Monday, February 7, 2011

Cinta Alam Maya. Berhasilkah?



CINTA
Cinta.Hanya satu perkataan yang simple. Tapi memahaminya terkadang boleh merobek hati orang. Kan?
Cinta indah ke? Kau tanya hati dan jiwa yang kau anggap mempunyai cinta dan sendiri jawab.

Cinta tu memerlukan pengorbanan. Itu orang yang kata. Tapi aku rasa memang betul pun. Untuk merasa cinta kau tak boleh pentingkan diri sendiri. Tak boleh cemburu buta tanpa usul periksa.

Cinta alam maya. Berhasilkah? Ada sesiapa pernah merasa? Kau terlihat profile fb/myspace/blog/video seseorang. Oh kacaknya. Oh cantiknya. Renungan matanya menusuk ke kalbu. Tiba-tiba jiwa ini bergetar. Eh jatuh cinta ke? Kau mengorak langkah mengenalinya. Berbalas komen, kemudian ym. Nah. Di situ kau terasa yakin yang perasaan kau benar.

"aku rasa dia soul mate aku. Walaupun tak pernah jumpa lagi dia seakan betul-betul memahami jiwa dan ragaku." -Kata kau dalam hati.

Kemudian kau bertukar number phone. Yes disitu hubungan kau semakin mekar bersama si dia. Pernah tak ada sesiapa melalui keadaan ni? Kemudian kau berjumpa. Berapa kali? 2,3 kali setahun maybe?

Okey meh la aku terus terang ok. Ni terpulang lah, mungkin aku salah, mungkin aku betul. Mungkin 50-50.

HIDUP INI ADALAH SATU REALITI. 

Fantasi hanya boleh diaplikasikan dalam lagu seperti nyanyian Taylor Swift. Kadang-kadang kamu rasa dia yang kamu kenal di alam maya adalah yang perfect untuk kamu jadikan teman hidup. Setiap kata-katanya, cara dia melayan kamu (yeah, through phones,ym etc tu) membuatkan kamu rasa He/She is the one. Tapi semua itu hanyalah satu bahagian dalam diri kamu yang mencari kesempurnaan. Sebab sebahagian dalam diri kamu itu kosong dan kamu rasa perlu diisi. Dan kamu terjumpa Si Dia dan beranggapan Si Dia telah mengisi kekosongan itu. Dan hati kamu terasa ada kesempurnaan apabila dilengkapi si Dia.

Sedangkan banyak lagi perkara yang kamu perlu tahu dalam perhubungan. Tanya ini dalam diri kamu.

Pernah kamu nampak Si Dia ketika baru bangun tidur? (boleh terima ke wajah ketika baru bangun tidur? baiklah ni ok lagi)

Pernah tengok cara dia layan kawan-kawan dia? Family? (dalam gambar? Gambar kan boleh menipu) Melalui cerita-cerita dia? Lidah lagiiilah pandai menipu.

Pernah tengok cara dia handle masalah? Pernah tengok apabila dia marah?

Selalu tengok cara dia makan? sekali dua berjumpa memanglah boleh cover-cover lagi. 

Pernah terfikir, entah-entah dia ambil dadah. Tapi nak tanya kawan-kawan dia, kamu tak berapa kenal. Entah-entah kawan-kawan dia juga 2x5 ambil dadah. Tapi sebab nak cover baik punya, mereka akan kata Si Dia tu memang baik.

Kamu jarang sangat jumpa dia. Kamu YAKIN dia tak keluar dengan lelaki/perempuan lain?  tambahan pula Si Dia tinggal di Selatan, kamu pula di utara. Kamu YAKIN?
"saya yakin dia tak buat semua tu-kata kamu." "Hahahaha!-kata aku. Mempercayai seseorang 100% tanpa berjumpa adalah satu crime untuk diri sendiri"

Tengok profile dia di fb? Kalau dia betul-betul ada 'life' sudah tentu banyak gambarnya akan ditag oleh rakan-rakan dan keluarga. Atau mungkin si Dia mempunyai profile lebih daripada satu? Lihat semua gambarnya di profile. adakah semua gambar hanya menunjukkan sisi wajah yang menarik? Semua gambar hensem-hensem cantik-cantiklah kira.Well-groomed gitu Takde cacat cela langsung bagi kamu. Lihat siapa yang selalu rajin komennya. Perempuan rawak/ lelaki rawak kah yang selalu datang dan komen sebab gambar yang menarik di profile picture. Atau kawan-kawan Si Dia sendiri yang selalu komen?

Kalau benar cinta biarlah Si Dia itu ialah seorang yang dapat menerima kamu seadanya. Kepada perempuan, carilah si Dia yang dapat menerima kamu apabila wajah kamu tiada secalit mekap pun, apabila tidak bergaya langsung, pendek kata dalam keadaan paling comot kamulah biarpun tak mandi lagi sekalipun. Begitu juga lelaki, kalau benarlah Si Dia cinta hati kamu, sebelum kamu yakin dia adalah cinta kamu, pastikan dia dapat menerima kamu di saat kamu paling serabai, tidak berpakaian branded sekalipun.

(added) Cuba bayangkan dalam environment kamu, ada seseorang bernama Ahmad. Ahmad ni ialah seseorang yang tak disukai ramai kerana bersifat annoying. Mungkin ada yang beranggapan dia adalah seorang loser. Atau apa-apa lah dan dia tak mempunyai ramai kawan dan suka buat hal sendiri. Cuba bayangkan pula, dalam konteks ini, lelaki yang kamu rasa dah terjatuh cinta itu sebenarnya adalah orang seperti Ahmad. Haaa.. Faham tak apa yang cuba aku sampaikan ni? Kamu rasa dia best tapi dalam kehidupan sebenar lelaki itu, dia adalah seorang yang ..... (isi tempat kosong sendiri)

Cinta bukan sahaja memerlukan pengorbanan. Malah cinta adalah PENERIMAAN. 

Nota Kecil Hari Ini:


Khilaf masa lalu adalah kekuatan kita masa kini. Aku takkan berpaling. (never turn back orang kata) Tapi kadang-kadang kita perlu berpaling untuk melihat kembali kesilapan masa lalu. Dan pandang ke depan kembali untuk memastikan masa hadapan adalah lebih wonderful. Aku harap kamu bijak mengatur langkah kamu. Ingatlah, hidup ini suatu realiti. Maafkan aku kalau aku tersilap kata atau membuatkan sesiapa terasa. Kadang-kadang mata perlu dibuka seluas-luasnya sampai terjegil. Hati kena terima hakikat walau perit macam mana sekalipun. Tak dinafikan juga ada cinta alam maya yang berhasil. Kalau ada Alhamdulillah. Tapi aku rasa peratusannya adalah sangat rendah.

29 comments:

  1. yes.i luv this entry sophie!!
    (:

    saya sedang berpijak di bumi yang nyata.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...cinta alam maya maera adalah yg terbaek..jodoh pertemuan tu Allah dah tentukan..laen orang, laen cara bertemu nya..

    Yang Comel,
    Khumaera Ismail

    ReplyDelete
  3. nelly setju . .
    pergh ! smapai habis nelly baca .
    haha . .
    actually , sedang mengalaminya . .
    ok , memang susah nak percaya .tapi , tak boleh bagi kepercayaan 100 % . .
    seksa jiwa dan raga akhirnya .

    ReplyDelete
  4. yeap.. cinta alam maya ade yang berjaya dan ade yang tak. tapi saya lebih percayaa pada cinta pandang pertama. ehehe. dari mata turun ke jiwa.

    ReplyDelete
  5. jujur ckp ain dgn pakwe ain skrg kenal dlm mirc kot!alhamdulillah masuk tahun ni dh 8 thn kami berkwn.
    ;p

    ReplyDelete
  6. betul tu..dulu ada sorang kawan yg angau sangat dgn laki yg die kenal kat alam cyber..padahal bagi saye laki tu menipu je..at last mmg die kena tipu pun sbnrnye..sian die..


    tapi adik saye pun kenal suami die di alam cyber..alhamdulillah mereka berakhir menjadi suami isteri..dah 3 tahun menempuh alam rumah tangga..


    ketentuan Allah jugak semua ni kan?

    ReplyDelete
  7. Cinta alam maya? better jumpe face to face dulu la sebelum nak bercinta dgn kenalan di alam maya tu :)

    ReplyDelete
  8. er my experience, dia di dunia luar yg mmg tempat jarang ada perempuan, on webcam tengok macam mana muka dia bangun tido, macam mana cara dia keje, tengok macam mana dia mengamuk stress time keje. tapi benda tu semua tak cukup. mana boleh hidup berdasarkan virtual semata mata.

    ReplyDelete
  9. humm..cinta menjadikan kita buta..
    sbb tu org ckp kentut pun wangi..haha..
    bile da ade masalah, baru terbau busuknya ! :D

    ReplyDelete
  10. cinta alam maya nie bnyak kekurangannya . Jika bertemu orang yang "baik" mungkin hubungan itu boleh direalitikan . tapi kalu hubungan tu susah untuk direalitikan . dan bertemu pulak dengan "kurang baik" , ia menjadi hubungan yang sukar sngt2 untuk dipercayai.. :D

    ReplyDelete
  11. stiap benda yg tjadi ada pro n cons dia. nway, best entry nih ^^

    ReplyDelete
  12. nieza pun aslnye kenal kat myspace jek... tp now, hbngan cam dah huru hara... cam dah takde kesefahaman... huhu..

    ReplyDelete
  13. bnenaran sih seperti apa yang diperkatakan..ehehe

    ReplyDelete
  14. stakat ni da due tahun bertahan..tgkla berakhir ke gerbang pkhwinan x...kte kne caye org y kite syg...jodoh ALLAH tentukan. Kalao da ttulis jdoh kite jmpe di alam maya tkkn nk psoalkan

    ReplyDelete
  15. cinta is very subjektif and kadang2 takde apa yang mustahil boleh terjadi dalam cinta, very2 unpredictable.

    ReplyDelete
  16. tak pernah terpikir nk cari kapel di alam maya...sbb kita takkan dpt tahu seseorg tue hnya dgn gmba2 dia,kata2 dia...suma tue fake gila...

    ReplyDelete
  17. nis: makaseh.

    khumaera: Alhamdulillah. bukan senang nak jumpa cinta alam maya yg berjaya.

    nelly: tak salah nak cuba, tapi berhati-hatilah ok.

    osh: fuiyooo... yg tu sy tak tahu la..hehehehe..

    nurain hasan: gempaq giler! tahniah. semoga sampai ke jinjang pelamin.

    ReplyDelete
  18. cik sha: ada pros & cons nya. yg penting jodoh di tangan Tuhan.

    Faizal n Fashitah: sy pun berpendapat begitu.

    The Nurul: hurmm..benda ni kena pikir logik jugakla. tp kalau nak ikut hati, takde masalah pun. lebih baik try sendiri ye tak.

    nadzirah razalli: hahahahahahahaha... a ah la. cinta tu mmg betul2 boleh menjadikan kita buta.

    ReplyDelete
  19. LehaMY: I like your comment.. =)

    shaliza khairi: btul, ade pros & cons. terima kasih =)

    nieza micha: hurmm..sabar yer.. ada hikmahnya.mana2 hubungan pun tentu ada waktu huru-haranya.

    jiji Yu: huhu..mungkin ye mungkin tak. Like I said, it may be 50-50.

    Miss Ran: btul. jodoh pertemuan Allah yg tetapkan. =)

    asybedazzle: yep it is true.

    anies anessa: hurmmm.. =) beringat sebelum kena mungkin lebih bagus.

    Lelaki Ini: trimas. =)

    ReplyDelete
  20. actually cinta *alam maya* ni mmg tak patut ada.patut jangan trus declair,kawan dulu.dah setahun kawan baru jumpa.tapi make sure bw teman.dlu I bykla *skandal* alam maya ni.sbb zaman dulu slalu chat MIRC kenal ramai org then dgn brani buat *blind date*.Gile la.
    But finally i've end up having 3 best friend lelaki yg dah 7thn knal n kawan tapi tak pernah jumpa smpai skrg.
    Maksudnya tak semestinya *jodoh perkahwinan* boleh ditemui kat alam maya,tapi *jodoh persahabatan*.^_^

    ReplyDelete
  21. kak, dulu yana pun bercinta alam maya, x penah jumpa.. memang x letak apa2 harapan pun kan, sebab x jumpa tapi after 3 years baru jumpa.. heeeeeeeee.. sampailah sekarang.. =)

    after all, back to basic, jodoh ajal maut tu sudah ditentukan, cuma kita as human being ni yang kena pandai bawak diri dalam setiap aspek hidup.. =)

    ReplyDelete
  22. macam-macam kan, hidup. di antara pilihan dan takdir. ada yang mahu kekalkan maya itu, ada yang mahu wujudkan fantasi.

    kak baru lepas bercuti panjang, dik.

    ReplyDelete
  23. Tu sebabnya nak yg elok, kenal dulu calon suami tu. yg kita dh kenal lama pun boleh tertipu inikan pulak bru kenal. lagilah kan besarnya impak perkenalan tersebut.

    Nak lebih kualiti, suruh dia tinggal kat umah kita ramai2 dengan ahli keluarga. Haa, seminggu tinggal mesti and confirm boleh nmpak sifat sebenar antara realiti dan fantasi;) ini kesan plg mujarab kot. kan org2 tua zaman dulu boleh kesan keburukan dan kebaikan seseorang itu, berselindung atau realitikah kebaikan yang diperlakukan si dia..:)

    ReplyDelete
  24. Doa yang baik baik shajaa , kalau betul Allah dah tetapkan dia jodoh kita , kesitu jugalah kita .

    ReplyDelete
  25. Doa yang baik baik shaja , cinta alam maya nie. Kalau Allah dah tetapkan kita dengan dia. Kesitu jugalah kita

    ReplyDelete
  26. Mmg gila cinta alam maya ni. Boleh jd gila bila merinduinya tp kena berpijak dibumi nyata. X pernah jumpa hanya msg di game. Akhirnya hati yang terluka. Amat menyedihkan. Dia hilang begitu saja

    ReplyDelete
  27. Macam mna pulak kenal dalam alam maya dah bersyg2 ,bila dah jumpa, ws pun dh lain ,katanya masih ingt kt kekasih lama , xpela redha jela .

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...