Thursday, June 10, 2010

My Sangat Surprise Party!

suka giler dengan paper yang colourful nih. Sebab aku memang suka arts kot. Comel sangat. Yang takleh blah tu Amiera, Nisa serta adik-adik dia yang comel-comel tuh yang bertungkus lumus siapkan sama-sama. Thanks!!! suweeeeeett.. =)



Birthday aku sepatutnya 2 Jun haritu. Hari Rabu. Masa hari Khamis Amiera IM aku kat facebook. Kata suruh bukak YM. Dia ada masalah BESAR.

Miera : Weh pia kau free tak jumaat malam? Teman aku..

Aku : Aku tak tahu lagi sebab aku nak gi Bentong. Aku tak sure kawan-kawan aku nak gerak malam Jumaat ke Sabtu pagi. Tapi mungkin pagi Sabtu la sebab diorang keje Jumaat tu.lagipun takkan la nak travel malam-malam ..eh,dahla aku tak packing lagi. (banyak songeh gak la explanation aku..).. Kau tak tanya orang lain ke? Ety? Nisa?

Miera : weyh..tolongla weyhh...Ni antara hidup dan mati aku nih.. (macam tu skali masalahnye kali ni yer..) Diorang tak boleh datang,masing-masing ada hal. Tolongla Pia..kau jelah harapan aku sekarang.

Aku : Ha, nantilah aku konfemkan balik dengan kau malam ni.Sebab malam ni nak gi Shah Alam planning dengan member-member. (dalam hati dah kesian giler dengan harapan gi Bentong hari Sabtu)Lepas tu aku dengar la masalah dia yg BESAR tuh.. Memang panjang lebar siap bersedih-sedihan lagi jiwa kacau sengsara tak boleh belah tuh. Nyiampah nyah!



Lepas gi Shah Alam, konfem..gi Bentong hari Sabtu. Malam tu contact dengan Miera kata boleh ikut dia Jumaat malam. Jumaat tu waktu petang gi jumpa Amiera sebab nak amek gambar passport kat kedai foto. Aku tanya lagi dia ok tak sume tuh then die meneruskan lagi kesedihan terlampau dia tuh. Aku dengar jelah dengan penuh kusyuk. Ohya, yang dia tanya free tu sebab nak gi KL untuk selesaikan masalahnya yang gedabak tuh. Jadi lepas dia hantar aku balik, kena jumpa dia balik la sebab nak gi KL tuh.

Jadi malam tu dia janji nak amek dalam pukul 8.dah nak dekat kol 9 dah taw siap mak aku bebel-bebel lagi sebab kuar lambat nanti balik lambat dia risau,dahla jauh.. Adoi, sabar jelah. Mane ntah si Miera nih. Then dia sampai..masa on the way ada orang call dia.. Rupenya kawan kami jugak si Nadia. Perbualan tak leh lagi gempaq. Tapi aku ringkaskan la..

Miera : ha, nadia, knape weyh?

Nadia : sok..sek..sok..sek..(sebab aku tak dengar)

Miera : weyh kau ok tak ni? Yer,yer, aku dengan Pia ni. Alamak..tapi kitorang nak gi somewhere ni. Lagi pun kitorang gerak dah lambat dah ni.

Nadia : sok..sek..sok..sek..(sebab aku masih tak dengar)

Miera : hurmmmm...oklah, kitorang gi sekejap je. Kau sabar eh..jap lagi kitorang sampai. Tapi aku leh singgah sekejap aje.. Tiiittt! (dah letak hp)

Masa tu aku dah boleh agak la Nadia ni tengah ada prob. Argghhh!! Nape Mira ada prob? & nadia pun? Dalam waktu yang sama? (kenapalah aku masih tak dpt tangkap lg..dangg!!)

Aku dan Amiera : AAaaaaaAAAAAAAAAAaaaaaAAAAAAAa!!!!!!!!!!!!!!

Amiera : dahla aku dah lambat ni.

Aku : Aku tengah bayangkan muka mak aku membebel kat aku balik nanti..adussss!! (tepuk dahi dalam hati)


kawan sejak sekolah.huhu.. T_T tak sangka dah 5 tahun tinggalkan sekolah.

Bla sampai umah nadia, kami pun berkejar lah masuk dalam.Tapi Miera pecut dulu meninggalkan aku di belakang.

Perghh...asal minah ni tak bukak lampu malam-malam ni..(dalam hati)
Sekali... S U R P R I S E !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sambil kena baling dengan belon warna warni. aku terdiam, terpana.* cewah cam karangan BM lak. Otak aku tengah proses time tu apa sebenarnya tengah jadi.Aku terharu. Aku termenangis sedikit. Aku kejar Miera. Kesiotan betol berlakon kalah Fasha Sandhal.. memang aku percaya habis lah. Lepas tu makan-makan dan borak serta gelak tawa sengan kawan-kawan sekolah. Huaaaaaa...rindunyaaa.aku dah lama tak jumpa diorang sebab kebusy-an di Faculty.



So, thanks kawan-kawan..aku takkan lupakan birthday aku yang ke-22 ni. Suwweeettt sangatttt!!!!! (nisa,sila menyampah ayat ni!!)


kawan dari sekolah yang sangat sporting..



thanks kepada sesiapa yang menjayakan party ini. Aku balik dan berkemas untuk ke Bentong dan tidur dengan senyuman..hahahaha.. (^_^) LOVE MY FRIENDS SO MUCH..

2 comments:

  1. best gila ok ade org buatkan banner besar mcm 2!!jeles

    ReplyDelete
  2. uhuhu..janganla jeles2.. u pun ade jgk gambar ape.. =)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...