Friday, May 10, 2013

Tips IELTS yang Takkan Dapat Di Mana-mana

Tajuk macam nak promote MLM ke apa aku nih. Tips IELTS PERCUMAAA dari Sophie Al-Yahya yang takkan didapati dimana-mana melainkan di Blog Sophie Al-Yahya sendiri. PERCUMAAAAA~ ok diam.

Baiklah, seperti yang dijanjikan, aku seboleh-bolehnya tengah perah otak ni fikir balik pasal exam IELTS yang aku amek hampir setahun lepas. Hurmmmmmmm... *lama nak pikir ni*

            
*menyarankan buku macam dalam gambar. mungkin sekarang design buku dah berubah.Wallahualam. But it's worth it.

Basically nak ambil exam IELTS ni bolehlah rujuk dengan British Council ataupun IDP. Jangan malas eh nak research website diorang. Korang ni asyik nak bersuap je (oh gila tak ikhlas aku nih bagi tips). Yuran dia memang mahal. Almost RM600. Kalau tak lepas kena ambil lagi. Sebab tu kamu kena buat betul-betul jangan bazir duit untuk exam yang harga dia begitu mencekik darah ni.

Macam yang aku katakan dalam entri lepas, exam ni ada 4 bahagian. Jadi aku akan cerita pengalaman aku mahupun kawan lain dan juga tips tulus ikhlasss dari iolss untuk uolss yang manjewww sangat nihh! (eh macam marah je Sophie)

Kalau orang tanya IELTS tu susah ke senang, susah aku nak jawab, ia bergantung pada individu lah kan. Subjective orang kata. Tapi bagi aku, ia tak terlalu susah, cuma tricky dalam masa yang sama sangatlah tak cukup masa nak menjawab. Kalau bagi masa lama bolehlah jawab dengan senang hati kan. Jadi anda perlu menjawab dengan smart, tangkas.

Aku tak ambil kelas IELTS, buang duit jelah. Baik korang Google Search je contoh soalan yang ada. Berlambak. Korang kena rajin mencari je. Untuk Speaking test, kat Youtube pun berlambak siap bagi tips lagi. Cuma extra effort aku ialah aku share beli buku dengan kawan aku.(sebab buku pun mahal dalam RM100+). Kalau nak beli sila beli yang siap ada CD untuk ujian listening. Kalau takde CD tu, rugi..rugiiiii..

University di UK kebanyakannya mahukan band minimum 6.5 ke atas. Ada juga yang boleh terima 6.0.. Top universities mungkin mahukan band 7.0.. Jadi jangan tanya aku, tanya universiti  yang korang nak mohon tu berapa requirement untuk lepas masuk uni tu, okey.

Kadang-kadang orang yang terer English pun susah nak lepas. Sebab nak jawab pun berformat & kena pandai tackle soalan. Eh macam nak main bola pula kena tackle2.Kena jawab dengan smart gituh.

So, straight to the point. (lepas mukadimah yang panjang lebar baru nak sraight to the point Sophie??)

Untuk exam Listening:
Okay, ini mencabar. Sebab conversation dalam tape itu, speaker nya adalah dari mereka yang native speaker, maksudnya tukang cakap tu memang mat salleh with British/Australian accent. Tak mainlah speaker dari Malaysian kan. Ada 4 section dalam test ni. Sebelum sesuatu section bermula, kamu akan diberi masa untuk baca soalan.

Tips saya: Bila baca soalan dulu, ingat key words. Bila conversation bermula, sambil dengar conversation, jangan sambil tu nak baca soalan, renung je blank paper, dengar dan kaitkan conversation dengan key words. Kenapa? Secara teorinya(sebab aku baca fakta sains ok), otak kita tak boleh fokus 2 benda dalam satu masa. Kalau kamu baca soalan waktu conversation runs, kadar tumpuan kamu pada conversation itu akan berkurang. Sebab tu baca dulu sebelum conversation bermula, amek key point & fokus pada conversation, bila conversation kena pada key point, catat roughly pada kertas. Lepas tu baru letak jawapan pada tempat kosong.

Komen:
Test yang sangat annoying. Bila tak dapat tangkap rasa macam nak suruh pengawas tu rewind tape je. Hisyh!!

Untuk exam Reading:
Paragraph untuk exam reading ni english dia high standard. Jadi kamu biasa-biasakan lah baca Reader's Digest ke kan. Jawapan pula walaupun dalam bentuk objective dan rupa bentuk yang lain seperti "yes" or "No" dan "True" or "False" tetapi fahamilah bahawa jawapannya juga adalah tricky. Kadang rasa cam nak bukak kamus je sebab tak faham perkataan.

Tips saya:
60 minit untuk jawab 40 soalan sangatlah kritikal sebenarnya sebab bahasa yang digunakan adalah tinggi. 40 soalan tu tak silap aku ada 4 ke 5 section camtu. Jadi bahagikanlah masa tu dengan berapa section yang ada. Contoh: kamu ada 15 minit je untuk satu section. By hook or by crook kamu kena gak siap jawab dalam masa 15minit tu. Lepas tu teruskan pada section berikutnya jangan gatai2 nak toleh lagi. Ini soalan bentuk pemahaman. Jadi baca dulu soalan, pick up key point. Bila baca paragrapgh, sambil baca & teringat keypoint yang kamu baca pada soalan tadi, terus garis. Jangan buang masa garis pakai pembaris. Free hand je tau! Lepas tu cepat-cepat jawab soalan.

Komen: To be honest masa memang tak cukup. Takda maknanya kau nak check balik jawapan kau. Jangan termenung langsung! LANGSUNG! telah ku katakan ini kritikal.

Untuk exam Writing:
Writings ni aku rasa macam okay je. Cuma kamu kena biasakan dengan format nak menulis tu. Kena banyakkan latihan. So far rasa macam okay je. Takde benda nak complaint.Haha.

Tips saya: Jawab ikut masa yang ditetapkan. Jangan lebih-lebih nak buat ayat novel bunga-bunga. Ayat biar straight to the point, padat dan jitu, gituhh! Sila buat latihan pada buku yang ada skema jawapan so that anda faham apa yang saya maksudkan dengan format nak menulis. Lepas tu jangan tulis lebih dari words yang ditetapkan. Lagi panjang anda menulis, lagi tinggi kebarangkalian anda untuk membuat kesilapan tatabahasa etc. *kan dah bagi hypothesis pulak kan..*


Komen: Yang menjadi masalah bila topik yang keluar tu kita tak faham maksud perkataan dia apa. Selebihnya okey je.


Untuk exam Speaking:
11 to 14 minutes.Boring betul aku dapat examiner ni orang Malaysian muka ketat. Nasib baik dia luluskan aku. Phew. Sebab ada gak kawan aku yang dapat examiner memang betul mat salleh. So boleh rujuk entri sebelum ni pasal cara-cara exam speaking ni berlangsung.

Tips saya:
Masa ni banyak study dengan kawan. Dia tanya soalan, aku jawab sambil kawan tu record timing. Kadang depan skype ke. Kalau bukan dengan kawan pun aku duk dalam bilik atas katil, pandang dinding, aku yang tanya soalan, aku yang jawab depan dinding. Sebab sorang-sorang kan, nak pandang cermin rasa annoying pulak tengok muka sendiri membebel depan cermin kan. So yeahh, praktis lah aku depan dinding. Set time juga jangan terlebih masa. Kalau boleh rakam suara so that bila dengar balik boleh identify tang mana grammar kita silap.


Komen: Jangan rumitkan kepala sangat fikir jawapan kita bagi tu betul atau tak. Nama pun exam speaking, bukan critical thinking. So basically nak tengok kita boleh speak fluently atau tak. Kalau boleh jangan gagap-gagap.


Tips lain yang berguna:

1. Dengar radio yang menggunakan bahasa pengantara bahasa Inggeris. Walaupun accent Malaysian tapi takpe, telinga kita nanti pick up perkataan-perkataan dan grammar yang digunakan walaupun Manglish but it's okeh bebeh daripada kau layan Johara di Pagi Era untuk persediaan menjawab IELTS. bikin sakit perut nak gelak je.

2. Kalau awak masih bersekolah atau lambat lagi nak apply sambung belajar, rajinkan baca buku berbahasa Inggeris. Mulakan dengan Engslih yang tak berapa nak high standard sangat.

3. Bila pasang movie berbahasa Inggeris, cuba tutup sari kata berbahasa Melayu. Supaya anda peka dengan pertuturan pelakon tu.


p/s: kadang-kadang rasa menyedihkan bila budak-budak takut nak pergi interview senibina sebab mostly kena speaking. Cuak sangat-sangat lah pendek cerita. Selalu lah aku dapat email dari adik-adik yang risau nak berbahasa Inggeris. Tapi to be honest kalau kamu risau, dari sekarang kena ubah sikap. Face your fears. Sebab dulu pun aku tak terer English. Tak la pula nak kata terer kan sekarang. Aku ubah sikap masa Form 2, because I care about my education wise. Since then every English exam dapat A, sampai ke university, sampai ambil exam IELTS pun Alhamdulillah lepas  tanpa perlu repeat walaupun takde masa nak study sangat sebab bekerja. So yeah, kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih. Memang betul peribahasa ni. So chayok2!!! Jangan jadi Malaysian yang mudah putus asa dan selalu takut! 



35 comments:

  1. Thanks thanks thanks thanks thanks thanks thanks thanks thanks thanks thanks thanks thanks !


    ReplyDelete
  2. saya pun ada masalah bila nak bercakap bahasa inggeris terutama kena speaking dalam group. tapi alhamdulillah lulus cuma keyakinan tu masih tak ada. sekarang pun masih improve lagi guna bahasa inggeris yang bukan high standard tu.hehe.

    good tips sophie!

    ReplyDelete
  3. hahaha tolonglah jgn jadi macam I study IELTS a day before exam! Penangan nak final exam ACCA jua! :) Alhamdulillah everything run smoothly. Thanks for sharing the tips and support too!

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana sudi berkongsi tips ini.

    memang lengkap dan padat.

    ReplyDelete
  5. Salam. Hi u! just found ur blog masa blogwalking cari 'study in UK'. my husband nak further study kat Warwick Uni September ni. dlm masa yg sama dia bekerja dan mcm u jgk la, kekurangan masa nak attend class for IELTS. thanks a lot utk tips2 ni ye ;)
    klu u tak keberatan, boleh tak cerita sikit experience life kat sane, any of ur friends yg maybe buat part time job kat sane. i kt sini bekerja, masih dlm perancangan nak ikut husband or not. kene pk bnyk hal especially living cost sbb i nak kene quit my job and Mara tak provide allowance for spouse. any suggestions from u dear..? *sorry komen pnjg berjela even 1st time baca blog u. thanks in advance :)

    ReplyDelete
  6. haaii..terjumpa blog awk ni nak cari info pasal ielts.. nice blog.. saya akan ke nz april depan.dpt mara jgk.ade la baca sikit2 blog awk tuh.ade cter pasal kwn kena dismis la.hehehe saya pun salah sorang kena dismis masa kat uitm dulu.tp sy bkn amek kos senibina.hehehe sedih + kelakar pun ade klu ingat2 blk.

    ReplyDelete
  7. jmpa blog awak ni masa nak cr info psl ielts..insyaAllah saya akan ke nz april dpn.saya dpt mara jgk.ade la baca2 skit blog awk nih.ade cter psl kwn kena dismis la.sy pun penah kena dismis dulu waktu kat uitm.amek akaun masa tuh.kelakar+sedih klu ingat2 blk.hehehe

    ReplyDelete
  8. nice tip. nak try ambik IELTS juga ni nanti untuk ke oversea.

    ReplyDelete
  9. Salam sophie..slalunya kedai buku apa yg jual buku eilts ni? Popular ke? Or specific book shop je?

    ReplyDelete
  10. thanks a lot utk info ni kak sophie. saya baru berkira-kira nak ambik IELTS ni.

    ReplyDelete
  11. Sofiya. Thanks ya..

    Nis takut speaking haaaa.harhar..

    ReplyDelete
  12. kat mane bleh amek ielts ni? nk dftr muet kt mne ye?

    ReplyDelete
  13. HI. Thanks for sharing with us. I really enjoyed reading these tips for the IELTS test. Thanks once again.
    IELTS Coaching in Chandigarh

    ReplyDelete
  14. Thankss for this... Nk jgk stdy kt luar negara tp mcm x berani tp tips untuk increasekn english ni mmg usefull sgt tq dear for sharing may Allah bless u

    ReplyDelete
  15. Thank you very much for the tips..if you dont mind,can you share a few tips to improve our daily conversation in english?

    ReplyDelete
  16. Thanks for the tips!

    Sangat membantu. Baru lepas habis dapat result MUET sesi Mac 2015. Sekarang nak fokus pada IELTS pula sebab dapat tahu kena prepare awal awal sebab dah last sem =)

    Target Aussie! Aussie! :)

    ReplyDelete
  17. Tips ringkas utk IELTS takers..
    1. IELTS dibuat oleh British Council. Oleh yg demikian biasakan telinga anda dengan accent British @ UK. Banyakkan dengar radio dr british (boleh dengar online) dan banyakkan dengar test speaking IELTS di youtube. Cara ini banyak membantu sy dlm speaking dan jg develop kemahiran listening. Perlu di fahami.. listening ini adalah kemahiran dan berkait rapat dengan pemahaman anda terhadap maksud sesuatu perkataan. Accent British sangat berbeza dengan accent America.

    2. sy x mempunyai rakan untuk berkomunikasi dalam inggeris ? Bukan masalah besar.. kerana sy juga begitu. Namun sy berjaya juga mendapat 6.5 dlm speaking (kalau ada rakan, pasti boleh dapat band 8). Download aplikasi speaking dr playstore dan practise lah bercakap.. mula2 akan kekok, tp kemudian akan biasa. Soalan2 IELTS ini senang namun akan jd susah kerana kurangnya point dan pengetahuan am anda terhadap sesuatu isu yg di soal. Cara sy, jika x tahu, sy akan google dan kemudian akan guna informasi tersebut sebagai peluru jika di soal nanti. Contoh : who are the mmfamous person that you adore the most ? Soalan ini susah jika anda tidak bersedia.. oleh itu, sy google famous person yg sy minat dan sy boleh hafal beberapa perkara menarik dlm hidup/karier mereka. Dlm soalan ini, peluru saya ialah Many Pacquaio petinju philipine.

    3. Reading adalah bahagian yg tricky kerana anda perlu mencari jawapan dr artikel yg panjang. Cara sy, sy baca sekali imbas dlm 2-3 perenggan sahaja.. kemudia pergi ke soalan. Lazimnya soalan satu jawapannya di perenggan 1,2. Begitu lah seterusnya.. percaya lah..semakin anda menjawab soalan2 seterusnya anda akan secara tidak langsung membaca keseluruhan artikel yg diberi. Hati2 dengan kehendak dan arahan soalan.

    4. Dlm writing biasanya task 1 kita perlu menghurai dan menjelaskan graph , carta pai, peta etc. Task 2 (academic) akan diberi soalan advantage or disadvantage, agree or disagree. (General) biasanya akan buat surat. Sy ambil academic. Task 2 bg sy amat menarik terutama kepada yg punya banyak idea. Banyakkan buat soalan. Dan tumpukan isi untuk menjawab soalan. Cara saya, sy akan buat 4 isi di mana 2 isi utk advatage dan 2 lg utk disadvantage.begitu jg dengan agree disagree...
    Utk task 1, banyakkan buat latihan rujuk latihan2 online dan cubalah hafal kata penyata contoh gradual increase, climbed, peaked, rocketed, decline, fell, unchanged etc..

    Last but not least, biasakan diri anda dengan bentuk soalan..study smart..dlm speaking percayalah..anda x akan boleh bercakap english dengan hanya berlatih speaking dalam otak.speaking adalah skills di mana anda perlu menyebut dan menyuarakan sesuatu perkataan. Jika anda selalu berinteraksi dalam melayu anda akan mengalami sedikit kesukaran utk mengkoordinasikan bibir, lidah.. oleh itu, anda x harus berlatih speaking dlm minda..tp anda boleh berlatih dengan berbisik atau x bersuara tp memggerakkan bibir, mulut dan lidah mengikut perkataan yg di sebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih semua..bagus la korang.. sngt hard work..sy terinspirasi nk ambil eilts

      Delete
    2. Terima kasih semua..bagus la korang.. sngt hard work..sy terinspirasi nk ambil eilts

      Delete
  18. hai sis, mana boleh dapat buku tu eh? harap sis boleh bantu. thank you sis ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah kat kedai buku.. =) =) =) try Kinokuniya or Popular ke MPH camtu & tanya terus staff dia.

      Delete
  19. this 1, ielts test for general training or academic ye? cuz dia ada slightly difference pasal dia punya fee.

    ReplyDelete
  20. Thanks for the tips. Good read! 😊

    ReplyDelete
  21. Sorry sis nak Tanya if dah ambil ielts kene ambil muet ke ?
    And then Sis tahu tak SAT . Hah kalau dah ambil sat tuh kene ambil mUet ke ?

    Almost to graduate my fondantion skrg tgh kira2 sama Ada nak smbung Malaysia or luar . Tuh nak tahu tuh untuk English test nih mana satu patut saya ambil. Confused ah and saya tak berapa tahu pasal exam2 English nih tak didedahkan. Saya dapat tahu kalau nak Sambung degree kene ade English test nih tuh harap sis jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, kalau awak nak sambung dalam Malaysia, ambil lah Muet. Kalau nak sambung oversea, dah confirm dapat tempat barulah ambil IELTS. Tapi IELTS pun tengok lah negara mana yang awak nak apply. Boleh google je.

      Delete
    2. Salam kak sophie, saya agak confuse sekarang. Kena dapat offer letter from the university dlu baru ambik IELTS atau ambik IELTS dulu untk apply university?

      Delete
  22. Salam kak sophie. As i know, ambik muet utk further degree di Malaysia. Ielts utk further degree di uk, aussie and nz. Toefl pulak utk further degree ke usa, canada, italy. Kalau nak further je negara2 asean pulak nak kena ambik apa? Mohon kak sophie or sape2 yg tahu reply me asap pls.

    ReplyDelete
  23. Salam... Dalam pengajian nak smbg International, sy kena nyatakan IELTS,... So camne ? Dalam masa sebulan perlu diisi... Sy bru tau... Jangkamasa result IELTS brp lama ye ?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...