Thursday, February 3, 2011

Baywatch Langkawi - Day 1

Salam semua. Tak jawap dosa,kalau jawab gatal. (ayat mat rempit yang pernah aku terima rasa macam nak belasah je kan.)

Okeh, memandangkan gambar macam banyak giler lah kan masa aku pergi Langkawi, jadi aku rasa aku kena bahagikan la. Ikut hari lah mungkin. Jadi untuk entri kali ni aku akan menceritakan permulaan perjalanan kami ke Langkawi la. Macam, relax-relax sikit lah first day ni. Untuk second day, aku tak tahu macam mana aku nak update sebab gambar ada pada camera kawan aku. Padahal hari kedua lah aktiviti paling banyak kami buat dari pagi sampai petang sampailah aku itam.huhu.

PERHATIAN: Memandangkan ni adalah ala-ala travel so korang janganlah berharap aku nak pakai santek-santek mekap bagai ni. Nehi heyy.. Takde masa.

Kami bertolak jam 12.30 a.m (lewat malam) dengan menaiki bas Rengit. Dalam dia bagi aku selesa la. Nampak agak cantik la. Perjalanan ada lah dalam hampir 7 jam untuk sampai ke Jeti Kuala Perlis. Sampai di jeti dalam pukul 7 lebih. Tapi feri bertolak pukul 10.30 a.m.. Lama giler nak tunggu. So kami pi jalan-jalan dulu (cheh padahal takde apa sangat pun kat jeti tu.huhu.)

 *bas Rengit di belakang menanti. Haaa..semua pakai baju seragam warna biru, didesign khas untuk ke Langkawi.*

 *Macam ni la keadaan tenang dalam Bas Rengit ni sebelum diduduki monster-monster iaitu kami*

 * Yang dua kat depan duduk baik-baik. Yang kat belakang tu naughty.Hehe.. Takla, diorang semua best!!!*

 *heh, belah kiri tu Bash. Belah kanan tu Hannah. Baru balik dari Jepun. Program pertukaran pelajar.

 *chewahh! Macam ala-ala baru balik dari oberseas pulak*

Klik "baca sampai habis" untuk sambung baca okeh!


Ok gambar kat atas ni ketika baru turun dari bas di jeti Kuala Perlis. Semua pun muka macam basi basi aje.haha. Al-maklumlaaa..tidur dalam bas. Iyer, muka basi-basi tu termasuklah muka I sekali. Satu perkara yang memenatkan bila nak tangkap gambar kan, bila once aku angkat camera, semakin ramai orang duk menyendeng nak masuk bergambar. Bayangkan mula-mula dua orang aje yang nak gambar mereka diambil, then tiba-tiba jadi macam bawah ni. Sampai tak muat-muat frame dah. So aku pun akan makin lama makin terkebelakang sebab nak muatkan semua orang.

 *gambar di jeti.*
Ok, feri dari Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa dalam satu jam sahaja. Yes, memang aku sambung tidur pun sebab dalam bas macam susah nak tidur. Huhu. Dalam feri tahu-tahu bila aku bangun dah sampai. Dan cuba teka siapa dan apa yang menanti kami? hehe. Brader-brader JPAM!!! dengan van dan lori mereka. Whoaaa..terujanya naik lori JPAM. Ala-ala lori askar tu.. (^_^)V 

 *apa yang penting? KERJASAMA!! sebab aku hulur je bag kat budak lelaki, mereka yang 'gagah' tolong angkat letak dalam lori.

 haaaa.. macam ni lah keadaannya dalam lori JPAM. Sempit? Memanglaa..sebab bawak beg besar-besar. Tapi berangin memang best lahhh! Siapa yang free hair tu dah nampak macam buat iklan shampu aje. Aku pun cuba gak nak buat. Tapi sekadar hujung selendang jelah yang melayang-layang.

 aku dan Bash memang tak boleh dipisahkan ke apa? dalam bas duduk sebelah-sebelah, dalam feri pun. Eh dalam lori pun. Tapi bilik je tak sama. Huhu. Sebab bilik ketua kami yang tetapkan siapa duduk dengan siapa. Kalau tak memang dah sebilik dah dengan Bash kot.

 *Siap boleh nampak view belakang lagi. Memang best laaa.. Macam ni rupanya perasaan naik lori macam ni. Mungkin lepas ni boleh suruh ayah aku beli lori ajelah kan.*

Kami sampai di Langkapuri Inn. Ok Langkapuri Inn ni memang betul-betul menghadap laut. Mat Salleh memang ramai duduk sini. Aku rasa puas hati jela duduk sini. Cuma menyampah sikit sebab shower dia tak keluar air. So nak mandi kena pakai paip biasa. 

 *ok, kat bangunan ni la kami yang perempuan ni menginap. Bilik deluxe. Untuk 4 orang. Tapi kami duduk 6 orang. Okey aje...*


Mempersembahkan!!!!  Pantai Chenang!!


 Langkapuri Inn!!!




Selepas rehat seketika, kami pun keluar untuk tinjau-tinjau keadaan sekeliling. Ada Fish Spa you~  Best! Aku baru aje nak pegang satu beg dalam satu kedai ni tiba-tiba bunyi siren kuat punya! ''Amaran! Ini latihan Tsunami. Anda diminta bergerak ke tempat selamat!"  Perghh! Timing sikit punya baik. 

Sebenarnya kami dah diberitahu terlebih dahulu la akan ada latihan Tsunami ni. Seluruh penduduk Pantai Chenang ni kena berkumpul dan bergerak ke tempat selamat. Ceramah pun ada jugak. So kami pun bergerak la ke tempat selamat walaupun aku tak tahu kat mana tempat selamatnya. huhu.
 
*Ni lah latihan Tsunami tu. Bagus juga. Kat sini tourist pun kena berkumpul jugak. Banyak lah camera ada. Aku rasa mungkin masuk TV kot. Ada cameraman TV3 dan TV yang lain. 

*Ramai sangat yang ada di Pantai Chenang ni. Nampak gaya macam banyak student. Trip pengawas lah, macam-macam lah. Dan kami ni pun datang bukan untuk suka-suka tetapi sebab ada program.


T-shirt kami kat belakang dia ada tulis "Lifeguard" jadi orang-orang kat sana cakap "haaa, tak payah risau lah macam ni. Lifeguard ramai.."   T_T  apekahh..

*Yang dapat tag kena berkumpul di satu tempat. Then abang Polis kira jumlah. Aku kurang pasti kenapa. Kawan aku kata, nak check bilangan tag yang diberi ni, sama tak dengan bilangan mangsa yang berkumpul. Kalau tak cukup tu, maknanya ada yang dah lemas lah tu. 
(kalau dalam situasi Tsunami yang sebenar la)

*Abang polis ni muka garang wooo. Tapi aku memberanikan diri dekat-dekat dengan dia sebab nak bergambar. Hehe.. Dan seperti biasa mesti takleh bergambar sorang-sorang atau berdua. Mesti ada punya lah yang nak masuk frame. ;p  *

*Abang-abang Bomba pun ada tau.*

Selepas latihan tu, kami pun tunggu di tepi pantai untuk mendengar taklimat daripada JPAM. Sambil tunggu tu, tahu-tahu jelah, monsters in action!!


Dan banyak lagilah aksi-aksi gerek mereka ni. Kemudian kami mendengar taklimat dengan tekunnya. Haaa, mestilah aku yang paling tekun!! (bajet)


Petang tu kami turun laut. Disebabkan kami turun agak lambat dalam jam 5.30 petang, so latihan petang pun sekejap ajelah. 

*Maaf, banyak gambar sewaktu latihan di laut ada di camera kawan aku lagi sorang*

Malam tu kami mendengar taklimat. Best dengar taklimat dari JPAM ni. Mereka menceritakan pengalaman mereka menjadi Penyelamat Pantai. Kami dengar taklimat di bawah Baywatch Tower. Ok meh aku nak bagitahu satu benda ni. Apabila mayat hilang di laut, dan tak jumpa, pencarian akan diteruskan selepas dua hari. Sebab lepas dua hari, mangsa yang tenggelam akan timbul semula. Sebab dah kembung. huhu. Waktu mayat dijumpai dalam keadaan ni. Nauzubillah, Aku faham apa yang pegawai JPAM ni maksudkan. Badan kembung, urat nampak di kulit, mata terbeliak sebab terkeluar. Tak boleh sentuh sikit. Sebab akan pecah. Jadi memang rumit lah nak masukkan mayat dalam beg plastik hitam tu tanpa menyentuh mayat.

Selain tu, bila ada kematian, memang kadang-kadang terkena lah badi mayat tu dalam seminggu. Huhu. Kesian betul. Ok di sini waktu malam tak boleh mandi. Bahaya lah kan. Tapi kadang-kadang ada yang mabuk, main mandi aje. Itu yang terjadi kes lemas tu. Kadang-kadang tak sedar dihanyut arus. Laut ni, memang bahaya. Aku yang boleh berenang pun terasa bahaya dia. Jadi, don't play-play, okeh?


 *banyak sebenarnya alat bantuan kelemasan. Satu-satu abang ni explain. Memang menarik lah untuk tahu.Ilmu beb. Kat sekolah tak ajar maah..*


 *tak salah join aktiviti lasak walaupun anda bertudung. Jangan sekat kebebasan dan aktiviti anda biarpun anda bertudung. Okeh bebeh? *

Lepas taklimat kami adakan sesi Ice breaking. Sebab kebanyakan daripada kami adalah lifeguard baru. Jadi nak la bersuai kenal dulu kan. Tapi kenal dengan mereka semua ni memang best bagi aku. Sebab berpeluang mengenali mereka yang berlainan course dengan kita. Cara lain-lain, style lain-lain, tapi kami boleh unite sebab mempunyai minat yang sama.


Ohya, ni waktu bila entah aku buat Fish Spa. Murah. RM5 je untuk 10 minit. RM9 untuk 20 minit. Takkan dapat punya di KL. aku siap buat 3 kali tahu????  (^_^)

Untuk hari pertama yang aku explain di atas ni, memang relax sikit lah bagi aku. Untuk hari kedua, latihan keselamatan dari pagi sampai petang. Break tengahari kejap untuk lunch dan solat. Tapi latihan hari kedua dengan memakai  Lifejacket lah. (isk3..konon tak thrill langsung..) tapi sebab JPAM taknak bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa, maka kami buat aje lah. Lagipun rupanya jauh betul kena swim. Dengan ombak yang agak kuat. Boleh muntah lah sebab rasa terumbang ambing. Hari kedua juga kami diajar memandu bot penyelamat dan jetski penyelamat. GILERR BEST naik jetski penyelamat tuuu!!!! (^_^) Besar daripada jetski biasa dan mempunyai board di belakang untuk baringkan mangsa. Haaa, cerita untuk second day, kena buat dalam lagi satu entry lah ok. Tapi kena dapatkan dulu gambar-gambar dari kawan aku tu. Isk!! Dahla cuti raya cina ni..Bila lah boleh pergi amek. Yang third day takpe, aku ada gambar-gambar nya sebab aku lah photographer sepanjang program tu.

 *ni jet ski JPAM. lebih besar daripada biasa. Kalau bawak dengan full throttle dari Kuala Perlis ke Langkawi boleh sampai salam 10 minit sahaja. Kalau naik feri 1 jam. Beza kan? Yang board kuning kat belakang tempat baringkan mangsa.*

Heeee! Hari kedua aku merempit dengan jet ski JPAM ni! Best gilerrr!!

*betapa besar dan beratnya jet ski ni*

Untuk hari ketiga (separuh hari sebab kena check out tengahari) ialah latihan keselamatan, tanpa memakai lifejacket. So yeahhh!! Memang..memangggg.. Memang tak sabar nak cerita. hihi. 

So kalau ada yang nak tahu apa yang aku buat hari kedua dan ketiga kena tunggu entri berikutnya. =)

12 comments:

  1. kak, gambar yang second tu, gadis naughty tu, yg pakai spek tu areena kan? if i'm not mistaken la.. kikikikikiki..

    best kan dapat gain experience yang macam ni? sangat berharga.. btw, lama x pergi langkawi

    ReplyDelete
  2. best gile life ko sophie.jeles aku.knape aku tak de life mcm nie??

    ReplyDelete
  3. kakak sophieee .. bestnye.. aktiviti dipenuhi dengan sgt baik and cool:)

    ReplyDelete
  4. waa..bestnyer jadi lifeguard..sy berenang pun xpndai..huk3

    btw,da g langkawi gk..ngee..best2..cntik kn..hehe

    ReplyDelete
  5. wahh gambar terbang tu menarik....sophie masok lifeguard ni sume under apa?

    ReplyDelete
  6. Jet ski JPAM, kalau bawa full throttle, berapa km/j yek?

    ReplyDelete
  7. liyanaziz: a ah areena laaa..kenal ehh.. yeahhh, sgt best experience macam ni.. =)

    fahmi: huhu..ko kene cari sendiri life yg best tu.

    fifiey: Heheee..mmg best.. (^_^)

    nurzahidah: a ah..cantik.. =)

    nur hidayah isa: heheh.. under UiTM. mmg duty kat pool uitm.

    aida azryn: memang siperb best!!

    nurulainyahya: hahahaha..dah terlepas laa ain..

    am: hurmm..x sure lah pulak..

    ReplyDelete
  8. Wahhhhhh...taktaw nak ckp sophie..best sgt2 tgk aktiviti sophie..tp byk gmbr xleh tgk sbb tenet slow giler ni..dem!nt dla tgk balik lenkali yer...best gilerlaaa dpt pengalaman camtu..bkn senang tu..dla ingatkan yg biase2 je rupe2nya siap ade polis, bomba bagai lg..

    ReplyDelete
  9. sophie, bestnye...
    hahaha, aku agak dengki sbb aku tak reti berenang..hahahah

    ReplyDelete
  10. dila: hehehe..best memang best dila. tak dpt nak digambarkan dgn kata2.. cuma gambar yg dpt becerita.cewah.

    cEro: huhu..jgnla dengki2.. meh lah kawan aku ramai. leh ajar ko berenang.

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...