Hyeeee!! Semalam aku dah sampai dalam pukul 3 pagi. Lewat.
Dan sememangnya balik dari Langkawi aku kulit aku dah burn. Hehe. Tanned gitu. Tapi takpelah, nanti dia elok lah balik. Memang sememangnya aku wajib menceritakan tentang pengalaman aku di Langkawi. Baru aku faham erti Baywatch sebenar whoaaa.. Bukan Baywatch= nude-watch Pamela Anderson berlakon tu. Tapi Baywatch Langkawi. Heeee..
Tapi sebelum tu, aku rasa tak best kalau tak bererita tentang Belacan dan Paku ni. Pagi tadi aku balik dari jogging. TV terpasang. Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Tetamu yang dijemput ialah seorang orang putih yang digelar Belacan bersama bininya. Bini dia orang Sabah or Sarawak tak silap. Apa yang bestnya mereka ni? Haaaaaaa..
Si Belacan dan rakan gandingan beliau, Paku adalah dua orang rakyat USA yang agak rajin la post video di Youtube. Tapi semuanya berbahasa Melayu. Bangga dengan mereka berdua sebab dapat berbahasa Melayu dengan baik walaupun sedikit pelat. Orang Malaysia pulak ada sesetengahnya pulak mengagungkan Bahasa Inggeris sampai buat macam tak reti nak berbahasa Melayu pulak.. Podah~ Terbalik pulak yer.
Kalau nak tengok video mereka yang lain boleh ke profile Youtube mereka di
Ok Belacan dan Paku ni ada blog juga. Agak kelakar juga baca penulisan mereka.Comel seh. Tapi betul-betul nampak kesungguhan mereka. Kalau nak follow blog mereka boleh ke
Kalau nak Like di Facebook boleh ke
Kalau nak follow twitter mereka boleh ke:
SINI
SINI
Halo semua!! Jangan lupa ya, hari Jumaat ini tengok kami dua di program Apa Saje dengan FBI TV 9...Pukul 8:30 petang. Tengok bah! :) <---latest tweet dari mereka di twitter. Jangan lupa tengok tau!! Tadi aku tengok sedutan program tu di MHI. Si Paku ni nyanyi lagu Yuna-Dan Sebenarnya. Sempoi giler mereka berdua ni.
Ohya, si Belacan dah ada bini. Paku masih single, kata Belacan dalam MHI tadi LAH... So sesiapa nak ngorat Paku pun boleh LAH.. hihihihi..sesuke hati aje LAH.. Ok Bye-bye LAH..

