Thursday, March 17, 2016

Jenis-jenis Pelajar 'Architecture'

Bila dah habis study kan, aku rasa sebelum aku terlupa perangai-perangai pelajar senibina masa study dulu, ada baiknya aku tulis cepat kan. Korang yang memang architecture student mesti akan terangguk-angguk setuju dengan apa yang aku akan cuba rungkaikan ni. Samada kamu dikelilingi orang sebegini mahupun kamu adalah dikalangan golongan ini. Heheh. Selain itu, siapa makan cili, dialah yang rasa pedasnya ye tak.

So sepanjang masa aku belajar ni, ada beberapa kategori lah yang aku perasan pasal pelajar senibina ni. 

1. Suka sorok design.
Orang macam ni, dia selalu tau tak bagi orang tengok design dia, progress dia. Tapi dia asyik kepoh je nak usha design orang lain macam mana. Lepas tu nak tahu orang lain dah buat sampai mana. Beza orang Melayu dengan Omputih ni, orang Melayu ni suka berbasa basi, cakap je alaaa,mana ada aku dah banyak siap, aku baru buat sikit aje." Tup tup time crit or submission dia paling gempak. Omputih pulak kalau dia kata sikit, sikit la dia dah buat. Kalau dah siap dia mengaku siap. Siap bangga dengan hasil kerja sendiri "Ouh I think it looks nice" --->surprisingly, mat salleh agak suka syok sendiri sebab confident level dia tinggi. Masa kat UiTM dulu, orang yang biasanya suka sorok design ni ialah orang yang tak suka buat kerja kat studio. Diam-diam je buat kerja kat rumah. Sekali-sekala datang studio buat spot check kerja orang lain, terjenguk-jenguk. Annoying tak? Mestilah annoying, like freaking annoying can you just get lost! tak boleh lupa kot. *kembang kempiskan hidung sebab bila teringat rasa marah sedikit*

2.Suka mengaku tak banyak progress tapi rupanya dah nak siap kerja.
Sama lah lebih kurang macam kes di atas. Sikit-sikit cakap banyak lagi. Rupanya yang dia maksudkan banyak lagi YANG DAH SIAP. So it sokayy.  ;')  you are maveles. 

3.Tiru design orang lain.
Yang ni memang kritikal lah. Pernah happen juga masa dulu kat students sampai kena panggil dek lecturer. Tak tahu siapa tiru siapa. Design sama, floor plan dah ala-ala sama. So apa kita nak buat untuk kes macam ni? DESIGN PROGRESS. Ha sebab tula design progress macam sketches kat butter paper, mock up semua tu penting. Sebab semua tu adalah bukti bagaimana kita mencapai HASIL reka bentuk bangunan yang kita dah buat ikut idea kita. Ni tak, kawan-kawan aku ada la a few yang jadi lecturer architecture. Diorang mostly kata students makin malas. Design progress pun sendu. Ha camno ni uolls? janganlah sendu sangat progress tu lepas ni ya. Architecture ni bukan semata-mata pasal end product je.

4. Upah orang/ servis untuk siapkan model atau lukisan.
Ni memang bukan benda baru lah citernya kan. Kalau banyak duit bolehlah upah. Tapi Alhamdulillah aku tak pernah buat kerja-kerja kurang integriti camni. Biar tak gempak mana, janji puas dengan hasil kerja sendiri. Kepenatan tu akan membuahkan hasil, maybe bukan sekarang but in future. Sebab dah terlatih buat kerja yang banyak, kecekapan tu akan meningkat tanpa korang sedari. Orang yang upah-upah orang ni, upah orang tu dah satu hal. Lepas tu lakonan dia yang kononnya dia buat sendiri semua benda tu memang MANTOPS. Confident level tahap tinggi tahap dewa Zeus gamaknya. Cuma satu benda la, kalau dari segi drawings especially working drawing, lecturer pun tak bodoh mana nak compare hasil kerja students dengan hasil kerja draugthsman yang dah kerja 20 tahun. Pastu pulak design lekuk sana lekuk sini dah macam Zaha Hadid. Bila suruh naikkan balik 3D dalam software, ketar, render pun tak reti setting.. So, pandai buat pandai lah tanggung. Aku faham je kalau busy sangat sampai kena out source orang lain. (pretty smart thing to do pun sebenarnya) Cuma dari segi kita ikhlas ke tak dengan jihad menuntut ilmu tu, jujur memang penting. Allah nampak & tahu semua yang kita buat, semua kesusahan kita yang kita rasa ni masa study.. trust me, satu hari nanti akan terasa kepuasannya dan Allah bagi balik dalam bentuk perkara lain yang lebih baik. 

5. Parasit.
Oh ni sumpah FREAKING ANNOYING KUASA DUA!
Kadang-kadang bila kerja dalam group ni memang akan ada golongan parasit. Dia tumpang nama je. Kerja semua orang lain yang buat. Tak kisah la site model ke apa. Aku pun sampai sekarang tak faham apa punya jenis orang la yang sanggup biarkan kawan-kawan dia buat semua benda pastu muka takde rasa malu ke hello? Aku teringat masa zaman aku dulu, honestly budak studio aku tak la rapat sangat dengan one another sebab ada sejarah bodoh yang kesannya terbawa sampai habis belajar (yeah, something yang aku tak pernah cerita kan). Lepastu geng aku ni kadang kena cop anti lelaki. ;')  nak buat camane. Aku memang pantang lelaki tak hormat perempuan pastu tak responsible. Dahla lelaki  aku selalu anggap patut jadi pelindung & boleh diharap tapi bila sebaliknya yang jadi & buatkan aku hilang hormat tu so maknanya boleh get lost jela. Daripada gaduh baik aku duduk diam-diam buat kerja sampai siap. Macam aku cakap, Allah nampak & tahu usaha kita. Tak payah nak kutuk-kutuk sangat perangai orang yang kita tak boleh kawal. Architecture itself pun dah cukup energy-draining kot. I would say that geng aku lagi baik dengan budak lelaki dari Seri Iskandar yang masuk masa sem 7 berbanding budak lelaki batch asal kitorang dari Shah Alam sendiri. Sorry. Bukan semua lah aku tak suka. Cuma yang suka tu lagi kurang dari yang tak suka. Mihmihmih.. Sorry not sorry? ;) Efeknya, lepas belajar semua bawa haluan masing-masing but aku dengan geng aku adalah BFF for life.

6. Couple. Pasangan tolong buat kerja.
Ni memang normal. Support each other. Tapi kalau boleh biarlah berpada. Ni kalau semua benda pakwe yang buatkan makwe nak buat apa? Massage bhang? Tolong realistik sikit. Bercinta masa belajar, belum tentu lagi akan kahwin lepas habis belajar. So tak salah memberi tapi berpada-pada. Kena ada balance. Harini you tolong I, esok I tolong you ke. Di kalangan kawan-kawan pun ada jugak camni. Macam sistem barter. "weh aku tak suka buat model. Kau buatkan model aku, aku buatkan drawings kau. Aci tak?" Aci kalau dua-dua bersetuju. Kalau sistem barter tapi ada persetujuan, pada aku okay je. Sebab to be honest, masa final year aku buat Master, dissertation aku pasal architecture studio culture antara UiTM dengan uni aku di Birmingham. Macam apa yang efek penggunaan studio. Kenapa student UiTM kena buat kerja sampai tak tidur malam? kenapa tak boleh buat kerja waktu normal? Kenapa bebudak British ni boleh je tidur pukul 11pm bangun pukul 7am? Banyak lah aku kaji dari segi structure subject tu sendiri, culture etc etc. 15,000 words punya thesis writing. Nak explain boleh buat kitab dah pulak kan. Dapat aku simpulkan pengajian senibina dalam Malaysia ni terlalu busy sebab banyak sangat subjek yang kita kena ambil selain subjek design yang patutnya jadi the only focus. Tapi diwajibkan ambil subjek lain yang masing-masing ada exam, ada assignment yang tidak diserapkan dalam subjek utama iaitu Design. Ridiculuous jugak lah sebenarnya education system negara kita. Masih lemah sebenarnya. Dah belajar kat luar baru rasa macam kena tampar, tersedar. Rasa macam nak propose buat rangka education system baru untuk architecture student je tau. Isk! Korang tahu tak degree architecture kat uni aku di UK, takde exam pun. Sebab subjek-subjek selain design tu secara tak langsung telah diserapkan dalam subject design. Itu baru betul. Contoh subjek construction dengan structure. Takde kelas subjek tu tapi element construction dengan structure tu diserapkan dalam design bangunan untuk projek kita. Biasanya akan ada consultant macam engineer sendiri yang akan tolong, datang faculty duduk dengan student, bagi tutorial. Macam tu kan ke baru nampak macam mana construction & structure boleh apply dalam design bangunan kita. Ini tak, kat Malaysia subjek diasingkan. Bila kerja tak reti camne nak apply dalam projek sebab construction yang belajar dulu-dulu macam general pastu banyak amek dari buku D.K.Ching yang bukan Malaysian pun & architecture negara 4 musim pun tak sama dengan negara beriklim khatulistiwa macam Malaysia. Faham tak? Angguk cepat! penat aku taip. 


7. Ponteng kelas selain design & minta sign attendance.
Aku tahu subject yang paling critical ialah subject design sebab banyak credit hour. Tapi itu tak bermakna kita kena abaikan subject lain & ponteng kelas selain design. Pastu minta kawan lain sign attendance kita. Nak kata tak pernah buat tu bohong la tapi rasanya sekali dua je kot aku buat sebab terpaksa ponteng ada hal.LOL. Tapi yang boleh buat kita rasa kecik hati tu sebab kaki ponteng kelas selain design ni ialah di kalangan orang yang scorer subjek design. Mana taknya, bila ponteng kelas lain, ada banyak lah masa nak buat design kan? Masa zaman aku dulu, memang muka sama je yang akan setia pergi kelas, dan muka sama je yang akan ponteng kelas. Ironiknya, ni universiti bukan sekolah. Lecturer pun takde pulak nak cari sangat mana budak-budak ni pergi. Pastu yang setia pergi kelas ni design dia takla score, tapi okay-okay aje cukup makan. Pernah lah aku dengan geng aku macam rasa down kan sebab apeni, asyik muka kitorang je yang gi class, nak nak bila nak dekat submission project. Ramai yang lesap. Sampai satu tahap tu rasa sedih sangat-sangat sebab bila penat tak tidur semua tu, memang mudah emosi (ni aku punya perangai la takyah tunggu PMS.hihi). Pastu lecturer macam faham kot perasaan kitorang. Sebab mana taknya kawan-kawan ni, kelas taknak pergi, tapi tahu pulak bila nak exam menyendeng kat kitorang mintak notes lecturer. (nasib baik lah hati aku tak busuk sangat, biasanya aku bagi je notes kalau orang mintak). And ayat lecturer pada kitorang masa kitorang nampak sedih tu memang meresap sampai sekarang. Dia kata 

"kamu tak perlu risau pasal keadaan macam ni, biarkan diorang dengan markah diorang yang tinggi. Tapi, all that will end after you finished study. The real world will start after you graduate, bila you all bekerja. Orang-orang macam mereka ni, orang yang takde disiplin. Orang yang takde disiplin & tak berintegriti, susah untuk pergi jauh. You semua ni, percayalah, I can see that you will have bright future" lebih kurang macam tu la ayat lecturer tu. 

Guess what? True story. Memang betul happened. Mereka yang ada masalah disiplin ni, masa masuk alam pekerjaan, ada masalah yang sama. Tetiba MIA lah, datang lambat lah. Kena surat amaran dari bos lah. No kidding. Memang betul apa yang lecturer tu cakap. Yela, dia lagi makan garam kan.

And then ada sorang lagi lecturer. Dah arwah. Encik Yacob Omar. Memang kesayangan ramai students. Dia jenis sempoi-sempoi. Dia kadang-kadang main terjah je studio masa malam-malam tengok keadaan students. As usual, batch aku cuma geng aku je yang akan selalu ada kat studio malam-malam. Dia pun terkejut tengok studio lengang (ni sebelum kedatangan batch dari Perak). Dia pun pernah cakap something yang macam lecturer lagi satu tu cakap. 

"saya percaya kamu semua akan berjaya & boleh pergi jauh.." sampai sekarang ayat dia aku masih ingat.

3 dari kiri ialah aku dengan BFF for life dari zaman belajar di UiTM. Alhamdulillah rezeki berpihak pada kami. Kami berpeluang sambung belajar di luar negara & dapat MARA walaupun beza setahun je ke sana. Ada lagi sorang sebenarnya kawan seperjuangan kami tapi dia di Malaysia waktu ni. Sekarang dah susah kan dengarnya nak dapat sponsorship? Betul lah tu kata lecturer kami boleh pergi jauh, sebab dah sampai pergi Florence,Italy dah ni memang betul jauh berjalan   ;')  siapa lah sangka dulu-dulu masa kat studio kan, ada time bulan puasa kitorang satu gang suka acah-acah buat video salam perantauan sebab ada time yang orang tengah cuti tapi kami tetap di studio so macam syahdu la macam study kat perantauan kononnya siap pasang lagu raya bagai. Fakulti sunyi gila masa tu. Sekali tup tup dapat pergi betul-betul ke oversea dengan BFF. Kadang-kadang aku rasa macam rezeki ni Allah bagi kat kami sebab usaha dulu-dulu kot menuntut ilmu dengan sabar, ikhlas dan tekun (ececece..tekun ke tuh Sophie oii). Sebab memang sangat sedikit batch kami yang dapat sambung luar masa ni.

So masa study di universiti, pada aku adalah sangat penting sebenarnya mempunyai sahabat seperjuangan yang sama-sama nak maju & berjaya. Yang akan tarik kita bila kita terkebelakang. Yang akan support & percaya dengan diri kita bila orang lain rasa kita tak mampu. Carilah support system yang padu. And be one of a good contributor to that support system too. Hidup ni memang mencabar, architecture memang mencabar especially pada perempuan. Ada waktunya kita rasa kita cukup kuat dah bila berseorangan. Tapi jangan pandang rendah pada kebarangkalian untuk kita jatuh dimana pada support sytem ni la kita paling boleh harapkan & yang sebelum judge apa-apa akan terus bagi bantuan dulu. Sahabat macam ni lah yang kita perlu okay. 

Epik sangat gambar ni. Suka walaupun tak clear. Masa ni tidur atas meja berbantalkan lengan je. Oh perkara biasa tu.. Air liur basi kena kertas drawings tu signature. Lolololol. K gurau. (habislah aku client lari nanti drawings tercemar). Me wearing red. Signature budak archi memang masking tape melekat kat baju atau seluar gamaknya ;')


So dalam banyak-banyak golongan di atas, memang kelakar kalau nak fikir balik ragam orang. Tapi perkara paling penting lah bagi aku kalau nak berjaya dalam pelajaran & dalam hidup, kita jaga lah hubungan kita dengan Tuhan, then hubungan kita dengan manusia paling atas sekali ibu bapa, then hubungan sesama makhluk lain. Dan untuk berjaya di dunia, integriti sangat penting okay. Maknanya, jujur dan ikhlas dalam perkara yang kita buat. Walau orang atau lecturer ke tak nampak usaha kita, tapi Allah tahu tau. Kena selalu usaha & tak mudah putus asa. Sentiasa ingat, kesusahan yang kita alami sekarang biarpun nak menangis, meraung melolong ke, sebenarnya kita tengah prepare diri kita untuk masa hadapan yang akan lebih mencabar. Bila awak capai satu titik yang macam boiling point untuk semua kesusahan tu, after that..bermulalah titik constant hidup awak. Awak akan rasa mudah nak kawal semua cabaran walaupun susah camno pun. Sebab dah go though that boiling point. Gitteww.. 

And just remember, if your are struggling in studies.
DO YOUR BEST. ALLAH WILL DO THE REST.

Dengan iringan Usaha.Doa.Tawakal.

Bebeh you can do it! Fighting!!

Lepas presentation go treat yourself okay. Mak jemah beli cekelat tak hengat pipi dah macam chipmunk hmphh... Rindu Asda UK  ;')


p/s: Setuju tak dengan entri ni? Apa pengalaman korang pulak yang berdepan dengan golongan macam ni atau golongan lain pulak? 






18 comments:

  1. tersangatlah setujuu! yang sorok design and saja cakap tak buat apa tu memang win. buat muka acah-acah noob tapi bila crit design dia kebabomm haha parasit tak payah cerita.. memang bersepah.. awal-awal gelak je baca, last-last part bff sedih pulak huhu ni dah nak habis study, bestie girl tak jumpa-jumpa lagi sobss .. tengs hakak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sayangnya tak jumpa bestie. Lepas habis uni life dah susah dah nak jumpa sahabat sejati. Life gets busier, orang makin selfish.

      Delete
  2. setuju... not only architecture..
    course lain pun sama juga.. especially tang assignment..
    time presentation tu... whoaa... gempak gila..
    and copy cat idea tu sangat normal.. hurmm... kena ubah sket perangai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya la.. course lain pun mesti sama kan. haha..
      tapi course yang selain studio based ni rasanya lebih pada student kedekut ilmu kot.

      Delete
  3. Jenis pelajar yg kau ceritakan ni boleh apply dekat course lain jugka rasanya.
    Tak nak repeat mana-mana point, tapi aku ada pengalaman sendiri dgn orang couple satu kelas ni.
    Semua perkara nak buat sama2 termasuklah group assignment.
    Pastu satu hari diorang terputus gaduh pulak.
    Mula laa masing-masing cari kroni masing-masing.
    Yang kawan dgn dia ni takleh kawan dgn dia tu, dan sebaliknya.
    So, akhirnya yang kawan-kawan sekeliling yang jadi mangsa, kena pilih kawan.
    Assignment entah ke mana, pointer pon entah ke mana. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. okay, itu sepatutnya jadi drama uni life. serious lawak. Aku wonder sekarang ni couple tu still bermusuh ke apa.

      Delete
  4. Yes sophie, u should write this sebab nanti lupa sebab i pun makin lupa apa yg jadi masa time study dulu. Ahaaaahaaa.......rasenya dalam bidang design ni memang xboleh lari dengan perangai2 orang macam ni.



    love this quote - "Tapi Alhamdulillah aku tak pernah buat kerja-kerja kurang integriti camni. Biar tak gempak mana, janji puas dengan hasil kerja sendiri. Kepenatan tu akan membuahkan hasil, maybe bukan sekarang but in future." bak kata boboiboy, Terbaikkk! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, memang tak boleh lari.

      Alhamdulillah, cuba untuk buat yang terbaik. hahah. (kena cari ni tagline boboiboy tu bunyi dia camne)

      Delete
  5. Ada je, macam macam jumpa. Yang paling teringat ada hamba tuhan ni cakap kat saya tak suka saya mengarah garah suruh buat kerja, sebab saya bukan the formally appointed leader of the team. Tapi kalau leader pun diam, takkan saya sebagai anak buah buat bodoh je. hmmm... last minute, malam sebelum presentation besar baru leader nak berbunyi. Dia cakap suruh respect dia and suruh saya berubah dgn cara saya buat kerja and macam2 lah lagi. Saya pun... ok, hahaha, malas nak layan orang-orang macam ni. Agak sedih la gak dapat team yang suka buat kerja last minute.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, man.. seriously annoying kalau kena ada dalam situation macam ni. Beza masa study UiTM dengan kat UK, orang melayu(sebab UiTM kan) memang suka buat kerja bertangguh kot. Mat salleh selalu buat kerja laju. Kalau dia taknak buat pun dia memang tunjuk perangai dia taknak buat. bukan takde yang suka bertangguh tapi mostly jenis rajin la. maybe ada something yang orang kita perlu ubah kan.. =)

      Delete
  6. hai kak,
    nak tanya kalau ambik course seni bina kene jadi perfectionist ke? maksudnya lukis plan or lukisan kene betul-betul perfect kan? and kalau sambung degree course ukur bahan, kos/wang yang keluar sama ke tak dengan course yang lain spt seni bina, perancang bandar dan wilayah dll

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada benda yang perfect. Cuma boleh buat yang terbaik je & mengurangkan kesalahan dengan tahap maksima, gituh. Soalan kedua ibarat awak tanya saya antara course medic, pharmacy dengan dentistry sama tak kos/wang yang keluar. Awak rasa? Kos/wang bergantung la pada yuran IPTA/IPTS. etc etc etc.. so dah tentulah tak sama dik. Hmm..

      Delete
  7. hello sophie. terjumpa blog ni once tgh google up biasalah architecture ni kan. interesting. teringat time study dulu. hahaha anyway. i follow u and if you have twitter acc. can link it up? thanks~ suka sgt nak berkenalan dgn geng2 archi ni. student archi je paham payah perit nya dulu tu haahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. nice to know you. ada link twitter kat tepi blog ni ha. (or else boleh cari Sophie Al-Yahya kat twitter) And I dah follow you jugak. Glad to know ada geng archi lain yang blogging. I feel so alone in this blogging world. cewah. I mean in term of same field la.

      Delete
    2. Dah follor u kat twitter under vorein name. hehe sorry private. ada masalah sikit terpaksa hide sementara dari org tertentu. haha. yer. lamak dah blogging tp lama jugak stop haritu. ni jumpa geng archi lain rasa macam light up the world. haha

      Delete
  8. hi, kak. sy bdk lpsn spm..cdg nk ambik archi tpi still confuse sbb org kta klau nk ambik bidang ni kna btul2 kreatif n tough skit utk girl sbb mostly architect kn laki. nk tnye kak, biasenye bila time nk buat design kn,idea tu kita dpt dri mna? melalui pembacaan or mmg imaginasi sndri? yg plg sy risau klau ambik bidang ni adlh tkut klau2 xdpt idea utk design..hrp akak balas.TQ

    ReplyDelete
  9. Hai. nak tolong jawab sekejap. Ambik bidang ni kalau kreatif tu dah kira satu bonus kot. Untuk sayalah. Tapi kreativiti boleh dipupuk. Sikit2 kalau dah terbiasa buat tu. Jadi minat jugak. Alah bisa tegal biasa. Tough tak tough, semua course ada tough. Typical sangat pemikiran tu kalau cakap mostly architect lelaki. Cuba kenali dunia luar dan study betul2 pasal architecture dan construction, byk jugak dah arkitek perempuan yg dah di iktiraf ataupun tidak. Kalau belum diiktiraf tu mungkin rezeki tak sampai sana, tapi kemampuan utk membuat kerja kemahiran tetap ada. Pasal design tu, macam cakap kat atas tadi, ada sesetengah orang di beri bonus kreativiti, dari situ diorang dpt imagine sendiri. Selain daripada tu, luaskan pembacaan. Banyakkan membaca perihal arkitek, google sekarang ni kan senang jer semuanya di hujung jari. Dari contoh2 yang dibaca tu buatlah modifikasi sendiri. Mula2 slow and susah sikit kalau tak biasa. Tapi lama2. kalau dah jadi passion. it will be a hell great things ever. Idea block boleh jadi kat sapa2. bukan arkitek saja, bukan designer, bukan artis. kat sapa2 pun boleh. Idea design, luaskan pembacaan, google benda2 berkaitan arkitek sgt banyak. Boleh try permulaan google pasal Frank Lloyd Wright or Frank Gehry, Zaha Hadid pun hebat, Tom Wright, Jean Nouvel, dan banyak lagi. Google 1 dulu then tengok semua design. Praktis tangan melukis. Jadikan kertas pen dan pencil kawan setia. Ini pengalaman saya sendiri. Tak minat architecture. Tapi jatuh cinta lepas tu. Selamat berjaya dek. Practise makes perfect. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Yang paling penting, jangan mudah putus asa. Cuba dan cuba lagi.

    Sorry kak sophie. Menumpang merapu kat komen.

    ReplyDelete
  10. Kalau ambik senibina dalam politeknik bagus ke tidak ?

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Jangan malu-malu nak baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...