Saturday, May 25, 2013

Ujian

Aku tahu ramai yang teruja kalau dapat study overseas atapun mengenali sesiapa yang belajar di luar negara.

Hendaklah diingatkan juga, terkadang ujian datang sewaktu kita jauh dari orang-orang yang kita sayang. Sebagai contoh, kawan baik aku, selama hampir 2 tahun di bumi UK ni, dah 3 orang ahli keluarga rapat meninggal dunia tapi dia tak dapat nak balik. Dia kehilangan nenek, atuk dan makcik.
Aku percaya setiap orang ada ujian masing-masing cuma ujian ketika berada di negara orang ni aku kira lebih berat dari biasa.

Aku  juga, boleh dikatakan baru melalui satu fasa, ujian yang maha berat bagi aku. Satu fasa yang begitu menyedihkan bagi aku yang selama hampir 25 tahun aku hidup ni itulah kesedihan yang aku rasa paling sedih dalam hidup aku, itulah tangisan yang paling tragis dalam hidup aku memandangkan aku ni bukan jenis yang kuat menangis.. Aku bukanlah kehilangan sesiapa, cuma ujian datang waktu aku jauh dari orang-orang tersayang.

Walaupun ada sahabat baik disini, terkadang bercerita tentang masalah bukanlah solusi untuk aku sebab bagi aku bercerita apa-apa pun masalah bukan boleh selesai. Sekadar nak meringankan beban, berapa % sangatlah beban tu dapat diringankan. Makanya kadang-kadang aku lagi suka berdiam. Cuma yang menyesakkan dada tu bila pergi library, menghadap luar tingkap, termenung, air mata mengalir.. Berjalan sensorang, terkenang apa yang jadi, air mata mengalir. Dalam selimut pun hingus nak meleleh. Eh..! Sungguh, ujian tu maha berat tapi aku sentiasa sematkan dalam hati "Allah tak turunkan dugaan kalau kita tak mampu hadapinya" hanya itu yang jadi kekuatan aku.Kalau tak aku dah gila. Mungkin inilah saatnya, bila aku jauh dari orang-orang yang aku sayang, aku cuba untuk lebih dekatkan diri pada yang Esa. Banyak kekurangan yang aku nak baiki dalam hidup aku ni, diri aku ni.

Aku sendiri pun tak percaya tahun 2013 ni macam tahun drama bagi aku. Tahun air mata aku panggil. haha. Kadang sebab aku malas nak cerita apa-apa pada orang ialah sebab orang selalu cakap "Sophie kau kuat.." atau ayah aku kata "I know deep inside you're a very strong girl". Tapi bagi aku, sometimes aku rasa macam nak menjerit "Give me a break people! I'm not that strong.. Just let me cry and leave me alone okay.." Sometimes i got annoyed with this kind of situation that's why I remain silence.

Studies aku pun agak affected tapi that's okay, aku belum putus asa selagi belum hari submission. Aku takkan menyerah macam tu je. Sampai saat terakhir pun aku akan tetap usaha untuk improve studies aku.

Sebab situasi macam ni yang aku selalu alami sebelum-sebelum ni.:Rasa down-->almost give up--> Sedar diri-->Wake up bagi penampar sebijik kat muka--> Tak give up--> Go on---> Yeay lepas juga akhirnya.--> mengenang waktu hampir give up dulu--> rasa bersyukur tak give up.

Lately aku banyak terima email mahupun soalan pasal tips architecture. Apa-apa tips aku bagi dalam ni aku ikhlas nak bagi. Even aku rasa happy sangat bila orang bagitahu dia lepas interview senibina UiTM & ucapkan thanks pada entri Tips temuduga senibina tu. Walaupun aku percaya tu adalah rezeki diorang lah kalau diterima masuk bukan sebab tips aku. Dan aku selalu berusaha menjawab soalan berkaitan kerjaya ke apa-apa lah pasal nak study overseas atau architecture dalam email.. I will try my best to answer but please don't give me irrelevant questions yang kadang-kadang boleh buat aku rasa annoyed..  Aku percaya kalau aku ikhlas nak tolong orang, insyaAllah jalan aku pun akan dipermudahkan. & Alhamdulillah kat sini bila ada saat-saat getir tu, Alhamdulillah sangat ada je yang datang membantu. Aku tak tahula, aku percaya Allah ada.    =')  Jangan lupa Dia aje.



p/s: tengah kritikal untuk subjek Design.. Kenang daku dalam doamu.. sobs..sobss..sobbsssss.. T__T 29 May ni final submission. Rasa macam antara hidup dan mati je feeling dia. Haih.. Takpe lepas ni aku bercuti jap.

10 comments:

  1. sophie stress sbb study ke or homesick? all the best..

    ReplyDelete
  2. walau sekuat manapun kita, ada juga hari-hari yang menjadikan hati kita rapuh. hati rapuh ni bukan maksudnya tak kuat.. kadang kerana beban yang ditanggung terlalu berat, kadang kerana sunyi tanpa kehadiran orang tersayang disisi..dan banyak lagi sebab lain.. jika tiba saat itu, gugurkanlah airmatamu.. kerana setiap airmata yang gugur tu bukan bermakna kamu lemah, tapi ia adalah sebagai permulaan untuk kamu menjadi seorang yang lebih kuat.. good luck ya... :)

    ReplyDelete
  3. kak sophie..jangan putus usaha.
    majulah arkitek untuk malaysia

    ReplyDelete
  4. all the best kak sophie
    moga tabahh..
    mcm mira lah,duk mesir ni,,kdg2 pun rasa down,,T,t

    ReplyDelete
  5. mmg begitu lumrah alam.. mcm2 kita akan rase tak kira dekat atau jauh.. satu jer, dekatkan dri dgn Yang Maha Esa.. insyaAllah, akan tenang hati dan rasa mudah jer segala urusan..

    I know u r strong babe

    ReplyDelete
  6. sis, kuatkan semangat..kadang2 mmg ada ujian2 yg x diduga..tempuhinya dgn sobar...

    ReplyDelete
  7. Be tough..be strong..Hidup ni mmg tak pernah mudah Sophie..ingatlah,kalau kita tak pernah rasa susah,kita takkan hargai rasa senang...Akak doakan yg baik2 je untuk Sophie k..take care.. :)

    ReplyDelete
  8. kak sophie jangan putus asa ok? Allah will always listen to your prayer..^_^

    ReplyDelete
  9. goodluck kak sophie..cepat2 habis belajar..lpas tu balik malaysia tau!!

    ReplyDelete
  10. goodluck kak sophie..cepat2 habis belajar..lpas tu balik malaysia tau!!

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...