Tuesday, December 7, 2010

Siapa Baru Buat Blog Tahun 2010, Jom Join BPM sama-sama!

Salam Maal Hijrah semua. Macam mana? Ada yang menyambut Awal Muharam tak? Kat sini ada lah juga buat sambutan di Masjid.

Okey, hari ini aku mahu post entri berkenaan Blog Baru (2010) Pilihan. Kalau ada yang masih belum tahu, kategori ini diwujudkan sebagai satu platform kepada blog baru  supaya dikenali oleh ramai orang.



Bagaimana nak sertai? untuk kategori ini anda perlu membuat satu entri yang ringkas tetapi menarik. dalam entri tersebut anda perlu:
  • letakkan link blog BPM in..
  • nyatakan bila tarikh entri pertama blog anda. (sertakan link sekali)

Okey, tarikh entri pertama aku ialah pada 9 Jun 2010. Entri bertajuk "My Sangat Surprise Party". 
Entri ni berkisarkan tentang surprise party sempena hari lahir ke 22, 2 Jun yang lalu. Serius sangat surprise dan sememangnya hari yang tak dapat dilupakan.


Okey, walaupun admin tak cakap kena bagitahu kenapa anda berblog tapi aku tetap mahu bercerita serba sedikit kenapa aku berblog. Asalnya aku mulakan dengan notes di Facebook. Aku gemar menulis di ruangan tersebut dan post di Facebook. Kemudian ramai kawan komen dan bagi suggestion untuk aku berblog. Macam lebih sesuai la kalau nak bercerita apa pun.Antara yang bagi sokongan penuh ialah arwah Paan Zailani.


            Jadi bila aku dah mula berblog, aku rasa puas. Sebab aku boleh taip dan bercerita apa sahaja yang terlintas dan sertakan gambar yang aku ingin kongsikan. Dan kawan-kawan pun rupanya mengaku selalu baca blog aku untuk update cerita dan keadaan aku. Tak dilupakan juga pensyarah dan adik-adik kawan aku.huhu..  T_T  Dulu pembaca aku tak ramai. Follower dan orang yang komen pun sikit. 1,2,3..10 dan sekarang Alhamdulillah follower dah mencecah  409.Yang komen pun semakin ramai.Syukur~  Semuanya perlukan kesabaran, dan jangan sombong. Sebab kita bukan siapa-siapa tanpa pembaca setia.

            Oleh itu aku mahu mengajak semua rakan-rakan bloggers, semua pembaca yang terlintas di blog ini, marilah kita terjah anugerah yang julung-julung diadakan ni. Tak menang,takut nak masuk sebab tak glemer takpe, itu belakang kira.Kita pun baru buat blog kan.  Tapi insyaAllah traffic anda akan naik. Sebab mesti orang nak usha satu persatu contestant kan. Tak percaya cuba tengok top post aku. Dua daripadanya ialah daripada contest. =)  Apa lagi?? Mana tahu bila blog anda diusha ada yang berkenan dan follow terus blog anda pula kan.


TARIKH TUTUP: hari rabu (8 disember) jam 3 petang

GO! GO! GO! KAWAN-KAWAN!!!! 
tinggal 1 hari aje lagi Peah oiii!!!

16 comments:

  1. i ingatkan u dah lama berblog. hahahah

    ReplyDelete
  2. alahai.taknak la masuk.fahmie main blog bukan untuk jadi pilihan malaysia pon.fahmie main suke2 jelah sophie.hehehe.ape2 pon.gud luck untuk sophie okey.^_^

    ReplyDelete
  3. yuo2 sofy xsombong tu sis suka tu
    gud luck sygg
    ;)

    ReplyDelete
  4. yuo2 sofy xsombong tu sis suka tu
    gud luck sygg
    ;)

    ReplyDelete
  5. blog ee buat tahun 2009. ala, takleh join T.T

    ReplyDelete
  6. gd luck sophie....salam maal hijrah...

    ReplyDelete
  7. jemputlah singgah ke blog yea. ade contest menarik. jomlah join!!

    ReplyDelete
  8. all the best akk
    mira xleh join,,mira buat blog taun lps,,hee

    ReplyDelete
  9. goodluckk dear sis sophiee!!!:D i bru buat this year blog, tp malluuuu laa nk joinn.. wuhuhuhuhuhu:)) blushinnn blushinn suka malu2 kucing nii. haha:D

    well, goodluck again dear!!!

    p/s: thanks for follow and drop me comment!! i dh lama follow u sygg! hehe

    ReplyDelete
  10. gut luck sis..sya baru agy follow blog sis..sgt2 menarik..:)

    ReplyDelete
  11. jgn lupa undi SJ jugak taw, no 227 http://shahjiehan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. singgah...good luck
    feel free to follow my blog
    http://www.vnazone.blogspot.com
    keep support each other

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...