Kali ni aku akan bercakap dengan jujur sejujurnya okey. Bagi perempuan kan, aku ingin bertanya, jika menutup aurat ialah perkara yang tidak wajib, adakah kamu akan bertudung? Haa.. Ni kalau tak wajib je tau, korang janganlah cakap aku sesat pulak. T_T
*Jap, gambar yang first tu dibuat macam yang dalam entri INI. Makanya itu definitely bukan aku. Hanya muka sahaja.*
Macam aku ni, dah lama dah aku bertudung. Sejak zaman sekolah lagi aku memang bertudung. Tipu sangat lah kalau aku cakap takde satu saat pun dalam hidup ni aku rasa nak free hair. Bayangkan eh, Malaysia ni dah lah panas, baju di pasaran pulak makin lama makin kecik, makin singkat, paling tak pun nanti kena pakai cardigan pula kat luar. Nak pakai short sleeve tak boleh. Kena pakai long sleeve. Panas tahu tak? Dengan lifestyle aku yang selalu rush dan aktif,belajar architecture yang suka duduk di studio 24 jam, kadang-kadang kalau nak ikut hati, aku pun malas nak pakai tudung weh. Panas, berpeluh lagi. Arghhh!! kadang-kadang rasa rimas pun ada. Cuba tengok mat salleh datang Malaysia pakai apa? Singlet minglet dengan short aje kan. Kalau ikut hati, aku pun nak pakai macam mereka. berangin sikit kan.
TETAPI..
Aku sedar, aku ni dilahirkan sebagai Islam. Tujuan hidup manusia di muka bumi ni bukan untuk enjoy dan bersenang lenang sahaja. Ustaz kata, (aku tak habis-habis dengan ustaz kata.hiuhiuhiu..) Ustaz kata, umur dunia ini hanyalah singkat. Sesingkat dari waktu Asar ke Maghrib sahaja. Kenapa harus melakukan dosa untuk kehidupan yang dari waktu Asar ke Maghrib ni sedangkan kehidupan di akhirat adalah kekal sampai bila-bila? Ok jap, bayangkan dunia yang dah hidup berjuta-juta tahun ni sebenarnya waktunya adalah sesingkat dari Asar ke Maghrib AJEEE??? Kalau di akhirat?? Fuiyooo..sangat jauh beza tuh.
Dan setiap kali terdetik nak free hair ke apa. Mula la terkenang.. Sehelai rambut siksaannya sama dengan 60 tahun di akhirat. 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia. Rambut di kepala ni bukan sehelai dua tapi ribu riban. Kehidupan dunia hanya umpama dari waktu Asar ke Maghrib tempohnya. Hurmmmmmmmm... terniang-ngiang semua ni terus tak jadi.
Makanya, aku kekal bertudung hingga hari ini walaupun aku sedar mungkin penutupan auratku masih belum sempurna T_T Ustaz kata lagi zaman sekarang ramai wanita bertudung tetapi berbogel. Uhuks! (ni kalau ada sesiapa tak faham ni aku tak tahulah) Tapi aku nak bagitahu la terutamanya lelaki di luar sana. Janganlah cepat memandang buruk wanita yang free hair di luar.Apa ingat senang ke apa pakai tudung setiap masa bila diluar? Aku sebagai perempuan bertudung pun jujur ni nak bagitahu, kadang-kadang bila rushing tu mak aihh. memang la rasa macam nak whaterverkan je tudung. Tapi macam yang aku cakap, ayat ustaz yang selalu terngiang-ngiang tu buat aku kentalkan semangat. Ha yang lelaki tu, pakai kopiah @ songkok yang tak tutup semua rambut pun dah rimas kan? Apa lagi nak tutup seluruh rambut dengan leher kan? Cuba try pakai songkok (songkok jela paling senang korang nak rasa) Pakai setiap masa nak keluar dan ketika jumpa perempuan bukan muhrim. Ce try! Ce try tengok! Mampu tak.
Nota Kecil Hari Ini:
Oh, entri ni tak bermaksud nak mengguris hati mereka yang free hair. Sebab aku percaya, manusia sentiasa ada peluang untuk bertaubat. Memang hakikat pun kadang-kadang yang tak bertudung ni perangai jauh lebih baik dari yang bertudung. Yang bertudung, kadang-kadang ada yang mulut macam cilake sikit kan. Kadang-kadang yang bertudung pun bila keluar pun tak solat kan. Sebabnya orang macam ni bertudung sebab nak berfesyen dan tak solat sebab malas nak tanggal mekap dan lilit selendang balik. So aku sentiasa ingatkan diri aku, zaman sekarang ni pemakaian tak dapat melambangkan keimanan. Kalau anda ikhlas dan niat anda baik, insyaAllah diredhai.
firsssttttt!!!!!
ReplyDeleteahahaha...
kalau bertudung tu nak memenuhi tuntutan fesyen macam mana pulak?
kalau yang on/off tu macam mana pulak akak copi? hehe
Rambut itu mahkota wanita. Lindungilah ia dengan memakai hijab. Sesungguhnya hijab itu melindungi maruah wanita dan dari bahana api neraka. Salam Maulidur Rasul dari Tira.
ReplyDeleteSinggah-singgah blog Tira ye :)
hmmmm... kan manis even pun bertudung.. kan?:)
ReplyDeletesuka entry ni. setuju semuanya.
ReplyDeletexleh nak salahkan diorang yang tak bertudung, tapi bila fikir balik, memang nak salahkan diorang, erk. [?]
sebab diri sendiri pun tak sempurna tutup aurat, xnk kaco org len. hehe.
dari kecik sampai ke besar amek kelas agama. hukum hakam patut dah clear. kan?
woah. panjang.
Bertudung dgn ikhlas kn ada penghayatan.kaji sebab kita pakai tudung.Masa Allah s.w.t. jadikan syurga dan negara, DIA dah letak bnda yang kita tak suka atau ssh nak buat keliling Syurga manakala bnda yg suka buat keliling neraka.sebab tu,klu kita btul2 percaya DIA,kita akan buat apa yg DIA suruh..wallahualam..
ReplyDeletemiss ur writing Sophie! ^_^
hehehe..sy free hair n sy ckit p0n xt'guris ngn entry awk ni..sbb ape yg awk ckp sume bt0l :)
ReplyDeleteterima kasih mengingatkan kepada yang lalai ni. ee ni kadang-kadang dalam kereta suka bukak tudung kalau travel jauh. teruk betul
ReplyDeleteBagus tu.. tegur cara berhemah..
ReplyDeleteHijrahla pada sapa yang freehair tuu..
ya...iman di dada itu penting....cmna pun gaya kita berfesyen mst kena tahu hukum batsnya...suka entry neh...
ReplyDeletesmuanya bermula dari hati...kalau ikhlas,smua bnda pon akan jd baik..mmg ssh nak tahu sape baik sape jahat tp papepon kita bukan sape2 utk mnilai org lain..skadar menegur tuk kebaikan bersama bole la:)
ReplyDeletemiss u babe!
betul,
ReplyDeletekdg2 rasa nak memberontak..
tapi ingat dosa pahala kan...
entri menariklah kak!!!!
salam maulidur rasul
Kalau boleh like this entry, I would definitely will like this. :D
ReplyDeletetamparan untuk sedarkan diri.
sungguh, ustaz u kalau jadi ustaz i sure i akan ingat dia cakap. -.-"
as-salam..
ReplyDeletesame la kt..tutup aurat pun belum sempurna lagi..nak kena longgarkan baju, seluar..tudung pun nak kena labuhkan lagi :)
Sophie! Sangat suka entri ini. Thank you. :) :) :)
ReplyDeletesangat setuju owh...aku pun brtudung sbb ingat mengenai siksaan nerakalah.. tak snggup eden.
ReplyDeletekalau yg btudung tu mulut jahat ke apa ke.. itu kira dosa lain, bab pakai tudung tu.. at least dia dah xde dosa tak pakai tudung. kan kan kan.
hurm kite samelah akak.saye pun same. tiba2 kalau tengah tak betul ade terfikir jugak nak free hair je.bukan ape rasa mybe lagi mudah kot daripada nak pakai tudung nie.lagi2 bila nak cepat.kalautudung buat hal taknak elok lagi lah rasa stress kan.org dah lambat tp dia suka hati je nak tak elok.tp bila fikir balik,bagi saya tudung ni adalah imej utama perempuan islam kan.kalau tgok org bertudung kite dah tahu org tu islam.lgpunbertudung perkara pling penting kalau nak jadi wanita muslimah.susah dan leceh memang lah kdg2 terasa,tp ingat senang nak masuk syurga kumpul pahala?kumpul dosa senang lah kan.so kalau rasa susah cmne pun pakai lah tudung.nampak lagi comel pe kalau pkai tudung.barurmai nak buat menantu heheheheh =p
ReplyDeletesuke entry ni...tapi tamo comment2 sgt...sbb diri pun ta sempurna...huhu
ReplyDeletesecara jujurnya aku tidak mempunyai masalah dengan orang yang tidak bertudung. tapi aku agak kurang selesa dengan orang yang kadang2 pakai tudung, kadang tak. bagi aku, orang sebegini menjadikan tudung itu satu STYLE bukan seperti yang dituntut segala.
ReplyDeleteWalau iman aku masih senipis kulit bawang, tapi bertudung itu dah jadi darah daging buat aku.
sgt2 menarik entry ni, I like.
ReplyDeleteSebab ada pengalaman jd free hair. until umo 26 cmtu baru pakai tudung. sbb family smua memg free hair. then sy yg mula2 pakai tudung, pastu bila dh pakai my mom pun ikut pakai jugak. now, after like 3 years, tlekat rasa tanggungjawab. awal2 memg susah, but you have to try right?
feel free to drop at my blog~~
tepuk dada tanya selera. (komen banyak nanti kena fire plak). haha
ReplyDeleteTerbaru > Monday Blues
> Download Drama Bersiri TV3 - Gemilang (Episode 1 - 3) >Blog Best : Roq's Blog
samalh sophie, iman ni tak kuat, pakai baju pun tak ikut tuntutan, tetap seksi :( short sleeve pun selalu pakai malas nk pakai cardi :((((((((
ReplyDeleteharap sgt sentiasa diberi peluang untuk jadi wanita solehah yg sempurna :((
My opinion, either Sophie tak bertudung atau bertudung. Dua2 comel. So sebagai muslim, elok Sophie bertudung.. and still nampak comel. Saya memang lama dah tak bertudung.. errr sebab saya laki eheheehehe... :P
ReplyDeleteOE pun baru nak belajar pakai tudung...
ReplyDeletekadang tu terlucut juga sebab sebelum ni syok sangat free hair kan...
memang ada betulnya apa yang sophie cakap yang last tu...
tapi depend pada individu tu sendirilah kan...
sama ada dia nak jaga adab dia atau dia nak mencelarukan adab dia dan membuatkan orang cop orang bertudung ni macam tu, orang tak bertudung ni macam ni...
kita tak kenal, kita tak boleh nak judge...
alamak! seriusnya comment OE nie... (n_n)
kak, yana suka entry ni, its remind me about my responsibilities as muslim.. tq.. even though masih x sempurna tentang segalanya, tapi insyaAllah..
ReplyDeletesangat tipu kalau x terdetik rasa x nak pakai tudung sebab yana mula pakai tudung pun masa umur 18, tapi I have to be strong.. apalah sangat kat dunia ni dibandingkan dengan dunia kekal nanti..
jujur aku ckp..aku suka tgk perempuan free hair..lawa..tapi sebb xboleh tu aurat...kita kena patuh..sbb tu la kut rambut wanita hanya boleh nampak untuk muhrim je..sbb lawa..klu lawa nanti boleh berlakunya perkara xelok bila org tgk..
ReplyDeletesebenarnya orang2 yang kat atas ni yang kononnye tak terguris tu dalam hati diorang mesti cakap
ReplyDelete"hek eleh biarla aku nak bertudung ke tak. kubur lain2 bla bla bla"
but then again, great post.
i'm lucky i'm a man. takpayah nak risau.
muahahahaha
amex: wahh..semangat kau amex.hihi. Hurmm.. yang tu, tepuk dada tanya iman la weh. nak cakap lebih2 pun rasanya orang tahu apa hukumnya kan..
ReplyDeletemiss tira: yeahh..betul2.. =)
aida azryn: yeppp.. rasa lebih dihormati juga.
nurezzaty: hihi.. same pendapat macam awak. =)
airaniez wirdani: kak aira rindu sy eh.hehe.. Saya ikhlas bertudung. (^_^)
ayu jazari: hehe..thanks =)
ee: huhuh.. takpe, lepas ni jn bukak da.hehe.
LuthfiMY: nak tegur takleh serbu ajee..heee..
Honeybunny: thanks ila.. =) yep. berfesyen takpe, jgn terlampau batas hukum dahla..
ReplyDeletealexa yussida: hurm..btul. susah nak cakap sape baik sapa salah. tp kalau ad ayg kene tegur tu seharusnya cermin diri jgk la kenapa ditegur. My opinion la. Miss u too alexa. =)
qyqa: thanks dik. Salam maulidur rasul jugak.. =)
Diana Naubi: huhu.malangnya tak letak button like. Semoga ambil iktibar. =)
Habsahharun: wsalam. Sepp!! sama.. =)
ReplyDeleteBash:yekeee?? most welcome.. thanks sebab suka jgk.. =)
Bungakopi: a ah. tp lebih elok jika menutup aurat, peribadi dia pun sopan.
ueya megami: hahahaha..ramai nak buat menantu?I likeeee.. =)
aliaa: thanks, takpe, comment bukannya kritik kan.. ;)
hanaahmad: aku pn macam kau. takde masalah dgn ppuan free hair sbb kawan baik aku pn free hair. tp yg on off tu..hurmmmm..susah nak cakap..
Girl Einstein: whoaaa..lepas ni boleh buat entry ttg pengalaman dari free hair kpd bertudung pulak la nih.
Phreak-id: adess..komen aje..bukan kritik. =)
Liyana Lunia: Huhuh.. perlahan2 lah kita cuba berubah k Ynn.. =)
Faizal & Fashitah: hahah..thanks abg ODio. Abg Odio xleh pakai tudun. nanti dosa sbb menyerupai perempuan pula.. ;p
Orkid: OE.. agak serius.. (-_-") hahaha..yep2..sokong.
liyanaziz: huhu..mari2 lah kita berubah..
Muslim: hurmm..tahu xpe..
arief arf: heee jahat arief.. Yeah.sometimes i pun rasa lelaki adalah lucky.
sekarang nni tudung direka pown mengikut arus fesyen..ikut zaman..bukan ikut sunnah lagi
ReplyDeleteayujamal aka mrs jamal
rmbut x rosak kalo pkai tudung.. uban pon lmbt tumbuh...;)
ReplyDeletetapi yg penting pahale btambah;)hik3
*cantek blog awak*
http://www.nuzul-honeybee.blogspot.com/
terus insaf baca entry sophie yg ni huuuu..;)
ReplyDeletei agree with this.
ReplyDeletekdg2 hati terdetik eh lg cntik lah kalo free hair dr bertudung *cantik kerrrr?* haha
tp kite kena sdr, kita siapa. larangan kita jauhi, perintah NYA kita patuhi.
:)
There is no mention of women's hair is part of her aurat in the quran. It is only wrongly translated by the muslim scholars. Go ask your ustaz if there is any mention of women's hair as aurat in the quran n if he is honest he will tell u there is none. I believe in the quran cos it is the word of god n not word of some random man who calls himself an ustaz or imam or whatsoever n thinks he knows more than god. If u r a Muslim then believe in the quran n not the teachings of men. Maybe its best u go read the quran yourself n u will be able to free your mind not only free your hair cos islam is an easy, honest n logical religion, its the ppl who think they r clever that causes your aurat dilemma. Salamalaikum.
ReplyDelete