Friday, August 20, 2010

Siapa Kata Kawan Menangis Susah Nak Cari?Ada je Depan Mata.

Entri ni sebenanya aku nak buat ketika 1 Ogos haritu bersamaan dengan Friendship Day.Tapi memandangkan aku banyak kerja nak buat jadi terpaksa lah tangguh. Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang sahabat. Ada juga aku terbaca di blog orang lain tentang sahabat. Ramai juga yang rasa susah nak cari kawan yang betul-betul ikhlas zaman sekarang, ada yang suka berkawan dengan ramai orang tapi taknak terlalu rapat.Lebih kepada untuk bersosial. Ada yang suka bergerak solo kerana rasa lebih senang begitu.

Aku ada bestfriend sendiri dari sekolah.Sampai sekarang masih bestfriend dan aku hargai sangat mereka.Kali ni aku mahu ceritakan tentang kawan di universiti.

Di universiti ni aku ada geng aku sendiri. Aku kenal mereka sejak aku masuk Sem 1 lagi. Hari demi hari, sem demi sem,tahun demi tahun.Aku mula sedar dan merasai ukhwah yang kami bina. Aku tak tahulah kenapa,dalam ramai-ramai budak dalam kelas,aku boleh rapat dengan mereka,inilah yang dinamakan jodoh dan takdir kot. Aku juga rasa, kami sangat rapat kerana siang dan malam kami bersama.Faktor jurusan senibina ni pun boleh jadi sebab kenapa kami rapat. Sebab kebanyakan masa akan dhabiskan di dalam studio.Buat kerja pun sama-sama. Tidur pun kadang-kadang sebelah-sebelah aje,kongsi bantal yang sama. Tapi walaupun kami rapat, tak bermaksud kami tidak bergaul dengan orang lain. Kami bergaul aje dengan orang lain, boleh aje lepak sekali cuma bila dengan geng sendiri, ada satu perasaan sayang dan alert dengan perasaan antara satu sama lain,tengah okey ke,sedih ke,marah ke,rasa nak belasah orang ke.


Jadi entri kali ni aku beri peluang kepada diri aku untuk mengekspresikan perasaan aku tentang kawan  selama aku  masuk universiti ni. 

Aku rasa ....

Ada orang yang merasakan dirinya cantik dan hot, maka nak cari kawan pun yang hot-hot. (golongan ni aku rasakan perasan,macam bagus, & boleh berambus)

Ada juga yang tak kacak/lawa tapi nak berkawan dengan yang cantik-cantik aje, taknak berkawan dengan orang biasa-biasa tambah-tambah lagi yang bertudung macam aku ni. (ni lagiiii lah perasan nak mampuih lagi menjengkelkan)

Ada orang baik dengan kita sebab nakkan sesuatu, ade jelah udang di sebalik mee dia tu. Tapi bila nak minta tolong dia bukan main berkira.

Ada kawan yang makan kawan.Tak boleh kawan tu  lebih dari dia.Buat fitnah tentang kawan.Jadi ni bukan lah kawan namanya.

*kami tak hot..kami cool ajeee.. =) *

Tapi bagi aku...


Berkawan adalah sesuatu. Sedangkan Nabi Muhammad pun mempunyai kawan baik yang sanggup berkorban untuk baginda,bersama-sama ketika susah dan senang. Jadi bagi aku sesuatu itu adalah perasaan. Bila cubit peha kanan,peha kiri terasa. Bila kawan kita sedih, automatik diri sendiri terasa sedihnya. Bila kawan kita terkebelakang dalam pelajaran kita grab,tarik dia balik supaya dia tak selama-lamanya ketinggalan. Bila aku ketinggalan dan tak paham apa-apa dalam pelajaran, kawan aku yang akan ajar aku. Bila hilang fokus dalam belajar, kita tegur kawan.Tanya apa yang distract dia. Bila rasa nak makan something yang best, nak belikan untuk kawan jugak atau ajak kawan makan sama-sama. Kadang-kadang aku masak untuk makan bersama-sama. Bila tengok kawan penat, aku tolong urutkan belakang mereka. (ni untuk perempuan jelaaa..jangan bayangkan yang bukan-bukan.)

Kepada kawan-kawanku Teha, Laida, Shark,Fiza, dan Aty(walaupun Aty sekarang bergerak solo tapi kitorang takkan lupakan kau yang kelakar tuh.hihihi)

Aku masih ingat memori suka duka dari kita Part 1 lagi.
Masa sem 1 masih baru-baru kenal. Nak bahasakan diri masing-masing pun tak tahu macam mana. Nak bahasakan "kite,awak" ke..Last-last ambik kau."Aku kau" terus. Dari Part 1 kita dah mula rasa serasi tu kan? Iye memang tak semua kita perfect.Ada aje perangai seorang demi seorang yang kita tak suka tapi aku rasa itu lumrah, dan jadi rythm dah dalam hubungan kita.Sebab hakikatnya yang baik itu jauh lebih banyak dari yang buruk. Masa sem 1 lah bemulanya tradisi bash kawan-kawan sewaktu birthday mereka. Sem 1 kita bash Teha.Jenuh berlakon masa kat Kolej Mawar nak mintak dia teman gi toilet.Sekali dah sampai kena bash terus.Basah lencun habis.Busuk pula tu.Haha..Tapi masa hujung sem 1 kita dah pergi enjoy bersama-sama ke Genting.
*gambar sewaktu hantar Teha balik Kelantan.Kami hantar kat Stesen Bas Shah Alam.Aku kan rumah dekat, jadi teruja bila hantar orang balik kampung yang jauh-jauh.*

Masa Sem 2 aku ingat lagi, waktu tu dah berapa hari kita stay up sebab nak siapkn projek. Aku dah tak larat sangat-sangat sebab macam dah hampir 3 malam tak tidur. Makanya aku tertidur kt meja dalam pukul 3,4 pagi sambil berus kat tangan (time ni tengah painting untuk presentation board) Sekali Teha datang ambil cawan hentak atas meja. "Copi kau jangan tidur! Kita banyak lagi kerja nak buat ni!Model kita tak siap lagi ni.Nah nescafe ni!' (dengan nada mak tiri garang sambil hulurkan air nescafe 3 in 1 siap bancuh dua bungkus.) Lai dan orang lain terkebil-kebil je tengok kejadian tu.Teha,kau garang giler time tuh.Aku hampir menangis T_T Aku tak boleh lupa peristiwa ni.Setiap kali teringat aku mesti tersenyum sorang -sorang. Rupanya Lai & orang lain tahan gelak aje time tu sebab tak tahan tengok muka aku kena marah.Hahaha.. 

Ohya, sem 2 kita bash Shark pulak..sebab birthday dia bulan 11.jadi sempat la sebelum cuti sem.

*gambar sewaktu sem 2. Kita masih perlu main angklong untuk archifest walaupun budak kelas kita ramai taknak datang.*

 
*kita saling tolong menolong. Ni gambar review CAEM.Kena tampal hasil kerja yang terpilih.Jadi tolong ajelah kawan tampal drawings.*

 
*gambar sempena buat jambatan daripada surat khabar.Kuat tau! siap boleh berdiri lagi atas jambatan tu.*

 
*Gambar sewaktu Archifest Refresh (one of the best archifest ever). Kalau ada peluang bersukaria, memang kita betul-betul enjoy di sebalik penat lelah belajar dan buat projek. Itu juga yang buatkan kita cekal hati kan?

Kita memang pantang nampak camera kena angkat.Mesti nak amek gambar.Bukan kita aje.Abang pemandu bas masa gi Penang ni pun nak join siap pancar flash light kat muka sendiri.Konon bagi effect cerah kot.hihihihi.. Ni gambar sewaktu trip kelas ke Pulau Pinang.


*Tak sedar diri dah tua.Korang takkan nampak macam budak-budak okey walaupun beraksi comel begini. Gambar di Bukit Bendera sewaktu trip kelas.Ni anak leturer.I mean yang paling depan tu*

Sem 3
Kita semakin penat sebab baru belajar subjek design.Projeknya pelik sikit.Ada macam abstrak sikit bila nak buat model tu.Memang penat. Sebab tu lah duduk di mana-mana pun boleh tertidur.

Gambar di Putrajaya dan Muzium Kesenian ISlam di KL ..Ustaz yang ajar CTU yang bawa kami jalan-jalan.Best kan?Tapi kalau dah dapat keluar tu tengok ajelah perangai sorang-sorang..sopan sangat~

 
Sem 3 kita punya study trip di Taman Alam,Kuala Selangor.Kenapa budak archi masuk hutan eh? hurmmm...sebab nak tengok nature dan kaitkan dengan design (mesti tak paham kan?sebab sampai sekarang pun aku susah nak paham macam mana tuh) Macam Bangunan Telekom Malaysia kan bentuk rebung, jadi macam mana nak olah alam sekitar,flora dan fauna ke dalam design bangunan. ada paham? sikit pun jadilah..tapi tolonglah paham.
Waktu masuk hutan kita mana ada beg ala-ala traveller.Jadi kita bertiga pakai beg orientasi masa sem 1...dan bergambar seperti kembar tiga ekor.*cuma takde ekor jela..huhu..ketinggian dah lebih kurang.memang harus lah bergambar!

Sem 4
Sem pertama kita dapat pojek buat bangunan.Kita kena buat spa.Gambar sem 4 aku tunjukkan gambar surprise birthday Shark.Kami belikan jaket putih ada corak kat belakang.Sebab duduk studio kan sejuk.Jadi belikanlah sesuatu yang berguna.
 *
*mari sumbat shak!! Tapi aku rasa sem 4 ni badan aku naik mendadak siott..aiyarkkk! Nasib sekarang dalam proses pergi gym dan puasa.*

Sem 5..

Ingat tak kita belajar menunggang motor sebab Teha nak ambil lesen motor? Kita pinjam motor Amex dan belajar.Tapi Aty dengan Lai pandai tunggang motor dah. Jadi tinggal aku,Teha dan Shak la masih tak reti..
 
Amex yang macam tak percaya ini kali pertama aku menunggang motor sebab dia cakap aku cepat tangkap.Eh mestiiii!!!! Macho gurl kan.. Hakhak..(ada rasa nak muntah lah jugak statement perasan nih)
Kita bercuti (kononnya...) tapi agak macam bercuti la kan?Sebab tempat ni macam kat Cameron sikit sebenarnya.

I love this moment sebab kita enam-enam ada.Yelah,letak self timer pulak kan..hihi..best,best..

Setiap hujung sem kita akan ada review.Internal review dan external review di mana reviewer (dalam BM ape eh?) adalah dari universiti luar dan kadangkala ada dari luar negara. Kita akan sama-sama usha hasil kerja student architecture dari sem ke sem.
Sem 6

Kita punya study trip ialah di Terengganu. Best pergi sana.Sambil study site di Marang sambil enjoy.yelaaa..bukan selalu dapat peri trip jauh-jauh kan..
 
*yang tengah tu kecik kan? hihihi...tapi tak tahu kuasa makan dia besar mana..*
*di Taman Tamadun Islam*

*haaaa...dapat lagi gambar berenam..*
Waktu pergi trip ni,masa tu tengah kecoh kes H1N1.satu Malaysia universiti dan sekolah tutup.Jadi aku dan geng bagitahu lecturer yang kami taknak balik. Sebab kami nak ke Pulau Kapas.Memang ramai risau sebab kami semua perempuan.Tapi okey aje.Takde masalah apa pun.Siap seronok bukan main lagi.

*Pulau Kapas cantik juga.tapi banyak gila landak laut..air memang jernih lah..Hurmmm..I love nature so much!!!* nak tahu kisah meredah Pulau Kapas? sila ke sini.

Sem 7
Sem 7 kita handle archifest. Penat sebab aku rasa muka sama aje yang buat kerja. Aku kena handle bahagian merchandise.Tapi aku bersyukur dan rasa lega sebab korang ada untuk membantu.Hasil cenderamata tu adalah sangat memuaskan bagi aku sebab kita dapat hasilkan tag nama yang boleh pusing tu,kipas buatan sediri,dan gelas kecil yang setiap orang dapat dengan tempekan muka masing-masing di gelas tersebut.Lepas habis archifest tu terus lega. Sem ni kita sama-sama bash Shan dengan telur busuk. 
Projek pula kita dapat housing.Kena design kawasan perumahan di Putra Heights.

Sem 8
Sem sekarang.Semakin ramai antara kita yang dah ada buah hati.Walaupun masa untuk diluangkan bersama tak sebanyak dulu, tapi aku tetap taknak lupakan korang.Aku tetap nak luangkan masa bersama bila aku ada masa.

(gambar part 7 & 8 aku upload nanti lah..sebab slow sangat lah internet.Sakit jiwa.Aku nak buat kerja ni)

Apa yang aku cuba nk sampaikan ialah..aku hargai setiap masa yang kita luangkan bersama.Tanpa kita sedar, hampir 4 tahun dah kita bersama. Tambah pula kita ni siang malam bersama, maka keakraban tu macam 2 kali ganda rapat berbanding budak course lain yang hanya datang fakulti untuk ke kelas dan buat group discussion.Kita ada studio yang kita buat macam rumah kedua.Kita makan bersama,tidur kadang-kadang bersama juga bila ada ruang.Bila bulan puasa kita berbuka sama-sama. Kita tak cepat melatah walaupun tahu ada orang tak suka kita.Kerana hakikatnya orang itu tidak ada apa yang kita ada.Dan orang itu tak mengenali kita sebagaimana kita mengenali antara satu sama lain.Kita tak melatah sebab akhirnya orang tu sendiri yang minta tolong kita dan kita tahu orang itu juga tak disukai oleh orang lain.huahua..Kita belajar untuk menjadi kuat dan berdikari.Sebab dah masuk universiti ni susah nak harapkan orang lain lebih-lebih lagi aku merasakan ada unsur diskriminasi bila...(sila sambung ayat ini sendiri). Kita rapat sampaikan kadang-kadang makan pun nak bersuap. Kalau pergi toilet tak payah cakap..kalau tengah berak melabur saham sebelah-sebelah tandas, siap boleh borak-borak.Sama lah kalau mandi kat tandas fakulti pun.Mandi kat toilet sebelah-sebelah.Bersembang sampai orang lain nak buang air pun susah,kena cari tandas lain.hehe..Sorry..

Aku yang first dapat lesen kereta sebab lepas SPM memang wajib amek lesen dalam family aku.Jadi lepas tu korang sorang demi sorang amek lesen.Selalunya aku yang ajar la sebab kereta aku pun manual. Memang seriau habis lah jantung nak tercabut segala bila korang bawak mula-mula.Kadang-kadang aku lagi rela tak ikut,biar orang lain yang jadi cikgu korang sebab serius weh aku takut. Macam boleh heart attack kalau hari-hari macam tu.Tapi sekarang Alhamdulillah semua dah dapat lesen.

Bila nak exam kita study sama-sama.Atas katil, bawah meja?atas lantai? mana-mana ajelah yang boleh asalkan boleh belajar.Kadang-kadang aku perasan budak course lain study.Satu course,satu class,buat soalan exam dan kuiz..tapi tak belajar bersama walaupun serumah.Masing-masing buat hal sendiri.Pergi kelas pun hai-hai,bye-bye aje kat kawan.Jumpa waktu kelas ajela.Aku pelik tapi ni cara masing-masing lah kan..Aku harap kita study bersama lagi sem ni sebab aku tak suka study sorang-sorang,cepat mengantuk.Nak sesiapa ajar di white board lagi. Jom!

Nota Kecil Hari Ini :

Aku sayang korang semua. Sayang Teha yang selimutkan aku waktu aku kesejukan,tidur di bawah meja studio atau di rumah sewa dan selalu kejutkan aku bangun pagi.(seriously jam loceng yang satu rumah boleh dengar aku tetap tak dengar bila dia berbunyi.Memang tidur mati)  Sayang Laida yang banyak cakap dan kelakar suka mamai dan merepek bila dikejutkan.hahahaha..(sampai sekarang tak boleh lupa peristiwa kau gelak sorang-sorang bila kau tiba-tiba bangun tidur.scary kot..tergamam aku sorang-sorang) Sayang Fiza yang walaupun orang kata dia garang dan phsycho tetapi hati baik dan sengal. Sayang Shak yang pendiam tapi pandai urut.Suka gilir-gilir urut belakang dengan Shak..Sayang Aty jugak yang selalu buat lawak nyanyi lagu Taylor Swift tapi alih bahasa jadi BM. Buruk gila bunyinya.~"Romeo bawa saya ,mana saja kita boleh berdua,Saya akan tunggu dan cuma tinggal lari saja..Awak akan jadi putera,dan saya akan jadi puteri.Ini lagu cinta,bayi cakap saja yes.." lebih kurang macam ni la dia nyanyi..Memang kadang kala ada waktunya kita terselisih paham,terkecil hati..tapi kita dapat atasi semua tu.Sebab kita dah macam adik beradik..gaduh macam mana pun nanti baik balik..camtu la perumpamaannya.

Entri ni bukti aku sayang korang.Tak tahu bila kita akan pergi tak kembali.At least aku dah sampaikan apa yang aku nak sampaikan dan aku harap kalau ada sesiapa yang lain yang baca entri ni, hargailah kawan yang layak digelar kawan. Kalau yang rasa macam ada kawan tinggal kawan tu eloklah dijauhkan supaya tak sakit hati dan tak sakit jiwa.

Rasa macam entri ni memang sangat tak cukup untuk ceritakan pengalaman suka duka kita. Tapi takkan lah pulak nak mengarang novel.Cukup lah aku dan korang semua mengerti apa yang kita dah lalui bersama. 

"We are all travelers in the wilderness of this world, and the best we can find in our travels is an honest friend."
~ Robert Louis Stevenson








10 comments:

  1. aku da termenangis~~ v.v

    ReplyDelete
  2. yelaa..tiba-tiba datang kat tempat aku,peluk aku then nangis2 pulak..ingatkan sebab ape..aku baru nak belasah org yang buat kau menangis tu.rupanya aku sendirik org tu..hikhik..

    ReplyDelete
  3. sy syg kamu juga copi... this is really sweet

    ReplyDelete
  4. nadia : thanks =)

    hafizah : thanks..haha.singgah juga kau akhirnya..

    ReplyDelete
  5. copia,hehehehe......
    thanx a lot!rase trharu smpai xtrkata..insyaallah,this frenship will be last 4ever...amin...

    To:Copia, Laida, Teha, Fiza & Aty,i luv u guys sooooo much n thanx 4 being a very good fren of mine.

    ReplyDelete
  6. Good one..

    Kehidupan yang kita lalui bersama kawan-kawan semasa di kampus merupakan pengalaman yang cukup indah.. berkongsi suka duka.. ketawa tangis.. lengkap semuanya sebagai ramuan kehidupan..

    Selain dari ibubapa, kawan-kawan merupakan orang yang paling rapat dengan kita...

    Kadang-kadang, kawan-kawan kita sebenarnya lebih mengenali kita, lebih dari adik beradik kita sendiri, terutama semasa di kampus, untuk mengenali kita secara total..

    Disaat-saat getir, menghadapi stress, hanya kawan-kawan yang berada disekeliling kita merupakan orang yang paling dekat dengan kita ketika itu, memberi sokongan dan kekuatan untuk bangun bagi meneruskan cabaran..

    Kawan yang sejati adalah kawan yang mengajak kita kearah kebaikan..ikhlas...

    Itulah kawan...

    ReplyDelete
  7. shark : thanks for dropping by..

    encik.salmizi : hehehe..satu2nya lecturer yg suka menjejakkan kaki kat blog sy..thanks sbb singgah & bace entri yg panjang neh.. Semua nasehat en.salmizi sy ingat & jadikan panduan utk masa depan..ngeeee.. =D

    ReplyDelete
  8. as salam..
    sokong statement yang sophie perkatakan.
    dan tak terkecuali statement pensyarah sophie, Muhd Salmizi ;)

    rasa seronok membaca entri-entri personal di pagi hari.mengimbau kem bali saat suka dan duka.
    apa-apa pun, saya seorang yang sukar untuk menunjukkan ekspresi muka.
    jadi selalu kena boooo oleh kawan-kawan baik sendiri.eh! takde la..kena tarik kulit muka je.sebab nak ajar tunjuk eskpresi.


    p/s; tapi bila dalam dunia maya ni, boleh pula letak smiley gelak-gelak.macam talam dua muka pun ada..
    oh..mintak dijauhkan..

    o_o"

    semoga hidup sophie dipermudahkan urusan oleh-Nya..
    eh..ada bau-bau nasi orang minyak kawen.jangan lupa jemput ya~ ;0

    suka bab-bab pergi kenduri ni~ilham untuk mereka pentas bersanding,dsb.. disamping mendapatkan keberkatan dan keredhaan disisi-Nya..

    ReplyDelete
  9. as salam..
    adoi..macam mana nak cek entri yang dah komen ni?
    huhu..kalau auto published boleh cek-cek..

    p/s: kalau ada yang saya tersalah taip, minta maaf ya..

    ReplyDelete

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...