Wednesday, December 15, 2010

Harini Cikgu Kejam Sebab Tak Sihat

Harini aku tak berapa sihat.
Aku batuk-batuk, selsema, dan macam nak kena asthma pun ada. Yup, aku memang ada asthma.
Tapi, disebabkan aku dah cancel kelas swim budak-budak selama 2 hari sebab balik kampung, aku tak dapat nak post pone lagi kelas. Lagipun weekend ni aku akan ke Langkawi. Aahh! Jadual memang agak busy walaupun dah habis belajar. Kerja tak cari lagi. Wallaweiii..

Harini aku kurang ada mood nak mengajar. Biasalah, tak sihat kan. Pool pula giler sejuk! Indoor pulak.Dan hujan. T_T Budak-budak ni pula banyak ragam. Ada yang bila disuruh berenang pakai kicking board dia taknak. Padahal sebelum ni boleh aje buat. Bila aku dah pegang pun masih menangis.

Itu ok lagi. Biasa lah budak-budak. Tapi..Ada dua orang adik beradik ni takut sangat dengan air. Basic thing bila nak belajar berenang haruslah tahu bagaimana nak buat breathing.Breath in with your mouth.Bubble out with your nose in the water.Mudah kan bila fikir balik? Tapi jangan rasa pelik kalau aku kata ada orang yang memang tak boleh buat benda ni. Termasuklah adik beradik tadi yang dah hari ketiga pun masih taknak buat.

Dari haritu bila aku bawa ke tengah kolam (jauh dari dinding simen untuk mereka gapai), mereka akan menjerit melolong nangis "taknak teacher!! saya janji saya buat bubble kat tepi" Ok fine. Aku bawa ketepi.

Tapi bila dah hari ketiga ni. Plus aku tengah tak berapa nak sihat ni.
Ohh man, I am totally pissed of. Aku bawak budak tu ke tengah. Lantak dia lah nak pegang aku ke apa, aku benamkan kepala dan badan aku dalam air, bagi dia pun terbenam jugak. Itu aje satu-satunya cara nak bagi mereka buat.

Kalau tak asyik berjanji dengan aku aje nak buat kat tepi kolam tapi tak buat-buat jugak. And aku cakap "nak buat bubble ke taknak? kalau taknak buat sekarang kita buat sama-sama"
"taknak teacher. Saya nak buat sorang-sorang. Taknak buat sama-sama. Ok, ok.Saya buat sekarang" Sambil nangis-nangis. Menjerit satu kolam boleh dengar.Adoiii!

Heh heh heh! Menjadik jugak taktik kejam aku.Ngeh3..Sebelum balik ibu adik beradik tadi yang join sama dalam kolam pun ucap terima kasih kat aku. See! Mak nye pun dah bagi green light nak gertak sikit. Awatlaa tak habaq awai-awai..

p/s: aku harap esok diorang datang melainkan serik dah buat bubble.

17 comments:

  1. Salam..

    teringat pulak amali renang zara. huhu.. ^_^

    btway, moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. trgn kot nk brng....:)
    tp tak reti...
    huhu:(
    btw....get well soon ya sis...

    ReplyDelete
  3. tecer sofi plisss teach me how to swin
    serius sy xtahu nak berenang
    sedihnye
    penah sekali tu nak lemas
    ;(

    ReplyDelete
  4. garang nye.. hehehe... tak jadi nak apply.. hahha

    btw, get well soon ya...

    ^___^

    ReplyDelete
  5. wahai org yg sibuk, jaga laa kesihatan!!!

    ReplyDelete
  6. sis sophie cikgu kelas renang??

    wahh, bolehlahh fifiey join nk berenang dengan cikguu ni:D hehe

    ReplyDelete
  7. letak mamat hensem dan seksi mesti ko terus okey kan??

    ReplyDelete
  8. kalau ajar i garang garang macam ni mesti i cepat je boleh berenang. hahah

    ReplyDelete
  9. owh..ajar kanak-kanak mmg kene gertak skit but since dh mak bapak diorg dh bg green light, OK lah tu..hehe.

    Anyway, get well soon!

    ReplyDelete
  10. cikgu.. ajar i renang buleh? har har

    ReplyDelete
  11. garangnya cikgu...

    takut2...

    btw...get well soon ya...

    =)

    ReplyDelete
  12. garang comel tuu...harap sihat dik.

    ReplyDelete
  13. zara: thanks yee..

    anisa: makasehh..

    Khairunnisa: takpe, blajar pelan2..

    Nurain hassan: boleh2...dtgla shah alam..

    sophia rani: ni utk bdk2 yg degil je denda mcm ni..hahaahah..

    Ikah: huhu..sy pn jadi mangsa diorg jgk taw.. =(

    cEro: thanks cero..haha..

    fifiey: a ah..owhh..boleh2..insyaAllah..

    kay yea: eh mesti ahh..xde maknanya nak lembut2..

    zulfahmie: camne ko tahu ehh? hebat btul laa..

    the nurul: sbb tu la I garang2 dgn budak2..hahaha..

    miss sephia: thanks yaaaa..

    ee: haha...baiklaaaaa...

    hamzah ian: boleh hamzah..dgn pakcik jamal jage kaunter rambut beruban putih,mau?

    hananorisa: thanks =)

    kak ryann: erkkk..rg pn boleh jd comel? huhu...thanks..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...