Sunday, January 9, 2011

CANTIK Yang Aku Kagumi

Aku tak tahu kenapa aku boleh post sampai 3 entri harini. Hihihi. Ok, lupakan sejenak entri 'Biadap' aku itu sebab ia telah lama berlalu. Aku tak sengaja. Huhu. Aku dah semakin dewasa dan barangkali semakin matang jadi untuk melayan hal yang remeh temeh tu macam dah malas dah.

Aku mahu berbicara tentang seorang perempuan yang cantik. Maaf, aku bukan lesbian. Cuma aku rasa sangat adore dengan seorang perempuan ni.

Wajahnya sangat persis Cinta Laura, pelakon Indonesia tu.



Ok,  dia sebenarnya student aku. Barangkali mungkin ada yang masih tak tahu, aku mengajar renang untuk wanita dan kanak-kanak.

Masa pertama kali aku jumpa dia. Dia nampak macam pemalu. Sentiasa nak pegang mak dia.

Kulit gebu. Halus mulus flawless segala. Macam Cinta Laura.kan kiut!

Apa yang aku nak katakan. Aku kagum dengan dia. Sangat kagum.

Walaupun mempunyai almost semua lah yang didambakan perempuan- kulit cerah licin gebu, ketinggian, body lawa slim,bijak -budak medic, tapi satu benda yang sangat dia jaga.

AURAT.

Kalau kamu tengok Cinta Laura, mesti kamu tahu yang dia seorang yang seksi, ala-ala gedik.
Tapi perempuan ini. Sangat bertentangan sifatnya.

Aku suka sifat menjaga kecantikan yang dia ada. Baju dia mesti labuh bawah punggung. Selendang dia, walau berfashion, mesti menutup dada. Tak payah make up dah cantik sangat. Kalau aku lelaki barangkali aku dah pengsan. Masha Allah, memang cantik wehh. Tutur kata dia, sopan.

Lalu aku terfikir. Tak sangka masih ada perempuan begini.
Yang sangat cantik. SANGAT CANTIK tetapi sangat bersederhana dalam penampilan.
Dan masih nampak anggun dengan sentiasa menundukkan pandangannya ketika berjalan.

Oh kagumnyaaaa..

Aku kagum sebab aku sedar di kebanyakan waktu dan keadaan, perempuan yang cantik suka expose diri mereka. Suka mempamerkan apa yang dia ada. Aset yang mereka ada.   Apabila bergambar pula haruslah riak wajah seolah-olah berkata "hey look at me, I'm HOT!"  aku tak tujukan pada yang free hair sahaja, terkadang yang bertudung pun ada juga ciri-ciri begini. Dan aku tak maksudkan semua orang. So janganlah ada yang terasa hati pulak.


Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku cantik, berpakaian begini, apa yang aku dapat?
Ohhh, orang akan adore, suka pandang, lelaki akan suka usha. Lelaki akan ramai kejar sebab aku paling hot to go.
Then? apa lagi?
Pujian.. Ohh.. Lepas tu? apa lagi?
Kalau ada facebook mungkin orang akan add sampai full acount.
Then apa lagi?
Err.. err.. korang boleh jawab tak?
Sebab selain dosa, cemburu serta bakal difitnah oleh orang lain, dan bakal distalk habis-habisan oleh orang ramai,
aku tak tahu apa lagi kebaikannya. Huhu.

p/s: aku sendiri tak perfect. Baju dan tudung masih perlu dilabuhkan. T_T masih perlu dilonggarkan.Tapi masih tak sedar-sedar diri lagi. Isk3..Aku harap tahun yang baru lebih menginsafkan aku. Marilah sedar diri. Bila-bila masa ajal boleh datang. T_T

21 comments:

  1. wahhh teringin nak tgk muka dia. ade fb tak dia? kekekeke! tp alimah2 mmg ramai jugak yg cantik. muka suci!

    ReplyDelete
  2. best entry nie :)
    sangat2 setuju dengan point yang diberikan, hehe

    ReplyDelete
  3. setuju entry neh...suka2...ila pn banyak lagi yg perlu berubah...;-(

    ReplyDelete
  4. sama la kak.. yana ni pun x perfect, mana boleh perfect, almost but never sebab kesempurnaan tu milik Allah.. dalam tutup aurat pulak, memang baju perlu longgar2, tudung labuh bawah dada tapi yana masih kurang tu.. semoga Allah beri kita semua petunjuk.. amin

    ReplyDelete
  5. Cantik luar dan dalam itu susah nak cari..

    itulah yang GKSB sedang cari =)

    ReplyDelete
  6. sophie dah cun dah~
    tinggal sama2 la kite perbaiki diri kan sophie kan?
    esok sokong sape juara lagu?=D

    ReplyDelete
  7. suke & setuju dgn entri ni..

    sophie sgt cantik..nis suke lah dgn sophie...
    (:
    sukee sgt...

    ReplyDelete
  8. perfection tergantung di atas diri kita sndiri di mana kita meletakkan posisi diri ke arus yang positif dan matang dalam bertindak, sekaligus mendalami jiwa makrifat untuk kenali dan cerminan ke sudut hakikat!:D

    wahh, send my best regars to ur students then.. kak sophie, nk jd student rennag akak jugak..ngee~

    ReplyDelete
  9. hoho... nieza pun nk labuhkan baju ngan tudung la camni... hehe... memang dah pasang niat nk berubah pun...^_^

    ReplyDelete
  10. weh, ko ajar org swimming??? ajr aku plzzz!!! aku tak reti berenang. haha. (malu jeh!)

    ReplyDelete
  11. erm tu la..kite pon rasa perlu perbaiki diri. dah sedar dah tapi still tak buat2 lagi.. T_T

    ReplyDelete
  12. Wahhh...ambik la pic dia skali.. masukkan dalam entri ni. Nak gak tengok XD

    ReplyDelete
  13. sophie klu berkesmptn dpt gmbr dia jgn lupe share nan kmi yep... tringin gler nak tgok muke dia.. :)

    ReplyDelete
  14. sama lh kita :( sangat tidak perfect lagi. jom sophie kita shopiinggg <3

    ReplyDelete
  15. wah.. gadis melayu terakhir tu... tapi dia belajar renang camne ye?

    ReplyDelete
  16. bukan senang nak cari org yg cun tp ttp aurat sume kan...tp sophie pun lawa dan gojes whatttt...

    ReplyDelete
  17. Sape ni?
    Aku tak kenal..
    Maybe sbb aku tak minat tgk cite indon kot..

    ReplyDelete
  18. ala...xde ke gambar orgnyer,,,nak tengok....hihi


    salam kenal..^_^

    ReplyDelete
  19. perempuan yang cantik,ialah perempuan yang menjaga maruah dan auratnya (: agak2nya,bila la sy nk brubah mcm die.ehehe

    ReplyDelete
  20. apa lagi, knalkan arr kat aku...
    hahahaha

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...