Saturday, February 5, 2011

Baywatch Langkawi-Day 2 ( Belajar Pandu Jet Ski dan Bot Penyelamat )

Disebabkan aku taknak cerita di Langkawi jadi basi, aku pun post ajelah walaupun takde gambar aku. huhu. Sebab aku ambil dalam facebook kawan aku aje. Dan seperti yang pernah aku bagitahu, gambar-gambar masa hari kedua ni ada dalam camera member aku. So takpela, aku harap kamu semua dapatlah bayangkan aktiviti kami waktu tu.

Hari kedua ialah hari yang sangat penat kot bagi aku. Sebab tulah keesokannya bila aku bangun pagi bibir aku berdarah, pecah-pecah. Sebab dehydrate. Cuaca panas dan aktiviti sentiasa berjalan. Aku pula tak suka pakai lip balm di bibir. Jadi aku akan tahu yang aku dehydrate bila bibir aku terasa kering.

Okey back to my stories, pagi itu seperti biasa lah sebelum breakfast kena jogging. Tepat 7.30 kena berkumpul. Aku rasa aku lambat 2 minit aje tapi jam biro disiplin cepat sikit kot makanya aku dikira lambat. Huh, kena denda  =( 

Pagi tu simulasi kelemasan macam biasa. Tak begitu jauh dari pantai. Ada half yang jadi mangsa di tempat dalam. Ada half yang jadi penyelamat yang akan berenang dan selamatkan mangsa menggunakan alat bantuan kelemasan.

 
Kalau dah bajet David Hasselhoff  tuuuu.. I cannot say anything lah. I also can bajet like Pamela Anderson lah. *bluek!! Bluekkk!! Taknak boobs overweight euww!!*



Ohh, tak dilupakan juga, kat sini ramai giler mat salleh berbikini. Yeahh..kat Malaysia nih!!.. So lelaki memang suka lah kan nak cuci mata ni. So pakai taktik lapuk, pakai shades gelap, pandang bawah, tapi mata meliar.heh!

Klik "Baca sampai habis!" untuk sambung baca





So waktu pagi aktiviti macam biasa lah, simulasi keselamatan dari jam 9am-12.30pm. Tapi tak begitu teruk rasanya. Petang pula, waahhh.. memang best!  Jam 3 kena berkumpul. Heee, bot penyelamat dibina (tak sure boleh guna perkataan ni tak.) sebabnya bot ni boleh dismantle dan dipasang semula.  Enjin kat belakang tu juga boleh dicabut.

*proses pemasangan bot. Nampak macam nipis je body bot ni. Tapi berat wooo..*

*kan dah kata berat, ramai-ramai lah kena angkat*

*Abang JPAM berbaju oren feveret semua orang sebab sempoi dan best. Nama glemer=Panjang. Sebab memang tinggi giler.*


Kami semua dibahagi kepada 4 kumpulan. Dua kumpulan akan belajar memandu bot. Dua lagi kumpulan belajar memandu jet ski penyelamat. Lepas dah habis belajar, switch pulak supaya semua orang dapat merasa memandu bot dan jet ski.


 Macam ni la rupa bot berkenaan. Nampak macam sampan tapi material bukan kayu la Dan ada enjin.

Group ni berat-berat. Sebab tu bot bocor. Wahahahahaha..
Nasib baik group aku sebelum group mereka ni. Kalau tak, lambat la nak tunggu dapat naik bot. So ada dua bot dan ada dua jet ski.
Sewaktu di atas bot. kami di ajar cara melempar pelampung sekiranya ada orang terjatuh dalam laut. Pelampung ni berat woo. Kalau terkena kepala mangsa sebelum dia lemas gerenti pengsan dulu.Oh mungkin juga boleh hilang ingatan. Kalau di kolam renang, pelampung yang kami gunakan sangat ringan. Diperbuat daripada material Polystyrene. Nak baling pun senang. Cuba teka kenapa di laut kena pakai pelampung berat? Siapa dapat jawab aku bagi cekelat!! 

Sebabnyaaaaaa.. Di laut angin kuat. Kalau pakai pelampung polysterine, karang nak baling kat mangsa, dia patah balik kena kepala sendiri pulak. Kan haru tu.

*nak baling pelampung pun ada cara. Sebab ada tali. Gulung tali pun ada cara. Tapi kalau betul-betul ada situasi kelemasan aku rasa dah tak sempat nak gulung tali laa.

Lepas tu kami di ajar cara memandu bot. Meh sini aku ajar kamu bagaimana nak memandu bot okeh. Ambil kertas dan salin. Chewah!!

Mula-mula, hidupkan enjin. Agak berat tau tarik tali ni. Tapi disebabkan aku kuat (cewah lagi..) makanya aku berjaya menghidupkan enjin kali kedua tarikan (kuat lah sangat, tapi okey lah tu.)

Lepas tu nampak tak tali yang macam spring tu? Di hujungnya adalah kunci. Ia harus dipakai di pergelangan tangan supaya jika berlaku accident, contoh: terpelanting ke ketika memandu bot ni, kunci tu akan tertarik dan ter-off dengan sendirinya. Ala,macam concept naik treadmill dalam gym yang tali dia kena sangkut di baju tu. Kalau terjatuh kan treadmill tu berhenti terus.
Ha ni lah dia butang nak tekan off on tu senang aje. tekan ajela. Ada sikit macam naik skuter kot. Lepas tu kan, ada macam gear la. Tapi takde gear. Macam ala-ala gear kereta yang kena tarik tolak depan belakang tu. Bot ni pun ada. Kalau nak gerak, tarik ke depan. Kalau nak ke belakang (reverse), tarik ke belakang. Neutral, tolak tengah-tengah. Pendek kata, bot ni auto la. (-_-')


Haaa ni stereng dia. Tapi kalau nak ke kanan kena tolak kiri. Nak ke kiri kalu, kena tolak kanan. Terbalik la macam tu.
Ok kalau korang boleh ingat step ni dah boleh bawak bot pergi Pulau Perhentian dah. Suruh driver bot rest aje. Tapi pada mulanya agak susah lah nak control, sebab kat air kot. Memang feeling dia lain sangat-sangat. Masa mula-mula bawak, ada macam zigzag lah aku bawak. Huhuhu.. (-_-') Lepas tu baru macam pro skit. Macam jelaa.

Okey group lagi satu buat apa? Naik jet ski laaahhh.. Jet Ski is the best!!!

Ni kes semua berebut nak naik dulu la ni.

Nak naik jet ski pun senang aje sebenarnya. Macam naik skuter. Tapi kunci dia pun macam yang bot tadi. Ada tali spring tu. Tapi stereng dia macam motor la. Janganlah nak ke kanan kau kona kiri pulak macam naik bot tadi. Kang terbabas pulak langgar apa-apa.

Jet Ski Rescue ni bagi aku istimewa sikit. Sebab kat belakang dia nampak tak board kuning yang kawan aku duk baring tu? Itu untuk baringkan mangsa lemas. Tapi masa latihan ni. Haaaaa..yang bestnya kami pegang handle kuat-kuat, kawan lagi seorang pandu. Abang JPAM duduk belakang ajar. Yang pandu pun best, yang baring meniarap kat belakang lagi best!! Especially bila bawa full throttle. Memang extreme lah. Tambah-tambah lagi bila corner tajam kan. Kalau orang utara cakap kona baring lahhh!!
Selepas beberapa ketika, switch pulak. Yang pandu pula baring di belakang. Air terpercik memang kuat lah. Siap macam ala-ala drift lagi haa. Dengan ombaknya so ada rasa terhempap-hempap gitu masa bawa jet ski ni. Masa aku punya turn, partner aku budak laki. Kalau dah lelaki tu tahu jela bawak jet ski macam mana. Tapi aku kat belakang memang syiok ah. Bila aku punya turn bawa jetski,

abang JPAM kata "bawak aje macam bawak motor"
Aku kata. "tapi saya tak reti bawak motor bang"
Abang JPAM : (terdiam sambil senyum)

Abang JPAM ajar bawa sampai full throttle (means pulas minyak sampai habis.) dan kemudian buat bulatan dengan cara patah stereng sampai habis. Perghhh! Rasa macam yang racing motor selalu buat bila kona yang sampai lutut nak cecah jalan tuh. Takut tapi teruja giler. Kesian partner yang duduk belakang tu. Tapi dia kata best. Sebab aku bawak ganaz. Dah tu, tak reti bawa motor memang la main pulas aje.

So sementara nak tunggu giliran ni orang lain buat apa yer? Menungu memang tak best kan? Tapi kali ni, menunggu pun takpe. Boleh relax-relax, boleh main-main.
*cak-cakkk! eyy korang ni bajet comel ehh..*

Tunggu giliran lagi kalau nak main rescue board macam kat bawah ni. Best!! Tapi budak lelaki selalu conquer. Tak aci taw!!






Rescue board tu nak bawa dia macam ni :




Haaaa macam tulah hari kedua kami. Memang penuh dengan aktiviti. Tak sempat nak main parasailing ke, banana boat ke. Tak pun pegi jalan-jalan. Aktiviti ajeee.. Kulit aku burn kot. Tapi sekarang dah semakin ok.


Baywatch Tower JPAM dengan truck JPAM.


Orait!! Dah habis cerita hari kedua. Eh hari kedua lah terjumpa Shaheizy Sam dengan Lisa Surihani. Lisa senyum kat aku.. T_T  cantik lah diaaaa!! tapi sempat bergambar dengan Sam aje. Nanti aku cari dulu gambar Sam tu. Tapi aku tak sempat nak masuk dalam gambar. Sebab aku yang amek gambar. Then PR dia ke apa kecoh-kecoh kata sekarang waktu makan diorang. Padahal Sam rilex jeee..  I know, life is so unfair sometimes. =(











































19 comments:

  1. best nye kak sophie! lama tak pergi pantai nih. hihi. kak sophie tolng bawak jetski nnti ehh :p

    ReplyDelete
  2. klu bibir berdarah
    try gune vaseline'dak pun nivea lipbalm
    hehe

    banykkn minum ayaqq


    GONG XI FATT CHOIII
    •*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
    (\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
    (=' ;') •::::::::HAPPY RABBIT YEAR :::::::::::•
    (,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*

    |Journey from HELL|


    Sorry lama Tak SINGGAH.

    ReplyDelete
  3. waa..bestnye belajar pandu jetski & bot penyelamat.
    pemgalaman yg best..
    (:

    ReplyDelete
  4. jenguk2 sini..

    best nya..belaja pandu jet ski...akk takuutt..hehe

    ReplyDelete
  5. bestnye.!!waa...blaja utk jd ape ni kak?

    salam..blogwalking n follow.!!

    ReplyDelete
  6. besnye kak ,, jelesnye,, BW,, jgan lupe fllow back aw..

    ReplyDelete
  7. okay baru tahu kenapa pasal tali yang spring tu :D

    ReplyDelete
  8. wah bestnye boleh belajar bwak bot...

    ReplyDelete
  9. gile best ko sophie.jadi org laut ko skrg.^_^

    ReplyDelete
  10. hmm.. total kene bayar semua brape ek?? teringin gak nk main benda alah nih.. kirenye waktu paling sesuai dalam bulan nih ke ek? ko g bile?

    ReplyDelete
  11. tengok gaya macam best je! eh tak, memang best ni!!!!

    ReplyDelete
  12. pergh!!! nak baling pelampung pon ade skill??
    hehehe.

    ReplyDelete
  13. Syokkan main jetski ehek. Anyway, best la aktiviti Sophie kat langkawi tu.. XD

    ReplyDelete
  14. amalia: hehe..buleh2.. set je.. =)

    pinqib: tula masalahnyaaa..x suka pakai lip balm.. huhu..

    anisa Hang tuah: hehe..memang best..

    fieza: mula2 je takut..lepas tu dah taknak stop dah percayaaalah..

    nurul: utk jadi penyelamat..hehe.

    putri nadia: hhehehe..jgnla jeles2..

    syida syukor: haaaa...samelah dgn I.mula2 pun tak tahu.ingtkan style ke apa.

    fitrah: memang best lorhh.. =)

    ReplyDelete
  15. fahmi:huhu..tak la laut sgt..aku takmo..takmo lah jd gelap sgt..

    kyo: semua sekali RM50. Jetski, boat tu sume free under JPAM.

    pja Ismail: haahahaha..MEMANG BEST!!

    Ila: memang happy =)

    cEro: a ahh..ade sebenarnya..

    faizal n Fashitah: seronok gilerrr!! haaa.memang best abg odio.. =)

    ReplyDelete
  16. serius best la sophie...penat tp puas kan..dah lame x aktif camni..

    psttt...berat bdn turun x lps abes 8tvt neh yunk?hehe

    ReplyDelete
  17. turun mendenya..lagi naik adela Dla.hehehe..sbb penat dan asyik hidangkan nasi jeee..

    ReplyDelete
  18. Pengetahuan berguna jika diperlukan, Tahniah!

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...