Tuesday, January 5, 2016

Throwback 2015. Selamat Datang 2016.

Aku tengok ramai orang macam happy je celebrate new year. Aku je ke yang tak happy? The best new year celebration yang aku pernah pergi tengok (the best pun was the first time jugak) ialah tahun 2012 kat KLCC. dengan 2 orang bestfriend  Tambah lagi seorang (sekarang dah jadi suami kepada bestfriend). So bersama BFF tu lah aku macam kongsi azam aku. Wave besar yang baru yang aku seolah-olah dapat rasa & ternyata perasaan aku tu benar. Sesuatu yang besar dah pun datang dan berlalu kembali (which was, berpeluang belajar di luar negara yang aku tak pernah plan & jangka pun). Back to the beginning kot. Only not the same Sophie but an improvised version I hope.  Then here I am again. tahun 2016. Though I really wish I could see fireworks at KLCC again, I was actually at Sunway Pyramid. Tak plan pun, just member ajak karaoke (serius weh first time dalam hidup aku pergi karaoke). Then sebab alang-alang dah nak midnight aku pun sempat la layan kejap fireworks.

Cuma feeling tu tak sama. Sebab BFF yang dulu aku share dreams aku masa new year 2012 tu dua-dua dah kahwin.   T___T so sudah tentulah takkan sama.

Tahun 2013,2014,2015. Tahun yang sukar untuk aku walaupun ada terselit benda yang bestnya. Kadang-kadang rasa macam traumatized dengan memories sendiri. Kalaulah memori ni macam pendrive kan best. Format atau delete je.

So untuk mengingatkan aku balik yang aku ada banyak reasons untuk rasa happy tahun 2015, aku macam buat throwback la godek-godek gambar tahun 2015. Aku rasa aku perlu appreciate perkara yang buatkan aku happy instead of mengingati perkara yang buatkan aku rasa negatif. So mari kita abaikan semua kesusahan/struggles/negativity tu sekejap & layan throwback yang menggumbirakan.

Sekitar awal tahun. Bebudak archi baru balik dari crit session. Jacket tebal sebegitu menandakan musim sejuk/winter biasanya. Eh baru sedar semua dalam gambar ni dah kahwin kecuali yang dua dari kiri tu. Aku attend semua wedding diorang kot. *proud friend* 

One of my favourite girl. She's a special girl. I think so she is still single. Kalau jumpa dia, silalah ngorat sebab dijamin baik hati, berbudi bahasa & ada good manner. Haha. Study di Birm juga dulu tapi dia dah balik Malaysia for good. Azira ada datang Birm & walaupun sekejap je dia datang, overnight 1 malam je kat rumah, kitorang sempat spent time sama-sama macam ladies out gituh. Sesetengah orang, kita jumpa hari-hari tapi kita tak rasa kita boleh sembang banyak dengan orang tu, ada orang pula kita jarang sangat jumpa tapi bila dah jumpa semua benda nak cerita, kan? Honestly, dia datang tepat pada masanya. =)


Sekitar March. Gambar ni waktu musim bunga. Pergi Netherlands dengan housemates & jiran merangkap geng travel juga. Banyak gelak je dengan budak-budak ni. Kali ni pergi semata-mata nak tengok tulips di Keukenhof. Saje boria pakai baju putih. Tempat yang famous untuk bunga tulip tu. Dia cuma buka masa musim bunga sahaja. Bunga-bunga tu memang cantik, gebu gebas pastu rasa macam semua bunga nak pegang sebab tak puas hati apesal cantik sangat ni bunga betul ke bunga pelastik gittew.. Masa pergi ni masa cuti. Kalau tak cuti jangan harap lah aku nak berjalan. Sebab most of the times aku cuma ada di library. Student katekan.



Masa ni birthday housemate aku. Kitorang pergi satu cafe ni. Dolce Lounge di Birmingham. Dia macam tempat hipsturr jugaklah. Selalu gak lah geng hijabista British lepak sini. So dia masuk one of good memories in 2015 sebab ni first time makan kat sini & sedap. Sebab seriously aku jarang gila pergi makan kat luar masa kat di Birm. Apetah lagi cafe hipster. Sebab aku jenis sayang duit, lagi suka jimat kat makan & shopping sebab aku prefer spend kat travel, plus study architecture banyak pakai duit. I am simple like that to be honest. 


Masa ni cousin aku Belle Al-Yahya datang London dengan husband dia.Ada talk. Mira Filzah pun ada. Ni gambar kat airport Heathrow London. Aku gerak gi London dari Birm tidur satu malam kat sana kat tempat diorang. Masa ni diorang nak balik Malaysia dah. Kitorang breakfast dulu. Aku rasa kalau yang ada IG mesti kenal punya diorang ni, owner Bella Ammara butik muslimah. Benda yang bagusnya sebab dapat tengok cara orang business ni kan, dengar pendapat diorang etc etc . Dah kat London pun bukan bersuka ria sangat. Still dengan kerja, kena update dengan worker. . Sempat tengok camne photoshoot jubah tengah kota London. Masa tu rasa macam, weh kalau nak berjaya memang bukan senang kot. One thing I know is they work really hard untuk sampai tahap sekarang. Masa ni Mira Filzah belum jadi artis lagi. Tapi aku rasa muka dia familiar. Rupanya sebab dia model muslimah. (yela, aku takdela rajin sangat layan IG atau stalk orang.huhu) Tapi nice lah borak dengan dia. Tak sombong, lembut gila & comel. Muda tapi aku rasa dia matang & hard working. Ada la aku tanya dia camne dia boleh start jadi model memang minat ke apa. Pastu boleh pulak ditanya pula aku ni aku tak minat ke jadi model? Aku sekadar membeliakkan mata dan..errr.. err..(biar betul soalan dia ni? model) geleng laju-laju.. Tak tahu lah sekarang dah jadi artis ingat lagi tak kat aku ni. Hehehe..sebab pernah usik juga kata dah jadi artis nanti entah-entah tak ingat dah kat kite..


So gambar-gambar lepas ni ialah gambar selepas habis belajar. So feeling berjalan tu macam the best feeling ever weh bila kau dah complete perjuangan yang memenatkan ittew, haih tak sanggup nak kenang balik zaman zombie. Haha. Macam nak berjalan pun tak risau apa dah. Hehe. Betul lah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. 

Gambar diatas: Masa birthday aku. Jangan ditanya yang keberapa.Haha.. Petang tu dah pi celebrate. Macam mini hi tea je gi makan dessert dengan few kawan-kawan kat tempat aku. I kan dessert lover. Ahaks! Pastu malam tu housemates aku pi surprise pulak lagi di muka pintu. Tu yang tergelak besar di muka pintu bilik masih bertelekung sebab baru lepas solat. Masa tengah doa tu ada orang ketuk pintu bilik. Rasa macam "eh? siapa pulak ni..apesal cara ketuk macam misteri semacam ni? dahla senyap je, orang jahat ke apa weh?" FYI, dua orang daripada housemates aku orang Pakistan. & salah sorang housemate aku buat cake ke dessert ntah namanya tapi sedap la. Terharu den. Sebab tahun 2014 pula birthday aku diorang ni masakkan Briyani dengan kari kepala Salmon. Terharu gilaaaaa!

BBQ kawan-kawan Birm. Masa ni memang happy sebab dah tahu results. So macam bila gathering dengan Malaysian friends ni rasa macam terhibur betul. Tambah lagi kitorang layan citer Melayu buat macam wayang. Citer lawak pulak tu. 

Berpuasa di negara orang 19 jam. Tapi puasa yang takkan menurunkan berat badan sebab bila berbuka ala-ala pot luck. Lain rumah bawa lain makanan pastu makan memang meriah lah. Ada pernah kawan aku lelaki dia masak daging salai masak lemak. Wehhh! tercabar aku sebagai perempuan. Kadang kitorang berbuka siap dengan dessert. Aku sendiri pernah buat kuih lopes & roti John. Kat Malaysia tak pernah-pernah amek tahu pun buat kuih traditional. Tapi aku dah belajar buat kuih lopes & kuih ketayap. *bangga kejap*


Pengalaman pertama raya di perantauan. Pagi raya beraya di Birmingham dulu then jalan lah sikit. Ni masa pergi beraya di rumah akak Malaysian yang kahwin dengan omputih UK, terserempak deme masa tengok tulips di Keukenhof & rupanya rumah dia taklah jauh sangat dari Birmingham. So disebabkan banyak kali tak dapat pergi berbuka puasa rumah akak ni bila kerap diajak so dah nekad raya kena pergi. Akak ni manage Trip Eropah .Kalau rasa nak guna travel agent pergi Eropah boleh lah contact deme. Best masa gi rumah akak ni sebab main game card.
Kalau korang tanya aku best ke raya di perantauan.. Hmm, honestly aku tak tahu orang lain rasa macam mana tapi aku rasa sedih gilakk ! Jumpa orang memang best cuma tak rasa kemeriahan macam kat Malaysia weh. Rasa macam nak hentak-hentak kaki guling-guling kat lantai kat airport je mintak tiket balik I wanna go home! I wanna! I wanna!!
   T__T

Then, kawan Birm yang dah ada kat Malaysia contact aku minta temankan aunty dia makan sebab aunty dia sorang gi jalan Birmingham. Kawan aku tu pulak dah kat Malaysia. Disebabkan tengah free & emotion kurang stabil masa tu & sebab aku rasa if aku takde plan nak jumpa sesiapa tapi tetiba macam ada je hal yang membuatkan aku kena jumpa orang baru selalunya aku akan join je. Sebab aku rasa mesti ada reasons kenapa aku ditakdirkan jumpa orang yang aku tak kenal. Aunty ni umur dah 50 tahun weh T__T .Faham tak perasaan aku yang mulanya konfius nak panggil Aunty ke Akak ni? Sebab nampak muda bebenar. Biar betik kawan aku ni. And my instinct was right. Banyak lah advice/discussions yang bagi benefit & motivation kat aku. Aunty ni pun business woman & real life stories from a woman to another woman tu sangat berharga juga. Aku kalau parents orang datang ke, aku memang suka jumpa orang lagi tua dari aku. Sebab diorang banyak pengalaman samada dari segi career atau kehidupan. So insyaAllah nak lepak lagi dengan aunty ni sebab aku dah balik Malaysia & rumah kitorang takla jauh sangat pun. 





2 gambar atas: One of my best buddy, family dia Sabahan. (to be honest ni first time ada good friend dari Sabah, tak pernah pergi Sabah & Sarawak so sad). Dia ajak join masa family dia datang. Macam,she basically needed some guidance for planning the trip in the UK. So alang-alang kereta ada seat kosong dia ajak jela join. Rejeki. Masa tu pergi Manchester, Liverpool & Bath. Most importantly, adik dia yang paling kecik tu cheeky, mesra & talkative aku rasa happy gila sebab budak ni macam Aish..aishhhh.. so comel & membahagiakan sangat masa tu. Thanks Arissa. =) You really made my day. Dia macam anak buah aku Zain tapi version perempuan sebab banyak cakap.

Aku juga berpeluang pergi tengok football match kat Emirates Stadium di London. Honestly ni first time pergi tengok football match kat stadium. Kat Malaysia pun tak pernah tengok. Mula-mula sebelum Arsenal punya game ada lah team mana ntah main macam friendly match ke apa tapi rasa macam asal diorang ni cam tak terer sampai aku rasa nak terlelap. Sekali time Arsenal lawan Lyon je, mata terus segar. Mantap gila game, aku daripada tak reti sangat pasal bola terus tekun gila tengok bola kat mana, debar pula. Skill player dia pun memang laju & hebat semacam,nampaklah beza skill antara dua team ni. Ntahla nak describe camne. Pendek kata memang skillful. Patutlah ramai orang suka bola. Sapu seperti kacang je 6-0. Jersey dia pun smart warna navy blue & gold. Aku nampak Ozil dengan Ramsey, seat pun takdelah jauh kebelakang sangat. kau rasa? Aku rasa tak adil kat orang yang fanatik Arsenal patutnya diorang yang ada kat tempat aku, kan? Sorry if I hurt your feeling..


*Minack Theatre di Cornwall, UK.Pemandangan superb dengan cuaca yang Alhamdulillah*


3 gambar atas: Road trip bersama geng ke Cornwall, Bath & Cambridge. Dapat merasa punting (naik sampan orang kayuh sambil bercerita pasal Cambridge). Ni masa first time pergi Cambridge walaupun ni tempat yang paling aku nak pergi dalam UK sebab ayah aku dulu study kat sini. So ambil mood dulu sebelum bawa parents datang sini. Kawan aku Lieyana yang study PhD di Cambridge dan Wyna pun study PhD tapi di Birmingham. Wyna is a single mother with 3 beautiful kids. I could write an entry dah if nak cerita pasal diorang anak beranak yang best nih. Bila study kat luar ni kan, kadang-kadang tak semestinya kau akan baik dengan orang yang sama uni or sebaya dengan kau je tau. Diorang dua ni lain uni dengan aku tapi tulah, boleh baik & geng gila dengan hashtag #takdirmembawakitabersama
Ironik kan, bila kat UK kita rindu kawan yang kat Malaysia. Bila kat Malaysia, kita rindu kawan yang kat UK. So nasib lah teknologi canggih. Kadang whatsapp ke skype ke dengan kawan-kawan yang jauh di mata dekat dihati.



Bersama diorang juga aku sempat pergi Hitchin Lavender Farm, tak berapa jauh dari Cambridge. Masa ni dah nak macam end of summer dah. Dah start sejuk sikit. Masa tu takde dalam plan nak pergi sini tapi tula, sampai juga. Memang wangi bunga lavender ni. Kat sini nak masuk kena bayar tapi tak mahal sangat. Bila masuk, akan diberi paper bag & gunting. Boleh petik sebanyak mana bunga lavender yang kita nak.



Rumah kedua di Birmingham. Sempat pindah few months sebelum balik for good. & kereta sewa masa parents datang untuk graduation. Kat European countries kalau korang nak sewa kereta, kereta dia memang best-best & baru. So jangan risau sebab bab rosak tu macam kebarangkalian dia rendah untuk jadi. 

Hari graduation di Birmingham. I will miss Birmingham.
Wait for me. I will come back to pay a visit okay. *sentimental*

Seminggu selepas parents datang untuk graduation, adik-adik pula sampai sebab ada yang still study (ada exam) & ada yang kerja so susah dapat cuti. This was in Paris. 


Pergi Eiffel tower waktu malam. Cantik sebab ada lampu lip lap lip lap bila dari jauh dia nampak tower ni cam bersinar-sinar je. To be honest, rasa macam tak sangka gila berpeluang pergi Paris dengan family. Selama ni dengar orang lain pergi je kan. Dia punya bakeries/pastries memang WAJIB try sebab sedap gila walaupun kedai cam biasa-biasa je. Bila balik rasa menyesal sebab tak try banyak-banyak. Miahahahah. Masa ni tak keen sangat nak pergi (sebab time constraint sangat & better stay lama kat Swiss tapi sebab adik beriya nak pergi sebab Paris kehnn so yeah). Tapi memang agak overrated pun. & kalau nak pergi, PLEASE JANGAN DRIVE. Instead, naiklah public transport. Sebab driver kat sana gila. Kalau stress drive kat KL, kat Paris rasa cam nak bunuh diri *hiperbola*



Memang masa parents aku nak datang UK untuk graduation aku dah usulkan supaya at least pergi negara lain. Disebabkan mak aku ni kalau dia tengok Hindustan pastu setting lawa-lawa & bunga cantik-cantik yang mostly shoot kat Switzerland, dia banyak kali cakap teringin nak pergi Switzerland.  So aku pernah nekad la aku nak bawa mak aku pergi Swiss. So masa sampai Swiss, aku happy lah sebab tercapai hasrat besar aku. Ingatkan entah bila pula nak tunggu kaya nak bawa mak aku datang kan. Tapi sebabkan UK & Swiss tak jauh dah so rasa macam wajib pula pergi. Bila tengok mak aku happy, aku lagiiilah happy!

Memang sebelum aku balik Malaysia boleh dikatakan aku travel dalam sebulan setengah gak la. So lepas family datang, selang sehari je kawan sekolah menengah pula datang untuk Europe trip. Penat lama tak hilang pun lagi. Then sambung pula trip baru. Tapi sebab aku rasa kalau aku balik Malaysia nanti entah bila pula aku akan boleh sampai lagi ke Europe kan so aku redah jelah. Plan trip memang penat otak. Tapi lama-lama kau dah biasa kau tahulah camne nak plan.

London-Leipzig(Germany) drove to-Prague(Czech Republic)-Vienna(Austria)-Slovenia-Venice(Italy)-Interlaken(Swiss)-Stuttgart(Germany) fly to Barcelona (Spain)-London
Gituh la roughly plan. 

Sebelum memulakan perjalanan. Start from London. Kena buat ritual "Hakuna Matata"

Sempat pergi Buckingham Palace dulu. Lambai-lambai kat Queen Elizabeth dari luar je mampu.


Masa kat Prague, selaku budak archi, memang aku suka lah tempat dia. Feeling macam ada dalam setting citer Shrek dengan Puss in Boots pun ada. Ala-ala Renaissance/Medievel style . Kalau kat Prague, aku paling kagum dengan Prague Castle. Dia macam Gothic style. Detailing dia buatkan aku ternganga. Kagum gila-gilaaa.. Tapi sedikit goosebump lah. Nak citer panjang kena buat entri baru lah kan citernya.hahahahah..

When in Vienna (Austria)


Di Slovenia. Lepas penat tengok bandar kami ke tempat yang lebih kepada nature pula. Pilih untuk berbasikal. Memang cantik. Tapi ada cerita yang tak tahu la lawak ke menyedihkan berbasikal sejauh 20km pergi & 20km balik. Naik bukit pula tu sebab nak tengok waterfall. Bila nak turun dah gelap gila tak nampak pape sebab takde lampu. Rasanya camne kitorang turun? Nasib baik masih bernafas hingga sekarang T_T cuma balik bilik tu cramp punggung. Bahaha.


Tak sangka sampai Venice for the 2nd time. Masa pergi 1st time dah rasa macam taknak pergi lagi dah. Tapi sebab nak bagi deme dari Malaysia ni merasa pergi Venice. Try juga la makan pasta dia. Bolehla tapi bukan selera aku.Aku rasa tekak aku ni memang tekak Melayu. Aku tetap rasa makanan kat Malaysia gak yang sedap gilerrr. Tapi memang crowded gila di sini dan sebabkan bila travel banyak terdedah pada cahaya matahari aku dah mula sunburn masa tu. Tapi lantak lah. Kesah pulak aku. Travel kot.


Switzerland. Masa on the road naik bukit, aku perasan satu port yang best so mintak member yang drive berhenti. Sebab nak amek gambar.

Menahan terik. Walaupun nampak sunny tapi sebenarnya sejuk. Spring water weh, aku try minum. Memang rasa sedap & refreshing. Renjis-renjis, bilas air kat muka sikit sebab dah tidur dalam kereta entah kot ada air liur basi ke hapa meleleh, mulut ternganga nyamuk masuk ke. Muahaha. 

Masa di Barcelona spent masa lama sikit sebab tu memang architecture mission aku sebelum balik Malaysia. Mencari bangunan Gaudi. Ni lah sebenarnya bangunan yang aku PALING TERINGIN nak pergi tengok sejak dari masa aku dari 1st year kat UiTM lagi. Arkitek Antoni Gaudi. Bangunan dia memang pelik. Sagrada Familia yang sampai sekarang belum siap construct lagi. Aku siap beli 2 buku Gaudi masa kat Barcelona (Spain) ni. Satu pasal bangunan dia, satu lagi pasal kisah hidup dia. First bangunan yang Gaudi design ialah masa umur dia 17 tahun. Umur 17 tahun kita kat mana weh? & background hidup dia memang menyedihkan. Yang aku tahu, masa sampai tu bila berdiri depan bangunan ni aku macam ternganga macam WHOAAAAA!!!!! Macam nak menangis weh hasrat tercapai. Tapi aku tak masuk. Tengok orang ramai kat pintu masuk tu, tu beratur tunggu giliran nak masuk. Pernah diikatakan menara berkembar KL diinspirasikan daripada bangunan ni tapi macam half of it. Entahlah. Tapi yang pasti takde arkitek dah macam Gaudi lepas kematian dia. 
Tak sangka impian tercapai. Banyak dah impian berangan aku tercapai dalam hidup ni. So aku kena teruskan berangan lah. Law of attraction. 



Bila balik Malaysia, 1st week macam tu lah, jumpa kawan-kawan sekolah Subang Jaya. Mini gathering la. Ni sikit je ahlinya. Semua ni pasangan suami isteri & pasangan yang dah tunang. Pastu seperti biasa dapat soalan tajam dari member laki "Weh asal datang solo? Mana pasangan kau? Takyah nak sorok-sorok lah..dahla dah lama tak jumpa kau" Gulp. 1st week dah kena pressure begitu juga hingga sekarang. The "perk" of living in Malaysia. Kena la telan & buat muka cool je.


1st week tu jugak aku pergi mini bachelorette party untuk housemate masa study UK. Kawan aku si Laida ni join sekali sebab masa dia kat UK kitorang berlima pernah travel sesama buat London trip. Tu yang boleh geng tu. 

Banyak lagi good memories sejak aku balik ni cuma aku tak rajin sangat nak tangkap gambar. Hp pun nak hancus dah skrin retak sebab jatuh masa travel. So gambar-gambar ni semua samada dari koleksi gambar aku sendiri mahupun gambar dari Instagram aku. So faham-faham jelah kalau gambar blur ke apa. 

So there goes my 2015!

So highlight perkara yang bagi aku besar lah yang aku dah achieve untuk tahun 2015 ialah.

1) Habis belajar dan graduate. 
2)Sebabkan aku graduate, mendorong parents aku untuk datang UK. So kat sini, aku bawa parents aku pergi Cambridge sebab nak bernostalgia zaman 30 tahun dahulu. Kami pergi tengok rumah lama, tempat ayah aku tanam uri masa abang first lahir disitu. Then dapat tengok muka mak aku yang happy sangat-sangat sebab pokok epal 30 tahun dulu kat kolej (hostel) di Cambridge tu ada lagi, dah tinggi & buah ranum. Ada 3 rumah kami pergi,  termasuklah rumah yang aku sempat duduk masa kecik-kecik dulu. Emotional sangat parents aku masa tu. Memori ayah aku kuat juga la sebab dia still ingat nama jalan & arah jalan. 
3) Then sebabkan aku graduate di UK juga, dapat aku merealisasikan impian Mama aku yang teringin sangat nak pergi Switzerland.  
4) Berpeluang travel ke negara-negara yang dulunya tak pernah tercapai akal aku nak sampai ke situ. Dan sebelum balik Malaysia tu buat road trip gegirls. Mulanya takut gak sebab biasanya nak travel ada lelaki. Then baru aku realised. Kalau kau boleh selamat kat Malaysia, kat Europe berkali ganda rasa lagi selamat kot. hoho.. Kat Malaysia selalu je rasa takut nak pergi mana pun. Adoii. 
5) Sebabkan buat road trip di Europe. Jadi, driver seat belah kiri. So dari dulu teringin nak cuba sebab geram gak kalau tak cuba, rasa macam aku lost something. Face your fear lah katakan. & Yes, dapat gak merasa. Tak susah pun lah sebenarnya. Macam terbalikkan sistem je. 

Lepas aku throwback gambar-gambar lama ni kan, aku rasa macam.. Wey, banyak reasons untuk aku rasa happy kot! Banyak benda yang Tuhan dah bagi aku sebenarnya. Rezeki kesihatan, kecerdasan, rezeki tengok negara luar etc. Lepas tu baru sedar aku banyak buat kawan (selain architecture friends juga). Aku rasa aku memang suka bersosial kot (in a good way lah). Sebab aku suka tahu cerita orang & serap apa-apa yang boleh untuk jadi sumber inspirasi & motivasi. Kalau ajak lepak pastu nak gosip atau kutuk orang je keje memang bukan jenis aku. Aku tak susah sangat nak adapt dengan orang unless orang tu memang aura dia cam tak best.  Pada aku, pastikan kita belajar something daripada setiap orang yang kita jumpa hatta seorang cleaner sekalipun. Aku pernah terbaca kat mana entah something like, kalau kita ada niat nak berubah pada kebaikan, Allah yang Maha adil lagi maha mengetahui akan letakkan orang-orang yang baik di sekeliling kita yang membantu untuk kita berubah pada kebaikan. So aku bersyukur sepanjang aku di UK, kawan-kawan aku okay-okay belaka. Takde pula aku rasa nak pergi tempat terkutuk ke, buat benda tak senonoh ke walaupun memang mudah je nak buat kalau dah kat sana, like seriously memang mudah sangat. Bukanlah nak kata sebab aku ni baik (dah tentulah aku pun banyak kekurangan & pendosa, tapi setiap hari cuba nak jadi lebih baik dari semalam, bukan lagi jahat) .Contoh: kenapa orang yang mudah buat maksiat yang nyata (macam gay atau minum arak la contohnya), kenapa susah untuk dia berubah atau dia memang tak rasa nak berubah? dah circle of friends dia pun macam dia, camne nak dorong dia nak berubah? Hati & diri sendiri pun tak rasa nak berubah camne Tuhan nak tolong? Kalau ada rasa nak berubah, insyaAllah akan dipermudahkan, walaupun proses dia ambil masa lama.Camtu lah konsepnya lebih kurang. 

Look at my face in those pictures. I miss my own smile. Muka aku serasi dengan happiness & keceriaan. Aku rasa muka aku tak sesuai untuk bersedih-sedihan. Aku sedar, kalau nak happy, kita yang kena cari. Orang takkan datang happykan kita. So nak happy, kita kena count blessings. Oleh itu, azam aku tahun 2016 ialah.

1) Untuk lebih bahagia dan ceria. I just wanna be happy & healthy. Healing moment untuk aku. 

2) Dulu selalu tak faham kenapa orang ada rasa nak pergi umrah/haji, sebab aku belum ada rasa tu. Then aku rasa macam dah puas sikit travel these few years jadi tahun 2016 ni harapan aku ialah untuk pergi satu tempat ni, Mekah. Tu je tempat yang aku aim tahun ni. Harapnya nak umrah, tapi kalau mampu untuk haji apa salahnya.

3)Career

4)Banyakkan membaca untuk tambah knowledge (plus habiskan semua buku yang belum dibaca) & banyakkan menulis (tak kisah lah tulis apa & kat mana pun)



and the list goes on. (tulis dalam note book). Of course lah rahsia takleh share lebih-lebih. Taklah, yang pasti kahwin takde dalam list planning 2016. Unless jodoh sampai siapalah aku nak tolak takdir. 

6 comments:

  1. asalam kak sophie...nak tanya boleh? boleh x saya nak no akak yang buat travel eropah tu?

    ReplyDelete
  2. Nice one, Sophie.

    Betul kata kau tu, walaupun kenangan pahit lagi senang nak ingat, tapi itu pilihan kita. Jadi kita pilihlah untuk ingat kenangan manis, kan?
    Dan daripada throwback kau ni, sure banyak gila kenangan manis.
    Bila tengok Sagrada Familia tetiba rasa mcam nak juga pergi tengok depan mata.
    Selalunya nampak dalam buku je.

    Happy new year Sophie.
    Semoga semua hajat kau dapat tercapai :)

    ReplyDelete
  3. Kak sophie comel sgt pakai spactecles....Like one of my friend...Anyway i really like ur blog...Keep up the good work

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...