Monday, February 7, 2011

Baywatch Langkawi- Day 3 (Selamatkan Mangsa Lemas)


Hyeee...!!

Fiuh, kenapakah aku ambil masa seminggu nak update pasal Langkawi ni? Aku buat beberapa entri untuk cover semua cerita pasal Langkawi ni. Tujuan aku hanyalah nak share. So apa-apa ilmu yang aku dapat pun aku harap korang yang baca pun dapat. Lagipun aku punya blog ni macam visual diary aku la. Aku ingatkan mungkin ada yang tak minat nak baca kisah aku di Langkawi. Tapi rupanya ramai juga yang view yer. Terima Kasih Banyak-banyak tau!

Ohya, nak ingatkan, kami ni semua bukannya tentera laut atau udara atau kadet ke apa.Jadi mentang-mentanglah kami berkolaborasi dengan JPAM, janganlah ingat latihan dah ala-ala tentera aje kena ada helikopter bagai. Kami nih pool lifeguard je. Jadi latihan ni cuma nak dedahkan kami pada keadaan di laut, bagaimana rasanya menyelamatkan orang di laut. Fiuhhhhh~  rintangan dia BESAR.. (sampai tulisan pun kena dalam capital)

Ok aku mulakan cerita hari ketiga ok. Hari ketiga ni half day aje. Tapi kiranya macam test lah untuk kami. Sebab dua hari sebelum kan dah buat latihan. Makanya brader-brader JPAM kata hari last tu kena buat latihan tanpa memakai lifejacket. So yeahhhh!! Here comes the challenge!!

Maka seperti biasa, pagi-pagi lepas subuh kena jogging. Tapi suasana sangat nyaman. Jadi sangat best. 


 *Perlu ke seperti Gabannn???*  (-_-')

Selepas itu perbincangan sebab kena bahagi dua team. Nak tengok team sapa paling hebat dan tangkas. Cewah. 


Apa yang kami bincangkan ni? Sebenarnya akan ada latihan keselamatan menggunakan alat bantuan keselamatan, macam pelampung, bucket, rescue can, etc. Ada 5 benda la senang cerita. Jadi bincang la sapa nak jadi penyelamat, siapa yang jadi mangsa.

Lepas tu, kena berenang jauh sikit dari pantai, kira tak cecah pantai dahla..Memang kena float. Selepas tu kena berenang menyusur sepanjang pantai. Lebih kurang macam nak cek stamina laaaa..

 *berenang ke tempat dalam*

Klik "baca sampai habis!" untuk sambung baca ok!


*angkat tangan semuaaaa..!! Say cheese..!! Macam latihan di pool dalam entri INI.*

Yeahhh,waktu untuk menguji stamina!! Berenang menyusur pantai. Tak boleh stop-stop. Kang tenggelam kang.



*Yang paling depan ni semua swimmer tegar. huhu. Aku ni separa atau suku tegar aje.hehe. kat sini ada perenang selat, ada perenang negeri,memang hebat lah especially yang dah depan-depan ni.Dan semestinya yang paling depan tu mesti akak Perenang Selat kita Zahra Masoumah yang rajin keluar paper dengan adik-adik dia tu. Dia dah biasa berenang di laut..*



Ni pehal aku pakai lifejacket siap peace-peace lagi nih? Apesal kau tak berenang hah Sophie? Mengelat eh?? Hihi..sebenarnya aku jadi photographer tak bertauliah of the day. Jadi aku dapat naik jet ski laa.. duduk belakang Abang JPAM. Dia pandu aku amek gambar. Ingat senang ke keje aku? Nak tertonggeng sana tertonggeng sini dah dengan ombak nye. Kejap pusing depan, kejap pusing belakang. Kejap berdiri, kejap duduk. Nak view menarik sikit kene tertonggeng sikit. Penat rupanya jadi photographer yehh.

 *yeahhh..aku bonceng kat belakang wehh..*
 Haaa, penat tak tengok? Tengok je mestilah tak penat kan. Lepas berenang, kena lah naik ke darat sebentar. Dengar arahan berikutnya. Waktu tu semua dah penat. Hehe. Aku pun penat menonggeng tadi. T_T  kawan aku kata gaya aku amek gambar dah macam photograper profesional ajeee. Padahal diorang tak tahu, aku bergaya ajeee lebih! Huahua..

 *sambil rehat tu aku naik Baywatch Tower. Cantik pemandangan dari sini. Boleh nampak la sepanjang Pantai Chenang ni*

 *kemudian snap gambar dari atas*

 *lepas tu rasa macam syiok pulak kalau suruh mereka nih buat formation huruf LG (Lifeguard).*

 *aku bersama rescue board kesayangan ramai sebab kononnya macam bergaya bila swim pakai board ni. (-_-')  tak logikkk..tak logikk..*


 *aku sorang je sesat pakai lifejacket sebab aku nak amek gambar. Sebab takut badan terjatuh dan camere tenggelam. So lifejacket memang penyelamat la.*

Kami di ajar bagaimana menggunakan semua peralatan-peralatan alat bantuan kelemasan. Yang biasa punya kami dah belajar masa taklimat waktu malam. Yang belajar waktu ni pula ialah yang kami tak pernah nampak lagi in realiti. Sebab tu sedikit jakun dan berebut-rebut nak pakai Resque Board ni.

Okeh meh sini aku ajar macam mana nak selamatkan mangsa pakai rescue board ni. 

 Mula-mula, bila dah berenang ke arah mangsa, letakkan kedua-dua tangan mangsa atas Rescue Board ni macam dalam gambar. Ok. Yang baju itam bukan mangsa. Yang lagi sorang yang kat hujung tu.

 Kemudian yang baju itam (penyelamat) kena tarik board di tepi. berlawanan dengan tangan mangsa yang diletakkan di tepi lagi satu tu.
 Kemudian pusingkan board. Supaya mangsa terangkat.
 Dalam kedudukan ini memang penyelamat sedikit tenggelam la. Tapi misi menyelamat ni, kena pastikan mangsa selamat la instead of penyelamat tu sendiri.


Lepas tu baringkan mangsa. Tarik dan pusingkan kaki dia ikut panjang board ni. Penyelamat duduk di hujung. Dan baring, kemudian kayuh board sampai ke tepi pantai.

Ok macam tu lah kiranya nak pakai Rescue Board tu macam mana. Selepas itu, kan pagi tadinya kena bahagi dua team. So yes, latihan keselamatan ni JPAM nak uji lah kumpulan mana yang kuat. Ecececee..

So test keselamatan pun dimulakan laaaa..

*maaf, baru aku tahu logik juga board ni nak buat jadi gaya, mutu keunggulan..*


 *ok yang sekelompok disini ialah yang jadi mangsa. Memang dalam. Jadi kena olok-olok lemas. *

 *Itu dia penyelamat dah beraksi*


 
*aku kena lah promote Langkawi jugak ni..*

Ada sekelompok yang jadi mangsa. Selebihnya jadi penyelamat. Tapi penyelamat menggunakan semua kaedah. Sebanyak 5 kaedah termasuk peralatan la.
 Yang ni pakai resque bucket.

 Bucket tu sahaja dah berat sebenarnya.

 Yang ni pula towing Aku pernah bagitahu cara ni dalam entri Latihan Lifeguard UiTM. Tarik mangsa dengan memegang dagu, bukan leher.

 *sudah hampir di darat*

 *yeahhh!! Itu diaaaa.. Heroin kita berjaya selamatkan mangsa. Ok, kan aku dah cakap tadi mangsa lemas olok-olok. Jadi anggap jela macam betul. Makanya penyelamat kena pangku mangsa.

 *Crowd yang ada pun lakonan juga membayangkan situasi sebenar especially negara kita. Crowd yang berkerumun ni harus dileraikan. Bagi ruang pada mangsa.

 *Crowd yang degil kita kasi belasah je. Debush!*

Ok time ni bila dah baringkan mangsa, make sure minta orang call Ambulans. Sambil tu kalau sempat buatlah CPR.

 *Atas permintaan kau Nasa, aku bubuh gambar kau lagi with nice view at the back ;p  *



Ni gambar di hadapan tower. Banner siapa lah design kan.. Fiufiuufiuuu..(bersiul)

 *gambar ramai-ramai sebelum balik*
 *dan bergambar di depan Underwater world. Dah berapa kali datang Langkawi tapi tak pernah masuk Underwater World ni. Menyedihkan betul la aku ni.*

 *ke jeti menaiki truck JPAM lagi*

 *disebabkan angin kuat sangat ada lah satu surat cinta melayang kat aku dalam truck. Hahahaha.. Comel giler. Rupanya notes kawan aku. Senarai kiriman cokelet apa yang nak dibeli bersama budjet harga.Hihiii..*

 *sebelum sampai feri, kami berhenti di Kedai Haji Ismail Group. Memang famous di Langkawi. Heaven untuk beli cokelet murah. Tapi kami diberi masa 20 minit aje. WHAT??? Mana sempat kot. Tapi disebabkan agak baru datang sini dalam sebulan yang lepas. Aku dah tahu dah mana selok belok cokelet yang aku nak beli.haaa.. Selalu bernasib baik. Heeee.. =B  *

 *sampai 3 raga aku beli. Family punya, kawan-kawan, untuk contest.. ececece..(entah-entah padahal semuanya aku punya..hahahhahaha..)*

 *Ni dah sampai jeti Kuala Perlis. Dah burn dah time ni. Tapi macam hepi gilerr ahh datang Langkawi*

*dalam bas. Tengok, kaki gosip. Yang duk depan siap leh pusing belakang. Sit yang dua orang jadi sit untuk 3 orang. Hahaha.. Ok, sebenarnya gosip 30 minit je lepas tu semua tidur sebab keletihan.*


Nota Kecil Hari Ini:

Cerita yang sebenarnya memang jauh lebih panjang lah, tapi aku cuba lah muatkan dalam 3 entri. Keseluruhannya, program kali ni berjalan dengan sangat lancar. Kami berjaya mendisiplinkan diri sebab membawa nama UiTM.Memang full program, takde masa nak shopping or jalan-jalan sangat pun. Kenangan begini, bukan senang nak dapat. Tapi takdir telah membawa aku ke sini, bersama mereka yang superb friendly dah macam brader sister walaupun background berbeza. So yeahh. My life is really wonderful. Ohya, datang sini 3 hari 2 malam, kami cuma bayar RM50 seorang. Yeahhh. Like freaking AWESOME.. RM50 tu macam lepas untuk naik bas je kot. So, bergiatlah di universiti dan join comunity yang active dan cool~  (^_^)V

p/s: antara dua team tu dua-dua sama hebat. Tuan JPAM pun kata kami kuat. Dia tak sangka kami boleh berjaya tamatkan misi. Yeayyy.. Kan dah buat latihan stamina kat pool UiTM. Tak sia-sia.. =)

13 comments:

  1. wahhh..ml nk mndi laut jugk..tp klo yg dalam dalam tu kne gune pelampung la.hihihi

    ReplyDelete
  2. pool lifeguard pon kne latih smpai gni..hebatla..best punye pasal..dr mula sampai abes cye bce..tp speed reading la..hihi..

    ReplyDelete
  3. sgt2 la wonderful dear..sonok bace taw..mmg patut share la ngan kitorg yg ssh nk dpt life camtu..bkn sng ni nk dpt pngalaman camni...dla plan nk gi langkawi la thn ni..hehe..nk msk underwater world..aritu pergi tp x msk pun..rugi lak rase

    ReplyDelete
  4. ama: eh jaganlah jeles.

    ML: hehe..mandi la balik mesia nnti. Takpe, pakai jela pelmpung kalau nak selamat.

    afifah: hehe..thanks sudi bace.. =)

    dla: hehee..yeke.. sophie pun ingat nak gi lagi.. tp tgk dulu la kewangan dgn keadaan.hehe..

    ReplyDelete
  5. wah..akhirnya ter*cover* gak kisah Langkawi anda ye Sophie..tapi mmg best sbb u share ur knowledge psl LG ni..nanti i ada anak anta dia bljr berenang dgn Sophie k..(haha..tahun brapa la tu?)

    ReplyDelete
  6. Sophie! Memang sangat sukalah baca!!! Seriusly, bila baca asyik nak gelak je!

    ReplyDelete
  7. selendang awk masa dah nak blk tu cantik la ^_^

    byknyaaaaaaaaaaaa coklat! sumpah jeles!

    ReplyDelete
  8. abang tu betul2 wat cardiopulmonary resuscitation ke?

    ReplyDelete
  9. airaniez: haha..happy kalau ada org enjoy bace. owh boleh jeee..tp kawin lah dulu.. hahahaha..

    Bash: hahaha..really? ingatkan Sophie je yg suka gelak bile bace entri Bash.

    amy syifa: oh tengkiu.. skrg dah byk la selendang mcm tu.serius. hehehe..mmg byk. =)

    anonymous: tak laaa..lakonan aje.hehe.

    ReplyDelete
  10. wahh bestnya pandai berenang. hukhukkkk ajar bole ?? kite berenang dalam pool gerak sikit laa. kalau kat laut haram nak bgerak. padahal rasa dah jauh dah gerak. hahaha

    ReplyDelete
  11. bapak eh. aku asal masuk air jadi besi buruk. haihh

    ReplyDelete
  12. program ramai2 ngan kawan2 mmmg besh x kira laa mane2...niekan kt langkawi.....

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...