Ahaksss! Tunjukkan yang awak ni seorang yang ada fokus, matlamat, tahu apa yang awak nak.
Untuk pengetahuan, macam mana UiTM pilih seorang pelajar yang dari hasil temuduga sebenarnya macam ni. (sebab aku pernah tanya kat Pusat Pengambilan Pelajar). Mereka yang datang temuduga kan ramai. Boleh ke interviewer ingat semua orang yang mereka interview tu? Mestilah susah kan. Jadi, lebih kurang macam ni: Hanya seorang akan dipilih bagi setiap 5 orang yang ditemuduga. Oleh itu, anda haruslah menonjolkan diri sedikit supaya dalam lingkungan 5 orang yang ditemuduga yang dekat-dekat dengan giliran kamu tu, kamu akan dipilih.
Ok, jadi saya harap adik-adik yang bakal ditemuduga tu bersedialah. Jangan takut, jangan cuak sampai nak terkencing. Be cool. Semoga tips yang saya bagi ni membantu adik-adik. Kalau tak dapat, jangan putus asa.Dunia belum berakhir.Chewah!! Buatlah rayuan. Kalau tak dapat jugak, try lagi next intake. Kalau pass interview belanja hakak Sophie. Ngeh..ngeh..ngeh..
p/s: Memandangkan cuma ada 2 hari je lagi sebelum interview, saya minta jasa baik anda lebih-lebih lagi yang lepasan SPM untuk share entri ni. Mungkin share kat facebook ke apa. Selagi boleh bantu, kita bantu lah mereka yang terkapai-kapai tak tahu apa-apa pasal interview ni. Tolong kawan-kawan yang lain walaupun awak taknak belajar architecture. Selagi masih sempat. 15hb April sehh interview!!!!
Good luck!!!
Chayok-chayok!!! Fightinggg!!!
V(^__^)V
terbaik tiptop punye tips kot!!! kagum gila bila sophie lukis tak guna pembaris! fuhfuhfuh~
ReplyDeletesis.. oh God.. i wanna died...
ReplyDeletetakut nya... gilesss takut... sampay rasa lapar hilang... mcmana nie... 15 apr ni temuduga,,, huhuh
sis.. thanks for dis information...
ReplyDeleteoh god.. i wanna died... takutnya temuduga tu nty...pndy mlukis dan speaking.. huhuhuhx pro la kak... :(
akak sophie, im the one yg akn dinterview nati. hem, nati mmg dari awal sampai akhir kene duk speaking je erk. takde bm lgsg ?
ReplyDeleteThanks a lot kak sophie. InsyaAllah saya akan jawab dengan confident dengan ada nya tips dari akak ni ! (:
ReplyDeletewah..macam tu rupanya ditemuduga. memang kena prepare betul2
ReplyDeleteWAH!!
ReplyDeleteTabik spring kat Sophie sebab siap bagi tutorial sketching lagi!Kalaulah 9 tahun yang lepas ada orang ajar akak cara-cara nak sketch macam ni,mesti akak dah jadi arkitek dah..haha...
Sokong pasal nama2 arkitek tu.zaman kitorg dulu semua sebut Hijjaz kasturi & si Pelli tu..haha...Try sebut Sophie Alyahya plak lepas ni...kot2 lecturer tu tercengang ada Arkitek baru plak sekarang...haha...akak bagi tips nama seorang arkitek lain-Zaha Hadid-superb minah ni!
saya dapat temuduga tapi mama tak yakin ada peluang pekerjaan . boleh explain tak apa peluang pekerjaan diploma ni
ReplyDeleteassalamualaikum . saya memang minat perancangan bandar dan wilayah dan dapat pergi temuduga tu. tapi mama tak berapa setuju sebab takut tade peluang pekerjaan . boleh explain part peluang pekerjaan tak ?
ReplyDeleteOshins:
ReplyDeleteeh janganlah kagum sangat. free hand tu memang sebati dengan architecture.huhu.
Si Loulan: alaaaa..rileks la. =)
tak cuba tak tahu.
Lynadee: terpulang pada interviewer. Lagi bagus kalau awak speaking. Sebab kat UiTM, presentation, class, subjects, semua tu dalam BI. kenalah biasakan.
badada.badada: You are most welcome!!! (^__^)V jawab elok2..
nurdani: huhuh. dulu masa sophie nak gi temuduga tu tak tahu macam mana nak prepare.
ReplyDeleteAiraniez Wirdani: Itupun dah ngantuk gila dah pukul 12 malam. Tapi sebab nak jugak kasi budak2 ni paham, takpe, tabahkan hati..hahahaha.. Yeahh! Zaha Hadid pun superb!!!
Sophieasofea: apa-apa bidang berkaitan bangunan, saya percaya peluang takkan menurun. Sebab pembangunan semakin pesat. Negara makin maju, bukan mundur. Kerja apa2 bidang pun, rezeki Allah dah tetapkan.
wahaa, baik hati betul ye akak sophie kita nihh :)
ReplyDeletei'm the one yg dapat temuduga tu..
ReplyDeletethank you sooo much untuk tips ni..
wish me luck kak :)
thank you so much kak! sgt2 membantu. hee.. esok saye nak pergi. takut toksah cite laa! :D btw, nak tanye. kan dy ade ckp bwk dokumen2 yg berkaitan. nak bwk ape jer? last year sye ade buat folio seni utk spm, nak bwk tak? hope reply. tq sis :)
ReplyDeleteAkak cerita pasal diri akak, cakap ape je?
ReplyDeleteSya Syazana:
ReplyDeletehiuhiuuuuu..~ >_<
makasih..
Nur Fazirah: Good Luck. All the best!
Aiena Anuar: Most welcome. do your best. Yer, bawak je. Good luck dik.
Amira: akak x ingat lah dik. dah 5 tahun berlalu..
Hahaha.. Wktunye telah tiba..
ReplyDeleteterima kasih kakak!!info yg sgt2 berguna..even sy fakulti seni lukis dan grafik tp sgt relate kan3??tanx sgt2..^^
ReplyDeletehai kak..cam na pula dgn potfolio yg dikehendaki bawa??
ReplyDeletehai kak..cam na pula dgn potfolio yg dikehendaki bawa??
ReplyDeleteSalam . Kak , saya dapat uitm . Masa saya nak pi interview saya tak berbaca entry yang ni . Tapi alhamdulillah dapat jugak :D
ReplyDeletehaha...kelakarlah...baru hari ni saya jumpa website ni..XD
ReplyDeletesaya ada dapat jugak temu duga ni, alhamdulillah berjaya... cuma yang saya sangat sangat ingat bila tuksng interview tu tiba tiba tanya..."show me a prove of your creativity"
memang naik bulu roma...
baru harini saya jumpa post akak ni...hahaha...saya pun diinterview jugak...
ReplyDeleteyang seronoknya bila tukang interview tu tanya..."show me the prove that U R creative..." blurr skejap..wakaka
habis tu akak ckp ape??
DeleteSalam kak sophie..
ReplyDeleteentry nih gila berguna and tip-top habis..tabik lah kak..
alangkah bagusnya kalau saya baca entry nih dulu sebelum pergi interview hari tuh..
HAHA..tapi alhamdulillah saya berjaya temuduga tuh:)
saya dh dpt tawaran uitm dh lps sy temuduga hari tu..tp sy x pegi n sy plih ipg(ikut ckp mak)..hu3..n skng sy kuar ipg coz x ley fokus ble bljar bnde x mnat..boleh lg x lau sy nk apply,tkot x dilayan jer..
ReplyDeleteOMG SAMA! saya batch 97' dan parents i suruh amik ipg.. tapi tak minat >_< so nak tanya, camne abg harungi semua tu eh? & skrg amik course apa since abg dah keluar ipg?
Deletexx - dreamerj
haha eh sama laahh..
Deletetahniah pada yang lepas temuduga tu.
ReplyDeleteRaja Fitree: apakah itu ipg? (-_-')
sorry tak familiar.huhu.
institut pendidikan guru
ReplyDeleteakk sy xpndai ckp english... hurnmmmm mcm ne nk wt???
ReplyDeleteassalamualaikum...akk mcm ne nk wt sy yg xpndai BI nie??
ReplyDeletetu lar..sme lar ngn kte..akak agak2 interview senibina landskap sme x ngn senibina banagunan?
ReplyDeleteAskum Sis....sye dpt gi interview tu minggu nie (15/9/12)..tp bi sye xlanca la...takut sgt2..mcm ne nk buat ye...plsssss help :-(
ReplyDeleteRaja Fitree: cuba aje. Tak cuba tak tahu.
ReplyDeleteSiti Afiqah: Kalau tak pandai kena lah belajar.
Nurul Ain: tak pasti sebab akak tak pernah gi interview senibina lanskap.
cik felly: waalaikumussalam.. sorry lambat reply. hurmm.. tak cuba tak tahu. =)
Yep, exactly,
ReplyDeleteWalau kita di bidang apa sekalipun, penemuduga sukakan ORANG YANG JAWAB DENGAN YAKIN! Ramai orang yang hebat dari segi teknikal tetapi gagal apabila perlu menegakkan pandangan dannkonsep sendiri. tiba-tiba menjadi GUGUP dan ada juga yang MENANGIS!
Cuba biasakan diri untuk bercakap dengan golongan korporat dengan formal untuk membiasakan diri hadapi apa jua temuduga.
good luck guys~
Sekian,
Bukhari Ryo
http://www.temuduga.com.my/
Assalamualaikum kak, boleh saya tanya seni bina ada berapa cabang ya? adakah ia terhad kepada pembinaan semata mata
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletebole tak kak sophie bagi tips mcm mna nak dpt course dan univrsiti yg kta pohon?lpas 2,tmpat interview 2 dbgi ikut uitm trdekat dgn lokasi kita atwpun dbgi random?
assalamualaikum..
ReplyDeletebole tak kak sophie bagi tips mcm mna nak dpt course dan univrsiti yg kta pohon 2?lepas 2,tmpat interview 2 dbgi ikut uitm trdekat dgn lokasi kita atwpun dbgi random?
sophie, kalau course perancang bdr dan wilayah pun tanya melukis and tanya parsal arkitek ke
ReplyDeletekak sophie saya calon 2013..kali bukan diploma dah..dah up ke Sarjana Muda...
ReplyDeleteseram kowt..sabtu nie..fuhh
Assalamualaikum kak sophie. nk tye ckit nie. kalau speaking x oke achanner plak??takot la kalau2 broken english ke ape ker. sampai tmimpi2 taw.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam,, kak sophie.
ReplyDeletetq for the tips :)
sy dah pass interview.
kena belanja kak sophie ke ni?? hahaha
salam,, kak spohie, tq for the tips.
ReplyDeletei hv passed the interview.
kena belanja kak sophie ke nii?? hahaha
Good luck to everyone.
ReplyDeleteAinur: tahniah. tu rezeki awak. Tp kalau nak belanja pun boleh jugak. Seoul Garden satu! haha..
kak...sy lpasan matrik.. then dpt interview kt uitm ngan ukm... cane ngan LAM1 N LAM 2 TUH??? nk gi y mne ek??
ReplyDeletealhamdulilah saya dpt course ni...tips akak bynk membantu....tpi saya nk tnye....saya masuk nnti trus wat ijazah ke?
ReplyDeleteassalam .. akak .. thanks sbab ajarkan cara2 nak melukis .. kita da la xde basic melukis sebab kita amik akaun mse spm .. ttbe dpt pi tmuduga perancang bndar dan wilayah ,, akak cakap pirammid ssah nak lukis kan ?? kita pi cari tempat yang ssuai n x mnpka piramid tu .. hahahaah .. alhamdulillah .. kita diterima masok blaja perancangan bndar dan wilayah .. thanks kak !!
ReplyDeleteassalamualaikum .. akak .. thanks sebab ajar kita cara melukis .. kita da r xde basic melukis sebab kita amik akaun mse spm .. hehehe .. ttbe dapat plak tawaran pi tmuduga perancangan bandar dan wilayah .. akak ckp piramid ssah nak lukis kan ?? kita pi cari tempat yang selindung dari nmpak piramid tu .. hahahaha ,, alhamdulillah .. kita diterima belajar kat uitm kampus seri iskandar dalam kursus perancangan bandar dan wilyah ni .. thanks kak !!
ReplyDeleteSalam kak Sophie. Saya lepasan SPM last year and sy applied for architecture dkt uitm tapi sadly, sy tak diterima. Nak buat rayuan pula, senibina takde dalam list pilihan. Saya punya 2nd choice art&design tapi tu pun xde dlm pilihan rayuan. Saya betul2 tak tahu nak buat mcm mana. Saya betul2 nak archi atau art tapi sbb nak amek tempat dlm uitm, saya terpaksa buat rayuan untuk hotel mngment. It feels like my dreams and ambition dah hancur... Mcm mana saya nak buat akak? Possible tak kalau saya apply tukar course nanti kalau dah dpt tempat dkt uitm? Akak, please help T____________T
ReplyDeleteBukhari Ryo:
ReplyDeleteYer tepat sekali.
Amira:
Susah nak cakap. Sebab bergantung juga pada universiti. Kadang nama programnya berbeza. Setakat ni yang saya tahu ada Senibina, Senibina Dalaman, Senibina Lansskap.
Azizah Nassir:
Waalaikumussalam..Saya tak boleh bagi tips tu sebab saya sendiri tak tahu macam mana caranya. & setahu saya interview tu diberi mengikut lokasi kita.
Chantek 2 U:
Saya tak pasti sebab saya tak pernah pergi interview perancang bandar & wilayah.
Aini Shahroni:
Good luck though I'm already late.
Nurul Fazzilah Affikah Yusuf:
Waalaikumussalam. Belajar lah lagi. Jangan putus asa.
Anonymous May 19, 2013 at 12:33 PM
ReplyDeleteKalau awak dari SPM awak mestilah kena lalui Part 1 dulu. Takkan langkah2 punya. Good luck.
Anonymous May 20, 2013 at 1:18 AM
kalau awak dapat UiTM , yer, awak terus buat ijazah.
eca micha:
Waalaikumussalam. Tahniah dik ;)
Lini:
Possible tapi awak kena score pointer lebih 3.0. Kalau lebh 3.5 lagi bagus. Takpun cuba apply next sem. Either way pun memang risky. Good luck.
Molly Gi:
ReplyDeleteSebab tu saya sambung Part 2. Salah satu sebab faktor gaji la. Tak dinafikan kerja firm architecture mmg camtu. Kalau lucky, dapatla firm yang bg gaji ok & jaga kebajikan pekerja.
Cik Sue:
Good luck Cik Sue! Chayok2!
Anonymous January 4, 2013 at 10:12 PM:
Thanks kak. I will not give up, insyaAllah..
Hanamiko Sakura:
Most welcome walaupun kite bukannya buat apa2 pun.huhu.
Fuad Yazid:
Boleh je cuba. Apa salahnya.
Anonymous Miss A:
Thanks. You're an inspiration too ;)
Anonymous April 24, 2013 at 10:30 AM
Adeh..mana lah akak buat kira2 utk perbelanjaan sepanjang 8 sem ni..
Hamizah Huda:
architecture is not about sketches only. it's more than that. What should you do? Manage your stress ;) enjoy what you're doing.
salam, kalau nak sambung sarjana muda senibina landskap kena ada diploma apa kak ?? sebab bila saya tengok kelayakan , kena ada diploma senibina landskap atau yg berkaitan.. apa yg berkaitan tu ?? kalau kak tau boleh x bgtau... sebab result saya x berapa bagus.. x dpat jurusan diploma senibina landskap... thank you !!!! :)
ReplyDeletetrima kasih bnyak atas informasi anda...utk sesi disember 2013 , keputusa panggilan temuduga da kuor..then adik saya da dapat temuduga 21hb sep 2013...so sy rasa sngt2 membantu..trima kasih..semoga allah swt membalas segala jasa kebaikan anda n doakan jugak untuk adik bongsu saya =)
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki adik awak..
Deletekak sophie, kalau temu duga tuk senibina reka bentuk dalaman pun macam ni ka?
ReplyDeleteAssalamualaikum Sis, kalau guna archi lain macam moshe safdie takpa tak ? Saya minat jugak dengan buildings dia. Btw saya akan diinterview 19.4 ni. Aduh cuak sangat. Hahaha.
ReplyDeleteMestilah takpe. apa2 aje yang awak tahu. Mungkin lecturer tu sendiri tak kenal arkitek yang awak sebutkan so awak boleh lah cerita lebih pasal arkitek tu.
Deletenice info..sy dapat temuduga seni bina dalaman kat uitm 24/5 ni..saya sendiri tak faham sangat pasal seni bina dalaman..tak tahu la mcm mane jdnye..mengerikan atau mengembirakan..yang paling takut part nak speaking london bagai tu..semoga dipermudahkan..btw kalau sudi follow la blog saya :)
ReplyDeletesalam kak, kalau temu duga untuk interior design di uitm pun sama dngn temu duga ni ke? bedebar debar ni, saya try mohon second intake uitm..
ReplyDeleteSalam kak sofie..saye akan ambik bacelor senibina landskap di UPM..1.9.14 ni daftar
ReplyDeletekos ni same 'susah' tak dgn kos senibina? *huuu..soalan budak2
saya reply lambat tapi harap boleh jadi panduan untuk yang nak tanya soalan yang sama.
DeleteHakikatnya, saya tak tahu sama susah atau tak sebab saya tak study senibina lanskap. Jadi tak adil kalau saya kata senibina lagi susah (walaupun saya memang rasa senibina lagi susah. haha.). Masing-masing ada tahap kesusahan dia. Cuma yang saya ingat kalau senibina lanskap ni bila awak masuk belajar, kena hafal 100 nama saintifik pokok. (ni daripada apa yang budak senibina lanskap pernah bagitahu saya dulu)
auhh..okay kak..thank you...dh 2nd year pon skrg..huhuh
DeleteAssalamualaikum kak..saya amir...nk tanya masa temuduga lisan tu kene jawab dalam bahasa inggeris ataupun bahasa melayu ya??
ReplyDeletebergantung kepada panel yang akan interview awak.
Deletesalam kak :)) nice entry dan sangat membantu! alhamdulillah saya dapat panggilan temuduga uitm 18/4 ni. nervous ya amat dah ni. boleh akak bagi pendapat nak jawab kalau interview tu tanya 'whatis architect ? '
ReplyDeleteSis,sye langsung takde basic ape ape psl seni bina tapi dpt interview rabu depan😂😂is it safe mse interview tu sye ckp yg sye mmg x Ade basic ape ape psl seni bina ni? For lisan mgkn boleh Google tapi saye risau sangat untuk lukisan tu😩😩and it seems your post was last year but I really hope u will reply this 😥
ReplyDeleteassalam kak sophie ..saya nak tnye..saya dpt architecture kt degree...nnti dia akan belaja basic balik x?? sebb saya time matrik amik kos sains..n basic LK tu pon time sekolah menengah saya dh lupe...mohon bantuan kak sophie sebb saya takut nnti saya sorang je yang terpinga pinga dalam kelas..hehehe
ReplyDeleteRedah jela. Nak takut apa. Kalau rasa left out, catch up je balik. Jangan susahkan benda yang tak susah, jangan rumitkan benda yang belum jadi lagi =)
DeleteAssalamualaikum.. Akak Sophie…akak ade ws? sye nk tanye.. lebih details ttg interview ni… sye takut ble sye tanye akak tk reply… please…sye nk tanye ape soalan yg d ajukan nanti? Sbb akak lebih berpengalaman… mudahan akak reply… aminn… T_T… help me… nervous ni…
ReplyDeleteAdeh.Kalau saya bagi ws saya pun awak ingat saya ada masa nak layan awak? Kawan2 sendiri yang WS pun kadang saya tak tereply. Kecewa saya, dah share panjang lebar pasal interview ni lagi nak tanya lagi details? Ini sahaja yang saya boleh/mampu share. Selebihnya atas usaha sendiri. Usaha, doa, tawakal. Ok! =)
Deleteassalam...nak tnye senibina dalaman kena interview camni ke...portfolio tu macam mne plak sebb mse sekola xde ambik seni...xpe ke interview dengan tgn kosong, cuma ada sijil2 sekola je...risau sangat ni kak.
ReplyDeletewaalaikumussalam. manalah saya nak tahu senibina dalaman interview macam ni ke tak sebab saya tak pernah pergi interview senibina dalaman ni =) kalau tak ambil LK, takde lukisan-lukisan sketches sendiri, pergi jela dengan tangan kosong. Cakap jela takde. Kalau rasa risau, lukis lah sekarang banyak-banyak jadikan portfolio kalau kena interview.
DeleteHai adik-adik, macam mana lah korang nak masuk universiti ni kalau ejaan pun salah, short form tahap SMS ni apa cerita nih. Kasihanilah daku. T__T sedih ni tengok bakal graduan mengeja macam ni. Boleh hilang mood nak reply soalan.
ReplyDeleteasalam kak saya memang minat dengan course senibina ni tapi saya tak yakin dengan diri saya sama ada saya boleh go on ke tak bila sertai course ni yelah takut tiba2 down bila dapat pressure pastu nak tanya akak belajar math utk course ni tahap kesusahan dia macam mana?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Susah lah kalau belum cuba lagi dah tak yakin. Kena bagitahu lah diri sendiri yang awak boleh. If you think of negativity, negativity will come back to you. If you think of positivity, positivity will come back to you. Simple but true. Proven in my life. Pressure tu memang wajib happen but it's just a process kot. & waktu tu akan berlalu juga. Math masa belajar ada dalam subject structure. Dia macam fizik punya calculation but pretty basic. Takla susah sangat. Tak faham tanya lecturer atau kawan-kawan. Janganlah diamkan diri je. Tu je..
Deleteakak , saya ni paling tak tahu nak pilih apa untuk further studies . nak pilih law , but kecewa sangat sebab tak cukup lagi satu a . tapi saya boleh tahan minat dengan interior designing ni . but , saya tak berapa nak reti sketch , is it okay for the starters ? yelah sebab baru nak belajar kan ?
ReplyDeletekalau tak berapa nak minat, meaning macam 50-50 or so so je, plus tak pandai sketch.. Don't risk yourself lah. Pilih course yang ringan sikit okay. Yang bukan studio based.
Deleteakak ! what if a freshie cant even sketch ? still akan diterima masuk ke ?
ReplyDeletetry lah kalau nak tahu. Simple, right?
DeleteAssalamualaikum kak sya nk tnya la klau msa SPM kita x ambl lukisan kejuruteraan or pendidikan seni visual boleh x kta ambil course seni bina kat universiti???
ReplyDeleteTolong rajinkan sikit baca entri yang yang saya dah tulis, komen orang & my replies. THANK YOU.
DeleteTolong rajinkan sikit baca entri yang yang saya dah tulis, komen orang & my replies. THANK YOU.
DeleteThanks for this tips! Phew saya dapat iv this ahad. Cuak tak cuak. Huhuhuhu 😂😂😂
ReplyDeletedpt iv kt mna? kos ap?
DeleteALL THE BEST! Enjoy the cuak-ness. hehe.
Deleteassalammualaikum kak sophie ..
ReplyDeleteterima kasih utk nasihat tu ... it really help me a lot, ill make sure i make a practie out of it (broken skit xterer speaking) Hope ill meet you someday ... STAY AWESOME KAK and have a nice life also exiciting moment to live for ^-^
Assalamualaikum kak sophie , saya temuduga pada 23hb ni (sabtu), tapi untuk course perancang bandar & wilayah . So apa yang saya perlu study untuk temuduga tersebut? Harap kak sophie dapat reply dgn cepat supaya saya boleh prepare awal2 hmm pewlishhh:'(
ReplyDeleteSaya tak pernah pergi intervew perancang bandar & wilayah dik. Course saya senibina. Jadi macan mana saya saya nak tahu ya apa yang perlu awak study?
Deleteakak , nak tanya , kalau kita tak lepas interview ni , still ada peluang lagi ke nak dapat tawaran upu lain ?
ReplyDeleteMaaf, saya tak tahu macam mana sistem upu bekerja.
DeleteSesapa lg yg coming for the interview this ahad 25/4/2016 @uitm puncak perdana in animation..?nervous of coz..bit small issue on the art portfolio ke c d tu..all our sketchers INCLUDE yg masa kita buat folio art spm tu ke...pls n tq...n good info tu sis Sophie..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak sophie , saya dapat interview di Uitm Shah Alam pada 23 april tahun ni , saya cuma nak tanya , kos pembelajaran dalam bidang arkitek nii makan banyak duit atau sederhana ?
ReplyDeleteBergantung pada cara awak belajar. Dah pernah explain. Sila habiskan baca semua entri pasal tips architecture & studies di column belah kanan blog, berserta semua komen & apa yang saya dah reply.
DeleteBergantung pada cara awak belajar. Dah pernah explain. Sila habiskan baca semua entri pasal tips architecture & studies di column belah kanan blog, berserta semua komen & apa yang saya dah reply.
DeleteAnyone iv dkt SRI ISKANDAR 23/4 ni roger roger huhuhu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteMe. Me. Hope to see u there..😣😣😣 serious cuak 😭😭
Deleteassalmkm akak. saya nk tnya . hasil krja yg kna bawak tu , lakaran bgunan ke ? berapa bnyk knA lukis ? please respon ya .
ReplyDeleteApa2 jenis lukisan je. Bangunan lagi bagus lah kalau untuk interview senibina. & berapa banyak pun boleh.
DeleteApa2 jenis lukisan je. Bangunan lagi bagus lah kalau untuk interview senibina. & berapa banyak pun boleh.
DeleteAkak, saye nk sgt amek cos ni..tp tak dapat tawaran iv nye..kalau sye buat rayuan..rasenye boleh dapat tak ?? Kenape susah sgt nak dapat kos ni ea ???
ReplyDeleteRayuan cuma untuk course tertentu je dibuka. Kalau rayuan untuk course ni dibuka boleh la nak buat rayuan. Kalau tak dibuka maknanya tak boleh la. Try next sem. Susah nak dapat sebab ramai yang mohon tapi tempat terhad. Contoh, kalu UiTM, beribu yang mohon, tempat yang ada mungkin tak sampai 100 pun untuk satu semester. Sebab tu susah.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWuu..nice entry..okay tqvm akak..really appreciate that..nervous tuhan yg tahu��sye dpt iv sbtu ni..so akk..wish me luck okay??muahh ciked..btw lukisan akk tahap power..wkwk nice
ReplyDeleteAll the best. Doa, usaha tawakal. Lukisan saya tu tahap cikai je. Standard biasa budak archi je tu.
DeleteAssalamualaikum akak. Thanks untuk semua info. Saya cuma nak bertanya yg peralatan dalam arahan dan peralatan kena bawak cuma tulis 2B. Kirenye semua teknik hatching, shadow casting, rendering tu pakai satu jenis pensil je lah ye?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, Dia ada tulis 2B SAHAJA tak? Kalau saya, saya guna je pensel gred lain jugak (since tak kata tak bole guna pensel gred lain). Takda maknanya dia nak check setiap sorang tu guna pensil jenis apa. Tu mungkin gred minima sebab kalau 2H atau HB cair sangat. Guna 2B & 4B pun dah orait.
DeleteThanks akak. Mmg takpe pon. Janji pensil. Keputusan pon dah keluar. Hehe alhamdulillah.
DeleteSalam kak..selalunya kan...keputusan senibina ni kluar skali dengan upu diploma and asasi ni ke?
ReplyDeleteasalamualaikum akak , soalan interview dia setiap tahun sama je ke ? ada apa-2 tambahan soalan yang mungkin akan keluar tak ? sebagai contoh, soalan tentang pengetahuan kita tentang bangunan di negeri masing-2 ke ? . lagi satu lepasan matriks/stpm yang terus sambung degree in arch. ambil ujian part 1/2 sekali (dalam sepanjang tempoh degree) ? sebab apa yg saya faham part 1 dekat dip
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Soalan interview depends la kat penemuduga tu. Mungkin diorang ada guideline untuk soalan apa yang patut ditanya (yang of course lah saya tak tahu) .Ikut dia nak tanya apa yang bersesuaian. Untuk soalan kedua, saya tak faham sangat maksud soalan awak ni apa tapi saya cuba jawab ikut pemahaman saya. Contoh: kalau awak lepasan matriks/stpm, awak boleh ambil degree terus yang cover part 1 & 2 , contohnya di UTM selama 5 tahun. kalau awak asasi dari uia untuk senibina, then degree awak di uia nanti akan cover part 1 & 2. Depends pada uni sebenarnya apa yang dia offer. Tapi part 1 & 2 tu bukan ujian tetapi pengiktirafan. Maksudnya content pembelajaran tu kualiti dia layak sebagai part 1 & 2 dalam standard Lembaga Arkitek Malaysia. Harap explanation saya ni jelas.
Deleteassalamualaikum akak... 20/6 ni sy dpt temuduga pendidikan vokasional [binaan bangunan]. kos ni sama ke dengan kos senibina? gementar + excited tp BI sy tak berapa lancar buat sy x tentu hala.hehehe but tq ats perkongsian diatas.
ReplyDeleteassalamualaikum, lagi 3 hari sy akan jalani temuduga tuk course pendidikan vokasional [binaan bangunan]. adakah course nie sama dengan senibina?
ReplyDeleteAssalammualaikum, nak tanya kalau perempuan selain pakai baju kurung pakai jubah boleh tak masa temuduga?
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSaya lepasan pelajr SPM2016, dan saya nak taHu, kalau temuduga reka bentuk dalaman macam mana pulak ?
Hello.. Please kak.. Help me.. Saya ada iv id sabtu ni.. Bantu please
ReplyDeletelepas spm dulu tiap2 malam dok baca blog akak sophie nii..nak masuk asasi senibina laa kann..tapi rezeki plakk xde ..alhamdulillah dapat iv utk sains senibina dgn senibina dalaman umk 19/6 nii..thanks a lottt
ReplyDeleteSalam, sis saya ada interview 12/6 ni dekat UTHM tapi tempat dia kat Shah Alam. Saya nak tanya saya lepas stpm jadi kalau iv kena bawak portfolio kan tapi masa stpm dulu saya tak ambik seni cuma masa spm ja tapo hasil seni masa spm dulu dah lama hilang hehe . Jadi sekarang ni portfolio macam mana saya perlu sediakan. Mintak jasa sis terang saya masih tak berapa tahu pasai portfolio ni tapi jenis portfolio mcam mana saya perlu lakukan .
ReplyDeleteAssalamualaikum kak shopie, agak2 bila kite dpat thu iv kite tu brjaya atau x... klau kite iv bln 4 agak2 bile ye kite dpat thu... sama mcm trikh yg upu inform atau tak sbb course ni kan trus degree.
ReplyDelete*sorry klau ayat sye cam berbelit skit
Assalam kak. Saya minat dgn kos interior design ni tp time spm sy ambil aliran sains. Bole ke sy try ambil kos ni. Sbb maybe budakbudak yg ambil kos lukisan kejuruteraan lebih diutamakan kan?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,saye nak tanya,bidang seni bina ni peluang kerja die kat Malaysia banyak tak???
ReplyDeleteAssalamualaikum kak. saya nak kena interview online nanti. tapi kena ada semua details macam portfolio sebelum 21 Mei ni. boleh akak explain tk dengan lebih lanjut lagi pasal design portfolio ni. saya tk berapa faham sangat memandangkan saya tk amik seni masa sekolah. Terima kasih kak ��
ReplyDelete