Friday, December 17, 2010

Runsing, Penat dan Sabar Harus Bergerak Seiring.

Kalau ikut hati mati. Pernah dengar tak? Tapi kalau ajal aku belum sampai aku tak boleh mati, kan?

Kita ada agama. Aku beragama Islam, walau macam mana besar pun dugaan, walau macam mana pun hati aku tengah runsing, walau aku penat tahap apa sekalipun, aku sedar, aku kena kembali ke Qada' dan Qadar. Aku tak boleh ambil pisau cucuk jantung aku sendiri, toreh nadi di tangan sendiri. Aku masih nak masuk syurga.

Berbicara soal runsing, bila ada masalah. Kita kena identify masalah tu berpunca dari kita sendiri atau memang dugaan yang diturunkan pada kita. Aku bersyukur aku dilahirkan cukup sifat, aku ada family, ada kawan, ada rumah, makan pakai semua cukup. Tapi mungkin ujian yang diturunkan pada aku adalah dari segi yang berbeza.

Aku teringat,
Pernah putus cinta dulu. Time exam. Pedih. Sangat pedih. Jawab exam nangis-nangis. Tapi tak tahu kenapa sem tu aku boleh dapat dekan dan jadi pelajar terbaik batch aku. Kalau aku tahu macm ni, tiap-tiap sem pun aku nak putus cinta.hahahahahahaha...

Aku teringat,
Sehari sebelum nak ambil first paper untuk exam sem lepas, mama aku dilanggar motor lalu tak sedarkan diri. Kepala mama aku berdarah. Dari dalam kereta aku menangis masa memandu.Sampai di hospital  menangis aku lihatkan keadaan mama aku. Aku takut mama aku tinggalkan aku. Bayangkanlah aku ambil exam tapi hati terkenang mama aku yang masih belum sedar.

Aku teringat,
Macam biasa bila waktu sem,course aku ni memang busy sangat aku malas nak kecoh. Yang pasti selalu jugak tak tidur malam atau tak tidur 3 hari 3 malam. Bila critique session, waktu tu aku dah all out. Tapi respon dari lecturer sangat menyedihkan. Lagi menyedihkan bila nak pulang cermin kereta aku pecah gara-gara pemotong rumput yang buat kerja sampai terpelanting batu kat cermin kereta. 

kalau nak cerita tentang aku teringat, memang banyak. Aku malas nak kenang-kenang.

Tapi ni cerita sekarang.
Sekarang ni, hampir setiap hari aku ada kelas renang. Kalau tak pun aku duty, jaga kolam waktu sesi wanita.
Kadang-kadang aku ada 2 kelas renang sehari, takpun 3 kelas renang sehari. Dalam masa yang sama seorang rakan baik sangat memerlukan bantuan penginapan dan pengangkutan untuk uruskan hal keputusan exam yang lalu. Dia datang dari jauh. Memang aku kena bantu dia sebab ni berkaitan masa depan dia. Dalam masa yang sama juga pakwe aku turut datang dari jauh. Ada hal. Jadi aku rasa kami perlu berjumpa sebab dah berapa minggu tak jumpa. Tapi kalau aku jumpa pakwe aku, aku tak tahu kawan baik aku ni harus ke mana. Dalam masa yang sama juga, kereta aku rosak kena langgar kawan aku sendiri secara tak sengaja dan belum keluar bengkel. Aku hanya pakai kereta keluarga sekarang.

Macam ni keadaannya,
Tengahari aku ada kelas renang, sebelum tu hantar kawan baik aku ke fakulti. Tapi tak dapat setel juga hal tu sebab pensyarah ada meeting dan bengkel. Sementara nak tunggu kelas aku bermula, aku ajak pakwe aku makan. So kami bertiga makan. kami bertiga adalah kawan sekelas juga. So no problem. Then lepas hantar si dia balik rumah, aku ke kelas renang bersama kawan aku. Dah tamat aku hantar kawan aku ke stesen KTM untuk dia stay sekejap di rumah kawan lagi seorang. Manakala aku keluar balik dengan pakwe aku sebab nak pergi tengok wayang. Semua ni terjadi masa aku dalam keadaan tak sihat. Demam, selsema, batuk, nak lelah. Lengkap. Wayang sejuk nak mampos. Tengok cerita Tron. Aku tak paham. Aku tak dapat fokus. Tapi sebab aku fikirkan pakwe aku datang dari jauh, aku taknak hampakan dia sebab nanti susah nak jumpa dah. Lagipun weekend sampai selasa aku gi Langkawi. Sebelum aku balik rumah, aku singgah rumah kawan aku untuk ambil kawan baik aku yang naik KTM tadi. Aku sampai rumah dah nak dekat pukul 12 malam.

Lepas buat apa yang patut aku tidur. Ada la dalam nak dekat pukul 1. Aku kena bangun dan gerak awal sebab ada kelas renang pukul 8.30 pagi. 8.30 pagi dalam keadaan aku tak sihat, kena berendam dalam pool yang sejuk macam kolam ais cair. Memang aku ni cari masalah betul. Dan rutin aku macam berulang kembali antara sahabat, jumpa lecturer, jumpa pakwe. Dan tak dilupakan mama dan walid aku yang hampir tiap hari bising bila nak pergi ambil kereta. Masalahnya setiap kali aku nak ambil ada aje perkara yang aku harus kerjakan. Nak ambil kena cari insurans policy pula tu sebab kereta lama. So policy tu ada pada agent. Kelas renang banyak+kereta rosak+adik,mak, abang, nak pakai kereta jugak+kereta lagi satu road tax mati.Aku betul-betul tak dapat puaskan hati semua pihak. Sebab tu kalau kena marah aku diam aje. Nak bertekak sebab benda kecik? aku mengalah aje. Sebab aku dah penat. Hidup yang aku pilih ni sangat memenatkan diri sendiri. Mungkin hidup aku akan jadi lebih senang kalau aku ni heartless, pentingkan diri sendiri, tak sayang semua orang, berkira, dependent macam anak manja tak tahu nak buat apa-apa. Macam  WHATEVER AND SOEVER LAH~  kan?

Bila aku busy dan aku rasa dah tak larat nak buka kelas baru dah, time tu pula la ramai yang nak join kelas renang. Hurmmm... bila runsing lagi penat ni rezeki nak datang pulak. Aduhai..


Nota Kecil Hari Ini:
Kawan-kawan selalu anggap aku ni motivator. Selalu motivate orang, berfikiran positif dan matang. Beberapa kali aku ingatkan mereka yang ada masalah " Kalau kita dilanda dugaan, musibah, percayalah ada sesuatu yang baik Allah nak bagi sebab tu kita diuji dulu. Jadi sabarlah." Sebenarnya sebab aku sendiri tengah pujuk hati aku. Sebab aku sendiri pun ada masalah yang datang serentak. Kalau aku tak motivate diri aku sendiri, kalau aku tak kembali pada Qada' dan Qadar, barangkali aku dah bunuh diri. Kadang-kadang ada kawan kata aku ni hati batu. Tapi hakikatnya hati aku rapuh umpama debu. Cuma aku perlu bangun sendiri dan aku perlu cari hala tuju aku. 

p/s: Aku nak cuba apply kerja kat Dubai.
p/s/s: Thanks kalau korang sanggup baca entri panjang ni sampai habis.
p/s/s/s: Aku nak packing. Esok akan ke Langkawi. I HATE PACKING.

7 comments:

  1. banyak nya dugaan sophiee

    bersabar yerr

    & take a rest (:

    Allah itu sentiasa ada..

    ReplyDelete
  2. jangan ikut perasaan..manyak2 kan ingt allah...

    ReplyDelete
  3. apa yang penting sekali adalah kita terus sabar dan terus tabah untuk hadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  4. bertahan ok kak...!
    chayok4..
    MAY GOD BLESS YOU..
    :)

    ReplyDelete
  5. Sabar ye sophie.InsyaAllah setiap dugaan tu ade hikmahnye. ML pun penah rase dugaan2 gak.Sepanjang ML SPM demam xkebah 40 C. Memang pening kepale amek SPM,xde org jaga.Nak pergi klinik,cikgu tak nak bawak.3 bulan before ML nak fly,ayah ML meninggal dunia.

    Bila dugaan datang,kene sabar banyak2 sebab ade orang lain yg lagi susah dari kite. Cepat2 sihat. Kalau demam2 tu,xle ke bg cuti dekat student2 yang berenang tu?Apepun,Sabar ye Sophie =)

    ReplyDelete
  6. hmmm... ini hidup yang dipilih dan ditentukan. lalui sahaja dik. pasti dapat lepasi & selepas itu, kena hadapi masalah dan rutin lain pula.
    btw, mesti relax dapat bercuti kan. jgn fragile.

    ReplyDelete
  7. Woahhh..g langkawi tu..Nak kirim coklat boleh..
    Dalam hidup ni kita tak boleh puaskan hati semua orang..
    Sabar la ye..
    Tapi jangan la asyik jaga hati orang lain sedangkan hati sendiri tak t'jaga..

    Cheers always ;)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...