Hye salam semua. Selamat Tahun Baru yer..
Sebenarnya dah lama nak buat entri ni. Tapi tak terbuat-buat. Bila bercakap tentang blogger yang aku rajin terjah ni, aku tak fokuskan pada blogger yang dah famous. Sebab yela, dah famous. Kalau aku bagitahu pun korang mesti "alaaaa..dah agak dah.." kan? So aku nak fokuskan blogger-blogger yang aku hargai karya (entri) mereka. Mereka juga mungkin merangkap follower aku. Mungkin juga blogger yang aku rasa aku boleh ngam dan selalunya blog yang aku suka terjah ni blog yang kemas. Ok jom zass!!
1) Zulfahmi Abidin @ Fahmie's Hyperlink
Ok kenapa aku harus meletakkan Fahmie di number satu? Sebab dia adalah kawan blogger pertama yang aku kenal. Waktu tu aku baru mula blogging. Dia macam follower terawal la. Macam follower top 5 terawal la.Yang follow lebih awal tu kawan dan bf aku sendiri so tak kira la. Fahmie ni lah blogger first yang linkkan blog aku kat blog dia. Dan banyak tunjuk ajar yang aku dapat daripada. Korang terjah lah blog dia. Sebab aku suka baca entri-entri dia.Informative dan kadang-kadang rasa nak sekeh kepala dia. Kadang-kadang beliau ni sarcastic sikit so kena tahan jela.lalalalalala~
2) Bashtiah @ bastiahWRITES!
Bash ni merupakan kawan aku di UiTM Shah Alam. Aku masih baru la kenal dia. Dalam tahun ni jugak. Tapi disebabkan dia pun seorang Lifeguard dan Swimming instructor kat pool, jadi selalu jugak la jumpa dengan dia and ngam sampai dia dah tidur kat rumah aku berapa kali dah. Mula-mula aku takut sikit nak tegur dia. Nampak macam serius orangnya. Tapi sebenarnya friendly giler. Aku suka baca post dia. Sebab walaupun dia menulis dalam English, tapi mudah difahami, telus dan ayat dia selalu kelakar. Suka bagi aku tersengih sorang-sorang.Kalau nak tanya pasal berenang atau Baywatch boleh tanya dia.Wakaka~
3) Cero @ nULL & aLteRnate
Aku rasa aku kenal dia sebab aku yang dulu komen dia kot waktu blogwalking dulu. Aku raselah. Aku tak berapa ingat yang benornya macam mana kami kenal. Lama-lama macam rasa best pulak singgah blog dia. Sebab kami ada minat yang sama. Dia suka karbon (pensel). Cero ni suka melukis. Selain entri dia yang selalunya best dan tak membosankan, dia selitkan juga dengan lukisan dia. Aku suka entri dia sebab selalunyai berkaitan dengan life dia, pemikiran dia, cerita dia yang dulu-dulu. Penyampaian dia bersahaja tapi aku rasa dia seorang yang unik dan misteri. Pada aku dia berjaya menarik perhatian pembaca walaupun tak reveal siapa dia sebenarnya mahupun gambar dia. Maknanya orang follow dia sebab betul-betul baca lah kan?
4) DLa @ LAdy_dyLA
Aku mula mengenali dLa ni sebab kebetulan template yang aku tengah gunakan sekarang sama dengan dia. Aku pun tegur dia sekali tengok rupanya sama bidang dengan aku, Architecture. Patutlah taste template pun sama.Tapi sekarang dia dah tukar sebab aku paksa. Cewah!! Acah je. Erm, aku suka blog dia sebab aku rasa diLa ni orangnya gila-gila sikit. Plus slumber dan sempoi. Dia dahla suka sukan badminton. Kalau korang nak renovate rumah, mintak je diLa ni designkan sebab dia dah kerja. hahahaha. Boleh pulak sesuka hati nak suruh dia buat Freelance.
5) Fyzal & Fashitah @ Di Sini Penaku Terbiut
Ok ni pasangan yang dah berkahwin. Aku tak pastilah akak Fashitah ke Abang Odio yang monitor blog ni. Sila panggil dia Abang Odio. Dia suka sebab tu nama manja dia. Ekekeke..sesuka hati aku aje kan nak tokok tambah. Aku suka blog mereka ni sebab penuh dengan unsur humor. Gambar-gambar yang mereka edit selalu aje kelakar. Haisyhhh! Tak tahu nak explain macam mana jadi korang kenalah terjah kalau nak tahu apa yang kelakar tu. Sebab kalau aku stress, aku usha balik entri blogger ni then akan gelak-gelak sebab dia pandai main dengan mimik muka orang. Kalau korang bernasib baik @ malang, muka korang pun akan jadi bahan kena edit gak. Har har har!!
6) Nurul @ Because she is Nurul Badiah
Alamak, aku rasa Nurul ni dah famous lah sebab followers dia cecah 2000++ dah.Tadi aku kata aku tak review kot blogger yang dah famous tapi takpela. Sebabkan suka & aku rasa macam tak perasan if ada blogger yang review blog dia (eh mungkin ada tapi aku yang tak tahu kot) so aku review ajela. Aku kenal blogger ni sejak follower dia macam 500+ macam tula. Dia memang suka photoshoot. Dia suka bergaya. Dia suka beraksi comel-comel. Yer mungkin ada anonymous yang suka kacau dia or tak puas hati dengan dia tapi aku suka aje. Sebab bila aku baca entri dia. Berisi. Dia kan budak law kan jadi dia agak outspoken. Tapi pemikiran dia memang betul pun. Aku lebih suka sifat true dan bukan fake personality. Selain tu aku suka gak bila dia bagi tips kecantikan. hehe. =)
7) Nis @ Bayang-bayang
Sebenarnya aku pun tak kenal blogger ni mula-mula sampai lah aku perasan dia ni antara yang jadi orang terawal yang selalu komen entri aku. Dan bila ada masa aku akan terjah balik pengomen-pengomen entri aku. So bila aku usha blog dia first, aku rasa macam best aje nama blog dia "Bayang-bayang". Shadow gitu. Then aku pun baca lah entri dia sampai aku scroll sampai habis siap older post lagi. Perghh! Minah ni memang slumber wa cakap lu. Sebab dia belajar kewartawanan. Isk3.. Mesti kaki terjah si Nis ni. Hehe. bakal jadi wartawan kan. Entri dia memang selumber, sempoi, kelakar. Selalu ada lukisan dia yang comel-comel. Dia suka buat mimik-mimik muka yang pelbagai tapi aku rasa dia fun and funny.
8) Nadea @ sukahati aku by nerdy nadea
Aku tak kenal siapa dia pada asalnya sampai lah Fyka yang rajin post pasal fashionista tu post pasal si Nero Nadea ni. Bila aku terjah blog dia aku terus suka. Sebab bagi aku dia seorang yang kreatif. Selain kerja sebagai photographer, dia juga suka buat DIY. macam baju DIY ke, accessories ke. So aku rasa bukan senang nak jumpa orang-orang yang kreatif di alam blog ni sebab tula aku suka dia. Plus, aku memang suka cara penulisan dia yang ala-ala sempoi gitu.
9) Ayeem @ Ayeem Ayam
Ayeem ni start blogging lambat dua bulan je dari aku tapi followers dia dua kali ganda daripada aku. Apa rahsianya ayeem? haha. Ayeem ni pada aku ada originality dia tersendiri. Dia bijak. Maksud aku dia bijak berblogging. Macam mana tu? Habis tu yang lain bodoh ke? eh tak, taaaakkk. Ayeem ni ada bakat terpendam yang dah tak terpendam sangat dah.Dia pandai design. Design dia pulak pakai flash. Aku tahu pakai software flash ni memang rumit sikit. Selain suka buat entri lawak lucah (eehhh tak bermaksud aku ni suka melucahh woii..), dia punya contest pun agak lain dari yang lain. Semua pasal ayam. Dan dia sangatlah helpful. Tak caya try la tanya dia apa-apa pasal software ke apa. Ayeem yang buatkan banner aku. Sangat senang berurusan dengan dia. Dahla aku terlambat bayar. isk3..T_T sorry derr..
10) ee @ eesyaheera
Haaa..ee ni pun antara follower aku yang terawal. Seingat aku macam top 50 camtu kot. Ke belas-belas eh. Tak ingat pulak. Dia student pharmacy so kalau korang nak prescribe apa-apa ubat boleh lah tanya ee eh. Aku suka blog dia sebab dia ceritakan hal kehidupan dia. Tapi cara dia cerita ok dan aku suka. Sekarang kalau aku rasa ee jarang komen or shout aku pulak yang gi cari dia. Gila kurang kasih sayang ke ape. Hahaha..
Ok ni ialah senarai blog yang aku rajin terjah. Sebenarnya ada lagi tapi aku hadkan dulu lah sampai 10. Mungkin taste kita tak sama tapi kalau kamu rasa nak usha entri mereka ni pergilah tekan kat link yang aku dah bagi ok. Yang tak masuk senarai tu bukan bermaksud aku tak rajin terjah. Cuma macam yang aku cakap, aku hadkan sampai 10. Sebab tu ada Review part 1. Mungkin akan ada review lagi ke tapi tajuk Follower Pengomen Tegar Blog Sophie Al-Yahya ke apa ke kan. Ceh bajet nak macam artis.kuikuikui.. So ni macam penghargaan lah kepada mereka yang support aku.
p/s: siapa yang dah comment untuk exchange link tu aku dah linkan. Siapa yang baru bagi nanti aku tambah link.
p/s/s : thanks to Ain sebab buat entri post '3 Ciri-ciri Ketara Bloging Niat Tak Ikhlas' dan selitkan pasal Sophie =) =) =)
kadang2 ada je blogger yang biasa2 tapi sebenarnya mereka sangat best bila menulis! susah nak jumpa.. fahmie, yana baru je nak jenguk.. hukhukhuk..
ReplyDeletethanks copi! haha. nasib baik header uptodate punye. jersey malaysia! haha. takde rahisa. yg penting lain dr lain ;)
ReplyDeletesophie.thank ya.
ReplyDeleteterharu...
(:
nis suka blog sophie..
dari dulu lagi
i adore you..
(:
happy new year dear..
wahhhh hebat mereka
ReplyDeleteawk ok !
wahhhh hebat mereka
ReplyDeleteawk ok !
kenapa bloh i takde? :( hahahaha
ReplyDeleteaduh.terharunyer kau buat mcm nie.sob sob.aku tak hebat mane lah.ko punyer follower pon lagi ramai dari aku kan.^_^
ReplyDeletebytheway tengs sgt2 ye sayang.^_^
ReplyDeleteaku dseru di sini..
ReplyDeletehahahaha..
ko kate aku misteri???
mak aku kata aku buku teks, tgk muka dh tau isi dlam..
hm, mgkin tu sbb aku tak tunjuk muka kot (slain dr aku yg lgsg tak hensem!)
btw, thanks sbb aku tersenarai!!!
syg thanks a lots..really appreciate it dear..
ReplyDeletebtw..nurul pon suke ur blog dats why selalu singgah sini:)
Ml selalu jenguk cik lady dyla tu.Frenly orang nye =)
ReplyDeleteoh serious macy bukak all blogs. first visit. salam kenal :)
ReplyDeleteWUUUUU..TERHARU GILER NI..THANX SOPHIE..SSH2 JER..HAHA..NT DLA UPAH CEKELAT YER..TQTQTQ..MUAH3 KAT SOPHIE..HP NEW YEAR 2011 ;)
ReplyDeletehuhu... fahmie pun tetap no.1 bg nieza... dia blogger pertama yg nieza kenal selain member sendiri... huhu... nak terjah yg lain2 punye... ade yg tak penah jumpe lg blog dorg... huhu...
ReplyDeletehahahah,,,famie 1st ni...topa nye blog xde pon,,,=(
ReplyDeletesophie, ee terharuuuuuu :') blog ee ni apa la sangat. suka cerita benda mengarut. tapi ee salu baca blog sophie taw. cuma kadang2 tak komen. nanti ee komen selalu
ReplyDeletep/s : ee balik uitm dah malam ni. so sad!
Terharuuu!.. thanx Sophie!.. tak sangka blog saya pun bleh jadi pilihan Sophie. Blog Sophie pun best. Tu la saya selalu jenguk sini hehe. Anyway, thanx again.. and do call me Abang Odio hehe XD
ReplyDeleteyaw babe..buat aku malu dowh...hahaha..thenkyu muah3x..suke gak terjah blog ko via phone..
ReplyDeletetenkyu2 lagi n happy new year =D =D
hmm, sorryla sekarang jarang update blog..sebab dah bekerja jd orang dewasa..hahahaha
Hi Sophie!
ReplyDeleteThank you thank you thank you! Terharu lah, serius... Rasa seronok je ada orang suka baca blog bash yang simple simple itu. Kita jumpa di kolam ya nanti! :D
waaa swimming instructor??hebat3x..jom lawan berenang..hahaa
ReplyDeleteas salam..'huhu.saya juga suka ziarah disini.membaca entri2.baca dalam diam tnapa komen
ReplyDelete:D
tu pun kalau ada masa lapang nak berblogging.huhu..
sesi meng-review bog :)
hahaaaa ayeem.
ReplyDelete