Tuesday, February 8, 2011

Tak Pernah Terfikir Nak Jadi Sumber Inspirasi.

Dulu, sewaktu aku takde blog, aku selalu melawat blog Hanis Zalikha. Kemudian, aku rajin baca blog emak Hanis Zalikha. Puan Nani Rostam tu. Bagi aku, kehidupan Puan Nani Rostam agak memberi inspirasi bagi aku la. Sebab beliau ada bercerita bagaimana keadaan beliau ketika zaman beliau sebelum sekarang ni. Sekarang nampaknya macam rezeki dia murah la. Alhamdulillah. Tapi kalau baca entri dia yang lama-lama, serius, sangat tabik dengan dia. Penat lelah dia, pengorbanan dia sebagai seorang isteri dan ibu memang betul-betul buatkan aku rasa sangat respect dengan dia.

Sebenarnya kalau nak tahu, bermula dari Puan Nani Rostam ni lah keinginan aku untuk mempunyai blog agak menebal. Tambahan pula aku agak rajin nak post notes kat FB. Sebelum zaman post notes tu aku tak tahu blog tu apa (hehe..) Jadi tujuan aku berblog ni sebab utama aku ialah untuk share pasal life aku yang tak seberapa ni. Share apa yang aku fikir, share emosi aku ke. Kalau yang dah lama follow blog aku, mesti tahu kot perkara-perkara lalu yang pernah aku alami.

Jadi nak dijadikan cerita, selepas aku pulang dari Langkawi, aku rasa macam. Hurmmm.. Speechless kot sebab baca entri Cik Anis ni. Aku rasa macam, eh betul ke ni?? Eh aku ke? So, thanks sangat-sangat kepada Cik Anis. Sebenarnya aku tak pernah terfikir akan menjadi sumber inspirasi sesiapa pun. Cukup sekadar ada orang yang baca post aku, aku dah bersyukur. Aku lagi suka kalau ada orang komen entri-entri aku. hehe. Sebab tu akan sedaya upaya reply dan terjah kembali. Tapi kadang-kadang juga dah tak upaya sebab busy.huhu. 

Kepada yang rajin datang tu terima kasih banyak-banyak la walaupun kamu tak tinggalkan sebarang komen. Silent readers tu, please don't be silent anymore. =) Thanks kepada blogger lain juga yang ada buat post pasal aku ke, link kan aku dalam entri mereka ke. Oh dan juga kepada A.M . Dan juga kepada yang lain. Maaf, dah lost track. Huhu. Tapi SANGAT-SANGAT  berterima kasih pada semua. Dan ada juga yang buat entry bila aku follow blog mereka atau apa-apa perkara kecil sekali pun. Huhu,malu sebenarnya sebab kite bukannya femes pun. Tapi betul-betul terharu. Terima Kasih!

Ohya, lately aku menerima feedback yang agak positif la dari member-member aku. Sebenarnya aku tak sangka pun mereka nih ada baca blog aku especially yang lelaki la. Tapi semakin ramai yang mengaku nampaknya.Hihi. dan ada juga senior lelaki yang hantar message kata suka baca blog aku sebab honest dan kelakar. (kelakar tu aku kurang pasti tang mana sebab aku rasa aku tak buat lawak lah pulak)

Nota Kecil Hari Ini:

Thanks kepada yang add aku di facebook. Tapi aku akan lebih appreciate jika kamu bagitahu yang kamu adalah blogger atau pembaca blog aku. Sebab sebenarnya aku selalu ragu-ragu nak approve ke tak friend request dari orang tak dikenali. Facebook agak private bagi aku. Makanya aku tak letak gambar sendiri di profile picture. Sebab kononnya berharap letak gambar kolam renang ada belon warna warni mampu mengelakkan friend request dari orang tak dikenali.huhu.

19 comments:

  1. hye sophie.. slalunya sy jdi silent readers je,sblm ni pn prnah je komen kat entry sophie yg 8 psonaliti btudung 2..tp skali 2 jela..hehe..bkn ape,segan la nk komen..hehe. honestly, sy suka bca blog sophie..pnulisan sophie tulus..jujur..btl2 lahir dri hati..

    ReplyDelete
  2. niat yang baik pasti akan di balas baik...teruskan menjaga identiti blog dan elakkan dari bersengketa dgn blogger lain..:)

    ReplyDelete
  3. itu petanda yg baik jika orang admire kite dan belog kite..semoga kamu terus sukses dalam dunia blogging ni..^_^


    p/s::saye salah sorg follower kamu yang selalu menjadi silent reader..ikut dan je kalau nk bg komen..anyway, nice blog u have here..

    ReplyDelete
  4. u r one of my inspirations too sis sophie:) wish u best of luck in any career u embark on ya:)!!!

    ReplyDelete
  5. cik sophie comel..mestila ramai yg jadikan sumber inspirasi

    ReplyDelete
  6. suka dtg sini walau kdg2 tk komen...jenguk2 tuan blog yg cute...

    siyes mmg best blog ni..jemput singgah2 blog akak pulak ye..maybe sbgai sumber inpirasi bl dh berkurga nnti..hehee merepek je kan..

    ReplyDelete
  7. header baru anda cantik!! ehehe.

    ReplyDelete
  8. nis suke lah kat sophie ni..
    blog sophie best
    dari dulu nis suke bace..
    tp dulu jadi silent reader..
    thnks sophie..banyak nasihat nis..
    nis akan terus bace blog sophie..
    & thnks sebab approve request nis from fesbuk yaa
    (:

    i hope one day,i will meet you.

    ReplyDelete
  9. Its good that u're being her *inspiration* rather than other people..I klu ada adik lelaki pun akan ambil u jd adik ipar..unfortunately..erm..^_^

    ReplyDelete
  10. huhu. baru jumpe belog ni. mcm besst smpai jad inspirational. XD

    ReplyDelete
  11. Saya pun silent reader yerRrr. Anyway, keep on blogging. Anda sumber inspirasi saya yerRr hehe..

    ReplyDelete
  12. Terasa la dengan silent reader tu. Ahaha. Anywys, Congrats kak sophie :) Seronok baca entri ni. :P teruskan mengepost! Hehee :P

    ReplyDelete
  13. saya pun silent reader jugak..tapi pernah sekali je komen..huhu

    ReplyDelete
  14. Good job Sophie...
    one of your silent reader.. :))

    ReplyDelete
  15. suke sgt ngan blog akk..
    pnulisn akk pon best,sempoi!!
    haha..
    msti akk dh jdi sumber inspirasi kat blogger2 len kn?
    gud job~

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...