Tuesday, December 7, 2010

Dating Bersama Kasyfi di Zoo Ikan

Hahahaha.. tajuk macam bakal kena lempang dengan seseorang aje. Eh tapi..tapi tapi... Kasyfi ni anak murid aku aku berumur 9 tahun. Sebagaimana yang dijanjikan pada anak-anak murid . Lepas kelas aku nak bawak mereka ke Akuarium (ala-ala Aquaria tapi free) kat tepi Wet World Shah Alam tu.. Tapi apakan daya, hari itu Kasyfi sorang aje yang datang kelas. Yang lagi 5 orang tu satu famili. Tak dapat datang sebab ada hal. Tapi sebab dah janji dengan Kasyfi & dah bagitau ibu dia suruh datang lambat sikit, aku pun bawa ajelah Kasyfi sorang aje pergi Akuarium. Kebetulan Zahra Masoumah Si Perenang Selat Malaysia yang selalu gakla keluar majalah dan surat khabar tu pun cakap nak join.So kami pergi bertiga aje.

Tempat tu luas, dan rasa nyaman. Tenang rasa tengok ikan-pelbagai jenis ikan.

Ikan yang first sekali aku wajib tengok kalau datang sini ialah ikan terbesar yang ada kat sini. Aku tak pasti nama dia apa tapi tak silap aku ikan Arapaima gigas (sejenis ikan Amazon). Memang besar. Mungkin lebih 2 meter panjang badan.


*besar kan ikan kat atas ni? Kasyfi tengok pun macam tak percaya. Dia ingat ikan ni evil, makan orang.huahua..*
Boleh klik "baca sampai habis" untuk habiskan tengok gambar di akuarium ini.



*then, aku beli makanan ikan untuk bagi Kasyfi bagi ikan koi makan. Zahra bukakan plastik. Dia dah biasa,ada adik lelaki.*


*tengoklah muka teruja si budak ini..huhu..*

*tapi rupanya ikan-ikan ni lagilah teruja sebab dapat makan. eee..macam tak makan 3 hari je lah ikan ni.Melompat-lompat tak hingat dunia.*

 *kau tengok harga ikan ni seekor? Kalau beli 10 ekor? dah boleh bayar installment kereta agaknya. Atau lebih tepat lagi.."KITA SHOPPING!!!!!"


*Owh, budak ini..masa suruh berenang dia macam takde mood ke putus asa macam tu. Bawak sini aje terus ceria. tapi budak ni gaya cakap dia memang macho. Macam serius macam tu (tapi dia pelat huruf 'R' hihihihi..lawak,lawak..) *

 *ingatkan manusia aje suka camwhore. Ikan ni pun sama. Siap berpusu-pusu lagi tunggu depan cermin.haha..*

 *ikan hantu. Ghost apa benda entah nama dia. Serious suka ikan ni tapi takde akuarium la nak bela..huhu..*


*bestlaaahhhh tengok ikan!!! *

*ikan belut ni agak pemalu. Dia asyik menyorok dalam lubang silinder ni aje.*


 *Kasyfi ni memang sentiasa excited*

*Siapa cakap binatang ni tak comel sila korek biji mata anda*
*GERAM!!! Rasa nak picit-picit aje hamster ni*

 *ketam pun ade. Siap bergaya lagi atas tunggul kayu tu*

 *satu benda kelakar pasal ketam ni. Mula-mula dia dengan lagi sekor ketam macam bergaduh. Bertendang-tendang dua-dua ekor ni. Bila aku angkat camera, terus statik. Siap posing depan cermin lagi.haha.Tak tahan denn. Tengok muka dia.Macam senyum kan? Terus terbayang Mr.Crab dalam citer Spongebob.Sangat seiras!*

 *dalam kolam tu banyak giler orang tabur duit. Kalau kutip balik semua boleh bayar bil api air wa cakap luw! Ni laluan nak masuk Zoo Akuarium. Kat dalam ni banyak ikan besar-besar dan agak eksotik lah jugak*

*Say O Kasyfi*

*hey ikan, i asked Kasyfi to say 'O'. Not you! LOL. Besar kan mulut ikan ni. Ada beran mau comolot dengan ikan ni? wahahahaha..*

 *Itu dia akak Perenang Selat kita. Tapi dia macam adik-adik aje. Sebab umur baru nak masuk 20 tahun camtu.Study kat UiTM dalam bidang Sains Sukan.*
 *ingat tak ikan ni pernah keluar dalam berita TV3 dulu-dulu? konon ikan aneh. Tapi sebenarnya memang dah lama wujud. Ikan buaya.*

 *kat sini banyak betul ikan yang ala-ala eksotik*

 *tapi aku rasa binatang ni yang paling eksotik. Kura-kura apa ntah. Macam batu. Dulu aku mati-mati ingatkan kura-kura ni patung batu. Statik giler kot.*

 *haaaa, nampak tekstur badan dan kulit dia? dalam mulut dia pun macam banyak lumut-lumut habuk macam tu. Aku agak mungkin umur dia nak cecah ratus tahun kot. Cewah! Agak-agak je kan..*



*Sedikit silau kena cahaya matahari. Belakang aku tu labi-labi. Besar. Hidung dia macam babi (khinzir) sikit. Lepas tu aku tak tahu lah apa motif dia hidung dia tu selalu sedut-sedut kat cermin akuarium tu*

 *Ini pula aku tak tahu ikan jenis apa tapi dia Albino. Sebab tu putih. Siapa tak tahu albino tu apa boleh cari kat Google. Albino bukan sahaja menyerang manusia tetapi juga haiwan. *

 *Ini antara ikan feveret aku. Sebab muka dia tak berapa nak macam ikan. Macam kucing ke harimau gitu*

 *Lupa nak cek nama dia apa. samada Cat fish something ke Tiger fish ape kejadah entah. Arghh! Lupa! Lupa! Tahu tengok dan nganga mulut aje..

 *Ini ikan krai. Memang cantik. Bersinar-sinar. Siapa nak beli agak affordable la.Seekor tak sampai RM10*

*Haaa. ni aku rasa bagi pemilik tuan Akuarium ni mungkin ikan ni bagi ong. Ikan ni bukan untuk dijual. Tengok betul-betul. Ikan Arowana ni kembar Siam. Yang ikan kat bawah tu hidup tau. Bukan sebab ilusi optik ke cermin ke apa. Tapi ni memang ikan kembar Siam. Menarik kan?*


Dah habis berjalan tu aku belikan air untuk Kasyfi. Mesti penat kan berjalan dan membaca satu persatu nama saintifik ikan-ikan tu semua. Serius lawak weyh kalau bawak budak-budak. Dia akan membaca dan tanpa disedari bacaan dia yang pelat huruf "R" tu buatkan aku tersengih-sengih.

Kasyfi: Kenapa Cikgu senyum-senyum?
Aku: Takde apa, cikgu senyum tengok ikan ni senyum kat Cikgu.
Kasyfi: hah? mana ikan yang senyum tu?
Aku: ni...(tunjuk kat diri dia sendiri) wahahaha..(apesal entah budak-budak memang kelakar yang innocent)

Nah, ni video yang aku rakam. Video hamster.Comel giler berebut kuaci.

Ohhhh! dan juga ikan pari menari.

*tak tahu lah video ni berfungsi ke tak.huhu..internet buat hal*

Haaaaaa..kepada sesiapa yang ada anak kecik-kecik, ada adik kecik-kecik. Kalau anda mencari tempat untuk beriadah tanpa mengeluarkan belanja yang besar, bolehlah ke Akuarium ni. Yang terletak di sebelah Wet World Shah Alam, dekat dengan Tasik Shah Alam, dekat dengan PKNS. Apa yang aku suka tentang tempat ni ialah, masuk adalah free. Memang kedai ni jual ikan, tapi lebih kepada pameran ikan pun ada. macam-macam ada. Selain ikan ada jual cacing, labi-labi, kura-kura. Lengkaplah! Ada juga burung merak sebenarnya. Tapi kena pandai cari.Kat belakang-belakang sikit.


10 comments:

  1. woohaaa
    dating dgn anak murid
    sgt best

    kaurang comel (:

    ReplyDelete
  2. oh mak aih. bapak mahal. baek den beli keta trus. miahaha

    ReplyDelete
  3. wahh . besnyer . nice post ! nak like tapi takde butang like :)

    ReplyDelete
  4. kite penah masuk sini jugakkkk...best2!! :))

    ReplyDelete
  5. Uishhh...dahsyat betul Arowana tu. Kalo dijual mesti mahal gilerr. Memang rare lah! Ermm hamster tu dok dalam air mcm ikan lain gak ke? :|

    ReplyDelete
  6. waaa byknnya ikann ;D
    bestnya date dgn bdk kecik ;DD

    ReplyDelete
  7. bestnya pari2 menari .

    so kiut (:

    ReplyDelete
  8. wahh.. teruja i tgk mentang tu sume.. ehehhe

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...