Thursday, December 23, 2010

Mungkin Aku Dah Jadi Pencuri Hari Ini

Hye semua. Rasa macam dah lama tak menulis betul-betul.
Kadang-kadang aku tak pasti aku harus menulis tentang apa yang orang nak baca dalam blog ni,
atau menulis tentang apa yang aku rasa. Bila fikir balik tujuan aku menulis blog, yer.
Aku pasti, aku akan menulis tentang apa yang aku rasa, apa yang aku alami dan apa yang aku fikirkan.
Kalau orang nak baca Alhamdulillah,
kalau orang taknak baca, SadaqallahulAzim.

Harini aku betul-betul sibuk. Drive kehulu kehilir.Tak perlulah aku cerita banyak yang penting aku dah ambil kereta aku yang kena langgar di bengkel. Selain kelas renang, aku pergi kemas barang, ambil barang-barang aku di rumah sewa. Aku kan dah tak jadi student sekarang. Nyehehe..

Berbalik kepada cerita, tadi aku ke Pasaraya Bintang (ala-ala Giant tuuuu..) Aku nak cari kotak terpakai sebab nak angkut barang di rumah sewa.
Pekerja situ suruh tanya security yang jaga di tempat pemunggahan barang (loading bay)
Seorang pak guard bermuka ketat sedang duduk dan tandatangan kertas simpanan barang agaknya.


Aku :"bang, ada tak kotak terpakai yang dah tak guna?"

Abang tu: Kotak? nak buat apa? (sambil buat muka ketat)


Aku: saya nak letak barang bang.Nak angkut buku. banyak kalau nak angkat satu-satu.

Abang: Takde, semua kotak basah. 


Aku : (sambil pandang sekeliling) Ok.

Memang aku nampak ada kotak yang basah. Tapi bukan semua. Memandangkan pak guard tu buat muka ketat kat aku, aku buat muka ketat kat dia balik. Siap angkat kening Ziana Zain aku bagi.Huh!

Oooo...Dia ingat aku bodoh ke apa? Pasaraya sikit punya besar kau nak kata takde kotak yeee?? Dulu aku mintak kat Mydin pekerja dia siap bagi satu troli penuh lagi kotak. Nampak sangat kau pemalas ya Pak Guard.

Aku tak kira! Aku nak jugak kotak! Aku tengah rushing. Aku cari kat area air mineral. Usha-usha, sikit punya senang dapat kotak. Banyak pulak tu. Siap berlipat dah. Kotak terpakai Minyak Seri Aji lagi tu. Aku usha atas, bawah, kanan, kiri, 360 degrees. Yess! Takde CCTV. Aku ambil 3. Takut juga nak melepasi kaunter. Ingat nak buat-buat beli barang terus. Tapi pikirkan tengah takde duit, ahh lantak kau lah labuu.. Aku jalan je straight buat muka confident. Aku pikir kalau ada orang panggil or tahan aku nak buat-buat tak dengar aje.

Hehh! Akhirnya aku keluar Pasaraya Bintang dengan penuh bangga sebab tak kena tahan. Hehehe.. Nak buat salah kena buat muka confident sikit. Lalala..

Aku bukan jenis mencuri. Masalahnya memang aku sangat perlukan kotak terpakai. Selalunya kalau mintak di mana-mana pasaraya memang dapat. Tapi kali ni aku terpaksa buat macam ni. Adik-adik janganlah buat perangai macam ni yer.. Kotak terpakai tahan lagi, esok lusa aku nak amek Milo ke cokelet ke haru ehhh..

12 comments:

  1. restoran sebelah bintang tu best! hehe.

    ReplyDelete
  2. Hari tu ade mintak dekat mydin melaka tu, sebelum I pg tu dah ade member mintak boleh aje kasi tapi bila I pg mintak dia tak nak bg. dia cakap kotak nak guna. cis, kedekut betul.

    ReplyDelete
  3. lebey kurg je kes kite ;p

    taun lepas bahagie je amik kotak kosg kt kdai.Ujung taun ni, tibe kene bayar lak.Nasib baik amik byk dpt murah. T_T

    ReplyDelete
  4. wah, beraninya sophie....
    tak pe...kita tak salahkan...biasalah tu....saya pun pernah buat jugak...opps...kantoi..hehehe...
    tapi tak pernah lagi lah amik kat supermarket...kat kedai runcit tu pernah lah...tapi itu pun setelah di'approve' oleh mak cik kedai...

    ReplyDelete
  5. mesti puas hati kan? haha.

    anyways, hanjeng btol pakguard tu. keje guard je kot. emosi. mungkin period. kan?

    ReplyDelete
  6. haha suspen2. nmpk sgt pak guard tu malas. haihh

    ReplyDelete
  7. kalau malas , ada je alasan grr -,-"

    ReplyDelete
  8. wa..bagush2 .bukan slh pon.bukan mencuri .tp alang2 masok kan jew la cokelat kt lam kotak tuh :)

    ReplyDelete
  9. ayeem : restoran ape tu? mcm x best je ..Bintang Walk tu nampak mcm best.tp makanan x sedap.

    Pja: mmg kedekut kuda taik idung masin kan..

    anisa: nak hidup ni kena sempoi la.. ;P

    mira: huhuhu..dah ade demand, boleh la letak harga kan..

    j-sweet: terpaksa memberanikan diri ..Huuu..

    amir: serious pemalas weh..muka ketat.Grrr! Blasah pun best.

    Nad: a ah, aku rasa malam tu die gaduh dgn bini la.

    amalina: mungkin la..xpun malas nak layan..budak hingusan mcm I.uhuks.

    Miss fiza: cool!!! tp, hurmm..nanti jd darah daging...haram pulak..

    ReplyDelete
  10. pencurik!! tahniah, bang polis telah dihubungi..tunggu laa nnti kene tahan....ayukkk!

    ReplyDelete
  11. tau nk kotak boleh mintaq dgn saya..;)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...