Friday, June 11, 2010

Kisah Meredah Bentong!

Well, aku dah pun post gambar-gambar masa kat Bentong tu dalam fesbuk aku. Jadi harini aku nak story-mory pulak kat kawan-kawan kisah meredah Bentong, yeahhhh! Ohya, sebelum tu aku nak bagitahu yang Bentong tu di Pahang yer, bukan di KL yer macam yang seorang makhluk tak brape nak besar tu kecohkan.huahuahua..

Date : 5-6 june 2010 , Yang giler kentang : Aku, Teha, Lai, Shark, Duan, Taro, Apam, Fatah, Hasan.

Pagi tu sepatutnya kami kene bertolak pukul 8 dari rumah Teha di Kota Damansara. Tapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan, (ceh padahal janji melayu!) jadi kami pun sampai la ke rumah Teha dalam pukul 10.30 .Lepas breakfast kami pun bertolak pukul 11 pagi.Kami pergi menggunakan dua buah kereta. Kereta budak laki,dengan kereta budak ferempuan.tapi Fatah naik dengan kami..haha..takpelah tu, cekak dah ade,. layak lah tu Ngeee...jangan marah, dia jadi pemandu berhemah yang kegeraman dengan kami sebab terlepas Hutan Lipur lalu kene U-turn di penghujung dunia. Kami lalu Lebuhraya Karak. Dalam perjalanan tu kami singgah di Hutan Lipur Lentang. Ape ke pelik la nama nyer yer. Lepas aku tengok sungainya, barulah aku paham kenapa.


Memang cetek! Kene lentangkan badan baru leh mandi yer kawan2..kalau tinggi macam Duan mungkin sampai peha je paras nyer. Aku malas nak mandi sebab cetek sangat. Apa barang dohh? (ceh belagak padehal baju tak cukup sebenarnya..)



mungkin betol kot budak archi berimaginasi tinggi. Nak buat another wonder of the world pulak.

*Sumpah bukan aku yang sekodeng bebudak pompuan ni eh.Tengok, kepala aku ada dalam gambar.


Lepas tu kami berangkat semula dan singgah di kedai sebab nak beli roti untuk sarapan esoknya. Duan keluar dari kereta pergi tepi tingkap aku duduk.

Duan : weyh korang taknak makan ke? (sambil buat muka kesian bajet aku nak kesian tuh)

Aku : kenapa? Korang lapar eh? (muke kerek sebab dah makan roti eskrem sorang2 kt sungai mase diorang sibuk tukar baju)

Duan : a ah, kitorang semua lapar. (muke kesian lagi..)

Aku : nak makan katne?

Duan : kat depan tu Apam kata ada kedai makan.

Aku : Ha, ok lah, korang pulak lah drive depan,suruh Apam lead pulak kt mane kedai makan..(ingatkan kat pekan manelaa kedai tuh..)

Duan : Err..err.. kedai tu macam kt depan tu jela..(sambil tunjuk kat kedai yang selang beberapa buah je dari tempat Teha beli roti.) Erm..boleh jalan kot...ke nak naik kete jugak?

Aku : (tutup muka,malu giler..) ishhh kau niiii!!! Bukan nak bagitahu awal2..




Lepas makan kami pun meneruskan perjalanan ke kawasan yang nak dituju. Bila dah sampai kena parking kat luar dari hutan. Sebab kena lalu denai. Dalam hati dah hepi giler. Yeyeayy! Dah sampai.



Sekali amek kau..denai tu adela dalam 1 km jauh nak sampai.dahla jalan berbukit..nak angkat barang lagi. Jalan punya jalan,sambil tangkap gambar nature (yes, I love nature so much), sambil beberapa kali stop jap sebab dah pancit, kami pun sampai la tempat yang dituju.


Bukti kepenatan melampau!


Tapi berbaloooooiiiiiiiiiii....sebab bila dah sampai..rasa best sangat tempat dia. Siap kabus mengeringkan feluh2 suci kami.. Kami rehat la kejap. Sambil tu Hasan dah tak sabau-sabau lagi nak bancuh umpan. Aku tak tahu la umpan jenis apa tapi kene bancuh pastu kena gentel letak kat mata kail kalau nak mancing.


kaki pancing memang macam ni ke bila nak memancing? (-_-') keterujaan terserlah!

Yang perempuan besela,kene buat kerja-kerja dapur, yang laki mencari rezeki *cewaahhh... diorang gi mancing dulu sebab dah takleh sabar. Kolam kat bawah nun... kena turun bukit. Tapi disebabkan baru lepas hujan, tanah jadi basah dan licin. Tapi mereka ni redah jugak tak hingat dunia. Lepas kami yang perempuan ni siapkan marinate ayam untuk BBQ malam nanti dan sediakan minum petang..kami pun turun la anak bukit gi join bebudak lelaki.



*tula, persediaan tak cukup. tak sangka kena naik turun bukit macam ni.

Turun bukit tu memang takleh belah la. Aku dahla tak tahu tempat ni betol-betol hutan, aku boleh pulak pakai baju ala-ala kemeja dengan jeans dan sandal biasa.Bajet tempat ni macam Cameron gitu.Terbaiklahhhh!! Jangan tiru pemakaian sebegini eh kalau masuk hutan eh. Nanti aku bagi tips di akhir entry.

Haaaa..ni lah pengalaman yang paling aku tak boleh lupakan sepanjang berada di Bentong. Aku belajar memancing weh! Aku belajar mancing! (yer copi, yer tak perlu ulang 2x kot..) tak kire! Aku nak bagitahu banyak kali gak. AKU BELAJAR MANCING PAKAI JORAN YANG ADA UMPAN GENTEL WEHH!!! Fiuh lega!




Haaa..joran masa tu ada 3 batang je.. tapi kami ada 9 orang. So memandangkan budak laki dah mancing time kami buat kerja dapur.(ish! Ish! Asal bunyi cam mak-mak orang ntah) ,kami punya turn pulak la nak mancing.. Jadi Hasan bagi aku pinjam joran dia. Mereka memuji lemparan mata kail akuh.hahaha.. Eh,mesti... tangan mesti kuat beb!! Tapi harapkan lemparan aje lebih..ikan tak dapat-dapat. Hampagas betol! Lepas tu Apam ada buat joran pakai kayu biasa.yang tu jugak dapat ikan besar.Yang aku tak boleh belah tu..

Mata kail bergerak2..

Aku : weh,weh! Macam ade ikan je... (sambil terpinga2 tak paham apa yang tengah jadi..)

Mereka : ikan laaahhh tu!! Cepatla tarik!!!

Kesimpulan : aku memang blur..

Dah magrib.Kami pun naik. Ikan yang kecik-kecik kami lepaskan especially ikan yang Shark tangkap. Tinggalkan 4 ikan je dalam bekas. Memandangkan ikan tu hidup lagi siap melompat-lompat, kami yang perempuan pun takutla nak siang (atau mungkinkah alasan semata2 sebab tak pandai siang?huahua..) Jadi Hasan yang tolong siangkan..Awww~ boleh jadi suami mithali gitu..sapa nak? Sapa nak? Aku boleh kenalkan..hahahha..


*anak-anak dara zaman sekarang..Ish! ish! malunyerr.. >.<

Lepas magrib bebudak laki dan pakcik dan makcik penjaga rumah siapkan arang untuk BBQ.
Kami pun bakar la ayam marinate express.. Sebab tula nampak macam tak berapa nak marinate tu.. Tapi rasa dia ok je kot.heheh!



*Tengok! Dah siap Nampak menyelerakan kan? Best..best..

Lepas BBQ lai,shak & teha ajak tengok bintang kat luar. Aku malas la. Sebab nak msg ehem2..Asyik tak sempat je. Tapi bile tengok langit..memang best la banyak bintang. JUta juta juta jutaaaaa bintang taw.. Aku pun keluar la pakai seliper nak tengok dengan mereka. Sekali baru nak dongak... ~kecepek!!! Ada sesuatu dipecahkan atas kepala.. “happy birthday copiiii!!” siap kena baling ddengan tepung lagi.. Aku lari-lari sampai seliper tercabut. Mereka masih nak attack aku. Bila aku pikir balik selama ni birthday mereka aku bash dengan..

Teha : Air busuk mangga expired + Nescafe + biskut tiger lemau.dll

Shark : Telur busuk + Milo keras + campur2 air basi, dll

Lai : Air busuk, jeruk peram 2 tahun, Nescafe lama, udang busuk seminggu dalam peti (sumpah ni bash paling best)

Jadi bila pikirkan semua ni..aku rasa, takpelaa,telur dengan tepung je..ahaks.lagipun ni dah last year dengan mereka.& first time kena bash sebab everytime birtday aku pun cuti sem. Jadi aku pun merelakan perbuatan mereka. Tapi aku terharu.. isk3..

*Aku serah diri dengan pasrah..
*shark tambah drama dengan menabur tepung ala-ala snow.
*kawan membesar di UiTM

Haaaa...memang sepatutnya aku yang kene bash. Tapi bila pikir balik birthday mereka tahun ni tak buat bash sebab busy dengan project dan exam..ape lagi? WAR la beb.. sorang-sorang aku tarik, rampas balik tepung dan baling balik kat mereka. Ooooo...patutla asyik tanya aku “weyh kau bawak baju lebih tak?” aku dah cakap tak takde.so korang pun mesti kena gak! Yesh!!

Lepas kemas-kemas dan cuci tempat tu kami mandi.. Lepas tu masing2.. “ weh, nak pakai baju apa ni? “ haa..pandai2 lah nak survive..

Sebelum tidur kami berempat pergi kat verandah yang takde roof. Verandah tu besar. Jadi kami alas lantai tu dan baring menghadap langit. Memang juta juta juta jutaaaa bintang lah! Best giler! Sekali Nampak shooting star! Kecoh giler.. masing-masing nak buat wish..EEEee,mereka nih memang terpengaruh dengan meteor garden! Aku tak wish.sebab dah cukup apa yang aku ada. (ayat nak konon cam bagush..hahaahahhaha..)

Lepas tengok bintang dan tiba-tiba terasa creepy, kami pun masuk la tidur.
Esok pagi kami pun bermorning walk.Yang lelaki tak habis-habis nak gi memancing. Kami yang perempuan lepas buat breakfast gi lah jalan-jalan tengok dusun, tengok kandang kambing, pusing-pusing kawasan tu. Udara memang fresh! Pagi-pagi pulak kabus melanda. Sejuk, nyaman sangat. Rasa cam nak ada rumah kat atas bukit.



Lepas tu kami join bebudak laki mancing. Teha bawak gi kolam lagi satu yang lebih kecik. Tapi susah giler nak mancing kat situ. Sebab cetek dan kecik..Ikan pun boleh nampak kami. Tak ke kantoi? Jadi kami pun bagi makan jela kat ikan-ikan tu..


*sesawang ni banyak sangat atas rumput waktu pagi tu.Tapi tak tahu serangga jenis apa yang buat.





Lepas tu kami pun berangkat balik.. Sebelum balik kami kemas rumah dan tempat tu seperti yang kami mula-mula sampai. Yela, dah datang tempat orang kenala ada adab kan..
Jadi, begitulah kisahnya meredah Bentong ni.. penat memang penat.. Tapi berbaloi beb!!



*sebelum balik ucap thanks kepada penjaga kawasan.

Ok, tips ringkas mengikut cara aku. Kalau nak masuk tempat sebegini lah.

1) Jangan bawak baju yang lebih dari sepatutnya. Lebih sepasang takpe. Bawak baju yang sederhana,tak payah nak melawa sangat bling sana bling sini.masuk hutan je kot. Biar gigi je yang bling2 tanda bersih.

2) Pakai lah kasut. Tapi janganlah kasut ala-ala macam nak gi jalan-jalan kat shopping complex tu. Nanti kotor dengan tanah susah nak basuh tenyeh-tenyeh sekuat hati. Tapak kasut jangan haus pulak.nanti tergelincir macham aku habis comot baju seluar. (kantoi kat diri sendiri). Say never to heels and wedges too..

3) Jangan lupa bawak beg plastic. Penting ! nak buang sampah, letak baju kotor, buang lampin..ooops!

4) Sayangilah nature! Jangan buang sampah merata-rata. Jangan berak merata-rata jugak kay.

5) Jangan buat bising sangat dalam hutan. Jangan mulut celupar. Jangan macam..”weh,apa tuh?” haaa..siapla kau dia ikut balik kang.. Jangan kacau apa-apa dalam hutan.

6) Ok, kalau ada lelaki dan perempuan, waktu BBQ tu janganlah biar lelaki je yang nak kena handle arang sume tuh.Tolong lah jugak kipas2 ke, angkatkan mana yang dah masak ke. Jangan nak diva sangat eh.

7) Elakkan baju warna gelap sebab nyamuk shuke angat.

8) Sebelum balik kalau ada penjaga tempat tu ucapkan terima kasih supaya dia senang hati kalau kita bakal datang lagi. Adab tu penting!

9) Kalau dapat ikan masa memancing sila buat muka excited! Express yourself!! (^_^)V peace!

10) Mak aku pesan jangan suka sangat sampai lupa Allah.. =)

*lupa nak bagitahu ikan-ikan yang hasil pancing tu sedap giler babas!!! Isi dia tak hanyir, daging dia manis aje rasa.sampai aku tanya Teha “teh, ade gula ke kau letak?” Hasil pancingan sebelum balik tu aku amek bawak balik rumah. Balik rumah aku siang and bakar. Semua kata sedap. Ada 6 ekor. Tak berani nak bawak balik banyak-banyak. Takut family aku tak makan. Separuh tu lepas balik dalam kolam. Mak aku tanya pasal ikan tu..

Mama : kakak, ikan tu dapat dari mana?beli ka? Sedap la..selalunya mama tak makan ikan tilapia. Tapi yang ni lain la rasa dia. Syiok makan..

Aku : dari kolam ikan kat situ lar. Kitorang pancing. Dapat banyak..tapi lepas balik half.

Mama : haaaa?? Lepas balik? Awat tak bawak balik semua?

Aku : hmmmphhhhhh.... (haritu bebel kat haku tak nak bagi gi Bentong..risau lah apela..)--monolog dalaman aku semata-mata.

Minggu ni aku sangat penat. Macam-macam nak setelkan. Nantikan entry seterusnya kay!




p/s : Aku suka bercuti macam ni dengan kawan-kawan. Lepas ni bila dah kerja bukan senang nak berkumpul dan bercuti dah. Ohya, sebenarnya tak sangka leh plan macam ni. Dah ajak gak orang lain..tapi yang ni aje yang leh pergi. So next trip aku nak pergi Genting. Harap-harap 1 class dapat pergi sama-sama.. =) thanks kepada yang dah menjayakan.Korang memang best!!!!

2 comments:

  1. Bentong PAHANG 2 tempat lahir i!!! huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. laaa.. best giler kot sapa kampung kat Bentong.. (^_^)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...