Monday, January 10, 2011

10 Respon Aku Terhadap AJL25

1. Aku suka persembahan Yuna. =)

2. Baju Stacy sangat style. Persembahan dia pun macam biasa, selalu bertenaga.

3. Aku tak faham kenapa Shahir nyanyi macam orang tak makan malah sangat kasihan kena tampar.

4.First time aku dengar lagu Tolong Ingatkan Aku by Ana Rafali tu. Aku kagum dengan vokal dia.

5. Aku rasa tempat ketiga macam orang lain lebih layak contohnya Bunkface ke, Yuna ke. But well, aku ni bukannya orang seni. Siapalah daku untuk berkata-kata.Cehh.

6. Oh lagu Hanyut by Faizal Tahir-aku mengharapkan lagu ni menang.

7. Aku suka giler. SUKA GILER tengok persembahan Dato' Siti Nurhaliza. Dia nampak semakin cantik lah. & aku macam rindukan persembahan dia di pentas.Dia memang seorang penghibur yang bagus. Tabik!

8. Gabungan Faizal-Elly-Cheryl memang bagus tapi aku tak faham kenapa lawak yang mereka buat tak mampu membuatkan aku tergelak. Malah banyak kali aku tercakap "Not funny~"

9. Aku rasa vokal terbaik macam penyanyi lain lebih layak je. eleleleeee..mesti korang sependapat dengan aku kan? Sejujurnya aku hampa untuk kategori ini.

10. Tak sabar nak tengok surat khabar esok. Mesti wartawan banyak komen pasal AJL 25 ni. Nantikan aje siapa yang bakal dikritik dan dipuji. Gossip u ollsss~

32 comments:

  1. Persembahan Yuna best. Tak setuju Ana Raffali menang. Saya lebih mengharapkan Faizal Tahir - Hanyut menang. Apapa pun, tahniah la buat semua..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan yang no 8 tue :)
    tak best lansung, harap2 tahun depan, tukar lah dengan orang lain pulak!

    ReplyDelete
  3. berharap sgt FT yg menang 1st.. tp ttp puas ati gk sb dia dah bwk angrh persembahan terbaek..
    n suke sgt style stacy.. tocang die.. auw~

    ReplyDelete
  4. 1 respon aku terhadap sophie al-yahya...

    kenapa sampai 10 respon ni??

    hehhehe.. gurau.. demam twitter punye psl.. kecewa ni~

    ReplyDelete
  5. haha... yg tang vokal ngan tempat ketiga tu pun memang rase penyanyi lain lebih layak... tak suke hafiz... haha...XD

    ReplyDelete
  6. to be frank yana pun x tau apa yang lawak pengacara cuba nak buat.. hahahhaha.. not funny! copy paste ni.. hihihihi.. shahir nampak macam sakit

    ReplyDelete
  7. yg aku nampak, FBI je yg lawak..
    dua yg lain tu tak lawak.. mcm buat2, tapi tak menjadi..

    ReplyDelete
  8. shahir sakit.. dia saspek kanser.. :'(

    ReplyDelete
  9. tak tengok habis show tu. break kerja pergi makan. sempat tengok intro dan ending. stage mengkagumkan.
    masa nash tengah nyanyi, kak tanya soalan bersahaja kpd 6 org kawan kt ofis yg sedang tengok ajl, sapa juara tahun lepas. semua teragak-agak nak jawab dan tak dpt jawab. hmm

    ReplyDelete
  10. Ana Raffali...
    Siyez..
    Ke laut...
    Tak pat0t menang...
    Layak lagi yuna faizal or hafiz...
    Lagipun lagu mesti ada msg. Baru leh menang...
    tp mcm ana raffal...lagu...
    ada msg...tp kelaut...
    msg lagu cinta sempurna hanyut n noktah cinta lagi dalam...
    Eeee....
    Ana Raffali...
    memang siyez...
    Suara 0ut...

    Apa2 p0n rezeki dier....

    ReplyDelete
  11. serius tak tengok . T___T tak tahu kenapa tak rasa nak tengok. hehe. dapat tahu "tolong ingat kan aku" menang pun kat twitter. hee.

    eh? shahir af kena tampar?!!!

    ReplyDelete
  12. siti jugak yang best dalam semua tu.baju grand abes.^^

    ReplyDelete
  13. yuna terbaik malam tu.!!!!!walaupun die tak menang saye akan support die..

    ReplyDelete
  14. Datuk CT macam preggy la. ahaha.

    ReplyDelete
  15. -.-" lagu ana rafali tuh sgt mndalam..hnya yg memahami sj yg tahu ertinya..cthnye...m.nasir!

    atra persembahan yg memg terkejut..hafiz + FT

    tgk persembahan ziana zain, superb giler la!!!

    ReplyDelete
  16. lupa nk ckp, header?

    cun..mcm komik ala2 US punya!tpi nmpk agak sedikit comot akibat limpahan kaler atau..sengaja?

    ReplyDelete
  17. sedih yuna tak menang, ehh header baru ehh ? lawa wooo

    ReplyDelete
  18. ske tgk kak pah..muke cm pelek jek..hahahaha~~

    ReplyDelete
  19. gune widget outbrain

    http://www.outbrain.com/

    ml g klas dlu.tata

    ReplyDelete
  20. ye.betul cakap kak sopi.
    sian shahir kena lempanggg!
    panggg...

    ReplyDelete
  21. Sophie!
    Saya juga suka persembahan Siti.Paling suka sebab dia menari + bila dia akhirnya nyanyi lagu Cindai tu..huhu..
    Apa2pun tak sokong Ana Rafali mng.sbb dia nyanyi dalam sangkar?(Structure tak kukuh ok Miss Architect.Haha)

    ReplyDelete
  22. aku tau aku akan dicemuh selepas ni..
    tp, aku tak rasa FT smalam wat yg terbaEK!!
    bnyk cacat cela dlm persembahan n vokal..
    n tak terkejut kalo tak menang...

    tp Yuna tak dpat ape2, mcam ade satu yg tak kena..

    ReplyDelete
  23. Faizal n Fashitah: huhu.same la abg odio. Sy pun harap FT menang. Tp ana rafali mungkin bawa kelainan pada music skrg kot.

    ezan: kan.harap next year amek afdlin shauki.heheeee..

    Diya: kan..kan..kan.. =)

    athirah: hahahahahaha...

    nieza micha: wah! direct!

    liyanaziz: harharhar..kannn!!

    meuzangelo: hurmm..nampak mcm ikut skrip sgt la.

    sophia rani: hah? yekeee?? kesiannyeee..

    ryann:maksudnya diorg tak ingat?

    akulanonot: hah serious ke? tp suara dia sophie suka. Nyanyi live pun sedap. Well I guess dia ada kelainan kot.

    eykameow: adess...apesal laa x tgk.tak rugi..tak rugi..haha.

    ML: tulaaa..suka jugak.menyerlah sgt warna dan bling2 dia tu.

    ReplyDelete
  24. Taufan Ribut: Ramai betul support yuna eh.

    Osh: wahhh..yeke? mungkin kot.sebab tu berseri2 eh.

    Hamzah Ian: Thanks

    eiffel: yup.Sophie sokong part tu. Makna mendalam.Hehe..yeke? takpela,ada org buatkan, kita amek je dengan berbesar hati.

    encik tikus: a ah.baru perasan ke.kikiki..

    Ila: hah.memang pun!

    kay yea: memang pelik. -_-'

    kim heerul : a ah.best!!!

    fara feroza: eh eh..lek dulu..

    farah amira: hahahaha..dahla cam tak sehat eh.kena lempang lagi.huhu..

    airaniez: kan, suka jgk siti perform.The bestt!! takde org leh kalahkan dia. Well, ana raffali, mungkin persembahan dia ada makna yg mendalam yg org2 seni je paham kot. lelaki tu kn org teater.huhu.

    cEro: vokal FT agak down aku rasa. Tp aku sebenarnya tak tahu AJL ni dia kira penyampaian masa nyanyian ke tak.

    caliph: agak laaa..

    ain: =)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...