Monday, September 13, 2010

Tips Membeli/Menyewa Rumah dari Pakar Macam Saya

Salam semua! Harap-harap anda semua sihat. Okeh apa pula yang aku mahu bebelkan hari ini? Oh yes~ Tips membeli atau menyewa rumah. Kenapa aku nak bagi tips macam ni? Aku bukan siapa-siapa *malu*. Aku cuma terpanggil untuk buat entri ni sebab yelah, aku kan pelajar senibina, kadang-kadang menyedihkan juga kalau tengok orang beriya-iya aje mahu beli /sewa rumah.Tapi tak tahu apa-apa tentang baik buruk rumah tersebut. Asal cantik aje nak.Asal buruk aje taknak pandang. Buruk memang la,aku pun tak mahu rumah buruk kan.huhu. Ok dah,diam dari membebel. Jom zasss tips dari aku.

*sebenarnya aku nak lukis kasi korang paham tapi barang-barang melukis tiada sekarang*

1. Orientation (bukan orientasi macam mingu orientasi) tetapi ialah kedudukan rumah tersebut mengikut kompas. Ha,nak beli rumah bawak kompas! Tanya pada diri sendiri arah matahari terbit dan terbenam. Terbit dari Timur dan terbenam di Barat. Kamu hendaklah tahu bahawa cahaya matahari petang jauh lebih panas dari cahaya matahari pagi. Jadi elakkan membeli rumah yang kebanyakan tingkapnya lebih-lebih lagi tingkap bilik tidur menghadap arah Barat kerana bahangnya akan membuat anda over tanned dalam masa setahun. Kalau tandas atau dapur yang menghadap barat takpe,cepat sikit kering.Kurang busuk.
*paham tak gambar rajah ni? Bahagian dinding yang memanjang dan banyak tingkap haruslah menghadap North atau South.* Ni hanya sesuai untuk iklim panas macam Malaysia.Kalau di overseas yang sejuk tu lain.Mereka lagiiilah mahukan panas.



2.Noise Reduction. Elakkan membeli/menyewa rumah yang menghadap/sangat hampir dengan jalan raya utama/highway. Kamu mahu ke tengah sedap-sedap tidur sambil mimpi jumpa bidadari bidadara tiba-tiba dikejutkan pula dengan bunyi lori trailer serta mat rempit Adnan Sempit dan abang-abang Initial D? Annoying kan?

3.Beli lah rumah yang ada overhang. ('sangkut lebih' ke dalam BM eh?). Overhang ni penting supaya dapat kurangkan bahang cahaya matahari daripada masuk ke dalam rumah. Aku selalu nampak rumah flat selalu takde overhang.Aku paham mungkin kerana cost.Kalau rumah kamu tiada overhang,bolehlah tempah sendiri.Jangan kedekut untuk keselesaan sendiri.

4. Crime Prevention. Ini sangat penting. Janganlah pilih rumah yang tersorok,terhujung yang sangat sunyi. Rumah depan padang mungkin best tapi dari segi jenayah? kalau aku perompak aku nak rompak rumah korang yang depan padang sebab takde orang nak jaga padang malam-malam.Paham? Selain itu, pastikan kawasan rumah kamu itu ada lampu jalan. Lampu jalan penting ohhh. Bukan sahaja boleh buatkan perompak cuak nak merompak,malahan juga dapat elakkan remaja-remaja daripada buat projek di depan rumah kamu
 kemudian buang bayi kat tempat sama mereka hasilkan bayi tanda nostalgia. OMG~

5. Cooling effect. Kalau kamu ada duit lebih sikit boleh lah buat kolam air pancut ke waterfall.Tanpa kita sedar wap air dari situ akan menyejukkan halaman rumah. Tapi kalau nak beli/sewa rumah tu pilihlah yang ada banyak ruang sikit untuk tanam pokok.kalau malas nak tanam pokok tanam rumput aje.Jangan pergi letak tiles kat seluruh ruang halaman yang ada.Rugi gilerr beb!! Pokok sangat penting untuk menyejukkan bumi dan bagi oksigen.Pagi-pagi bila embun turun kan best bila jenguk halaman dan rasa segar.


6. Cross Ventilation. Adalah lebih bagus kalau kamu boleh pilih rumah yang mempunyai banyak tingkap.Paling takpun satu bilik ada dua tingkap yang menghadap antara satu sama lain. Tapi kalau rumah teres atau flat agak susah. Paling best adalah banglo lah kan. Sila tengok gambar dibawah untuk lebih faham. Apabila angin masuk, ia memerlukan ruang untuk keluar. Apabila anda berada di antara kedua-duanya dimana angin tadi akan melalui anda,tak ke sejuk dan digin aje rasanya.? Ketiak anda yang basah juga boleh kering..(kuikuikui..main-main pulak dah..)
7. Avoid smells.Kalau kamu tinggal di Kondominium atau flat, elakkan dari memilih rumah yang dekat dengan rumah sampah. Kalau rumah kamu tinggi takpe, tapi kalau rumah kamu di Ground Floor dan kebetulan angin kuat melalui rumah sampah tersebut dan melalui rumah kamu..Masha Allah..Haruuummm~ takpelah jauh sikit.Exercise sikit.Pemalas betul kamu ni!

8. Material. Ini bergantung la.Khas pada yang ingin membina rumah sendiri.Maksudnya nak arkitek designkan.Kalau rumah siap tak boleh buat apa la sebab dah siap. Okey bagi yang mahukan arkitek design rumah kamu, pilihlah material yang best. Ingat kain aje ke ade material? Ok macam yang kita ketahui,Malaysia ni memang panas. Kamu boleh request untuk material dinding dan bumbung yang lebih sejuk. Tanyalah konsultant kamu.Dia lebih mengetahui. Harga boleh rundinggg..ehek eheks. Nak selesa tak boleh berkira kan.

Ok,setakat ni sajalah  jari aku berceloteh. Aku cuba sampaikan dalam bentuk yang kamu semua senang paham. Nak cerita detail tu macam stress pulak nak baca karang. Takpe,banyakkan membaca dan tanya pada yang pakar okeh. Aku sekadar share apa yang aku belajar.Ilmu kena lah kongsi kan.Tajuk entri ni saje je nak poyo kasi gempak.Padahal aku sedar siapa diriku ini.Hanya budak hingusan yang masih belajar dan tak punya apa-apa selain hingusnya.Yucksss!!

Nota Kecil Hari Ini:
 
Sebenarnya rasa macam jawab soalan exam subject Architetural Science pula bila type entry ni. Subjek tu bukan sahaja kena explain malah kena lukis sekali. Sem ni dah takde subjek tu.Rindu pula sebab dia besssstttt!! Lebih best dari Research Paper.Arghh stress pikir Research Paper!

8 comments:

  1. hahah..bergune entry nie.tapi ade masalah sikit lah..

    1. bile dah jumpe rumah yg sesuai ikut yg you tulis tuh.mahal la pulak.
    2. bile dah murah bnyak masalah la pulak rumahnyer..
    3.bile dah takde maslah rumah jauh dari kedai dgn kawasan sekitar la pulak.
    4.bile dah dekat dgn kedai, kukuh dn murah ade pencemaran alam la pulak kt sekelilingnye
    5. kalau semua tuh dah...jiran semua india dgn cina la pulak.mcm ner??? ikut jer la ape yg ade.tak gitu cik sophie??

    ReplyDelete
  2. macam-macam fahmie nie.

    1.rumah memang akan lebih mahal bila lokasi dia best.

    2.nama pun murah.takde masalah pn meby akan ade hantu.

    3.tak semua rumah yg takde masalah begitu.

    4.Pencemaran alam memang melanda satu dunia sebenarnya.

    5.Eh jgnlah racist sgt kamu nie.apa masalahny klau jiran bangsa lain?

    6.Kamu ni umur baru setahun jagung dah nak beli rumah ke fahmi?

    ReplyDelete
  3. tips yang berguna! like it!. huhu. nnty kalu saya buat umah. buat ciri2 yang ada mcm tu la~ hehehe.

    ReplyDelete
  4. seyes gua pergi kalo buat open house

    ReplyDelete
  5. aku budak biologi,
    jd tak pernah terpikir pon mende2 yg ko tulis ni..
    hhaha, dapat ilmu aku hari ni..
    syukur..
    btw, thanks..

    ReplyDelete
  6. pergghh!! patut la.. dak seni bina. ptot..la suka ye..tgk plan. hurm..sy ni kmpunan je la nk melukis cmtu.. xde rezeki. ;'(

    ReplyDelete
  7. leha:boleh2..nak suruh sy design pun boleh.. ;p

    hamzah ian: aku dah agak dah kau ni xkan tolak nyer bab makan free..

    cEro:sbb tu aku suka share.=)

    black roses:huhu..tp sy x lukis pun.tu amek dr google je.

    liquid:hehe.thanks..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...