Tuesday, February 1, 2011

I'm Back!! With Belacan dan Paku- Mat Salleh Cakap Melayu.

Hyeeee!! Semalam aku dah sampai dalam pukul 3 pagi. Lewat.

Dan sememangnya balik dari Langkawi aku kulit aku dah burn. Hehe. Tanned gitu. Tapi takpelah, nanti dia elok lah balik. Memang sememangnya aku wajib menceritakan tentang pengalaman aku di Langkawi. Baru aku faham erti Baywatch sebenar whoaaa.. Bukan Baywatch= nude-watch Pamela Anderson berlakon tu. Tapi Baywatch Langkawi. Heeee..

Tapi sebelum tu, aku rasa tak best kalau tak bererita tentang Belacan dan Paku ni. Pagi tadi aku balik dari jogging. TV terpasang. Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Tetamu yang dijemput ialah seorang orang putih yang digelar Belacan bersama bininya. Bini dia orang Sabah or Sarawak tak silap. Apa yang bestnya mereka ni? Haaaaaaa..

Si Belacan dan rakan gandingan beliau, Paku adalah dua orang rakyat USA yang agak rajin la post video di Youtube. Tapi semuanya berbahasa Melayu. Bangga dengan mereka berdua sebab dapat berbahasa Melayu dengan baik walaupun sedikit pelat. Orang Malaysia pulak ada sesetengahnya pulak mengagungkan Bahasa Inggeris sampai buat macam tak reti nak berbahasa Melayu pulak.. Podah~  Terbalik pulak yer.

Apa-apa hal pun ni antara video si Belacan dan Paku yang aku ambil di Youtube mereka. Kelakar pun ada. Comel pun ada. Haha. Kelakar sebab si Belacan suka cakap "lah" kat hujung ayat.


Kalau nak tengok video mereka yang lain boleh ke profile Youtube mereka di

Ok Belacan dan Paku ni ada blog juga. Agak kelakar juga baca penulisan mereka.Comel seh. Tapi betul-betul nampak kesungguhan mereka. Kalau nak follow blog mereka boleh ke 

Kalau nak Like di Facebook boleh ke

Kalau nak follow twitter mereka boleh ke:
SINI



 Halo semua!! Jangan lupa ya, hari Jumaat ini tengok kami dua di program Apa Saje dengan FBI TV 9...Pukul 8:30 petang. Tengok bah! :)  <---latest tweet dari mereka di twitter. Jangan lupa tengok tau!! Tadi aku tengok sedutan program tu di MHI. Si Paku ni nyanyi lagu Yuna-Dan Sebenarnya. Sempoi giler mereka berdua ni.

Ohya, si Belacan dah ada bini. Paku masih single, kata Belacan dalam MHI tadi LAH... So sesiapa nak ngorat Paku pun boleh LAH.. hihihihi..sesuke hati aje LAH.. Ok Bye-bye LAH..

17 comments:

  1. Hahaha.. baru 1st time dengar nama dorang ni. Nak tengok lagi kat dalam youtube kejap lagi hehe. Anyway, welcome back XD

    ReplyDelete
  2. hahaa.nis suke gak si paku & belacan ni..
    haaa..paku masih single..boleh la ngorat2
    hahahahah

    ReplyDelete
  3. belacan n paku?hehehe....sweet je name diorg...




    jom singgah n follow belog saya..
    http://shopiliciouz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. haha.
    mmg klaka sgt.
    br taw pasal nih.
    :D

    *header sophie cantek sgt la.

    ReplyDelete
  5. oh tadi membe de bitau.huu..sal mamat neh..mmg besh+kelakar~

    ReplyDelete
  6. suke tgk diorang.ade tgk vid yg die buat time raya.klaka betul.

    ReplyDelete
  7. tau2... best kot dua2 ni... femes dh

    ReplyDelete
  8. haha..dua org tu mmg lawak.lg2 masa dorg kata dorg suka awek2 malaysia.^_^

    Sophie g meredah lautan ok ke?tak hujan ke sn?uiks

    ReplyDelete
  9. welkem home yunk !!!nak gi gak langkawi nt..hehe..ingatkan belacan ni ben bradshaw..hehe..nak skodeng dorg la..thanx dear kasi info best ni ^__^

    ReplyDelete
  10. hi sophie...
    thankss dtg jenguk blog i..macam teruja..hehe..dtg jenguk lagi tau..ngee[!]...

    ReplyDelete
  11. as salam..
    oh..mereka..hehe..saya pun baru tahu tentang mereka.
    gaya tangan pun canggih.
    'BP' :D
    sedang mencari2 berita lanjut mengenai mereka

    ReplyDelete
  12. haha, ade jugak tgok mhi psl diorg nih. lawak je. name pun belacan dan paku :p

    ReplyDelete
  13. Faizal & Fashitah: hehe..thanks Bro Odio.

    Nis: haaa silaaalah ngorat. nanti dpt anak comey2..

    Fyna: nama Melayu betul.

    cik Mimi: hehe..mmg klakar dorg ni. Header Sophie ada org buatkan la yang..

    twinkle2: memang =)

    kay yea: a ah..kelakar dan besh!!

    farah amira:memang..hehe..=)

    ila: sila2..

    airaniez: hehe.ok ajee..best gler kot.. =) =) =)

    dLa: ngeee,,,welcome..

    farinajaafar: teruja why? most welcome.. =)

    puteri iqa izyan: haaa..tekel laaa..nanti dpt anak mix.. hehe..

    ..: wsalam..heheh..sila2..

    Farhana: nana ke nih? OMG..

    amalia Izzati: mmg lawak pun.. =)

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...