Tuesday, August 31, 2010

Pengalaman Kerjaku yang Bervariasi. (PART 3)


4. Lepas penat kerja kat BK dengan gaji yang tak berpatutan (fast food memang tak berpatutan kot gaji dia), aku tukar kerja. Aku kerja di kedai berhampiran.Kedai kek Bee’s Cafe..ala,yang logo dia warna ungu tu. Memang, kedai makanan buatkan aku bertambah berat badan sangat mendadak yer kawan-kawan. Yang bestnya kedai kek ni, kitchen ada tapi dah tak digunakan. Semua bun dan kek dihantar dari kilang. Tinggal angkat dan susun. Relax sikit la kerja ni.

Yang menariknya disini, kan ada jual kek, lepastu customer mesti nak tulis wish kat atas kek kan? Haaa...ingat senang ke nak tulis tu? Kena ada kemahiran taw.  Dia macam kertas bulat, kena buat bentuk kon, masukkan butter warna merah tu dan tulis dengan daya yang berbeza dengan tulis pakai pensil. Sebab kena tekan pakai ibu jari.



Yang buatkan gementar tu bila tengah tulis atas kek, customer tengok aja. Tapi yang happynya, bila dah siap & kalau cantik customer senyum kembang kempis hidung  puas hati aje..hehehe.. Kat sini juga aku kena hafal semua nama bun, kek.Tahu apa ingredientsnya. Sebab kadang-kadang customer akan tanya contohnya ada dua kek keju yang berbeza. “dik, kek Vienna Cheese dengan Marble Cheese ni apa bezanya sebab nampak sama?” dengan bangganya menjawab “Owh, Marble Cheese ni ada rasa masam sikit sebab ada perahan lemon” & kalau orang tanya kek mana yang sedap aku akan jawab dengan jujurnya sebab semua kek kat situ aku dah rasa.
Ohya, tips:
1) kalau kek dalam bekas kaca tu ada dua yang  sama, amek kek yang paling depan. Sebab yang belakang yang senang pekerja nak grab tu biasanya dah lama sedikit.
  2) kek buah lebih cepat expired dalam 3 hari dah masam. Kek keju paling lama tahan.Ada dalam seminggu. 
3)Kat bawah board yang tampung kek tu ada tulis number.1-7,menandakan hari isnin-ahad.So tahu-tahulah dah up berapa lama. Tapi tak pastilah kedai kek lain macam mana posesnya.
Aku enjoy kerja aku sebab aku suka belajar benda yang baru. Sampaikan supervisor aku nak naikkan pangkat aku jadi ketua pekerja tapi terpaksa tolak sebab dah nak masuk UiTM. Kerja yang bukan bidang aku,aku rajin.Kerja yang memang bidang aku,aku malas. (sekarang pun malas betul nak sambung kerja buat Autocadd nehh) Adeh macam mana niiii nak berjaya..

No comments:

Post a Comment

P/S: Nak tanya pasal senibina/architecture? Sila baca SEMUA entri saya pasal 'Study & Architecture Guide' di column belah kanan blog, baca semua komen orang dan apa yang saya reply berserta Q&A di ask.fm saya. Soalan yang dah ada jawapan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Terima kasih pada yang ringan tangan komen entri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...